tetapi, semasa menulis, ada beberapa perkara menggangu mak.
yang pastinya tentang kerja.
dan tentang beberapa individu yang buat dada mak sesak!
kadang-kadang, mak tak faham.
iyalah.
ini dunia.
ada macam-macam ragam manusia.
tapi.
iyalah.
kelakarlah.
bagaimana boleh kekal kental dan tegar.
mak ada kawan.
kerjanya suka menipu.
sampaikan, bila saja namanya disebut, orang akan mula berhati-hati dan 'statement - knowing her' sering digunapakai. maknanya, bila saja berkata mengenai kawan mak itu, orang akan berhati-hati dalam menerima ceritanya sama ada ceritanya itu benar atau tidak.
tapi persoalannya disini, walaupun dah tahu penipuannya sering diketahui umum, bagaimana individu-individu jenis begini boleh kental dan tegar dalam mengekalkan sifat suka menipu itu.
mak kagum betullah.
setiap hari ada saja cerita baru. i mean. cerita tipu dia itu. dan apa yang mak dapat lihat, sekali menipu akan terus menipu tanpa henti. sebabnya, kalau dah menipu sekali, akhirnya dia kena menipu sekali lagi sebab nak tutup penipuan yang pertama, dan menipu sekali lagi untuk penipuan kedua dan menipu sekali lagi untuk penipuan ketiga dan...kau orang sambunglah sendiri.
how does it feel. to live in that world. hidup dalam penipuan.
tak penatkah?
realistikkah hidup begitu?
kalau mak, penat rasanya.
sekali menipu penat rasanya.
dua kali menipu? penat kuasa dua?
dan bahagian yang paling penting.
kita menipu, tapi orang tahu kita menipu. tak rasa lainkah individu itu?
mak selalu dapat lihat situasi itu.
A bercerita B begini.
tapi mak dapat tahu daripada C bahawa B adalah begitu yang mana C mempunyai sumber cerita yang solid. kukuh. konkrit. maknanya mak dapat tahu bahawa ada dua versi mengenai B. alih-alih B sendiri bercerita begini. jadinya sekarang, mak ada 3 versi yang berlainan mengenai B.
kenapa ada sampai 3 versi?
satu saja. sebab ianya bermula dengan penipuan.
siapa yang menipu?
entah?
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen.
Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu,
maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya .
(Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat,
apabila bercakap ia berdusta,
apabila berjanji ia mungkir
dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (Menegakkan benang basah )."
Sekali menipu, ianya tidak akan terhenti di situ. :(
ReplyDeletememang malas nak layan kaki penipu ni.dan buat diri sendiri,cuba elakkan untuk menipu.bersikap jujur lebih baik :)
ReplyDeletesemoga org tu diberi petunjuk olehNYA supaya tak menipu lagi.. ^_^
ReplyDeletedulu ada jugak kawan cam gitu...memang kitaorang dah chop dia pencuri...
ReplyDelete