Tabungan

26 August 2010

mengapa hidup ini tak bahagia?

kebelakangan ini.
hidup aku agak gelap.
ditimpa pelbagai masalah. ditimpa pelbagai dugaan.

secara peribadi.
badan aku sememangnya lemah.
dan aku disahkan punya asma.
ubat berbotol-botol. berplastik-plastik.
kos perubatan jangan ditanya.
memandangkan aku terperangkap di hospital swasta.
bayangkan saja berapa kos yang harus aku gadaikan setiap kali melakukan pemeriksaan.

namun semua aku cuba hadapi dengan tenang.
bisik dalam-dalam bahawa ini semua untuk kebaikan bayi kecil ini.
biar hilang duit, jangan hilang bayi ini.
biar berkorban sekarang, demi bahagia yang menanti aku Disember ini.

Alhamdulillah.
rezeki masih ada untuk aku dan Nazri mengharungi ini semua.
cuma aku harapkan agar ada yang mendoakan kesihatan yang berpanjangan agar aku selamat melahirkan bayi ini ke dunia.

mami bertanya pada aku.
mengapa hidup ini sukar? penuh dengan duka? penuh dengan sengsara?
tiap hari berhadapan dengan masalah.
tiap hari punya risiko untuk mengalir air mata.
pendek kata.
mengapa hidup ini tidak bahagia.

jawab aku.
wahai mami.
itulah yang dinamakan dunia.
jika tiada cabaran, dugaan, masalah, duka, sengsara, maka.. bukan dunialah namanya.
jika tiada sisi gelap itu, jika hanya ada cahaya dan bau harum, maka syurgalah jawabnya.
namun, kita masih bernafas dan hidup di dunia.
dan memilih bahagia atau tidak adalah di atas kehendak kita sendiri.
untuk bahagia, tidak perlu orang lain melainkan diri kita sendiri.
walau sesukar mana hidup ini, jika ditanam dalam hati sedalam mungkin bahawa kita masih bahagia,
maka bahagia lah ia.
segala tindak tanduk kita itu yang mengundang bahagia.
dan sebenarnya kebahagian kita itu boleh menjadi tempias di dalam hidup orang lain yakni orang-orang yang hidup disekeliling kita.

seperti satu senyuman kecil.
cuba senyum kepada orang dihadapan sekarang.
orang itu akan tersenyum kembali dan seraya memandang ke sebelah kanannya,
orang tersebut pula menyambut senyuman itu dan memandang orang di sebelah kanannya pula.
bukankah senyuman itu telah merebak dan mekar di sekeliling kita.

jadikan diri ini bahagia.
jika perlu, mari kita sorok duka kita wahai mami.
mari kita pasang topeng gembira yang dah lama kita pakai dari dulu lagi.

jangan risau tentang kami wahai mami.
walau apa terjadi kami dibelakang sentiasa menyokong.
jangan risau tentang kasih sayang kami.
kerana kasih kami tetap untuk mami.

p/s ~
buang yang keruh,
ambil yang jernih.

23 August 2010

RAMBUT SAMA HITAM, HATI LAIN-LAIN..

itu hakikat.
rambut aku hitam.
ya kamu juga hitam.
melainkan kamu mewarnakan rambut kamu dengan pelbagai kaler lain.
urusan kamu.
bukan aku.
terpulang.

namun masih hakikat.
secara am, rambut kita sama hitam.
dan tetap, hati kita lain-lain ya.

aku, kadang-kadang, merasa benci dengan diri sendiri.
bukan kerana hakikatnya aku tidak cantik.
bukan kerana hakikatnya aku dilahirkan pendek.
bukan kerana hakikatnya aku gemuk.
aku suka hakikat di atas.
membuat aku menjadi orang yang biasa-biasa saja.

tapi.
aku benci hakikat bila mana aku dijadikan orang yang punya hati yang lembut.
punya hati yang sensitif.
punya hati yang rapuh.
cepat terkulai.
jatuh ke tanah.
dipijak bagai.

