Dulu.. masa kecil dulu.. bila mana baca surat khabar atau majalah, terbit rasa di hati untuk menulis begitu. Untuk punya ruangan sendiri. Untuk dibaca sekalian rakyat bila mana idea gila mula menerawang dalam kepala.
Tapi itu dulu. Hee. Dulu.
Kini.. dah tahu erti menulis. Dah tahu erti mereka yang punya ruang menulis itu. Bukan sekadar suka-suka. Kena ada isi. Kena ada 'point'. Kena ada sesuatu yang mengerakkan minda.
Kalau sekadar menulis tapi tak punya isi. Itu bagaikan patung tak punya nyawa.
Di situ aku nampak beratnya tugas seorang 'columnist'.
Harus berfikir secara kritis.
Mesti punya pengetahuan luas mengenai isu semasa.
Pendek kata, beratnya tugas seorang penulis.
Namun kini, dengan majunya dunia, dengan adanya teknologi, dengan adanya peranti moden, siapa-siapa saja boleh punya ruangan sendiri.
Dan aku, secara tidak langsung juga dah mencapai anganku tika kecil iaitu ingin menjadi seorang 'columnist'. Kerana aku sendiri dah ada ruangan aku sendiri. Ya disini. Sini tempat meluah segala. Disini ruang untuk aku memperkatakan apa yang aku rasa. Meluahkan apa yang tersekat di minda. Menulis sambil tersenyum. Menulis dari telefon bimbit. Menulis sementara menunggu giliran berjumpa doktor. Menulis di mana saja.
Aku puas.
Terima kasih. Jumpa lagi.
P.S.
Harap tidak jemu mendengar aku membebel tanpa tujuan begini. Maklumlah, aku baru sedar, aku seorang 'columnist' juga akhirnya. *senyum*
.ITA KATA.
sedang menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor.
Aduh. Doktor tak sampai-sampai juga.
Telefon bimbit kian kehabisan bateri.

posted from Bloggeroid