Tabungan

31 January 2010

..Agak agak La Kalu Nak Menasihat Pun!!!..

kamu ambil makanan..
lapar..
ambil banyak sedikit..

sampai di meja..
kamu duduk bersedia untuk makan..
Bismillah dan Doa Makan tidak dilupa..

di meja..
ada dua pegawai senior..
2 rakan senior..
dan rakan seangkatan kamu..

alih2..
kawan kamu berkata..
EH BANYAK NYE AMIK MAKANAN..NI MAKAN KE APER..
MANA ADA ORANG PEREMPUAN MAKAN BANYAK GINI..!!

dihadapan orang..
dihadapan pegawai senior..

apa perasaan kamu diperlakukan begitu??

p/s ~
aku mahu tidur..
semalam habis pukul 1 pagi..
mahu berehat..
malam nanti ada karaoke yeah..
tapi rasanya tak berpeluang pegang mic pun heehee..



30 January 2010

..bersiaran secara langsung dari dalam bas..

digital..kotak..jam..
sudah tunjuk jam 10:57..
dan kami masih di Kuala Selangor..

kah kah kah..
niat mahu mengelak rakan-rakan India berhari raya...
tapi sayang..
masih bertembung dan akur menghormati hari besar ini..

moga semuanya baik sahaja rakan-rakan 1Malaysia ya..

dan aku..
masih pening..
duduk di bahagian atas roda..
merasa setiap getaran jalan turap hampir hilang warna ini..
melambung mengikut putaran roda..
sambil tersenyum terangguk angguk..
bersiaran kepada kalian secara lansung..

wah..macam artis gitu..
macam ada saja yang mengikut perkembangan aku hahahaha..

setakat ini..
dua stesen minyak telah dikunjungi..
gara-gara kebocoran tangki oleh ahli rombongan..

keadaan dalam bas?
aku masih akur..
ke kiri ke kanan menghayun badan..
melambung atas bawah..
sambil tangan menari di atas papan kunci ini..

rakan-rakan tidak kebosanan..
sepanjang jalan sudah dua CD di tayang..

CD pertama agak saspen..
aku turut terpaku memandang skrin..
mengikut jalan cerita hingga akhir..

CD kedua masih lagi bersiaran semasa aku menaip..
cerita santai..
membuat rakan sekerja bergelak ketawa secara meriah..

aku masih oke..
masih terbayang cara menyimpan ketakutan berada ditengah laut..
hehehehe..

gambar akan aku tampal kemudian ya :)

p/s ~
angguk angguk
geleng geleng
:p



..Pengembaraan Bermula..

Seharusnya bercuti panjang..
meluangkan masa bersama dia..
namun..
pengorbanan harus dilakukan..
perjuangan harus diteruskan..
masa harus dipotong..
lalu..
pengembaraan akan bermula..

esok..
ya esok..
aku dan rakan-rakan opis akan ke Pangkor..

Retreat Pengurusan kata boss..
arahan YB Dato' Ketua Pengarah..
ingin meluangkan masa bersama Bahagian Pengurusan..
mencari masa..menceritakan masalah Bahagian Pengurusan..berbincang..dan diselesaikan..

lihat saja kotak jadual..
dipenuhi dengan bengkel..
insyaAllah..pengisiannya berguna..

namun..
masa harus aku korbankan..
suami ku tinggalkan sebentar..

moga semua selamat..

p/s ~
aku takut laut..
doakan aku selamat..
:)

29 January 2010

..Renungan Pagi Jumaat..

Maksiat lawannya taat.
Kedua-duanya, hanya Allah swt yang tahu.

Maksiat ada kesannya, taatpun ada kesannya tersendiri.
Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi si Mukmin,
manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang engkar.


Walaupun hanya Allah swt yang tahu semua tindakan ketaatan dan juga kemaksiatan insan,
kesan dan pengaruhnya dapat dilihat semasa hidup di dunia.

1. Tidak Mendapatkan Ilmu -
Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah swt ke dalam hati.
Sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut.
Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang belajar dengarnya,
"Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar dalam hatimu.
Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat."
Imam Syafie juga pernah mengeluh,
"Saya mengeluh kepada Waki',
hafalanku jelek;
lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat.
"Sambung Waki', "Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah,
dan Allah swt tidak berikan kepada pelaku maksiat."