aku kagum pada mereka yang punya hati keras.
pada mereka yang punya hati batu.
pada mereka yang tidak ada rasa kasihan.
pada mereka yang mampu tutup mata hati menjadi sejuk sesejuk sejuknya.

aku penat begini.
aku penat merasa sedih.
aku penat bila menangis pada perkara-perkara yang remeh.
pada mereka yang berhati batu memang akan menganggap remeh.
namun bagi aku berhati salju perkara tersebut amat berat untuk disusun dalam urat kepala.

aku bakal kehilangan bushy.
ya memang pada kamu berhati batu perkara ini remeh kan?
tapi pada aku....

namun tetap.
demi kandungan ini.
aku rela lepaskan bushy.

terfikir juga.
kalau terjadi perkara tidak baik pada kandungan ku.
pasti aku disalahkan.
seperti biasa.
hati salju ini pasti menerima dengan sepenuh hati.

keputusan yang berat namun wajib dilaksanakan.
bushy maafkan tuan kamu ini ya.

p/s ~
teringat perbualan singkat dengan seorang kakak pengemar kucing.
"menjaga makhluk Tuhan dengan ikhlas, banyak hikmahnya.
sakit semua datang daripada Tuhan.
tak jaga kucing pun boleh sakit."

20 August 2010

LAIN KALI BUAT SENDIRI!!

jika kamu rasa aku tak mampu nak kendalikan mesyuarat itu,
buat lah sendiri!

jika kamu rasa aku tak boleh nak menang kes itu,
buat lah sendiri!

tak payah la nak terpekik terlolong mengulang tayang keputusan itu ke sana ke mari.
tak payah la nak buat muka kecewa setiap kali memandang muka aku.

jangan buat orang rasa menyampah dengan kehebatan kamu yang sedia ada itu.
jangan buat orang hilang rasa hormat dengan sikap kebudak-budakan kamu itu.

lain kali,
sila buat sendiri.

p/s ~
sesungguhnya aku sedang berpuasa.
namun aku cuma manusia biasa.
tiap kata.
bisa buat aku hiba.

16 August 2010

dan dia adalah perempuan :)

sudah tengah hari.
barangkali ubat sudah hilang bisa dadahnya.
maka aku kembali berdiri.
walau kaki kebas menggila.
bangun woi bangun.
jangan manja sangat.
*senyum seorang diri*

mahu berkongsi berita gembira.
jumaat lepas berjumpa doktor.
pemeriksaan bulanan.
juga untuk memastikan tahap kesihatan.
batuk.kencing.batuk.kencing.asma.lelah.
hasilnya.
4 jenis ubat yang berlainan.
*yang buat aku mamai separuh hari*

dan juga.
masa untuk melihat jantina bayi.

dia.
adalah.
seorang.
bayi.
PEREMPUAN.

Alhamdulillah!!
namun, telah aku nyatakan.
bayi apa pun tetap kami syukur.
ini anak yang pertama.
tidak kisah lelaki atau perempuan.

dan aku bakal menjadi ibu kepada seorang puteri.
hmm.
masa untuk mencari nama.

aku fikirkan.
Sarah.
Laila.
Balqis.

dan nazri.
fikirkan.
Qaisya Aaliya.
atau Qaleisya.

ok kah?

p/s ~
mahu cari skirt pink.
baju merah.
tilam bunga2.
owhh bahagia!! :p

bila badan rapuh

rapuh.
jatuh.
lemah.
sakit.
tak berdaya.
hilang sisi kuat.

semua kata hanya berbaur negatif.
semua kata hanya buat mental ikut pusing jalan lelah.
satu orang jurus psikologi pernah berkata 'jangan kamu fikir sakit, nanti kamu ikut sakit'.
tapi kalau badan memang sakit. perlu tidak kamu bohong, 'hoi badan jangan sakit?!'

badan aku sakit.
minda aku juga sakit.
*angkat kening*

hari ini lepas bersahur, makan ubat, badan kain makin lemah, urat makin lenguh.
penyelesaian.
aku EL.

