Tabungan

02 December 2010

HATI YANG RETAK? BAGAIMANA MAHU DICANTUM SEMULA?

assalamualaikum.

tadi seperti biasa melawat ted|.
kalau sehari tak jenguk blog dia memang la tak sah hari.

dan hari ini entri dia berlainan sikit.
beliau berbicara tentang hati.
hati yang retak.

hati yang retak, ada pelbagai sebab.
mungkin juga masalah cinta.
mungkin juga masalah kerja.
mungkin masalah rakan-rakan.
mungkin masalah keluarga.

apa jua sebabnya, ku harapkan ted| tabah.

dan ekoran entri ted|, kita nak menyambung sikit ya kawan?
izinkan ya ted| :)

.....................

hati retak seribu.

sesungguhnya aku pernah berada dalam keadaan itu.
situasi yang sangat tidak menyenangkan.
situasi yang sangat menyesakkan dada.
keadaan yang sangat meyusahkan hati dan minda.

dan buat orang yang lemah seperti aku, punca hati retak itu sememangnya kerana cinta.

ya.
aku pernah mencintai seseorang.
sepenuh hati.
namun.
tidak dihargai.

ketika itu.
sememangnya zaman kegelapanku.
aku rasakan bagai tiada cahaya lagi dalam hidup aku.

aku masih seperti biasa.
ke kuliah seperti biasa.
tawa, riang, canda, mesra seperti biasa.
namun hati aku.
kosong.

kenapa.
kerana hati aku retak seribu.
jadi abu.
ditiup angin.
entah kemana perginya.

sampai satu masa.
aku tarik kunci hati aku.
aku lipat secantik mungkin.
aku ikat seribu ikatan.
dan ku buang ke tengah laut.

hati sudah retak seribu.
kunci telah tenggelam ke laut.

ketika itu aku tersenyum puas.

puaskah.

tidak.

aku cuba untuk tersenyum.
walau hakikatnya.
aku menderita zahir dan batin.

begitu kuat penangan cinta 'dia'.
hingga aku begitu gila.

ketika itu aku rasakan memang tiada siapa yang boleh menggantikan dia.

gila!

namun tidak.

setahun.

ya.

setahun aku hidup dalam imaginasi, fantasi, memoryland aku sendiri.
kamarku masih ada gambarnya.
dadaku masih ada getarnya.

namun bila sudah genap setahun, aku beransur hilang gila.
aku rasakan seperti satu dunia mentertawakan aku dalam diam.

bodoh sungguh perempaun itu.
barangkali si lelaki sudah enak bercinta dengan gadis cantik lain.
namun dia menyeksa hati sendiri dengan hidup dalam dunia dongengnya.

aku tersentak.
entah bagaimana.
aku tersedar.
entah bagaimana.

satu pagi aku bangun.
ku buang semua memori.
ku buang semua kenangan.
kamarku bersih dari semua kenangan 'dia'.
diriku kuajar agar cuba melupakan 'dia'.

hari itu aku bangkit.
bangkit dengan satu senyuman ikhlas di muka.
bangkit dengan satu semangat baru.

dan ketika aku berjalan dengan muka terdongak ke hadapan.
aku lihat dia.
ya. dia.
dia yang dari dulu rupanya memerhati aku.
namun kerana aku terlalu menunduk ke bumi. aku tak pernah bertembung mata dengannya.

dan sejak hari itu.
aku cuba membuka ruang kosong itu.
aku cuba untuk menerima si penderma hati itu.

si penderma hati.
penderma hati yang tulus ikhlas.
terlalu naif.
terlalu lurus.

dan kerana naif dan lurusnya, aku tergamam.
dengan naif dan lurusnya, dia datang membawa kunci hati yang pernah aku buang dalam dasar laut tidak lama dulu.

dan dengan kunci di tangan, ruang kosong yang ada, aku menerima si penderma hati tersebut.

dan aku telah bersama dengan si penderma hati hampir 6 tahun.


telah berkahwin dengannya hampir 2 tahun.


dan telah punya permata hati yang berusia 16 hari.



