Tabungan

17 March 2011

thanks kepada yang menyinggah

as salam.

pertama sekali terima kasih kepada semua yang menyinggah selepas aku join segmen abang ben.
walau pun tak seramai yang aku harapkan macam yang aku nyatakan dalam entri terdahulu, namun tetap berterima kasih kepada semua yang menyinggah aku.
akan aku lawati kalian semua selepas ini InsyaAllah.

dan kepada sahabat ku ayu dari Citarasa Rinduan.
bukan daku tak suka kamu wahai sahabt.
nanti akan aku buat satu entri khas buat kamu.
tunggu tau.
jangan terkejut!! heee..

dan hari ini sebenarnya mood bekerja agak kurang.
Baby Q tak berapa sihat.
semalam cucuk vaksin pneumococcal *betul ke eja ni?*
so semalam dah start meragam, dan pagi ni meleleh air hingus kat hidung, and baru sat-sat pagi tadi kat nurseri badan dah panas. tapi memandangkan kami pun dah bersiap nak pergi kerja, kami bawak juga dia, letak jugak kat nurseri, cuma pesan pada ibu2 kat sana kalu dia bertambah tambah panas, silalah call mami dia yang tak keruan kat opis nih.

maka jadinya pagi ni agak mendung moodnya. bersamaan lah dengan awan yang mendung kat luar tu.


mami jangan risau ya.

p.s.
mana boleh tak risau :(

15 March 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


Wah.
Walaupun ternyata aku tertinggal bas kerana baru saja follow abang ben kita ni, namun aku tetap tak ketinggalan nak join segmen dia kali ni.
Selalunya, aku memang akan 'sokmo' terlepas kebanyakan segmen-segmen dia, tapi kali ni, wallah!! sempat naik bas kotttt! :p

Ok. Abang Ben. Saya mahu join ya. :)

Seperti biasa, setiap segmen @ contest @ GA @ bla bla, pasti ada syarat. Tak terlepaslah segmen ni. Jadinya, moh kita wat checklist!!

#1 ~ Letak Banner dan link ke entri beliau ......... DONE!!

#2 ~ Letak tajuk "BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN ........ DONE!!

#3 ~ Sila ceritakan latar belakang anda
Nama teman Wanita Abd Mutalib. Orang Perak jati kome weehh :). Alah, yang macam citer Hantu Kak Limah Balik Rumah tu. cer citer cer citer. aaa.. dekat-dekat situ ler teman ihiks. Teman ni anak kedua dari 4 orang adik beradik. Teman ni dah berlaki. Dah ada anak sorang dah pun. Ate baru itu sorang je ler permata hatinye pun. InsyaAllah kalau berani nak lagi. ecehh.

So, #3 ...... DONE!!

#4 ~ Profesion anda sekarang.
Teman bekerja sebagai Pegawai Tadbir di Tourism Malaysia. Baru 3 tahun teman kat situ. Tak sah jawatan pun lagi. Ate bila teman suruh citer, deme kata, teman tak pergi BTN lagi. Ate bukan ker BTN tu bukan syarat sah jawatan, yang deme nak menyibuk hal BTN buat ape kan? Ate, teman ni sape ler kan, jadinye teman diam je ler kat situ. Nasib baik ade keje kan, kalo dibuang nye teman, ate tak ke haru dibuatnya??

#4 ....... DONE!!

#5 ~ Blog Favourite anda .... kenapa?
Ada 4 blog yang teman akan sentiasa masuk bila teman online.

Satunya Blog Ted|. Blog ni, memang teman ikut dari tahun 2008 lagi, sejak teman mula-mula menulis blog. Sampe sekarang, memang teman tak pernah miss tulisan-tulisan dia. Terbaik dari ladang.

Duanya, Blog Zara. Blog ni, pun teman dah ikut dari tahun 2008. Blog ni jadi inspirasi teman nak menulis tika tu, sebab ayat dia semua ayat bunga-bunga ala-ala melankolik gitu. Sangat indah. Awww.

Tiganya, Blog Kak Zel. Blog ni, teman suka masuk sebab cara cerita dia bersahaja. Dan teman paling suka tengok gambar si kecik dia. Sangat la comel. Rasa nak cubit-cubit pipi tuh. Ihiks.

Dan yang keempatnya haruslah blog Abang Ben sendiri. Kadang-kadang memang tak sempat nak ikut segmen-segmennya. Sebab terlalu rajin dia meng'hupdate'. Tak tekejor teman hehehe.

Ok. #5 ...... DONE!!

