Tabungan

01 December 2011

macam-macam la orang putih ni

semalam.
lepak bersama suami dan anak sambil menonton tv.
tengok saluran StarMovies, kalau tak silap.
cerita nama 'Knowing'.

kesimpulan cerita - dunia dah nak berakhir.
maka ada makhluk asing datang ambil anak si hero dan heroin.
anak tu anak lelaki dan anak perempuan.
kononnya, permulaan baru la kot. kononnya adam dan hawa la kot.
dihantar pula ke satu planet yang cantik.
ada satu batang pokok.
cantik tempat tu.
syurga la kononnya kot.

mak pandang ayah.
ayah pandang mak.
kami gelak sama-sama.

orang putih memang bijak.
dah banyak dah cerita macam ini yang mereka buat.


Armageddon. (1998)
kononnya ada satu planet / objek besar akan menghentam bumi dan menyebabkan dunia tamat / berakhir.
lalu dihantar sekumpulan manusia berani mati untuk letupkan planet / objek tersebut sebelum sampai menghentam bumi.
lalu manusia selamat.


Deep Impact. (1998)
sama juga.
ada objek besar nak hentam bumi.
hantar orang berani mati pergi letup objek itu.
gagal. objek terbahagi dua.
satu dah turun jatuh ke bumi.
terus menyebabkan megatsunami.
oh. ada yang selamat. sebab kerajaan orang putih hebat.
dah bina tempat perlindungan.
hanya orang terpilih boleh masuk.
umur bawah 50 tahun sahaja.
yang tua-tua sila mati.
namun, manusia selamat.


2012. (2009)
ye.
sama saja.
cerita tentang kemusnahan dunia.
dah gempa bumi sana sini.
dah terbakar sana sini.
tunggu akhir sekali gelombang megatsunami.
tapi, kerajaan orang putih kan bijak.
dia orang ada buat kapal besar.
ada 4 biji semuanya. (4 ke 3?)
macam bahtera Nabi Nuh la konon.
yang kaya-kaya saja dapat masuk kapal tu sebab tiket kapal tu mahallllll.
yang miskin macam kita ni pergi mati saja dia orang kata.
bila gelombang besar tu datang, semua dah masuk dalam kapal.
dan semua manusia selamat.

owh.
peta dunia dah berubah ya.
kalendar pun bermula dari 1 balik.

***

kita orang islam, wajib percaya pada Qada' dan Qadar Tuhan.
hari kemusnahan itu pasti akan datang.
tak siapa tahu bila.
itu rahsia Dia.
apa yang boleh kita buat hanyalah dengan perbanyakkan ibadah dan bertaubat kepadaNya.
selagi nyawa dikandung badan, teruskanlah beribadah kepadaNya.
apa daya kita manusia kerdil berbanding zatNya, nak melawan takdirNya?
apa daya kita nak mencipta lebih dari apa yang Dia cipta?
apa ada dalam daya fikiran kita, yang sebenarnya Dia juga yang berikan.
apa boleh kita lakukan bila tiba hari itu nanti?
Nauzubillah.
tengok boleh cerita-cerita tu.
namun, wajib tetapkan hati padaNya.

InsyaAllah.



1 comment:

  1. bagus entri ni Ita.omputih ni kalau nak memanipulasikan pemikiran kita memang mudah.tepuk dada tanyalah iman.kepercayaan pada qada' dan qadar tu kan salah satu rukun iman :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...