Tabungan

07 December 2010

SALAM TAHUN BARU | APA AZAM TAHUN BARU | KENA ADA AZAM? | AZAM YANG LEPAS? |

Assalamualaikum.

wah.
kembali bersiaran selepas beberapa hari tak kemaskini blog.
maklumlah.
suami tersayang balik sini.
takkan ku lepas satu saat pun lah duduk dengan dia heeee.

baru sat ni telefon, dia dah ada di sg.buloh.
Alhamdulillah, perjalanan lancar setakat ini.

dan kini, kembali berdua la kini baby Q.
sabarrrrrr.
nanti kita balik duduk KL ngan ayah kay.

jadinya, dah beberapa hari tak update.
perkara yang paling terkini.
tak lain tak bukan. tentang Awal Muharam.

ya.
ikut kalendar islam, kita dah masuk tahun baru.

Alhamdulillah syukur pada Tuhan.
Anugerah tahun baru ini, kami suami isteri dah jadi ayah dan mami.
InsyaAllah, kami akan jaga amanah Tuhan ini dengan baik.

Aku mohon serendah-rendah diri ya Allah,berikanlah kesihatan dan kekuatan kepada anak kami.
Sihatkanlah tubuh badannya dan lindungilah dia dari apa-apa penyakit yang membahayakan dirinya. Amin.

macam mana dengan azam?
ada apa dengan azam.

setiap akhir tahun, awal tahun, sana sini orang akan bertanya.

apa azam tahun baru?
azam tahun lepas dah tercapai?
berapa dapat capai?
berapa tak tercapai?
ke tak tercapai-capai?
wakakakakaka.

aku?
azam?

tahun ini aku ada azam.

tahun ini azam aku,

nak jadi mak yang baik. weeeeeeeeeee.
pastu semangat nak kerja, sebab aku ada boss baru yang sangat sempoi.
senang sangat kerja dengan dia.
jadi rasa semangat nak masuk kerja.

oh ya.!
aku layak untuk cuti 90 hari.
cuti bersalin 90 hari tuh.
layak ok! 
*senyum*
aku akan gunakan sebaiknya.
untuk cari nurseri.
dan untuk breast feed dia sebanyak mungkin.

oke.
nak gerakkan baby Q.
nak bagi dia minum susu.

p/s ~
hari jumaat dapat jumpa Nazri balik yeay!

2 comments:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...