2. Tidak Mendapatkan Rezeki -
Dalam Musnad Imam Ahmad,
"Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat."
Sememangnya jelas bahawa taqwa kepada Allah swt itu mendapatkan rezeki,
sedangkan meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.

3. Kerisauan dan Kesepian di Hati -
Antara hati seorang insan pelaku maksiat dengan Allah swt,
tidak ada keseimbangan dan keterkaitan yang dirasai sebagai kenikmatan,
malahan yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian.
Sekiranya kenikmatan dunia seisinya diberikan kepadanya, tidak akan mampu mengimbangi keresahan tersebut.
Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan kerana kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain,
lebih-lebih lagi dari orang-orang yang sebelumnya baik dengannya.
Bilamana perasaan keterasingan itu menjadi kuat,
maka dia akan menjauhkan dirinya dari lingkungan orang-orang tadi.
Akhirnya, jika hati yang terasa terasing itu banyak melakukan maksiat,
dia akan mendekati kelompok Syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah swt.
Kesan seterusnya, perasaan keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa terasing dari keluarganya serta anak-anaknya, dan ini akan terus menambahkan kerisauan dan tertekan dalam dirinya.

4. Banyak mendapat kesulitan -
Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya.
Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit.

5. Kegelapan dalam hatinya -
Kegelapan dalam hatinya akan sungguh-sungguh ia rasakan seperti gelap pekatnya malam.
Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu masuk menutupi hatinya.
Berkata Abdullah bin Abbas, Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya.
Adapun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah,
kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang."

6. Melemahkan hati dan badan -
Orang Mukmin itu kekuatannya terletak pada hati.
Bilamana hatinya kuat, badannya pun menjadi kuat.
Sedangkan orang yang jahat dan penuh dengan maksiat,
walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah.
Bayangkan, kekuatan badan orang-orang Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang-orang Mukmin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah swt.

7. Kehilangan ketaatan -
Tidak ada hukuman bagi suatu dosa,
kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah swt.
Juga akan terputuslah jalan-jalan kebaikan yang lainnya,
sedangkan ketaatan itu lebih baik daripada dunia seisinya.

8. Mengurangi umur dan mengikis berkah -
Sebahagian ulamak mengatakan,
bahawa kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya.
Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati.
Umur manusia selama waktu-waktu hidupnya sentiasa bersama Allah swt,
itulah yang merupakan waktu-waktu umurnya.
Bila hidupnya berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan,
akan hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki.
Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata Petikan dari Surah Al-Fajar Ayat 24 yang berbunyi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يَقُولُ يَـٰلَيۡتَنِى قَدَّمۡتُ لِحَيَاتِى (٢٤)سُوۡرَةُ الفَجر.

Maksudnya : "Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini."
 
 
p/s ~
artikel ini diambil dari Kelab Rekreasi TM buat rakan-rakan semua di pagi Jumaat ini..
share is care :)
 
 

28 January 2010

..Pernah tak korang SENTAP!!..

pernah tak..

kamu rasa kecil hati..
sekecil kecilnya..
sampai kalau kamu letak bawah mikroskop pun..
hati kamu takkan nampak dek zahir..

pernah tak..
kamu kecewa..
sesadis sadisnya..
sampai kamu terdiam kelu tak bicara..
bila bercakap titis air mata..

pernah tak..
kamu berjauh hati dengan seseorang..
sampai kamu pandang dia dan kamu alihkan pandangan ke tempat lain..
bila tunduk ke lantai..kamu ketap bibir sambil tutup mata..

pernah tak..
kamu sedih..
sampai orang pun tahu kamu sedih..
dan semua bertandang ke bilik..
menepuk bahu dan berkata..
"cik ita janganla sedih"..

aku pernah..
dan aku masih berkecil hati..

p/s ~
aku nak jadi pendiam di ofis..
aku nak senyap saja..

