Tabungan

15 June 2010

penangan lionel messi

aku tak minat bola..
tak pandai pun tengok bola..

tapi, semalam kat kedai mamak,
tengok argentina tengah main bola..
aku terus jerit "messi!!!"

wah kagum..
boleh aku kenal mamat tu!!
Encik Nazri, tak tahu ke kagum atau jeles, tapi ikut membulat mata tengok aku..
awak kenal messi?
wah soalan hahahaha..

akhirnya, semalam kat ipoh,
terus aku call Astro..
mintak masukkan channel Sport..
semata-mata nak tengok bola..
waka waka waka waka hey!!!!!

p/s ~
Ahmad Messi..
sedap gak nama tuh!!
waka waka waka :p

11 June 2010

Pasti Minggu yang BZ..owh bukan kerana bola owh bukan..

jejaka-jejaka kat luar sana excited tak ingat la tuh..
musim bola sudah mari..
tp sebelum korang excited bukan main, apa kata korang jenguk skit kat page ted| nih..
kasik ingat sikit ya :)

minggu ini pasti minggu yang sibuk sebab nak berjalan jauhhhhh..

petang ini sudah mahu pulang ke ipoh..
pagi besok bertolak ke Kedah..
singgah sebentar ke Perlis nak makan kat kedai 'Pokok Sawa' owh best!!!!
ahad ke Sungai Petani memenuhi undangan perkahwinan adik @ sahabat baik kami Azhar Musyabri..
petang terus pulang ke Changkat Jering memenuhi undangan perkahwinan orang kampung Encik Nazri..
isnin baru pulang ke KL..

semoga badan kuat..
InsyaAllah :)

p/s ~ malam ni bola!! erk...leh ker? hee..

08 June 2010

dah pekena bahulu?

dulu masa aku belajar di Arau, aku punya seorang rakan lelaki yang suka mengorat menggunakan ayat di atas..berdiri di sebelah perempuan, sambil tersengih-sengih dan bertanyakan soalan itu, "dah pekena bahulu?"

wakakakaka..memang kelakar itu mamat :)

dan Encik Nazri, masih lagi guna ayat itu bila mahu menegur aku hee..

hari ini rasa mahu makan sate..

owh suami tolong bawa isteri mu ini pekena sate ya..
bukan bahulu..
please :)

bila naik turun buat kita pening melatah dan segalanya

banyak persoalan yang ditanya di kotak shout box biru kecil itu..
ya..aku buat soalan tergantung..
ya..itu jugalah gambaran diri aku sekarang ini..

aku sendiri tenggelam dalam diri sendiri..
tak tahu kemana hala tuju..

sekejap sekejap aku oke..
sekejap sekejap aku tak oke..

adik meniti senja dan kak rina bertanya kenapa ruangan aku  tak boleh dikomen..
kesilapan teknikal heeee...gatal menggodam gajet..habis semua aku usik..ntah macam mana tak boleh komen hee..tapi insyaAllah udah boleh dikomen semula kan.. :)
seperkara lagi..aku rasa gembira..walaupun dah lama tinggalkan laman ini tak berconteng, tapi masih ada pengunjung..terima kasih semuanya..

hazzy menulis di kotak jerit itu, sudah give up kah?
itu persoalannya..
persoalan aku juga..
minggu lepas aku berpeluang ke kursus Psikologi..
sangat seronok..banyak perkara baru yang aku pelajari..
dan kami satu kumpulan membicarakan tentang redha..
ada peserta yang mengatakan, redha itu seperti berputus asa..menerima saja semua ketentuan Nya tanpa berfikir apa lagi..
dan aku juga terfikir..
adakah aku tergolong dalam golongan itu..
kekadang aku juga merasakan lelah dan menyerah..
penat dengan semua dugaan..membuat aku membiarkan diri terapung-apung di lautan luas menunggu jerung menjamah aku..
dan kadang-kadang kekuatan itu timbul untuk terus berjuang, terus positif demi keselamatan kandungan ini..
tapi aku cuma manusia biasa..
aku takkan bisa menghalang suara-suara kecil yang membuat aku kembali lemah dan menangis menangis menangis..
aku tahu pasti lepas ini semua akan berkata, sabar sabar sabar dan sabar..
iya..itulah yang aku lakukan sekarang..
tapi aku cuma manusia biasa..
kekadang tewas dalam fikiran sendiri adalah norma hidup..
dan bagi aku..aku tidak menyerah..
aku cuma merasa lelah..
perlukan ruang untuk berehat sebentar..
dan kembali melawan arus..