#6 ~ Blog yang anda tak suka nak masuk ...... kenapa?
Kalau tak suka, memang tak masuk dah la kan? Jadi teman tak ingat dah blog mana teman tak suka, sebabnye teman tak pernah dah menjejakkan kaki mahupun tangan ataupun mata di blog itu. Fair? Heee.

So... #6 ........ DONE!!

#7 ~ Impian terhadap blog anda..

Hmm.. Impian?? Hmm.. Secara jujurnya, teman ingin punya ramai kawan bloggers, ingin berada dalam untaian bloggers. Dan ianya boleh tercapai hanya melalui blog tak seberapa teman nih. Ok ker? Ihiksss.

Lastly #7 also DONE!!

oke x camni uncle ben?? :)

p.s.
fuh. first time nih :)

14 March 2011

i have a very bad attitude.

pergh.
cakap omputih.
tak tahan.

but by the way.
in my own way.
way way way down the highway.
owh. boleh wat pantun.

oke oke back to the story mory.

ya. i have a very bad attitude.
sudah buat, pastu takut dengan kesannya.
hahaha.

seperti contoh.
sudah cakap, pastu takut orang kecil hati.
sudah tulis takut orang hentam.
sudah pandang takut orang pandang kita balik.
hahaha.

adakah aku tergolong dalam orang yang pengecut.
owh help me please.
tak mahu begitu ya.

baling batu, sorok muka. eh ada ka itu macam? hee.
 
p.s.
saya sangat mengantuk ketika ini.
tolong tolong.

serba salah dibuatnya.

Bekerja di Bahagian Pengurusan memang mencabar. Bukannya apa. Client kami for sure adalah human. Jadinya, nak mengawal 'human behaviour' bukannya mudah. Sebabnya, masing-masing punya hati dan otak masing-masing.

Masalah yang selalu timbul ialah, 'buat salah, tak buat salah'.

Bila satu-satu tindakan diambil, mulalah kata kita kejam, tak berhati perut, tak fikir hal orang lain, masing-masing ada masalah sendiri konon.
Tapi, bila tak diambil tindakan pula, mulalah kata kita tak tegas, memilih bulu, tutup mata sebelah, tak pandai buat keputusan segala.

Itu yang selalu berlaku. Dah hampir 3 tahun duduk di sini, dah macam-macam ragam orang yang aku lihat.

Kadang-kadang dalam hati terdetik, kalaulah aku ada kuasa 'maagik', hendak saja aku tukar diri dengan orang yang bercakap banyak tu dengan tempat aku sendiri. Cuba tengok sikit macam mana kami terpaksa buat keputusan. Cuba tengok sikit macam mana kami mengambil kira semua faktor sebelum satu-satu tindakan diambil. Cuba tengok sikit berapa banyak dokumen yang keluar hanya kerana nak ambil satu tindakan dan dalam masa yang sama menjaga hati pelbagai pihak. Cuba tengok sikit.

Tapi rasanya, walau dapat buat perkara macam itu sekalipun, pasti masih ada saja lagi perkara nak diutarakan. Pasti ada saja bla bla bla.

Lagi masalah lain. 'Kamu pun buat? Bukan kamu duduk di Bahagian Pengurusan?'
Owh. Ini lagi tak tahan. Bila mana duduk di Bahagian Pengurusan, semua orang memerhati tingkah laku dan pergerakan kami. Salah sikit ajer, tetttttttt! Terus dusshhh spotlight kat muka tu dia cerah!!
Dan mulalah mengata, 'hmm tak payahlah, dia duduk kat Bahagian Pengurusan tu pun bukan betul sangat'.
Ya, memang setuju, kepimpinan melalui tauladan. Kalau bahagian yang menguruskan pentadbiran pun tak betul, macam mana orang lain nak ikut, kan kan?
Tapi tidakkah kami juga manusia. Manusia biasa. Yang ada salah silap. Yang ada cacat cela. Yang tidak sempurna. Pernahkah kamu fikir, setiap yang berlaku pasti ada alasan.

Takkan hanya sekali dapat tangkap si polan polan buat silap, terus tanda hitam di dahi, owh Pengurusan teruk. dowh?!

Kita sama-sama bekerja.
Kita sama-sama cari rezeki halal.
Bersatu padu, bertolak ansur, 'give and take' kan lebih bagus.
Daripada tuding jari ke aku, aku tuding jari ke dia, dia tuding jari ke kamu.
Eh? Patah balik pada kamu ya?
Hahaha.