persoalan.
adakah mereka faham.
atau akan mereka berkata.
tipu sakit.
malas kerja.
main2 saja.

boleh tidak kalau aku tutup telinga sumbat gegendang saja?
aku sakit.
tak mahu susahkan bayi dalam kandungan.

boleh tidak?

p/s ~
aku masih baring.
kaki aku lenguh.
kaki kecil.
badan makin besar.
sapa suruh kaki kecil.
terima kasih :)

11 August 2010

puasa ini berbeza

salam Ramadhan.
bangun pagi-pagi.
gosok mata laju2.
terus senyum2 sorang diri.
tengok nazri sedap tidur.
takpa bangun dulu siap sahur untuk dia.

Ramadhan ini lain sedikit.
Ramadhan ini mungkin berat sedikit.
Ramadhan ini bahagia terlebih.

pagi2 dah senyum2?
kenapa?
sebab baby ini dah menendang suruh bangun.
*mami mami bangun sahur jom*
mungkin itu pesan si kecik ni *senyum*

tengah mengoreng nasi.
senyum lagi.
sambil ditemani bushy yang mungkin tak paham makna senyum tu.

tapi masa tu. takda benda lain yang tengah aku pikir, melainkan baby ni.

ingat dulu.
masa kecik2.
selalu terpikir,
camna bila aku besar nanti?
dengan sapa aku kawin?
hensem ke laki aku?
baik ke laki aku?
camna rasanya mengandung?
camna rasanya jadi isteri?
camna rasanya jadi ibu mengandung?
camna rasanya jadi ibu mengandung yang tengah menggoreng kat dapur?

hah! itu sebab aku tersenyum.
sebab aku teringat soalan2 itu tatkala aku melihat mami aku menyenduk nasi ke pinggan aku waktu sahur zaman kecik2 dulu.

itu dulu.
20 tahun yang dulu.
dulu2.
dulu2 punya cerita.

dan kini.
aku kawin dengan nazri.
hensem? mestilah. *senyum senget*
baik? owh terbaek dari ladang dan dari laut. *senyum lagik*
camna rasa mengandung? bahagia.gembira dan sewaktu dengannya.
jadi isteri? hidup dengan nazri. penuh dengan gelak ketawa.
ibu mengandung yang tengah mengoreng. erk?! penat sikit sebab mak mengantuk lagi *sengih2*

p/s ~
biar terus begini.
bahagia.
InsyaAllah.

09 August 2010

|MEETING CANCEL!!| PERUT BUNCIT|

PERKARA 1
meeting ni aku arrange dah lama..
dalam 2 minggu yang lepas..
surat jemputan, surat lantikan, agenda, semua dah hantar pada pengerusi dan panel..
alih2 last minit salah seorang panel membatalkan kehadiran..
call JPA tanya boleh proceed atau tidak..
JPA kata 'cancel je lah, cari je lah tarikh lain'
aduyai..
terpaksa cancel..
tunda ke minggu depan..
dalam bulan pose..
ihiks ihiks..
daripada 5 agenda, kemungkinan akan jadi 8 agenda..
banyak la bercakap nanti, penat yang lebih nyer..
baby dalam perut cuba bertahan dengan mami kay *senyum*

PERKARA 2
sebab hari ni nak meeting, so aku pakai baju kurung..
dan hari ni genap baby umur 6 bulan dalam kandungan..
memang dah obvious..
maka semua orang berkata dah tiba masa untuk beli uniform mengandung hee..
ada yang berkata cian kat baby duk dalam kain baju kurung tuh..
waduh..kang kiter pi shopping baju mengandung ye bang? *senyum simpul mati*

ada apa lagi mahu cerita..
tak da..
the end wakakaka..

p/s ~
kira oke la dari tak update kan..
*senyum*

06 August 2010

BADAN RASA TAK BERAPA SEDAP

salam jumaat *senyum*

hari ni badan aku rasa tak berapa sedap..
macam mana tu eh?
mana nak tau badan sedap ke tak?
wakakakaka..
gigit sikit then makan??
baru tau sedap tak sedap..

merepek pula pagi jumaat ni..

tapi memang dari tadi badan tak berapa nak oke..
kaki dah sememangnye lenguh..
tak berapa rasa nak berjalan..

mata rasa panas..
rasa cam nak gi klinik ajer amik MC..

wah alasan??

ada rezeki pagi nih..
tatkala kaki sakit tak larat nak cari breakfast, ada pulak kakak yang baik hati hantar makanan..
Alhamdulillah..
syukur..

oke nak makan jap..
nampak sedap nih hee..

p/s ~
Alhamdulillah..
segala puji hanya untuk Mu..

