Tabungan

11 June 2012

psst. apa rasa jadi orang cantik?


Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian


mak suka tengok orang cantik.
suka tengok gambar-gambar orang cantik.
bila mak tengok mereka yang cantik ini, mulalah mak terfikir, apa rasanya jadi orang cantik?
tak payah cukur kening, dah memang cantik.
tak payah cucuk botox, dah memang tulang pipi naik.
tak payah pakai susuk, dah memang orang pandang tak jemu.

tambah pula kalau yang cantik tu baik ohmaigad.
wajiblah lagi suweett kamoo.

tapi..kalau cantik tapi seksi, dah rugikan?
cantik tapi tak pakai tudung, mak boleh terima lagi. nak buat macam mana kan. tak sampai seru lagi *ayat standard*.
tapi kalau cantik dah tu seksi, eh! itu agak rugi sikit kan.
dapat pulak seksi, dah tu sombong ya amat. pfftt...

berbalik kepada rasa.
apa agaknya rasa mereka ek?

maklumlah..mak tak pernah merasa jadi cantik.
tak masuk pun dalam golongan sebegitu.
eh?! ada ada.
mak pernah sekali saja rasa cantik.
masa mak kahwin dulu.
dah diandam.
dah dimake-up.
masa tu mak rasa cantik.
sebab ayah pun tengok tak berkerdip.
tapi...kalau harap make-up baru cantik, susahlah.
takkan tiap-tiap hari nak upah mak andam baru cantik.

ada orang kata, cantik biar secara natural.
natural beauty lah maknanya.
tapi macam mana?
natural beauty mak memang tak beauty lah.
orang kata nak tengok minah tu cantik atau tidak ialah masa dia bangun tidur.
jadi mak cubalah satu hari tu.
dah bangun tidur, terus menghadap depan cermin.
lepas tu, mak gelak seorang diri.
kenapa?
kau orang fikirlah sendiri sebabnya.
itupun nasib baik baru tahap gelak sorang-sorang.
nasib baik tak muntah hijau.

cemburu.
Alhamdulillah. setakat ni tak pernah lagi timbul rasa cemburu tengok orang-orang cantik.
tak pernah lagi terdetik dalam hati 'kalaulah aku boleh jadi dia'.
tak pernah. tak pernah terdetik lagi.
bersyukur seadanya jadi Wanita Mutalib.
ada Nazri. ada Qalesya.

cuma itulah.
seronok eh jadi orang cantik?

6 comments:

  1. kan... kita pon suka tengok pempuan cantik... bergayalah macma mana pon... kena je... sesuai je...

    betullah... apa yg diorang rasa eyh...

    ReplyDelete
  2. Suka tgk org2 chantek neh...hehe...tp ida tetap bsyukur seadanya ida ^_^

    ReplyDelete
  3. cantik tu subjektif,ita..setiap kita ada kecantikan yg tersendiri.aku tak pernah lupa masa 1st time aku tengok kau kat sekolah dulu, "cantiknya dia ni"

    ReplyDelete
  4. cik ta..kalo x cntik x kan cik abg cik ta tu nk kt cik ta..hihi..cik ta comel tau ni akk nk bgtau ni cm bb Q

    ReplyDelete
  5. emm pada sy org cantik ni dari segi dalaman kot..luaran klu cantik pun, tp hati tak cantik tak best jugak..kan kan kan.. ^_^

    eh akk pun cantik lahh..saya suka tengok akk jugak ^_^

    ReplyDelete
  6. saya pun suka tengok perempuan pandai bergaya...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...