.................................................

sahabatku ted|,

setiap orang pasti punya cerita sendiri.
dan aku pasti, ada penderma hati untuk kamu di luar sana.
aku doakan yang terbaik buat kamu wahai sahabat ku ted|.

p/s ~
sekadar berkongsi. :)


17 comments:

  1. wah.. mcm terpaku je baca entry ni.. tibe2 rasa nak sambung je entry ni..
    hehehe..
    kesakitan, kegembiraan adalah rencah hidup.. xselamnaya kite akan sakit..

    ReplyDelete
  2. owh...encik nazri the superherooo...
    hahahah

    p/s - kak tata, pagi td aku gi meeting kt Jupem :)

    ReplyDelete
  3. i pun pernah dlm situasi tu.. perit sangt rasa.. bibir terpksa pura-pura senyum, tapi hati sakit yg amt sgt... apa yg buat sedar, kita kne balajar dan paksa buang semua ingatn lama.. mmg payah.. tapi kena sndri yang kena ubh diri kita.. org lain cuma boleh lihat je.. bila confdnr diri sndiri meningkat, insyaAllAH kita akan dpt chaya baru.. ALHAMDULILLAH i dah dpt chaya tu.. dan berhRAP chya ni akan kekal sm sperti kehidupan u sekarang =) doakan ye...

    ReplyDelete
  4. harap hati yg retak 1000 endingnya jadi mcm ni. =))

    Malam tadi kita mimpi te, mimpi mami sekali. kita dtg umah te n hubby, mami n adik2 te pun ada sekali.

    tapi baby tak de lak. baby kat rumah baby sister. ha ha ha ha..

    belum dpt jumpa realiti, dlm mimpi pun jadilah. =))

    ReplyDelete
  5. mungkin petanda mimpi tu, te nak sambung entry kita tu. =))

    ReplyDelete
  6. Hati saya pernah retak dua ribu....

    ReplyDelete
  7. ted jarang bicara soal hati..

    erm.. insyaAllah..pasti ada yang temui serpih2 hati tu dan dicantum semula...kn..

    ReplyDelete
  8. entri yang menyentuh rasa..
    membawa ke suatu masa dahulu.. :)

    ReplyDelete
  9. anda telah di tag! di sini.. sudi sudilah ya.. :)

    http://kellazule.blogspot.com/2010/12/tag-dari-lya.html

    ReplyDelete
  10. hati ini juga pernah retak beribu2..heheh

    ReplyDelete
  11. terkesima membaca luahan hati tu.
    sume pernah mengalami kan?
    suatu hari nt akan hadir seseorang yg mmg ikhlas menyayangi kita.
    jgn dipandang rupa atau harta kerana sume tu akan pudar. pandangla hati nye yang tulus menyayangi kita...hihi

    ReplyDelete
  12. eita kisah sedih tedi buatkan eita mengingati kisah lalu.

    namun alhamdullilah.semuanya dah kembali bersinar dengan warna pelangi yang berseri dan berwarna warni

    itulah hikmahnya bersabar...

    ReplyDelete
  13. firsttime singah sini...;d../hati yg retak pasti jd dingin...

    ReplyDelete
  14. salam..

    keangan yang lepas2 tu biarkanlah berlalu..redha dan banyakkan sabar..
    mungkin semua ini Allah mahu memberi ujian pada kita ( termasuk tedi),

    moga pn tedi tabah..

    ReplyDelete
  15. wah...entry khas untuk tedi...tahniah yer sebab dapat baby...comey la...

    ReplyDelete
  16. Wah puitis dan shahdu sekali apa yang cuba disampaikan..Tahniah atas kelahiran si comel

    ReplyDelete
  17. AA ~ jom sambung! :p

    KI ~ yes, he is my superheroooo :p

    AM ~ doa yang terbaik buat kamoo kay :)

    ted| ~ itu tandanya kiter perlu berjumpa :p

    sha ~ owh lagi beribuan :p sekarang dah oke kot kan :)

    mier@ ~ insyaAllah :)

    kella ~ owh tag!! :p

    HB ~ hmm..rasanya pasti ramai yang pernah retak ribuan kan :)

    atin ~ betulllll :)

    CR ~ betui ayu :)

    rieyana ~ dingin dan membeku :)

    SR ~ ya, moga ted| tabah :)

    LH ~ terimakasih :)

    ZR ~ terima kasih :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...