Tabungan

13 December 2010

BERPANTANG | DARI MATA AKU | CEWAHHHHH!

hari ini dah masuk hari ke 27 aku berpantang.
tapi secara jujur, pantang macam tak pantang aje hehe.

makan oke, memang berjaga, berpantang segala.
ini tak boleh, itu tak boleh. memang aku jaga. sebab takut luka dalam perut tak oke lagi.
luka bawah memang macam dah takde pape, tapi yang dalam perut ni sapa tau kan he.

dari segi bertungku segala, itu yang aku 'fail'.
sebabnya, memang tak terkejar segala.
kekadang tungku, kekadang tak.
barut apatah lagi haih.

mak aku kerja. jadi waktu opis memang semua kerja aku kena wat sendiri.
itu yang buat tak terkejar segala.

jadi semasa menda2 semua nih jadi.
aku terpikir tentang diorang2 yang lahirkan anak2 luar nikah nih.

buang anak satu hal.
lepas dah buang tu, camner diorang jaga diri diorang?

maksudku,
macam mana diorang berpantang? heee.
macam mana diorang jaga diri?
macam mana makan diorang?
macam mana emosi diorang?

seingat aku seminggu dua lepas bersalin ari tu, memang emosi tak boleh kawal. naik turun.
jadi diorang ni macam mana?
dengan kekesalan diorang buang anaknya.
dengan rasa bersalahnya.
ke takde rasa semua tu?
tak paham.

macam mana diorang boleh lalui semua tu?

setiap kali aku pandang muka baby Q, aku tertanya-tanya, macam mana diorang ada kekuatan nak buang anak-anak kecil tu?
macam mana diorang ada keberanian nak letak anak-anak kecil tu dalam longkang, tepi tong sampah segala.
tak terdetik ke rasa sayang bila tengok mata anak kecil tu.
atau sekurang-kurangnya kalau takde rasa sayang, rasa kesian pada anak-anak kecil tak berdaya ni?

dah pandai buat, lepas tu boleh suka-suka hati nak buang kat mana saja?

tak boleh blah kata orang sekarang.

lepas tu ada pulak yang boleh melakukan penguguran berulang-ulang kali.
subur betul korang yer.
camne korang berpantang dulu?

itu lah.
korang berpantang tak setiap kali lepas gugur?
setiap kali lepas lahir anak luar nikah?
camne korang jaga peranakan korang eh?
tertanya-tanya betui aku.

p/s ~
ita ni dah melalut nih.
bak kata kuwe ~ melalut ke laut secara berjemaah. weeeeee.

5 comments:

  1. folo blog kamu.. mai la folloe blog saya

    ReplyDelete
  2. memang tak pernah berpantang sebab belum pernah mengandung.. :)

    tapi betulla apa yang ita fikirkan tu, kadang2 semuanya tak terjangkau dek akal kita kan? macamana seorang manusia boleh bertindak seperti binatang! uhhh...

    dunia semakin hampir ke penghujung...

    kim salam kat beby q! :)

    ReplyDelete
  3. salam..
    Airmata asyik mengalir je bila lihat gambar bayi-bayi tak berdosa tu, kalau tak nak pun letak kat depan rumah orang ke balai polis ke tak pelu lah dibunh buang macam tu

    ReplyDelete
  4. heh heh kak. selamat berpantang. mak sedara kita pun tengah berpantang. tapi macam tengok berpantang dari segi makanan aja. yang lain macam biasa ajo.

    dah nak dekat sebulan baby q tu kan. rasa macam baru semalam entry akak nak masok hospital. heh. dah besar kan q!

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...