salam 1 Disember :)
peringatan untuk diri sendiri, ada sebulan lagi untuk berpantang.
yang mana, 30 Disember adalah hari akhir dan 31 Disember 2010, destinasi pertama aku ialah restoran makanan segera A&W.
sekian.
.........................
mantop update gitu hee.
.........................
kisah si ibu tiri.
sekian lama aku menulis di sini, aku masih lagi tidak berani, tak punya keberanian untuk menulis secara terlalu terbuka.
kebanyakan kisah-kisah di sini hanyalah berkisar kehidupan aku dan orang-orang disekeliling ku semata-mata.
mungkin itu adalah salah sebab kenapa blog aku sememangnya tidak popular dan famous amous.
namun, memang tujuan aku menulis bukan untuk popular, tapi sekadar sebagai peringatan, sekiranya aku lupa, ada tempat untuk aku merenung diri dan mengimbau perkara-perkara yang mungkin akan aku lupa dalam 2, 3 tahun lagi.
dan setelah sekian lama aku menyimpan kisah ini,
setelah aku berfikir sama ada molek atau tidak untuk aku menulis kisah ini,
akhirnya aku memilih untuk, ya, mencoret kisah ibu tiri ku disini.
aku mulakan dari awal.
sememangnya aku punya seorang ibu tiri.
ayah ku kahwin dua.
mamiku ibu nombor dua.
maka jadinya ibu tiri ku isteri tua ayah.
selalunya bila kita berbicara tentang ibu tiri, rata-rata orang akan terbayangkan Bawang Putih Bawang Merah kan?
namun tidak.
ibu tiri ku tidak begitu.
percaya atau tidak, kami tinggal serumah sejak aku berusia 9 tahun.
ayah ku beli satu rumah sebelah menyebelah.
maka jadinya dalam satu pagar ada dua rumah lah :)
dari kecil, aku, abang dan adik-adik dijaga oleh ibu tiri ku ini.
besarkan pengorbanan dia.
ibuku keluar bekerja.
dan dia duduk dirumah menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak-anaknya dan anak-anak tirinya.
mana mahu cari wanita sebegini.
tabah.
dari kecil dia menjaga kami.
nak ke sekolah, dia yang menyikat rambut kami.
dia yang membedakkan muka kami.
kecil atau besar, banyak jasa telah ditaburkan.
sedar atau tidak, dia bukan lagi ibu tiri, tapi sememangnya ibu kami juga.
mami juga sering mengingatkan kami, jangan sesekali membezakan-bezakan mereka, kerana dua wanita ini punya tanggungjawab yang berbeza dan menabur bakti dalam cara yang berbeza.
ya.
itulah yang ada dalam fikiran kami sehingga kini.
kenapa aku tiba-tiba tergerak hati bercerita tentang ibu tiri ku?
ibu tiriku kini sangat uzur.
kalau dulu dia yang mendukung kami, dia yang menjaga kami, tapi kini.....
dia tidak lagi mampu berdiri sendiri.
dia tidak lagi mampu makan sendiri.
dia tidak lagi mampu membasuh badannya sendiri.
dan yang paling aku tidak mampu melihat, dia tidak lagi ibu tiriku yang dulu.
semalam baru lepas ke hospital.
doktor mengatakan otak ibu tiriku semakin mengecut.
dan itulah sebabnya dia menjadi semakin nyanyuk.
ya itulah istilahnya.
aku sendiri tidak mampu pergi melihatnya.
aku sendiri masih naik turun emosi.
maka untuk pergi melihatnya buat aku bergenang air mata.
namun ada sekali aku pergi ke rumahnya membawa baby Q.
dia hanya mampu tersenyum dan ada air mata di hujung matanya.
dia hanya mampu memegang kaki baby Q dan menciumnya berulang kali.
aku sorok air mata ku.
walau dia tidak faham erti air mata ku, namun ku sorokkan jua.
aku tidak pasti sampai bila dia begitu.
kalian faham bukan?
maksud aku, aku tidak pasti sampai bila umurnya.
dengan keadaan dia yang begitu.
sekarang ini yang berhempas pulas menjaganya ialah ayahku.
makan, minum, pakaian, berak, kencing, semua ayahku yang menjaganya.
kesian.
dia sendiri sudah tua.
saat aku melihat ayah mengangkat ibu tuaku.
sayu hati aku.
saat aku melihat ayah menyediakan makanan untuk si ibu tua.
sedih hati aku.
begini jadinya putaran alam.
dulu sihat.
sekarang kurang.
dulu sediakan makanan untuk suami.
sekarang suami pula yang berhempas pulas untuk si isteri.
sesungguhnya banyak pahala ayahku.
dengan kesabarannya yang tinggi.
aku doakan yang terbaik untuk ibu tiriku.
dan juga untuk ayahku.
p/s ~
baik atau buruk.
ibu dan ayah.
adalah permulaan kita.
tetibe teringat lagu sudirman..
ReplyDeleteayah dan ibu...
itulah permulaan kita..
sedih dan syahdu baca entry ni..
Salam
ReplyDeletebergenang air mata saya.. semoga Allah memberi dia yg terbaik dunia dan akhirat. Amin
sebak nya bila membaca entri ini!
ReplyDeletesedih.. kehidupan memang begitulah, ibarat roda.. sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah,
namun, kasih sayang tiada penghujungnya...
sob.. sob... :(
sedihnya....sebak ja neh...
ReplyDeleteanta telah di tag! :)
ReplyDeletehttp://kellazule.blogspot.com/2010/12/tag-dari-lya.html
Pergh..Five Star nye cerpen nih... bila nak buat novel?
ReplyDelete