Tabungan

12 April 2013

Orang sakit tahap kesabarannya memang senipis bawang tau!

Salam.

Perkara utama yang kalian patut tahu pada hari Jumaat yang mulia ini adalah - aku MC.

Maka untuk mendapatkan MC, wajiblah kita ke klinik ye dak. Takkan ke Tutti Fruti pula.

Pagi tadi, ingatkan nak hantar Cha ke Taska dan balik terus singgah ke klinik. Tapi tak jadi sebab bila tengok muka dia tengah tidur tu, teringat hari yang aku tinggalkan dia sampai pukul 12 malam baru ambil tempoh hari. Ya! Rasa bersalah aku tak habis-habis lagi. Jadi aku decide untuk patah balik ke Semenyih dan pergi klinik bila Cha dah bangun.

Elok saja sampai rumah, dia bangun sambil sengih-sengih bila tengok aku ada di sebelah dia. Aku pun mandikan dia, siapkan dia dan keluar balik pergi klinik dekat rumah saja.

Aku tak tahulah kenapa hari ni doktor tu bad mood. Seingat aku, doktor ni baik orangnya. Sentiasa senyum. Tapi tadi, dia tak senyum langsung. Cha tegur-tegur dia pun dia masih buat tak tahu saja.

Ke dia ingat aku ni saja-saja nak ambil MC? Mentang-mentang hari ni Jumaat, dia ingat aku nak ngelat ke? Padahal memang aku tak sihat kot. Nurse kat klinik tu siap tak jumpa rekod aku sebab lama sangat tak datang klinik. Pfft. Ya, ini adalah MC pertama aku tahun ini. Aku pernah berazam tak nak ambil MC tahun ni. So, sudah punah azam itu hehe.

Selesai saja check-up, keluar, ambil ubat dan aku terus pergi kedai bersebelahan kononnya nak beli nasi ayam.

Aku tercongok kat sebelah stall nasi ayam tu, orang-orang kedai tu sorang pun tak pandang aku.

Aku dah la tak sihat. Tak larat nak berdiri lama-lama. Aku panggil sorang minah ni, tunjuk pada stall nasi ayam, buat muka paling haram dan sekadar mengangguk saja tanda ambil maklum. Pastu blah buat tak reti balik.

Diulang, aku tak sihat so aku takde masa nak layan muka macam tu. Aku tarik Qalesya dan aku terus pergi ke kereta. Bila aku dah sampai ke kereta, dengar dari belakang minah-minah pelayan kat situ kecoh-kecoh tapi sebab apa aku tak tahu. Lantaklah.

Nak bagi panas lagi, aku ambil kereta terus aku park kedai depan kedai tadi tu dan beli makanan kat situ.

Aku tengah tak sedap badan jadi kesabaran aku nipis senipis kulit bawang. Tunggu lama sikit pun jadi baran haha. Apalah ita ni.



Sent from my iPhone

2 comments:

  1. Hehehe..biasalah tu..tapiii kalau dah camtu..nak beli pun diaorg buat x tahu..kalau kita yg x sakit ni pun..mmg rasa nk marah jugakkann...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...