Assalamualaikum.
Lamaya tak meng-'hupdate' blog ini. Blog saya ini.
Ihiks.
Yang pertama - mak busy.
Yang kedua - mak busy.
Yang ketiga - mak malas.
Ah! Alasan 'standard' bila tak 'update' blog kan.
Sebenarnya, ada banyak isu, ada banyak topik yang boleh dibincang minggu ini. Dalam masa seminggu tak menjenguk ke sini, sebenarnya ada banyak perkara yang berlaku disekeliling aku. Baik betul-betul dalam ruang lingkup dunia aku, atau juga dalam ruangan dunia.
Siapa tak tahu tentang BERSIH kan?
Siapa tak tahu tentang budak 16 tahun yang kena kerat dan bakar kan?
Siapa tak tahu tentang Tomok dengan Noh dan kahwin kan?
Siapa tak tahu tentang 'Transformer 3' yang dah masuk panggung minggu lepas kan?
Owh banyak perkara dah terjadi.
Tapi aku nak cerita satu perkara yang sebenarnya seringkali orang tak ambil pusing.
Tentang Orang Kurang Upaya. OKU. 'Disabilities People'.
Aku ada hadiri satu persidangan Isnin dan Selasa lepas. Persidangan ini adalah persidangan kebangsaan yang dah diadakan 4 kali dan dianjurkan oleh pihak PERKESO.
Rupa-rupanya, program 'Return To Work' atau Kembali Bekerja ini dah dimulakan pada tahun 2007 lagi. Program ini bertujuan membantu orang-orang kurang upaya ini untuk kembali bekerja.
Yelah. Kadang-kadang, golongan ini bukannya kurang upaya sejak lahir. Tapi mereka tergolong dalam golongan ini kerana terlibat dalam kemalangan semasa bekerja.
Ok. Aku bagi contoh.
Cuba bayangkan, kamu sedang bekerja. Semasa bekerja, kamu dikerah untuk pergi ke tempat pelanggan. Kamu pun dengan seikhlas hati, menunggang motorsikal ke tempat pelanggan tersebut. Tiba-tiba, dalam perjalanan, kamu terlibat dengan kemalangan jalanraya. Disebabkan kemalangan tersebut, kamu kehilangan kaki atau cacat kekal.
Hanya kerana kemalangan tersebut, kamu telah tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya. Kalau dapat pula majikan yang tidak bertimbang rasa, pasti dengan kecacatan kamu ini, kamu tidak lagi diterima bekerja disitu.
Kamu diberhentikan kerja. Kamu kehilangan sumber kewangan. Kamu masih lagi terikat dengan bebanan hutang. Jika sudah berkeluarga, kau masih perlu mencari wang untuk menyara kehidupan kamu sekeluarga.
Pernah terfikir?
Tak pernah, bukan?
Semasa saya mula dipanggil untuk menghadiri kursus ini, saya terfikir, 'kenapalah aku kena pergi persidangan ini. Bukan aku ada buat potongan SOCSO pun'.
Tapi bila dah pergi. Terbuka mata. Sedih pun ada. Sebab aku tak pernah prihatin dengan perkara-perkara mudah begini.
Persidangan seperti biasa dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pihak Penganjur dan Tetamu Kehormat iaitu Menteri Sumber Manusia.
Selepas majlis perasmian, (sesi mengetuk ais, yang mana Menteri Sumber Manusia tak dapat nak ketuk habis ais itu, nasib baik ada Pelan B) majlis diteruskan dengan sesi penyampaian anugerah.
Penyampaian Anugerah ini adalah untuk majikan yang prihatin, majikan yang mengambil golongan OKU di organisasi mereka.
Penerima pertama adalah Kumpulan Pizza Hut kerana telah mengambil 2 orang daripada golongan ini untuk bekerja sebagai KREW di Call Centre mereka.
Penerima kedua adalah Kumpulan Shangri-La Hotels and Resorts kerana telah mengambil 4 orang OKU dan sehingga kini mereka masih setia berkhidmat. Shangri-La juga telah berbesar hati mengubahsuai keadaan tempat kerja sebagai tempat mesra OKU. Bagus kan? :)
Dan penerima Platinum Award dianugerahkan kepada Kumpulan Vads Berhad yang telah mengambil 6 orang OKU untuk bekerja dengan mereka. Sangat prihatin. Bagusnya!
Memandangkan persidangan ini adalah persidangan antarabangsa, penceramah-penceramahnya semua ;international' belaka. 'Speaking' habis. Mak dah ternganga-nganga di belakang cuba nak ikut bahasa english yang ber-slang kenegerian mereka hahaha.
Ada penceramah dari Jepun (muka garang tapi suara sangat lembut halahai).
Ada penceramah dari Kanada (muka macam penyanyi Lobo hokey, dan dia juga berkerusi roda).
Ada penceramah dari Jerman ('presentation' dia sangat 'best').
Ada penceramah dari Australia (yang ini memang aku tak faham langsung slang dia heee).
Owh ramai lagi.
Kalau nak cerita seorang demi seorang memang aku tak balik la macam ini kan.
Oh yeah.
Aku tahu tajuk ini boring.
Tapi aku nak sambung lagi dalam 'next' entri.
Kerana aku rasa memang aku kena berkongsi pengalaman ini.
Babai.
Terima Kasih.