Tabungan

01 April 2013

Manja

Masa aku menulis ni, Qalesya dah pun tidur. Sepatutnya, aku pun kena tidur, bukan senang nak tidur petang pada hari Isnin kan? Haha. Tapi malangnya, mata tak mengantuk. Mungkin sat-sat lagi ngantuk la teeeww.

Masa aku menulis ni pun, opah atuk palam dan masu dah pun on the way pulang ke Ipoh. Kalau ikut hati mengada gedik aku ni, memang aku dah bungkus balik sama. Tapi apakan daya, punya tugas di pejabat dan punya suami yang menunggu.

Aku pun tak faham dengan keluarga aku ni. Keluarga aku ni, manja, sangat manja, manja antara satu sama lain. Ya, kami memang sangat bergantug hidup antara satu sama lain. Mungkin kerana sejarah hidup kami yang penuh duka dari suka, maka bila dah besar, kami cuba create lebih kisah suka dari duka.

Macam mami (opah), memang dia sangat manja dengan kami anak beranak. Mungkin kerana dia membesar sebagai anak yatim piatu sejak kecil lagi, maka dia sangat manja dengan sesiapa saja yang boleh manjakan dia. Kasihan mamiku. Jangan risau mami, selagi kami hidup, manjalah berlebih-lebih dengan kami. Kami memang suka.

Macam tadi, Qalesya menangis bila tengok opah dengan atuk dah masuk kereta palam. Aku sebenarnya nak nangis juga tadi. Ikut hati memang aku nak saja balik ipoh dengan mereka. Tapi bila terfikirkan kerja, terfikirkan boss (gulp), terfikirkan itulah satu-satunya sumber rezeki, maka aku pun telan saja sedih tu, kuatkan diri lambai-lambai mami.

Sabarlah hati.

Sabarlah hati.

Sabar.

1 comment:

  1. bersabar la wahai hati..
    cm kite lagi la..hu3..dh mak bpk jauh..mak mertua jauh.laki pun jauhhhh..huhu3..tuntutan kerja..nk bt cmna..

    ##rasa-nak-nangis-gak#

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...