..anak lelaki dan anak perempuan..

anak lelaki dan anak perempuan..
terdapatkah beza di antara tugas anak lelaki dan anak perempuan..

aku mendengar topik ini dibicarakan di satu stesen radio inggeris..
relevan juga untuk aku bicarakan disini..

kata DJ tersebut..
apa ada pada perbezaan ini??

ada yang mengatakan bahawa anak lelaki tugasnya mendokong famili..
harus mencari wang untuk famili..
tanggungjawab membantu ayah sebagai ketua keluarga terletak di atas bahu anak lelaki..

sementara anak perempuan tugasnya menjaga emosi keluarga..
membantu ibu menjaga isi rumah..

soalnya..
jika keluarga itu punya semua anak perempuan..
maka siapa yang harus membantu ayah mencari mata pencarian keluarga..

jika pula keluarga itu punya semua anak lelaki..
maka siapa yang harus membantu ibu menjaga isi rumah keluarga..

dan aku..
aku lahir sebagai anak perempuan pertama Keluarga Mutalib..
benar aku menjadi penjaga emosi keluarga..

ketika arwah abangku menghadap hari-hari matinya..
dia melangsungkan niatnya pada ayahku untuk membenarkan aku datang ke KL menemaninya..

maka..
keseorangan aku ke KL..
menemani dia di hospital..
menjaga makan minum pakai arwah..
menangis bersama dia betapa dia menggeruni hari akhirnya..
benar aku pendokong emosinya..
ayah juga menyatakan rasa sedihnya..
kerana aku terpaksa menanggung sedih..
melihat hari-hari arwah abangku berlalu begitu sahaja..

tapi masih..

ada bezakah tugas anak lelaki dan anak perempuan?

pada aku..sebagai seorang anak..tugasnya sama..
menjaga ayah dan ibu..serta menjaga seluruh keluarga..
susah dan senang..hidup bersama..


p/s ~
tidak mahu meninggalkan sesiapa di perhentian bas..
tidak!!

..perasan bagus..


perkara ini dah lama sebenarnya..
menari-nari dalam kepala..
sekejap cha cha, sekejap zapin, sekejap inang..

lama aku perhati..
aku punya ramai teman begini..

kadang-kadang..
seronok bila bersembang dengan teman-teman sebegini..

aku akan pandang sedalam-dalamnya..
mendengar semua cerita dengan asyik..
kadang-kadang senyum hadir di bibir..
tanpa aku ukir dengan kikir kayu..

kadang-kadang aku terpikir..
bagaimana boleh mereka jadi sebegitu yakin begini..

pernah sekali aku berbicara dengan seorang rakan..
bercerita tentang cinta..
tentang bagaimana jodohnya masih belum sampai..
walhal aku bakal dinikahkan tidak kurang berapa hari..
lantas dia memberi komen..
"yolah..aku tahu..aku memang lagi cantik daripada ko..
tapi tulah...jodoh ko sampai dulu nak wat camner"...

huhu..terkedu aku sebentar..
*senyum menggila*

aku berpendapat..
pada dasarnya..
perasan bagus punya dua sisi..

sisi positif yang aku rasa bagus..
kerana mereka yang sebegini..
sangat yakin dengan diri sendiri..

holah..
takkan la boleh rasa diri cantik..
kalu tak yakin yang diri tu memang cantik kan..

dan dari sisi negatif nya..
jika mereka jenis ini terlalu sangat perasan bagus..
bukankah membuat orang jelik dan menjuih bibir tanda meluat??

ahaks..


p/s ~
kamu pernah jumpa orang begini??

26 January 2010

..keliru oh keliru..

ada orang berkata pada ku..
"ita..ko ni gemuk sangat..kuruskan la skit badan tu..tak cantik ar gini.."

owh aku terima dengan hati yang sangat terbuka..

tapi..
bila aku tak makan..
kembali orang berkata pada ku..
"ita..ko diet ehhhhhhhhhhhhhhhhhh??"
sambil tersenyum sinis...

aku senyum kembali..

dan bila aku makan nasi dengan kadar yang sedikit..
masih orang berkata pada ku..
"ita..ngaper skit sangat tuh....cukup ke banyak tuh..kang lapor kangggggg"...
juga tersenyum sinis...

aku senyum lagi...




kalian memang sayang aku kan..
selalu mengikuti perkembangan aku..
apa aku makan..
baju apa aku pakai..
aku make-up atau tidak..
tudung apa aku pakai..
semua perlu dikomen..
shhhh....
aku jadi tumpuan...
diam-diam saja..

owh artis rupanya aku..
hahahaha..

p/s ~
terima kasih :p


25 January 2010

..Putus Cinta..

bercinta..mudah..
ada orang kata..
jatuh cinta pandang pertama..
mudah kan..
pandang saja..
sudah jatuh cinta..

tapi..
putus cinta??
mudah kah??




sudah tentu tidak..
tanya pada siapa yang pernah putus cinta..
pasti tambah tolak katanya - sakit..

aku juga pernah putus cinta..
tapi itu kisah lama..

