Pakai tudung, nampak kampung -- mungkin. Pakai tudung, nampak tak educated -- mungkin.
Haha.
Kenapa? Bila kita pakai tudung, kita akan nampak sedikit down-grade? Okey macam nilah. Aku rasa bertudung, nampak kampung sebab kalau kita pakai tudung, kita tak boleh pergi clubbing, kita tak boleh berjemur tepi pantai sambil pakai bikini atau even short pant, kita tak boleh nak menari joget lambak kat kenduri sebab nampak buruk bebenor.
Agaknya, itu sebabnya pakai tudung, nampak kampung dan a little bit nampak naif.
Jadi faham tak sekarang, kenapa hijabista itu wujud? Sebab nak mengelakkan pendapat-pendapat ni wujudlah. Bukan kerana nak berfesyen semata. Tapi kerana hendak nampak outstanding dan confident bila berada di khalayak ramai. Sekurang-kurangnya, bila kita well dress, kita tak rasa down berada dengan golongan bijak pandai ni. Aku ambil contoh, Maria Elena, Rina Salleh, Nur Sakinah dan yang aku paling admire Puan Dena Bahrin, ini semua wanita berhijab yang pada aku sangat-sangat pandai bergaya dan masih mengikut tatacara muslimah.
Bak kata Fynn Jamal, kalau semua orang nak jadi Siti Nurhaliza, siapa nak jadi Jaafar Onn? Eh?! Maksud aku, bolehlah nak admire orang, tapi..., still jadi diri sendiri lebih baik.
Eh apa aku melalut ni? Haha.
Oke so main point nya macam ni.
Pakai tudung tak semestinya tak boleh cakap omputih.
Macam tadi, aku kursus dan fasilitator dia deliver dalam bahasa inggeris. Tapi setiap kali dia pandang aku, usaha lebih nak translate pada bahasa melayu. Bila pandang orang lain, rilek ja cakap omputih.
Haha.
Rilek la encik fasilitator. Saya mungkin nampak bodoh, tapi saya faham apa encik cakap.
Saya nampak bodoh, sebab saya ngantuk, sedap sangat makanan kat hotel tu hahaha.
Peace!
Silap.
Aman --- !
Sent from my iPhone
test
ReplyDelete