Tabungan

26 March 2013

Apa itu supplement

Semalam saya ada bersembang dengan seorang rakan baru dalam dunia maya. Kami berbincang tentang perniagaan. Dan saya sudah tentu bercakap tentang Shaklee.

Produk utama Shaklee ialah supplement. Supplement macam yang kita sedia maklum adalah 'makanan' tambahan yang memberikan vitamin untuk badan kita.

Tetapi rakan saya ini menyuarakan kebimbangan beliau terhadap penggunaan supplement. Pada saya, ianya biasa kerana saya sediri pada awalnya sangat-sangat bias terhadap supplement.

Pada pendapat saya, asalkan badan saya kuat, saya tak perlukan supplement.

Tapi tanggapan saya ternyata salah.

Saya mula consume supplement semasa saya mengandung. Ya! Semasa mengandung, badan kita akan secara total berubah dari segi fizikal dan chemical!

Hormon sana sini berubah. Badan mula akan rasa lenguh.

Bila mengadu pada doktor, doktor akan suggestkan vitamin yang memberi sumber kalsium kepada badan.

Secara saintifik, baby akan menyerap semua kalsium yang ada dalam badan kita. Itu sebab kita akan mudah lesu, mudah sakit pinggang, sengal-sengal otot dan sebagainya.

Masa itu, doktor berikan saya vitamin 600D (kalsium campur vitamin D) jenama apa saya tak ingat. Selain asid folik, ya, itu adalah di antara supplement pertama yang saya consume.

Selepas bersalin, saya kembali perangai lama. Tak suka makan supplement. Dan ternyata saya salah lagi. Selepas bersalin, badan dah lain. Lagi senang sakit. Lagi senang lenguh. Yelah dengan jaga anak lagi, kerja lagi. Dari situ saya mula teringatlan supplement-supplement saya. Dan saya mula consume supplement kembali.

Setakat ini, saya amalkan vitamin C, B-complex, Omega dan juga minuman protein dari jenama SHAKLEE.

Alhamdulillah, saya serasi dengan brand ni, maklumlah SHAKLEE memang sangat organik dan sedaya upaya tidak cuma meletakkan elemen lebihan chemical dalam produk mereka.

Dan yang lebih menggembirakan hati saya, suami saya sangat-sangat menyokong pengambilan supplement ini.

Macam mana dia menyokong? Owh senang saja nak tunjuk cara sokongan, dia turut consume supplement-supplement ini. Apa saya makan, dia akan makan. Dan nampaknya, SHAKLEE lebih serasi dengan dia. Kenapa? Sebab mak dia tegur dia, dia makin putih dan makin kurus! Okeeee! Ini sudah lebihhh!!

:)

Jadi, jangan terlalu menghukum supplement ya kawan-kawan. Vitamin comes for good :)

Nak cuba supplement?
Nak tahu supplement apa yang sesuai?

Boleh hubungi saya. InshaAllah saya boleh bantu. Saya tak pandai, tapi inshaAllah, saya boleh :)

Salam semua, saya pengedar shaklee yang sah. Jemputlah bertandang ke facebook Pretty Qalesya atau prettyqalesya.blogspot.com dan tanyalah apa saja :)

Boleh watsapp saya juga - 017 235 0404 :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...