aku sudah ada suami..
cerita lama simpan saja..

cuma ingin aku katakan..
aku memahami perasaan itu..

putus cinta pasti ada punca..
ada yang menyalahkan takdir..
ada kerana salah diri sendiri..
ada kerana salah pertimbangan mungkin..

kenapa aku kata takdir??
bayangkan..
bercinta indah semua..
tiada cacat celanya..
tapi kalau Dia kata bukan..
pasti bukan juga jadinya..
lihat saja kisah-kisah nyata..
mahu bertunang..pasangan kemalangan..maut..
baru bernikah..juga kemalangan..maut..
itu aku rasakan dari sisi takdir..

salah diri sendiri??
yang aku rasakan rata-rata punca perpisahan adalah dari sisi ini..
mungkin tiada persefahaman..diri sendiri buat tak tahu..
mungkin sudah banyak perkara diluahkan oleh pasangan..juga diri sendiri buat tak endah..
menangkan diri sendiri..pasti tiada gunanya..
mulut untuk bercakap..
mata untuk melihat..
telinga untuk mendengar..
otak untuk berfikir..
guna semuanya..keputusan pasti ada..

tapi masih ada pasangan yang tidak menggunakan kemudahan itu..
mulut ada..tapi dikabarkan pada yang tidak sepatutnya..
mata ada..tapi ditutup segelap-gelapnya..
telinga ada..tapi ditulikan semahu-mahunya..
otak ada..tapi tidak diputar selaju mungkin..

tapi ada juga..
perkara sudah dinyata berulang kali..
masih pasangannya menutup mata hati otak telinga..
dimana lagi nada mahu mencelah..
mana lagi maklumat mahu dicerna..

tetap..puncanya..diri sendiri..

salah pertimbangan..
pertimbangan..
yang aku kira..adalah langkah utama dalam bercinta..
fikir dulu sedalam mungkin..
adakah dia orangnya??..
jangan hanya kerana sehari dua kamu senang berada disisnya..
kamu sudah mahu menaik taraf status..
jangan hanya kerana sehari dua kamu tertawa dengan jenakanya..
kamu sudah berjanji setia sehidup semati..
beri masa kepada diri..
beri masa kepada dia juga..
berkawan dulu bak kata orang..
lihat hati budinya..
bolehkah kamu hidup selama dengannya..


satu yang aku lihat..
zaman moden ini..
terlalu banyak dugaannya..

ada orang ketiga..keempat..kelima..barangkali keenam..
ada yang sememangnya mata keranjang..buaya darat..hidung belang..
ada yang pisau cukur..yang mindanya..hidup untuk wang..

aku tidak suka dugaan itu..
aku takut mendengar kisah keretakan hubungan kekeluargaan atas sebab-sebab di atas..
aku sedih melihat perempuan yang menangis kerana arjuna hati dikacau perempuan lain..
aku sedih mendengar cerita pasangannya berpaling kepada perempuan yang lebih panas dan seksi..
aku sedih..dan aku mohon perlindungan dariNya atas sebab-sebab itu..

p/s ~
meroyan bicara tentang cinta..
selepas sakit hati..
hari hujan tatkala Cinta Balqis mahu melabuh tirai..
hujan - astro tak jalan maaaaa..

apa ending eh?? Balqis dengan siapa tuh??
mohon maklumat haha..


24 January 2010

::Pesta Kasut Antarabangsa::

siapa minat kasut......angkat TANGAN!!!!..

harus aku wah...!!

tidak selalu..juga bukan jarang..
merehatkan mata di Berita Harian Online..

melihat sisi Mutakhir..
itu yang aku lihat..

insyaAllah April ini..di KL..belum jelas lokasi dan waktu serta tarikh sebenar..

diumumkan oleh Menteri kesayangan - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen..
kata beliau..pesta ini akan dihadiri oleh pembuat kasut tempatan dan pereka antarabangsa..
dan pereka kasut terkenal lagi glamor iaitu Datuk Jimmy Choo akan menjadi penasihat pesta!!



wah wah....mantop gitu...!!
harap-harap lokasinya di PWTC..
mudah aku jejaki...ahaks..

tertarik dengan kata YB Datuk Seri Ng Yen Yen iaitu mahu menjadikan kasut sebagai salah satu aspek penting dalam industri pelancongan..

bagaimana tu??

