Tabungan

02 December 2010

MAHU MENULIS, TAPI TAKDA IDEA

salam.

oke.
baby Q sedang tidur.
mari gunakan waktu itu sebaik mungkin.
sebab bila dia sudah bangun, takde makne nak pandang menda lain, tengok muka Q lagi asyik!
*senyum*

mari membebel.

sekarang ni, setiap kali pandang muka Q, kiter pasti tersenyum sendiri.
tersengih-sengih macam kerang busyuk bagai hee.

mana tak.
sering terpikir.
'owh dah anak aku nih!'
'owh dah tak leh gi karoke?!'
'owh camner kalau ada function waktu malam?'
'owh sape nak jaga dia kalau kiter ada kursus segala?'

wah macam-macam duk hinggap kat kepala.
soalan lebih dari soalan objektif kertas bahasa melayu UPSR tahun 1994 dulu wakakaka.

tapi yang bestnya soalan-soalan yang duk hinggap tu takde jawapan A,B,C atau D atau semua di atas.
seringkali soalan-soalan tu akan datang dengan pelbagai alternatif.

gi karoke?
bawak dia sekali? giler kentang!!!

function waktu malam?
nazri jaga? boleh kah dia?

kursus?
hantar balik kampung? owh sanggupkah nazri, sanggupkah kami?

macam-macam menda la dok fikir sekarang nih.

dan yang paling pening sekarang nih, nak hantar kat mana bila aku dah start keje nanti.

nurseri?
ee..takutnya, dengan bebudak tercekik n kiokkk.
aduhhhhh mintak simpang empat!

pengasuh?
ee..ada tengok tak video klip pengasuh kejam yang mandikan budak tuh?
aduuhhhhh mintak simpang pulai laaaaaaaaaa!

so camner?
semuanya takut?
berhenti kerja jaga anak?
uish, kalau aku orang kaya, boleh la kan??
ini kerja pun setakat cukup kais pagi makan pagi petang. huhu.

jadinya camner.

nak tak nak kena gak la antar nurseri or pengasuh.
yang pasti kami nak hantar kat satu nurseri tu. nurseri tu ada sepupu Q kat situ. dan tak pernah la lagi ada pape keadaan yang tidak menyenangkan. 
tapiii.
masalahnya kami ni dah lambat register.
jadinya masuk waiting list number 6.
uuuuu..
nak kena tunggu orang berhenti dulu baru boleh masuk situ.

hmm.
plan.
kena cari plan supaya ada 6 orang yang stop hantar anak ke situ.

plan 1.
cari jalan supaya mak atau pak diorang pindah keje or transfer.
kalu jadi gitu, mestilah diorang kena cari nurseri lain kan?

plan 2.
cari jalan supaya mak atau pak diorang diberhentikan kerja.
hahahahaahahaha. giler kentang kejam.

plan 3.
hmmmm. 
nnt nak pikir jap.

p/s ~
pecaya ker plan kat atas.
don't lah.
imaginasi purpose only.
wakakakakaka.


1 comment:

  1. plan 3:
    ko anta je surat tatatertib kat mak bapak drg kak tata...suh drg berentikan anak drg dari nurseri tu..kata boss besar nak anta anak pulak...hehe

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...