Jangan Gaduh-Gaduh :p

p.s.
Sembang kosong tengah hari kay. :) 

cuti sekolah datang lagi!

yahoo!
eh tiba-tiba?!

bukan apa.
mak budak pun seronok sebab ianya bersangkut paut.
tak caya?

bila cuti sekolah, budak tak payah lah ke sekolah.
bila budak tak pergi sekolah, diorang tak payah la naik bas ker, ayah hantar ker.
bila tak naik bas ker, ayah hantar ker, tak banyak la bas sekolah dan kereta-kereta atas jalan.
bila tak banyak bas dan kereta, maka takde la jem!!

yahoo!!

cam tadi, cian Q.
mami lupa hari ni cuti sekolah dah bermula.
tapi mami dengan ayah masih pergi kerja ikut jam biasa.
hasilnya, Q yang pertama sampai ke nurseri.
kawan-kawan semua tak sampai lagi hee.
tinggalkan dia tadi pun sampai terkebil-kebil pelik kot sebab takde orang hee.


comel tak comel tak heee

p.s.
dah la hari ni bangun sekali ngan mami.
cian kui 530 dah bangun.
ayah sedap ajer tido.
eeeeee.

12 March 2011

tsunami di jepun tahun 2011

tsunami.
seriously, semua orang takut bila dengar perkataan ni.
macam semalam, masa melayan jem sambil dengar radio HOTFM,
meremang-remang bulu roma bila 3 DJ tu asyik menghebahkan tentang apa yang berlaku di Jepun.

first sekali, teringat rakan2 sekerja di Pejabat Tourism Malaysia Jepun.
tapi dengar2nya tadi, everybody's fine.

bila sampai rumah, tengok Buletin Utama. fuhh. memang teruk.
news footage yang dipaparkan, memang mengerunkan.
dengar cerita dah ada hampir 1,000 yang dilaporkan mati.

haih. mintak simpang.
harap2 orang2 malaysia yang berumah di tepi pantai, ambil iktibar dari apa yang berlaku dulu2 tu yer.

posing sikit

p.s.
si kecik tengah tidur dengan ayahnya.

11 March 2011

apa rasanya jadi orang yang glamer?

as salam.

erm.macam tajuk di atas.
macam mana ya?
rasanya jadi glamer.

jadi macam elia buah hatinya khairul fahmi pemain bola malaysia.
jadi macam hanis zalikha, blogger cantik manis.
jadi macam bla bla bla.

macam mana ya?

tak kisah la kan. janji saya glamer di hati mami ya.

p.s.
bahagianya kalau qalesya kata begitu satu hari nanti.
:)

eh eh. dah jumaat?

as salam.
kan kan kan. pejam celik ajer.
udah jumaat balik.

besok amik mak mentua di jenderami.
lusa kenduri kawin kawan.

oke.
kerja mesti kerja.

bestnya kalu dapat tido. huargh. ngantuk lor.
 
p.s.
semalam pi main bowling.
Q sangat sporting kerana tak meragam.
behave sepanjang masa.
Alhamdulillah.

10 March 2011

sembang petang.

a : eh, makan lagi?
wanita : makan la, apa lagi.
a : patut ar gemuk.
wanita : *speechless*


ada aku kesah?

p.s.
betul q.
ada mami kesah?
heee.


jom kita kerja!

as salam pagi khamis.
bagi 'orang gomen' pasti berbaju batik hari ni.

selamat bekerja.
yok!

petang kang kte jumpe ye sayang.

p.s.
dalam kereta tadi haish aktif.
sonok betul nak gi nurseri yer?
:)

09 March 2011

saya ada satu cerita.

owh.tiba-tiba rasa mahu bercerita.
takde kerja ker?
ada.tapi.ahh.hee.

dulu.
aku punya seorang abang.
kenapa aku kata dulu.
owh kerana dia dah tinggalkan kami selamanya.

ceritanya panjang.dan ada yang terpaksa disimpan sebagai rahsia.
namun sebagai perkongsian cerita, aku ceritakan mana yang perlu ya.

abangku ini, aktif.
semua jenis sukan dia main.
bowling? juara.
badminton? hebat.
futsal? jangan cabar.
angkat berat? tengok badan la.

namun kuasa Tuhan.
siapa boleh menghalang?

akhir bulan November 2006, kami dapat panggilan telefon daripada bekas isteri mengatakan dia dah dimasukkan ke hospital Serdang untuk pembedahan usus.
dan yang paling menyedihkan, dia dikhabarkan menghidap kanser peringkat ke-4, yang mana sebenarnya dah tak punya harapan lagi untuk hidup.
abangku dikatakan hanya boleh hidup selama 6 bulan sahaja lagi.

dan sebenarnya, abangku punya sedikit salah faham dengan ayahku, dan hampir 9 tahun mereka tak berjumpa dan bertegur sapa.
balik kampung masa raya? tak pernah.
namun, walau apapun terjadi antara dia dan ayahku, hubungan kami adik beradik tak pernah putus.
terutama sekali dengan aku. aku adik yang paling rapatnya. dan hubungan yang rapat ini membuatkan dia meminta agar aku datang ke KL untuk menjaga dia.