p/s ~
kamu minat kasut??
ahh aku juga!! *senyum menggila* :p

22 January 2010

..separuh sudah..separuh lagi..

sudah..
separuh hari aku terjah..
sedia itu..sedia ini..
sedia sana..sedia sini..

tingkat atas juga aku terjah..
siap sedia sebuah kotak besar untuk gambar..
sebuah kotak kecik leper untuk main gambar..

ada mesyuarat lagi..
sila habiskan hari ini wahai panel..
terima kasih..

dua tiga hari ini aku agak tenang sedikit..
mungkin kerana hajat hati sudah tercapai??
mungkin juga..

tetapi ya..
aku rasa tenang sekali..

batu besar depan jalan..
halang laluan..
aku mengecil dan disisi aku harung..

hujan lebat tumpah ke bumi..
payung merah aku buka..
aku kering..hanya tempias dimuka..

aku tenang..

mungkin ini caranya..
semua halangan..cari jalan..selesaikan..
bukan merungut..memikir..menyusahkan hati..bertangguh..
simpan jadi kudis..

ambil satu masalah..
tenung..
baca..
cari pena..
tulis..
selesai..

kenapa harus tuding jari sana sini..
kenapa harus ketuk gendang sana sini..
kenapa mesti berkumpul di tengah dan sibuk bercerita..
kenapa mesti aku lalu kamu diam..

suami banyak membantu..
aku buka cerita..
dia diam membatu..
aku tanya faham tidak..
dia mengeleng dengan senyuman..
aku sakit..

lantas..hati di ambil semula..
tutur kata jelas aku dengar..
ya Tuhan..
dia mendengar..
dan benar sekali ulasannya..
aku ikut dan aku tenang..
terima kasih sayang..

hidup berkumpulan itu indah..
berkumpulan pula dengan segala jenis manusia..

ada yang diam..sekadar senyum tanda ucapan..
ada yang bising..satu lantai merekah kerana ucapannya..
ada yang bisik..porak peranda kerana katanya..
ada yang sinis..sakit hati mendengar katanya..

aku adalah diam dan bising..
benar caranya..aku bising..
lain caranya..aku diam..

tapi aku cukup lemah kepala lutut kaki kiri kanan jika berdepan si bisik dan sinis..
hati aku kelabu..
membengkak membiru..

ulu hati aku diserang..
disindir bagai..

kenapa mesti tidak senang melihat gembiranya rakan kamu??
kenapa mesti mencurah cat biru jika hati senang berbunga merah??
kenapa mesti mencari topeng alim jika hati kamu hitam sehitam hitamnya??
kenapa mesti menyindir bila senyuman telah ditempel ke muka dengan ikhlas??

mengapa mesti ada manusia begini??
hidup untuk menyakiti orang lain..

kalau sekali dua..mungkin ditahan..tidak disedari siapa pun..
tapi kalau berterusan..tidak kah kamu sedar..kamu itu menyakitkan hati??

kenapa mesti membandingkan kemewahan orang lain..
jika kamu mewah..itu rezeki kamu..
jangan sesekali pertikaikan kesusahan orang lain dan membandingkan dengan kemewahan kamu..
dan..
jika anak kamu kurus dan aku gemuk..itu adalah masalah aku..
ya aku gemuk..
tak perlu ulang dua tiga kali di hadapan kumpulan itu..
mereka faham bahasa kamu..
dan mereka punya mata untuk lihat kegemukan aku..
dan kegemukan itu tanda kemewahan aku..!!

ada faham??

p/s#1 ~
owh ada banyak lagi..
tak mampu aku luah..
lalala..
simpan dalam peti kaca..
telus nya!!!
hahaha..
 wah..marah pulak ita ni hahaha..

p/s#2~
ucapan tahniah buat kawan perempuan ku Nurul Shahda..
telah melahirkan sepasang kembar lelaki..
21/10/2010 pukul 11.30 malam tadi..
aku otomatik jadi ibu angkat mereka..
yeay!!!

p/s#3~
Ya Allah..
Kurniakan zuriat kepada kami..
Amin..