sahabatku ted| bertanya apakah?
aku tahu ia tentu berkaitan dengan hal kaunseling itu..
semasa kursus kaunseling tempoh hari, kami belajar untuk meninggalkan bebanan dahulu demi menempuh haluan baru..doktor yang mengajar kami menyatakan, kebanyakan penyakit yang menghantui kita sebenarnya adalah kesan daripada bebanan mental yang kita bawa daripada dahulu..jika kita bersedia untuk meninggalkan semua bebanan, sentiasa memaafkan orang lain, sentiasa berfikiran positif, insyaAllah kita akan sihat walafiat dan bahagia..
maka aku terfikir sebentar..adakah keadaan aku yang selalu sakit adalah hasil daripada bebanan yang aku bawak sepanjang hidup ini..sehinggakan rakan-rakan sekalian mengusulkan agar aku berjumpa dengan doktor itu untuk mendapatkan sesi kaunseling kerana sejak aku kembali bekerja, keadaan aku memang nampak huru-hara dan bukan seperti Wanita yang mula-mula masuk bekerja 2 tahun yang lepas..

aku akui aku agak huru-hara sejak beberapa bulan ini..
keguguran..
pembedahan..
chicken pox..
dan kesan chicken pox yang kemungkinan akan membahayakan kesihatan kandungan..
semua itu secara jujur membimbangkan aku..

aku selalu berbisik..
jika benar Dia mahu membalas dosa-dosa aku, jatuhkan saja dugaan itu kepada aku seorang dan bukan kandungan yang tidak berdosa ini..biarlah dia membesar dengan baik dan selamat..

namun tetap, tidak ada yang dapat membuat hati aku tenang..
aku telah membaca berpuluh-puluh artikel di internet, majalah dan sebagainya..
semua artikel itu menyebut bahawa wanita mengandung yang terkena chicken pox, kandungannya pasti akan terjejas dan mengalami kerosakan..hati mana yang tidak gagau resah segala..
dan terbaru ketika aku berjumpa dengan doktor ku, dia sendiri tidak mahu memberitahu keadaan kandungan ku..dia katakan bahawa minggu ke 20 nanti baru boleh diadakan pemeriksaan terperinci untuk mengetahui sejauh mana chicken pox itu menjejaskan kandungan ini..

minggu ke20?
sebulan lagi baru ku tahu keadaan bayi kecil ku ini..
hati mana tidak risau..
ceritakan padaku, ibu mana tidak risau jika mengetahui anaknya berpotensi untuk sakit??

aku gelisah..
aku sedih..
aku penat..
aku marah..

tapi segala perasaan negatif itu dapat dibendung kerana aku punya nazri, mami, adik beradik, kawan-kawan dan kalian semua..

insyaAllah, aku masih lagi berpijak di bumi nyata..

kun fayakun..
semua masih dalam tangan Allah Taala..
jika dia mengizinkan bayi aku sihat,
aku sakit macam mana pun, aku pasti punya bayi yang comel dan sihat insyaAllah..

doakan keselamatan bayi ini wahai sahabat..
aku mengharapkan doa kalian..
yang terbaik hanya untuk bayi ini..
demi Tuhan, aku sayang bayi ini..

doakan dia wahai sahabat..

07 June 2010

resah waktu petang

mata sudah panas..
kepala sudah pusing..
badan makin penat..
nafas makin sesak..

baby baru 3 bulan..
tapi halahai..
sesak mengalahkan orang mengandung 8 bulan hee..

perut sudah buncit sikit..
owh bukan sikit..
buat aku yang semula jadi buncit dan ditambah buncit baby,
memang extra buncit jadinya wakakakaka..
tapi aku suka..
owh sangat suka :)

mahu pulang..
rehat-rehat..
tenang-tenang..

Hepi Anivessary

Suami ~ Hepi anivessary sayang!!

Isteri ~ dah setahun kiter kawin kan bang.. harap2 bertahun-tahun lamanya kiter leh camni yer bang..

Suami ~ bukan..bukan bertahun-tahun..tapi selama-lamanya..kalu boleh sampai syurga..

Isteri ~ *terharu*hilang kata*

p/s ~

30 mei lepas ulangtahun perkahwinan kami yang pertama :)




dah bersawang dah

salam semuanya..
dah lama tak menulis..
selalu aku jenguk ke laman ini..
tapi keinginan untuk menulis dah hilang..
hilang..seperti hilangnya semangat ini..

aku masih tersenyum..
masih banyak bercakap...
tapi hati aku..
semangat aku..
diri aku..
semakin lama semakin mati..

aku dicadangkan untuk pergi ke sesi kaunseling..
owh teruk!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...