Siapa tak mahu berjaya? Kan? Semua orang nak berjaya. Kadang-kadang, ada orang kaitkan berjaya dengan tuah.
'Dia boleh-lah buka kedai sendiri, ayah dia orang kaya, modal tak ada masalah, tuah badan....'
'Dia apa adahal, bapa dia orang besar lapan, setakat nak kereta Fair Lady, tutup mata ajelah, tuah badan....'
Selalulah dengar ayat-ayat macam tu.
Tapi, akhir-akhir ini, dengan kemajuan dunia tanpa sempadan, banyak kata-kata semangat yang ditampal dalam laman sosial Facebook.
Dan apa yang aku dapat simpulkan, optimistik dan opportunis.
Kita kena selalu bersikap positif dan kena bijak mengambil peluang. Dan aku percaya, pergilah seminar apa sekalipun, kata kunci yang dipegang ialah, opportunis.
Jangan tunggu.
Bertindak.
Pantas.
Cantas rezeki orang kalau perlu.
?????
Itu kenyataan.
Dalam kesibukan nak berbisnes, sibuk nak mencari peluang, sampai dah tak ingat kawan, sampai dah tak pandang kiri kanan, sampai lupa adat berkawan.
Kawan jadi lawan, semua jadi saingan.
Bersaing secara sihat? Ye la sangat.
Aku, diam tak diam, berkecimpung juga dalam bisnes. Memang tak dinafikan, depan mata aku menyaksikan kawan tikam kawan, hanya kerana nak dapat market dan customer. Haha. Terduduk aku sekejap.
Aku faham, dalam dunia bisnes, tak ada istilah kawan. Kalau kau nak berkawan dan berbisnes, bisnes kau tak akan maju.
Nauzubillah.
Tapi, aku juga tak mahu cepat menyerah. Aku sebenarnya sedang usahakan butik online aku. Di situ, aku himpunkan pelbagai jenis pakaian, tudung dan inshaAllah wangian.
Aku mengambil konsep Zalora, Zawara dan lain-lain.
Ya, mungkin perkhidmatannya tidak akan sepantas Zalora (hari ini order, esok sampai) mungkin tidak kerana butik online ini hanya dikendalikan oleh aku dan suami.
Ya, pada peringkat permulaan mungkin akan ada kelemahan sana dan sini, tapi aku mohon untuk berikan kami masa kerana ini adalah butik online pertama kami. Man power pun berdua saja :)
Apa yang aku berani jamin ialah, harga adalah mampu milik.
Aku sangat memahami, mahu bergaya tapi kebanyakan baju-baju yang dijual di butik-butik online terkenal semuanya mahal-mahal. Tetapi di butik kami, bajunya cantik-cantik dan harganya inshaAllah adalah berpatutan.
Bagi peminat Shawls, aku berjaya mendapat kelulusan untuk menjadi ejen kepada Faceboutique. Tudungnya cantik-cantik. Aku sendiri gila haha.
Jenguklah.
Jenguklah butik kami.
Sokonglah kami seadanya.
InshaAllah, kami usahakan bisnes ini dengan niat berada di jalanNya.
Esok adalah hari pembukaan rasmi butik kami, tapi kalau kalian dah sudi nak menjenguk, boleh terus ke prettyqalesya.com
Nak order pun boleh dah.
InshaAllah kami dah bersedia.
Jemputlah membeli-belah dengan Pretty Qalesya dot Com.
P.s.
Sempena pembukaan rasmi esok, kami akan buat GA.
Ada baaaannnyyyyaaaakkkk hadiah untuk dimenangi!!
Excited??
Kami lagi eksaited!!!!!
Salam sayang dari Pretty Qalesya dot Com.
Sent from my iPhone
Akak tak kuat semangat utk berbisnes tapi hati tu teringin la jugak. Plan2 tak pernah menjadi.
ReplyDelete