21 January 2010

..tangkap tangkap..gambar gambar..

mahu letak gambar saja boleh??


ted|, ni la baby..skang ni asik tido ajer..










p/s ~

entri ini adalah auto publish..
belajar melalui tutorial si ted|..
thanks sahabat :)

20 January 2010

letak atas almari..amik bangku..capai la..

kamera oh kamera..
saya sudah dapat kamera..
terima kasih suami..
sayang kamoo!!



p/s ~

bercadang nak bercuti pula..
kemana agaknya??
:)

..berat sama dipikul..ringan sama dijinjing..

p/s ~

terima kasih

12 January 2010

..Sayangi dan Bersyukurlah dengan kehadiran seorang Suami..




artikel ini diambil daripada e-mail..
bukan hasil tulisan sendiri..
harap maklum..
erm yang bawah p/s itu yer :p


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki,
jangan lupa bimbing anak dan isteri.
Kalau suatu hari berlaku selisih faham,
jangan cepat menuding jari.
Duduk berbincang dan cari kata sepakat.
Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara,
ayah tak balas dengan kata-kata.
Ayah keluar hidupkan motor,
pergi ke Behrang cari mee goreng mamak.
Bila sampai saja di rumah,
ayah hulur pada arwah Mak,
muka yang tadi masam terus tersenyum riang.
Suami kena tahu kesukaan isteri,
supaya mudah memujuk hati,”

ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua.
Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan.
Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama,
di awal, pertengahan dan di hujungnya.
Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja.
Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi.
Menerima kekurangan untuk saling menginsafi,
suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati.
Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara.
Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga.
Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”
Seorang wanita lalu bangun bertanya,
“Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu.
Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata.

Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa.
Muka isteri semakin kelat, hilang serinya.
Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta,
namun tidak berbicara dan bersemuka.
Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati.
Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa.
Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami.
Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan.
Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.


“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga,
namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.
Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga,
tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa.
Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata.
Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana .
Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan.
Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi.
Moga-moga dia berubah hati.
Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit,
apa pula suami isteri,
buang yang keruh,
ambil yang jernih.
Baru teguh peribadi..”

Wahai teman bergelar isteri,
mari kita muhasabah diri.
Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali.
Banyakkan istighfar dan juga sedekah,
kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami.
Jangan bertangguh dan jangan lengah.
Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari,
“Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”   

p/s ~


MAAFKAN SAYA WAHAI SUAMI..
SAYA TAHU SAYA BANYAK BUAT AWAK SUSAH HATI..
SAYA TAHU SAYA BANYAK BUAT AWAK MAKAN HATI..
SAYA TAHU SAYA SELALU BUAT AWAK TAK TENTU HALA..
SAYA TAHU SAYA SELALU BUAT AWAK SAKIT DADA..
                
MAAFKAN SAYA WAHAI SUAMI..
SAYA TERLALU SAYANGKAN AWAK..
SAYA TERLALU SAYANGKAN AWAK SAMPAI SAYA TAK SANGGUP KEHILANGAN AWAK..
FIKIR PUN SAYA TAKUT..
INIKAN PULAK KALAU BETUL-BETUL TERJADI NANTI..
 
KUCING SAYA MATI PUN SAYA NANGIS SAMPAI BENGKAK MATA..
INI KAN PULA KALAU SAYA HILANG AWAK..
ORANG YANG SAYA TERLALU SAYANG..
INSYAALLAH DUNIA DAN AKHIRAT..
 
SAYA MAHU HIDUP DENGAN AWAK SAHAJA..
TAK MAHU ORANG LAIN..
                                    
KALAU SAYA MERAJUK..
FAHAMILAH..
SAYA MERAJUK TAK LAMA..
AWAK TAHU KAN SAYANG??
 
KALAU SAYA MARAH..
FAHAMILAH..
SAYA MARAH TAK LAMA..
AWAK JUGA TAHUKAN ITU SAYANG??

SAYA NAK BUAT APA SAJA YANG TERBAIK UNTUK AWAK..
SAYA NAK JADI ISTERI AWAK DI DUNIA DAN AKHIRAT..
INSYAALLAH..

MAKA WAHAI SUAMI..
MAAFKAN SAYA..
SEMOGA SAYA SENTIASA BERADA DI DALAM DOA DAN KEREDHAAN AWAK SERTA YANG MAHA ESA..
 
I LOVE U WAHAI SUAMI..

