entah.
dalam otak, banyak sangat benda nak kongsi.
tapi entahlah.
entah.
dalam hati, banyak sangat benda nak kata.
tapi entahlah.
entah.
dalam jiwa, sarat rasa benda nak luah.
tapi entahlah.
bukan apa.
bila dikongsi, ada yang terasa.
bukan apa.
bila dicerita, ada yang sentap.
bukan apa.
bila diluah, kang ada yang tak bertegur sapa.
sarcastic.
how I wish I can be sarcastic.
annoying.
how I wish I am not as annoying as others.
sarcastic yet annoying.
tapi tetap.
ini blog aku.
rasanya aku tak perlu minta izin untuk menulis kan.
hahaha.
kadang-kadang aku rasa tertahan-tahan nak menulis.
betapa aku rimas dengan orang-orang yang bergaduh kerana politik.
betapa aku rimas dengan orang-orang yang talam dua muka.
betapa aku rimas dengan orang-orang yang pandai menagih simpati walau sebenarnya diri itu salah.
owh dunia.
dunia makin gila.
dunia makin ganas.
kita tak tahu siapa betul siapa salah.
kita rakyat yang menderita.
sana seorang bapa yang menukar-nukar kenyataan.
sini seorang anak yang bersumpah depan kaabah.
sana keluar video seks.
sini keluar parti masuk parti.
what is this madness?
pagi tadi tengok satu video, budak perempuan pula yang kena buli. sedih sangat. serius aku menangis. masa tengok ketua kelas kena muay thai aku tak nangis, gelak adalah.
ini aku menangis. sedih betul aku. sampai la ni teringat-ingat.
aku bukan apa, teringat adik perempuan.
harap-harap dia tak kena buli sebegitu.
juga tidak dia membuli orang begitu.
itulah dunia.
budak seawall umur 14 tahun pun dah pandai membuli. perempuan pula tu. manalah letaknya sopan-santun seorang gadis?
entahlah.
susah nak jaga anak zaman sekarang.
dikawal - kata tak sporting.
dibenar - bebas sangat.
ada satu hari, aku pergi praktis bowling di Wangsa Walk. sebelah lane kami ada seorang budak perempuan. manis. bertudung.
tiba-tiba datang seorang kawan perempuan dia. mak aih. seksi. bila dia tunduk, terangkat baju nampak kulit badan dia. pakai legging sahaja.
lepas tu datang lagi kawan-kawan bercampur lelaki dan perempuan.
dan di antara kawan-kawan tu, adalah seorang budak lelaki yang aku percaya boyfriend kepada perempuan manis bertudung tadi.
mengalahkan orang dah kahwin. peluk-peluk, usap-usap, belai-belai. alahai, sayang saja tudung tu. sedih aku rasa.
teringat zaman aku sekolah dulu. jangan harap la nak keluar dengan kawan-kawan. hidup aku cuma rumah dan sekolah. gila terkongkong. tapi Alhamdulillah. aku rasa lega dengan kongkongan ibu bapa aku, aku selamat dari perkara-perkara tak elok. terima kasih Allah kerana berikan ibu bapa yang baik.
entahlah.
tengok pula instagram. artis tuttt pakai seksi. macam dah nak tersembul tetek keluar. mana yang rasa bertanggungjawab, menegur. tapi ada yang tak puas hati, ditegur balik orang yang menegur. gaduh pula kat wall artis tu.
habis tu macam mana?
ditegur salah. tak tegur salah. jawabnya jadi macam aku la kot. gelak saja.
ada juga. beria-ria berdoa semoga Tuhan memberkati, semoga Tuhan memberi rezeki, semoga Tuhan permudahkan urusan, semoga hubungan hingga Jannah -- tapi, tuan punya badan, pakai seksi, tak tutup aurat, peluk sana peluk sini, yang lelaki pula biarkan si isteri seksi. habis tu macam mana? macam mana nak masuk syurga Allah kalau perintah Allah pun kita ingkar?
iya. nanti adalah yang balas, amalan sesorang tu antara dia dengan Tuhan. iya. iya. tapi apakah salahnya kita turuti perintah Allah dan barulah meminta dengan Allah. kalau kita tak taat, berani pula kita nak minta tolong pada Allah. Ya Allah. :(
entahlah.
banyak betul tunggang-terbalik yang aku tengok.
akhlak tak sejajar dengan perbuatan.
bertudung tapi tak sembahyang.
bersembahyang tapi tak bertudung.
sama saja.
entahlah.
apa yang aku merepek sebenarnya ni?
entahlah.
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas segala pandangan..