05 August 2010

CUCI THE MUSICAL SEASON 2 : ULASAN ORANG TAK BERTAULIAH

ada 2 perkara yang ingin aku ceritakan di sini..
satu perkara yang seronok..
satu perkara yang buat aku geram..

oke..oke..
seronok dulu..

Cuci The Musical Season 2, pada aku, best dan tidak langsung membosankan..
berani aku katakan sepanjang pementasan tu, memang kami tak kering gusi..
ada saja lawak spontan mereka..
dan sesekali mereka sendiri tak dapat tahan ketawa dan menyorok muka disebalik prop mereka..
wakakakakaka..
aku percaya lepas ni akan ada banyak frasa kata yang menjadi ikutan dan lawak2 kecil yang fresh yang boleh disebut berulang kali..

seperti harith iskandar yang suka mengulang frasa 'it's a joke...it's a joke'....
seperti afdlin shauki yang suka menggunakan ayat 'walk with me'....
dan juga ayat2 sms yang disebut secara lisan.. TK untuk terima kasih..
SS untuk sama-sama..
dan juga istilah baru.. KKN.. 'kelas ko nyah!!!!'...
mmg masa afdlin shauki cakap ayat tuh, satu IB mmg gelak sakan....

secara keseluruhan..mmg semua pelakon membawakan watak mereka dengan baik..
afdlin yang memang berpengalaman berlakon, mmg tiada masalah langsung untuk berlakon secara live..
dan suaranya..masa dia menyanyi..waduh...memang power!!!!
ditambah dengan lawak2 spontannya..
afdlin sangat best..

hans..membawa watak seorang yang sangat jujur..
apa saja dia akan utarakan secara jujur..
sampai ketiak Tan Sri yang busuk pun dia cakap terang-terangan wakakakaka..
dan sampai satu babak, Tan Sri tu nak tahu perkara sebenar, memang dia bertanya pada Hans saja dan bukan yang lain hehe..
watak dia yang bodoh2 alang..sangat berjaya...dan gelak pendeknya setiap kali selepas malu sangat2 menggelikan hati ihiks ihiks..

nabil..pun tiada kurang langsung..
mmg lawak2 dia fresh dan bukan lawak2 yang biasa dia buat selalu..
suka tang dia menari..
masa dia melebih-lebih dari orang lain..
semua nya sangat spontan dan selari dengan persembahan 3 rakan yang lain..
memang dia berbakat..
harap takda kontroversi lagi yang encik nabil heee..

dan awie!!!!!
sangat la comel...
dia berlakon sebagai orang yang gagah perkasa tapi punya hati yang lembut..
aduyai..
tak sangka betul dia mmg pandai berlakon..
ingat lagi masa dia berlakon cerita sembilu dan seangkatan dengannya..
ampun..aku sangat meluat wakakakaka..
tapi semalam mmg tabik spring untuk dia sebabnya lakonan dia jadi orang gagah tapi jiwa taman sangat menjadi :)
dan setiap kali menyanyi!! pergh!!! memang tiada bandingan.. sangat sedap..

wah memuji sakan..
tapi serius..aku berpuas hati semalam..
walau pun ada orang berkata,
jika pernah menonton CTM Season 1, pasti kamu akan rasa CTM Season 2 agak bosan sedikit..
tiada komen untuk itu kerana aku tidak menonton CTM S1 *senyum*

oke..oke..yang geram!!!!