DARI ISTERI MU

08 January 2010

..mati kutu..mati kata..

aku kehilangan..
aku sayang dia..
dia sakit..
aku bawakan ke klinik..
bulu dah cantik..
berkilat kilat...
dah pandai main ekor..
keliling kejar ekor sendiri..
sudah pandai mengerling manja pada aku..
sudah pandai merajuk dengan aku..
niat hati nak dibawa ke KL..
dilarang keras mami kerana mami juga menyayangi dia..

tapi aku kehilangan dia kini..
digelek tayar kereta ayahku sendiri..

tiada darah..
masih sempat mengiau keras kata mami..
mami nangis..
putri nangis..semalaman..
Baby, rakan Puteh juga sugul..
kata mami, hari kematiannya, Baby tidak makan seharian..
dan malamnya, dia tidur di tengah jalan..tunggu matikah?
mahu mengikut Puteh..
jangan tambah sedih aku Baby..

aku??

aku mati kutu..
aku mati kata..
balik Ipoh tak dapat main dengan dia lagi..:(
aku..
tidak mahu menulis sejak itu..
kehilangan kata..

mungkin nampak bodoh..
mungkin berbunyi hodoh..

tapi aku sayang dia..

aku sayang kucing Puteh aku..

p/s ~
tidak menulis kerana aku rindu dia si Puteh..

02 January 2010

..keinginan aku dibunuh secara halus..

apa yang kamu harapkan..
mereka punya ribuan..
kamu punya sudah ketinggalan bas..

kalau setakat kamera harga RM300 waktu semasa..
janganlah kamu harapkan gambar lagak kamera harga RM2490..

melihat gambar-gambar yang aku tangkap tengah hari tadi..
secara halus membunuh keinginan aku untuk terus bergambar riang..

ya..kamera itu sudah lama aku beli..
dari tahun 2007..
3 tahun kami sudah bersama..
mana mampu dia mengikut rentak zapin ku..

aku izinkan dia berehat..
nampak gayanya..
harus bergantung sepenuhnya kepada telefon tangan ku..

kualitinya tidak seberapa..
tapi lebih elok dari kamera usang ku itu..

aku katakan bahawa aku akan tempelkan gambar kenduri tengahari tadi..
tapi..memandangkan aku sendiri tidak gemar dengan apa yang aku lihat..
pasti kamu juga tidak mahu melihatnya..

maka aku letak gambar makan malam kami berdua sebentar tadi ya..



perasan putih sebentar..
coleslaw..tomato..cheese..daging burger dan ayam goreng.. :)

p/s ~
tahun ini akan pastikan dapat beli kamera baru..
:p

..mari lihat orang duduk berdua-duaan sambil jeling-menjeling tersenyum manis..

hari ini..
berdua ke putrajaya..

memenuhi undangan penyatuan dua hati..
duduk di pelaminan..
berdua-duaan..
jeling-menjeling..
tersenyum manis..

have to go..kang aku masuk gambar kay..

p/s ~
dia dah jeling..
nak pergi kenduri tapi masih menghadap lappy :p

01 January 2010

..yeay masuk contest lagi : contest niesz : kerana diriku begitu berharga..

salam tahun baru..

syukur syukur..
bangun pagi..
masih bernyawa..

walaupun tidurku diganggu bunyi bunyi bunga bunga api api..
ahh..tidak mengapa..
itu sebagai tanda kita sudah melangkah ke tahun 2010..

dan entri pertama dalam tahun ini..
secara rasminya aku gunakan untuk menyertai pertandingan..

contest pertama dalam tahun 2010..

pertandingan yang dianjurkan oleh niesz : kerana diriku begitu berharga..


 *klik sini untuk ke entri niesz*


ihiks..

mudah..letak gambar sahaja..aku suka!! :)

oke sayang..
kakak ikut peraturan kamu kay.. :)

letak gambar kan hee...kakak pilih gambar ini..



ini gambar masa kakak nikah 30 Mei 2009..

ini gambar kakak secara solo..maka abaikan makcik-makcik tersayang di belakang tu yer :p

pada kakak gambar ni betul-betul menggambarkan kakak begitu berharga sebab kakak raja sehari masa tu kan......ihiks ihiks.....dan pula...itu adalah masa peralihan....kakak diserahkan oleh ibu bapa kakak kepada suami....dan ketika itu harga kakak RM*** teeeetttttt......berharga kan sayang!! :p

owh..gambar ini akak dapat dari photographer....akak tak edit.....kire cukup syarat kan?? ihiks :p

itu saja kot yang perlu akak huraikan..

semoga diterima masuk contest kamoo ya sayang..

p/s ~
kenangan terindah dalam tahun 2009..
ditunang..
dinikah..
dengan arjuna hati..
masih dan selamanya..
sayang kamu..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...