6 bulan untuk hidup? zalim jika aku menolak permintaannya.
tambahan pula, inilah masa-masa terakhir yang ada untuk aku luangkan masa bersamanya.

maka itulah pertama kali aku ke KL, memandu sendiri, dari ipoh ke KL.
mencari jalan ke hospital Serdang. sesat sana sini. sesat sehingga lewat malam. perkara biasa buat aku.

dan ya. mungkin rezeki kerana niat baikku untuk bersama-samanya, aku mendapat pekerjaan di Public Bank SS2. dari situ pula, aku sering berulang alik, dari SS2 ke Serdang, setiap hari hampir 2 minggu.

dan minggu seterusnya, abangku dipindahkan ke HKL. dan bermula saat itu, aku seakan-akan menjadi kaktiangan tetap di situ.

keadaan abangku?
selepas pembedahan usus tersebut, kesihatan abangku semakin merosot.
dan dia menjadi lumpuh separuh badan.
jika dulu masih boleh berjalan menggunakan tongkat.
namun sekarang tidak lagi.
hanya boleh duduk di atas kerusi roda.
itupun, kena angkat naik dan turun.

emosi?
jangan cakap.
sentiasa naik turun.
setiap hari dia mengeluh pada aku tentang nasib hidupnya.
mengeluh di atas dugaan yang dihadapi.

menghitung hari?
pada awal, ya. dia asyik membilang jangka masa 6 bulan yang diberi.
sehingga kadang2 aku naik marah kerana emosi dia yang rapuh itu.
namun apa boleh aku lakukan?
dia menanti mati?
pernah kamu rasa perasaan itu?
oleh kerana itu, aku tidak pernah lagi memarahi dia tentang membilang hari itu, namun cuba memberi sokongan untuk menghadapi saat yang pasti itu.

dari sehari ke sehari. keadaan dia makin teruk.
badan dia makin kurus.
dan owh ya. dia lumpuh dari pinggang ke kaki. dan dia juga mengalami masalah perkumuhan,
maksudnya, dia tak boleh membuang air kecil dan besar sendiri.
dia terpaksa membuang air kecil di dalam botol.
dan buang air besar? sekiranya dia hendak membuang air besar, dia akan panggil aku, dan aku akan sumbatkan ubat di bahagian duburnya dan korek kerana dia udah tidak mampu untuk meneran dan membuang air sendirian.

geli?
tidak. itu abangku. dan aku rasa sangat bertanggungjawab untuk membuat semua itu. kasih sayang ku pada adik beradik ku tidak berbelah bagi. terutama sekali abang yang aku tahu, tidak akan boleh aku ketemu lagi nanti.

hari-hari terakhir?
ya.
aku bersamanya.

hari rabu.
dia terlalu banyak makan moffin. katanya terlalu sakit. tak tertanggung. jika makan moffin, dia berasa tenang. lalu aku dan kakak iparku melarang dia memakan terlalu banyak ubat. dan dia berkecil hati rupanya.
malam itu, dia minta untuk aku tidur bersamanya kerana dia mahu kakak iparku berehat. ku turuti.
dalam pukul 5 dia bangun nak minta untuk membuang air besar. maka prosesnya bermula. prosesnya lama. makan lebih kurang sejam juga. aku pula pukul 630 memang dah kena bertolak kerana mahu mengelak jem. tapi kerana abang, aku buat juga dan tidak meminta tolong bibik yang ada. belum sempat aku cuci habis, dia kata dia penat dan minta untuk baring. aku bersihkan bahagian belakang dan bawah, aku terus baringkan dia, dan aku bersandar di tepi dia. tiba-tiba dia menangis dan berkata "ita, joe janji takkan susahkan ita lagi selepas ini. joe janji ta. joe janji." aku marah. aku kata aku sanggup buat apa saja. kalau 10 tahun aku perlu begini. aku tetap sanggup. asalkan dia kuat dan teruskan bersemangat untuk hidup. dia mengangguk saja. dia suruh aku habiskan cuci, dan minta untuk ambil wuduk kerana dia mahu bersembahyang.