nak dijadikan cerita..
aku duduk disebelah dua orang perempuan yang sangat sinikal dari mula teater sehingga tamat teater..
dah la masuk lambat..
masuk saja sudah bising mengantuk..
boleh pula kata cerita itu bosan..
menyesal beli tiket..
dan setiap kali penonton bergelak ketawa..
boleh pula persoalkan, kenapa diorang gelak? apa yang lawaknya?
aku terdengar mereka merancang untuk balik semasa waktu rehat..
tapi semasa waktu rehat, keluar ambil angin pun tidak..
sebaliknya sambung mengutuk cerita tersebut..
ada satu scene, memang agak bingit sedikit kerana masing2 bergaduh dan meninggikan suara..
boleh mereka kata 'eeee..bisingnya!!!'
wat?????
hallloooo..ini teater!!!!!takkan teater bisu kottttt???
dan yang paling tak tahan..
masa teater tamat, salah seorang dari mereka berkata..
'70% cerita ni, aku tido!'
WTH??!!
ampuunnn..kalau tak suka, kenapa beli tiket?
kalau tak suka bising, kenapa datang tengok?
kalau rasa bosan dan ngantuk, kenapa masa rehat, kamu tak balik saja?
sampai satu tahap aku sampai menoleh dan memandang mereka..
tapi dicuit nazri sambil mengelengkan kepala..
owh dia tahu aku rasa jengkel dengan mereka..
HARUSLAH!!!
menggangu aku yang sangat enjoy menonton cerita itu..
tapi ada pulak suara-suara yang buat bising dan mengomel sepanjang teater berlangsung..
haih..
tak faham mak..
bak kata Nabil..
WTV!! Whatever!!! :p


p/s ~
semalam,
Tun Abdullah Badawi dan Tun Jeane Abdullah turut datang menonton..
sokong industri teater malaysia ya!!

04 August 2010

JOM PI TENGOK CUCI THE MUSICAL

waduh waduh..
malam ini bakal menonton Cuci The Musical di Istana Budaya..
sebenarnyer bukan nak tengok CTM sangat pun, tapi sebab teringin nak masuk IB..
ya ya ya..
katakan aku jakun..
tapi dah teringin nak wat camner kan heee..
at least kalu orang bercakap pasal IB, aku tahu bahawa aku pernah pergi ke situ wakakaka..

tapi yang tak bestnyer dengar citer CTM ni durasinya adalah selama 4 jam..
betulkah?
waduh..
sat lagi mahu google, tgk betul kah 4 jam..
kalau ya..parah aku..besok nak kerja..
mesti ngantuk giler masuk opis..

ker EL ajer..

wah melampo ko senah!!
dush dush!!

p/s ~
kalau balik lambat, tak dapat main ngn bushy kan huhu..
haih, mesti bushy bosan duk sorang2..
tuan nye lambat balik huhu..

bila mulut tak mampu bercakap..mata jadi peranan..

aku ditakdirkan menjadi orang yang susah nak marah..
perkara ni sama ada dua fakta ajer..
sama ada aku takut nak mengeluarkan rasa marah tu, atau aku sememangnya tak pandai nak marah..

tapi yang selalu aku rasa ialah - aku tak pandai nak mengeluarkan rasa marah..

aku sering kali geram dengan pelbagai ragam karenah masalah segalanya lah kat pejabat nih..
hati aku bercakap-cakap..sendiri dalam hati..sampai kadang-kadang aku jadi menyampah..
kenapa dalam hati aku boleh menyumpah seranah orang..tapi bila berdepan, aku jadi lembut hati..
tak sampai hati nak marah..

lagi satu..aku suka sangat la mengadu kat encik nazri..si polan buat macam ni..si fulun wat camni..si luncai wat camni..eeee geram..rasa nak &*^%&%*%%$..
tapi bila berdepan dengan orang-orang yang wat aku gila meroyan nih, aku terus baik, elok terus senyum..
pehal ko ta?
mmg plastik betui..
itu la kata hati aku pada aku sendiri..

