Tabungan

18 April 2013

Casa del Rio - Melaka

Looking for a hotel in Melaka?
Looking for a hotel that can give you the feeling of 'home sweet home'?
At the same time you are looking for something historical yet adventerous.
Then I would like to suggest Casa del Rio in Melaka.



-senyum-



waduh intro tak menahan!

haha.
tapi betul, kalau jejak saja kaki ke Casa del Rio, amboi! feeling tourist terus mai. haha.

Secara peribadinya, aku mahu datang semula. Sebab semalam aku datang bukan untuk bermalam pun, cuma dapat tumpang sekejap di bilik kawan dan perasaannya................sangat best!!

Okey, kita mulakan saat aku jejak kaki ke Casa del Rio kay.


Masa aku mula-mula sampai, tiada orang yang sambut. Tiada orang dekat tangga (tak ada pintu sebab dia buat konsep open space). Tapi bila mula masuk ke ruang legar, dah ada dua tiga staff yang menyambut, tolong angkat beg, nak teman sampai ke bilik. Oke servis dah nampak OK.

Aku terus ke bilik mesyuarat sebab slot aku start pukul 11.00 pagi yang mana masa aku sampai ialah pada pukul 10.30 pagi.

Sepanjang perjalanan aku ke bilik mesyuarat, aku mengamati konsep rekaan mereka. Memang sangat vintage. Sangat antik. Sangat ke-portugis-an. Which is sangat classical dan sangat elegan. Aku tak tahu nak kata apa lagi tapi memang super cantik konsep mereka.

Dan kat sana, wangi sangat!! Mana-mana ceruk pun, bauan memang sangat penting kat sana. Memang rasa tenang sokmo!!

Bilik mesyuarat tiada masalah. Facilities okey. Sesuai untuk buat meeting ya rakan-rakan kerajaan :)

Makanan. Not bad. Cuma pada aku tak banyak pilihan. Aku pun tak makan banyak. Sebab rasanya macam semua lauk biasa saja, tak ada yang wow untuk aku cuba. Aku lupa nak tangkap gambar makanan!! Grrrr.

Bilik.
The best part!
Yelah, bagi orang yang memang mencari keselesaan semasa travelling, bilik tidur adalah penting. Bagi siapa yang backpackers, memang tak kisah pasal bilik. Cuma aku kalau travel, biarlah duduk sekejap pun, aku memang suka kalau bilik adalah selesa.

Dan bilik mereka ternyata selesa.
Besar oke biliknya.
Bathroom dia amboiiiiii besar gila, boleh buat satu bilik lagi sebenarnya hik hik.

Dan apa yang aku jumpa dalam bilik adalah ini.





apa istimewanya buku ni?
oke tengok gambar dibawah.




fahamkan. buku ini khas untuk tetamu yang menginap di bilik tersebut untuk ceritakan pengalaman menginap di Casa del Rio dan pengalaman mereka di Melaka secara keseluruhannya.

aku tak buang masa. aku pun sibuk nak titipkan sesuatu untuk Casa del Rio!



haha. sibukkan. tulis ID instagram paling tak boleh blah. hehe.

dalam bilik pun aku tak berapa tangkap gambar sangat sebab bukan bilik aku kan. maafkan aku. haha. tapi no worries, at the end of this entry, I will put a link to Casa del Rio kay!

Okey, sebelum pulang, aku naik ke rooftop sebab kat atas ada swimming pool. Aku pun macam, pergh sempoi gila swimming pool kat atas rooftop. Aku pun macam...owh so aku silap, kat bawah tu bukan swimming pool. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.

okey, ini gambar 'swimming pool' kat bawah.



macam swimming pool kan! don't blame to be this stooopid. hahahaha. blame the pool! haha.


 




dan ini pemandangan di the real swimming pool atas bumbung!!




dan apa yang ku  nampak di Melaka!!!??


a ship??
hahahahahaha...


okey la. nak balik dah. naik bot jer. babaii!!





Casa del Rio, Melaka 88, Jalan Kota Laksamana 75200 Melaka Malaysia Tel: +60 6 289 6888 Fax: +60 6 289 6999 Email: reservation@casadelrio-melaka.com





No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...