hari khamis.
aku lambat pulang.
aku sampai dirumah pukul 10malam.
kakak iparku ada disisinya. sedang membaca yasin dan menangis.
dan ku lihat abangku, kulitnya sudah kekuningan.
ku picit-picit, seakan-akan tiada darah.
kakakku memanggil abangku 'abang, ita dah balik, tadi abang kata nak jumpa ita?'
abangku cuma buka mata dan senyum. dia berkata 'ita, dah balik? pukul berapa dah?'
aku jawab, 'pukul 10.'
dan dia berkata 'awal lagi'.

aku naik dan mandi, dan turun kembali untuk melihat dia.
tiba-tiba dia kata mahu makan.
jadi kami bertanya pada dia mahu makan apa.
katanya mahu makan bubur durian.
kami kata bubur durian tiada. yang ada cuma nestum.
dia kata boleh tapi mahu panas sebab dia kata dia tengah sejuk.
kami buat nestum yang menggunakan air yang baru mendidih. kami suapkan pada dia, tapi dia kata 'kenapa sejuk sangat'.

aku mengantuk, dan kakak menyuruh aku masuk tidur. tapi lebih kurang pukul 12lebih. kakak memanggil aku turun. ketika itu aku lihat abangku sedang nazak. badannya mengigil-gigil. nafasnya naik turun. kami berdua dah menjerit-jerit minta dia bersabar. kami panik. kami tak tahu apa yang perlu kami lakukan. kami terus minta dia mengucap. air liur putih mula meleleh dari mulutnya. tiba-tiba dia menarik nafas panjang, terhenti dan lalu terkulai.

kakak aku mula menjerit.
aku tergamam.
tergamam.
tergamam.
tergamam.
tergamam.
aku pegang tangan dia, longlai.
aku tekan2 dada dia. kaku.
aku paksa dia bangun.
aku marah dia jangan bergurau malam2 buta macam ni.
akhirnya bibik kami menyuruh kami bertenang dan berkata 'jangan buat begini, dia terseksa jika kamu pukul2 dia begini. ambil wuduk, bacakan yassin'.

aku sebenarnya tak boleh terima kenyataan.

aku mula menelefon jiran tertangga.
menelefon ayah dan mami dikampung.
dan pagi itu juga, aku memandu sendirian ke KL untuk ambil abangku yang tinggal di Jalan Ipoh.

arwah abangku punya kenalan yang ramai.
dia beruntung kerana ada 3 kumpulan yang membaca Yassin buatnya.
ramai yang datang melawatnya. sampai ada yang datang sebanyak 1 bas dari kompeni lamanya.
aku hanya melihat dari atas tangga.

ya tangga itu.
aku teringat.
dari tangga itu juga aku pernah memantau dia dari atas.
kisahnya, rakan2nya datang melawat dan membacakan dia Yassin. dia memandang dari bawah ke atas dan memberi isyarat agar aku duduk menemani dia disebelah.
namun, hari jumaat itu. aku hanya memandang sepi jenazahnya. tiada lagi isyarat agar aku duduk disisi menemani dia. tiada. dan aku rindu isyarat mudah itu.

paling tidak boleh menerima pemergian dia ialah ayahku.
tatkala ayahku mencium dahi arwah, dia menjerit dan memohon agar arwah diperiksa semula kerana katanya abangku tersenyum semasa dia memandang muka arwah.
ayahku menangis menangis dan menangis.
kami hanya mampu minta dia bersabar kerana kereta jenazah telah pun sampai dah masa untuk dia pergi ke masjid. kebetulan hari itu ialah hari jumaat. maka ramai jemaah yang bersembahyang untuknya. Alhamdulillah.


p.s.
1.  dunia ini jelas hanya pinjaman. sesihat mana kita, seaktif mana kita. kun faya kun. jika Dia kata sakit dan mati, maka mati lah kamu.
2.  cerita di atas, tiada niat untuk burukkan seiapa. sekadar perkongsian cerita yang dah lama aku simpan dalam hati.
3.  aku secara tiba-tiba rindu pada arwah. itu sebab aku keluarkan cerita ini.
4.  Al-Fatihah.

sekarang ini buat entri pendek pendek ajer boleh?

dah masuk kerja.
jadi banyak kerja.
dah balik rumah.
banyak kerja rumah.

tengah tidur pun berfikir.


p.s.
sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...