ya marah aku marah..
aku sendiri marah dengan diri sendiri yang memang hipokrit tak ingat..
depan lain belakang lain..
kutuk diri sendiri yeah kutuk diri sendiri..
itu lebih baik kot, dari pada kutuk orang lain eh?
owh tidak..
satu2 nye orang yang tahu aku suka mengutuk tak lain tak bukan suami ku sendiri..
kerana semua perkara kan aku kongsi bersama dia..
dia saja yang boleh lihat aku mencarut tak ingat dunia..
dia saja yang nampak warna aku sebenar..

tapi masih bersama aku ya sayang?
*senyum*

moralnyer..
aku mmg begini..
meroyan didalam hati..
macam sekarang la..
aku berkata-kata dalam hati dan ditafsir ke sini..

owh kemajuan..
berkongsi rasa hati dengan kamoo semua..
*senyum*

p/s ~
aku mmg sedang marah..
tapi aku masih senyum..
apa kes??? :p

01 August 2010

memperkenalkan bushy si kucing manja

dah amik si kecik ni hampir sebulan..
tapi tak pernah lagi perkenalkan secara rasmi wakakaka..
hanya sempat upload gambar di fb sebab kat sana kadar meng'upload' gambar lebih laju dari di blogspot hee..

amik si kecik ini di SPCA..
tiada sebarang perancangan nak amik kucing pun..
pergi SPCA pun sekadar nak cuci2 mata dan bermain dengan kucing kat sana hee..
kami suami isteri memang suka ke sana, pegang2 n main2 kucing..

tapi petang Ahad tu, mmg lain hee..
tanpa sebarang perancangan pun..diulang..tanpa sebarang 'plan'..kami meng'adopt' kucing jantan tu wakakaka..

kami sampai di SPCA lebih kurang pukul 2.00 petang..
kami tengok dekat bahagian kitten saja pun..
maka terpandang la si kecik bushy yang manja ni..
ntah macam mana boleh lak ngorat hati kami ni..
encik nazri pun dah taknak pandang kucing lain dah..
dalam hati "parah aku hari ni"..
dia dah mula bertanya pada aku "oke tak yang kalu kiter bela kucing?"
aku jawab, "oke aje, saya kan biasa bela kucing.."
lalu dia pun panggil petugas kat situ dan bertanya prosedur pengambilan..
jawapannya simple "bayar dan bawak balik"..
wah suka sangat encik nazri..
tapi aku ingatkan dia, "bang, umah kiter tak ready lagi..sangkar takde, tempat berak semua tak beli lagi.."
dan aku menyambung, "kite ready umah kiter dulu, next week kiter datang lagi, kalu dia ada lagi, maknanya bushy mmg untuk kiter kay"..
dia mengangguk..lalu terus ajak aku balik..
kecewa agaknya..

kami terus ke carrefour selepas tu..
dalam kereta dia banyak berdiam diri..
bila aku tanya, katanya teringat kat bushy..
"parah....."

kami membeli belah di carrefour, dia sempat ke bahagian kucing mencongak2 perbelanjaan jika membela kucing..
makanan, pasir kucing..semuanya..
dia nampak bersungguh benar..
lalu aku kata padanya..
"abang, jom!!.. sempat lagi kalu nak amik dia hari ni..jom kiter amik yer?"
dia dengan gembira..terus kata "jom!!!!!!!"
owh mmg dia nak sebenarnya hahaha :)

kami sempat sampai di SPCA lebih kurang 3.30ptg, setengah jam sebelum SPCA tutup..
kami beli semua kelengkapan kat situ..
sangkar..sangkar perjalanan..makanan..dan pasir kucing..
dan sempat singgah di kedai biasa untuk beli bekas pasir dia..

maka hari tu..hari pertama bushy berada di rumah kami..
sangat seronok..
bushy sangat baik..
membuang di tempat yang betul..
dan sangat manja..
aduh jatuh hati benar kami pada dia..

tapi sempat aku bisik pada encik nazri..
"baby saya ni tak kuar lagi tau :)"
nazri senyum saja :)


p/s~
gambar2 keletah dia :)












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...