Tabungan

16 June 2012

Tegur salah. tak tegur salah.

Mak dah perhati isu ni lamaaa. Isu, bila, artis, atau selebriti, atau siapa-siapa yang terkenal, pos gambar-gambar seksi, dan ditegur oleh so-called peminat, dan mana-mana peminat tegar artis/selebriti/orang terkenal, mulalah menghentam orang yang menegur tadi.
Amal maaruf nahi mungkar.
Pada aku, mereka menegur demi kebaikan bersama. Kalau dah tangkap gambar terlalu seksi meksi walaupun dah pegang title mak orang, dah tentulah amat tidak sesuai. Kadang-kadang mak tengok pun mengucap panjang juga. Kadang-kadang mak terfikir juga, tak ada rasa malukah bila tangkap gambor seseksi itu. Betis, peha, dada, dah bagi 1 Malaysia tengok. Dah tak ada rahsia lagi. Rasa malu tu satu hal, satu lagi tak adakah rasa malu pada Tuhan.
Aku sememangnya respect pada mereka yang berani menegur golongan ini secara terang-terangan melalui laman sosial peribadi mereka. Walaupun mereka sedar ada akhirnya mereka akan terus-terusan dikutuk oleh peminat tegar golongan tersebut. Hanya kerana berbuat kebaikan, mereka terus dikutuk macam seolah-olah mereka yang dah buat salah. Gila respect u olls. Sebab mak selalu rasa terdetik dalam hati bahawa itu salah, tapi tak pernah ada keberanian untuk menegur sekadar berdoa pada Tuhan untuk ampuni dosa aku kerana tidak berdakwah dan berdoa pada Tuhan agar mereka diberi hidayah dan berubah kepada kebaikan.
Selalunya, bila golongan ini ditegur, akan keluar beberapa statement. Antaranya:
1. Kalau tak suka gaya ai, jangan follow akaun ai.
2. Ini adalah cara ai, dan ai bahagia begini.
3. Ramai lagi yang akan sokong ai. So ada ai kesah.

Yes. It happened.
Dan yang paling pening, bila lagi ramai menyokong golongan tersebut daripada orang yang menegur tadi. Again, orang yang ingin berbuat kebaikan di jalan Allah, nampak sangat seperti orang yang bersalah. Mereka dikatakan:
1. Kalau nak menegur tak payahlah terang-terangan atas wall.
2. Nak menegur, janganlah sampai.buat orang tu kecil hati.
Persoalannya, pernah ke ada teguran yang tak menyakitkan hati. Setahu aku, selalunya teguran mesti sedikit sebanyak akan mengguris hati. Nama lagi teguran kan.
Jadinya sekarang, macam mana? Tegur salah, tak tegur pun salah.
Yang pastinya, aku memang tak akan unfollow mana-mana selebriti yang aku dah follow sebab jujur aku katakan aku seronok tengok betapa harmoninya sesatu keluarga itu.
Dan apa yang boleh aku lakukan ialah berdoa Tuhan lindungi kita semua dari azabNya dan sentiasa berdoa Tuhan ampuni dosa kita pada hari pembalasan nanti. InsyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

3 comments:

  1. Itulah masalah bila terlalu fanatik pada pada artis, semuanya elok jer sampai yg menegur pun kena hentam susah-susah..

    ReplyDelete
  2. sabar je lah... lumrah kehidupan cam gtu lah.. :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...