kita orang perempuan.
orang perempuan sering dipandang sebagai kaum yang lemah.
bila dah lemah, ramailah sangat yang ambil kesempatan.
ambil kesempatan dari segi apa?
macam-macamlah.
wang.
cinta.
body?
eh macam-macamlah.
keselamatan.
sekarang ni rasa nak pergi mana pun dah tak selamat dah.
macam-macam cerita pasal perempuan kena samun, kena rogol, kena pukul segala.
takut dah kan.
macam semalam, masa mak sampai depan rumah, tengok-tengok ada unidentify kereta yang park kat tepi rumah. orang laki duduk dalam kereta tersebut. enjin tak padam. masa mak nak buka pagar, normally Qalesya mak tinggal dalam kereta itupun lepas mak dah perhati depan belakang tepi tengah bahawa tiada orang yang tidak dikenali. tapi semalam, disebabkan ada kereta mencurigakan tu, mak angkat Qalesya sekali masa nak buka pagar. sempat juga mak melilau tengok sekeliling, ada ramai jiran tengah lepak kat luar rumah, basuh kereta segala, jadi mak fikir, kalau apa-apa jadi mak akan jerit saja. lepas mak bukak pagar, masuk balik kereta dan terus kunci balik pagar. segala barang mak tinggal terus dalam kereta cuma angkat Qalesya dan handphone saja dan terus masuk rumah. sambil tu mak jenguk melalui tingkap tengok lagi kereta tu. mak dah call nazri dan dia pesan suruh call guard. tengah sibuk-sibuk nak call guard, jiran depan rumah balik dan mamat yang duduk dalam kereta tu terus keluar dan jumpa dengan jiran tu. jadi, ok, maknanya dia tunggu jiran depan rumah tu. pffffttt.
selepas perkara tu terjadi, mak fikir-fikir balik dan ada banyak salah mak dalam hal ni.
sepatutnya, kalau dah nampak ada kereta atau orang atau apa saja yang mencurigakan, jangan terus masuk rumah tapi drive balik kereta dan terus pergi ke tempat yang selamat. macam balai polis ke atau at least the nearest pos guard.
tindakan mak masuk rumah bawak Q masuk rumah semalam amatlah tidak bijak sebab kalau apa-apa jadi memang kami berdua saja ada dalam rumah tu.
nasib baikkkkkk lahhhhhh takde pape.
kalau tak........Nauzubillah minta dijauhkan.
mak punya point sekarang ni, sebagai so-called kaum yang lemah, kita kena lebih berhati-hati.
kalau ada orang ikut kita, jangan panik, kau orang bawak la orang yang ikut kau orang tu terus ke balai polis atau balai bomba ke atau hospital ke atau apa-apa tempat yang ramai orang.
kalau kereta kena langgar dari belakang ke tepi ke jangan keluar dari kereta tapi tengok dulu kalau ramai orang mungkin boleh lagi tapi kalau dah kamu seorang saja di situ jangan fikir panjang drive terus ke tempat-tempat yang mak sebut kat atas nu haaaaaa. biarlah dia ingat kamu nak buat drama langgar lari daripada kamu yang kena kemudian hari.
kalau ada apa-apa kertas melekat kat cermin jangan mengada-ngada nak turun tengah-tengah jalan dan cabut. nanti kang entah dari mana ada saja orang yang masuk atau samun kamu.
kalau ada liquid pelik-pelik kat cermin depan, jangan terus on wiper, nanti keadaan cermin akan jadi lagi teruk, teruskan bawa kereta kamu ke tempat cuci kereta dan cuci la terus kereta kamu yang dah lama tak basuh tu. *ni untuk diri sendiri ke ni?*
dan yang bawa anak, jangan sesekali tinggalkan anak dalam kereta semasa kamu seronok-seronok membeli belah kat Pasar Mini Ah Meng. nanti kang tak pasai-pasai ada orang berbesar hati curi kereta dan saguhati anak yang kamu tinggalkan dalam kereta tersebut. pastu baru lah nak menangis bagai.
jangan. nasi dah jadi bubur. lebih baik beringat sebelum terkena.
memang. kita tak boleh nak jangka apa akan terjadi. tapi kita kena cuba untuk mencegah dengan mematuhi apa-apa juga peringatan yang dah diberi.
sekurang-kurangnya kita dah cuba sedaya upaya menjaga diri sendiri dan orang tersayang.
yang selebihnya, bertawakallah.
kena beringat
ReplyDeletejom join sini
http://www.nurfuzie.com/2012/06/pencarian-cik-en-dan-blog-entry-kita.html
kena beringat
ReplyDeletejom join sini
http://www.nurfuzie.com/2012/06/pencarian-cik-en-dan-blog-entry-kita.html
seramnya kak..
ReplyDeletesy yg baca pun berdebar debar..
kalau sy jd akak, sy masuk rumah gak..
sbb tu paling selamat bg saya.. huhu
Betol 2...skrg neh mcm2 bole jd...kena sentiasa bjaga2 lah kn...
ReplyDeleteYa memang begitu nasib kita, sampai sekarang saya masih fobia dengan bunyi motor dulu saya kena ragut, peragut menggunakan pisau pemotong daging, saya hampir terkena pisau tu nasib baik adaa seorang lelaki nampak dan jerit sekuat ahti, peragut tu cabut lari saya terpinga-pinga macam dalam mimpi..
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan tu .. ^_^
ReplyDeletethanks kak sbb share
ReplyDeleteat least pasni kene lebih beringat dan berhati2
Hish!! memang seramlah baca...
ReplyDelete