Tabungan

22 August 2011

Kalau Ya Anak Kau Salah, Janganlah Pukul Bagai Nak Mati!

Salam.
Sekali lagi bercerita tentang kisah Flat Kenanga ni.

Semalam, mungkin hari yang penat buat Q. Menyusu kat depan tv, terus tertidur. Dengan pakai skirtnya, tak bersalin diapers lagi, boleh dia terlelap. Biarkan dia sekejap, pastu biarkan dia terjaga sendiri. Masa dia terjaga, terus express tukar baju segala, macam orang kat tempat pit stop lumba kereta tu.... prit pret ting tong! Dah siap heee.

Terus bawak Q masuk bilik, menyusu, ting tong ting tong, dia pun tidur semula. Mami dia apa lagi, wajiblah tidur sekalikan...

Tengah sedap-sedap tidur, tiba-tiba Encik Suami gerak. Katanya ada orang tengah pukul anak, meraung-raung budak tu dibuatnya. Katanya mahu pergi tengok sekejap. Tak boleh dibiarkan katanya.

Aku terus keluar bilik, bukak tingkap, memang jelas dengar suara ayah tengah marah anak, suara anak tengah meraung minta jangan pukul, dan ada lagi suara budak lain menangis, mungkin adik-adik yang lain. Suara ayah dia, MasyaAllah memang garang sungguh. Anak dia pulak dah merayu-rayu kata sakit dan mohon untuk jangan pukul lagi.Boleh juga dengar hentakan lari ke sana kemari, mungkin si budak cuba untuk larikan diri, ada juga bunyi pukulan, dan bunyi barang-barang jatuh.

Sedih betul semalam. Dengar budak itu merayu. Dengar budak itu kena pukul.

Ya, mungkin dia bersalah. Kata suamiku, apa yang dia dengar dari kumpulan orang yang berkumpul di bawah semalam, si budak berkelakuan nakal dengan membaling mercun kepada kawannya secara terus.

Ya, jelas dia ada lakukan kesalahan. Jelas. Tapi kalau kalian dengar cara pukulan dan raungan budak itu, rasanya seperti nak mati pukulan ayahnya itu.

Memang dia salah, tapi tak perlu rasanya memukul bagai hendak membunuh.

Memang dia salah, perlu ada sebatan, tapi perlukah sampai didengari satu flat sebegini.

Memang dia salah, tapi tiadakah cara lain selain daripada pukulan maha dasyat yang jelas didengari keseluruhan penghuni.

Serius, memang sayu rintihan budak itu semalam. Ku bayangkan anak kecil yang dipukul. Halahai.

Tapi apakan daya. Macam kata pak guard kami semalam. Itu hal mereka. Apa kita boleh buat. Melainkan gila melampau, dia telah bersedia untuk menelefon polis.

Gila!


Ger-------am!!!!

19 August 2011

Sudah Hilang Sabar | Baju Raya Q | Majlis Berbuka Puasa

Makin hari, makin hilang sabar aku.
Bermula dari kisah di parking lot terus ke hal lif.

Semalam, aku dengan suami tengok DVD filem 'Catch Me If You Can'.
Yes! Cerita lama, tapi aku tak pernah tengok. Encik Suami dah tengok banyak kali dah. Cerita itu best! Makanya, aku berusaha keras tengok juga cerita tu, kononnya sampai habis.

Panjang eh cerita itu?!
Seingat aku, Encik Suami buka dalam pukul 8.30 malam, sampai dekat-dekat pukul 10.30 malam pun still tak habis-habis lagi. Mak memang dah ngantuk. Tapi yang paling hebat ngantuknya haruslah si kecil itu. Hehe. Aku buat bodoh saja. Aku tahan saja, buat-buat keras tak layan dia. Sebabnya, kalau dia betul-betul ngantuk, masuk bilik nanti senang, menetek dalam 5-10 minit, dah belayar dah. Senang.

Itulah yang jadi semalam. Memang dah tahap kesian tengok dia membebel *sebab dia ni, kalau nak tido, tak pernah nangis, paling kurang pun dia membebel dan buat bising saja*.

Bila angkat dia masuk bilik, menetek sekejap, fuh, best, dia terus tidur. Mak pun dapat tidur yeay!

TAPI!!!

Dalam pukul 12 lebih rasanya, adalah budak-budak mana entah, boleh pula main mercun?? Dah la memang bunyi tahap meriam buluh tu. Kalau setakat mercun POP mak tak kisah nok!! Ini jenis macam dalam perang punya BOM!!

Bengang betul!! Nasib baik si kecil betul-betul penat. Walaupun dia orang bergembira dengan mercun BOM BOM tu, si kecil lena juga. Fuhhh! Nasib baik.

Pagi tadi, si kecil memang tak bangun waktu sahur. *Ngantuk sangat eh?* Jadinya masa angkat masuk kereta pun dia masih tidur. Kami sampai awal ke taska, taska pun gelap lagi, jadinya semua pakat tidur dalam kereta haha.

Masa angkat Q ke atas *taska dah buka*, dia dah terjaga. Makanya masa aku tinggalkan dia, dia tengah duduk dan mamai lagi. Mata pun nampak ding dong ding dong lagi. Badan pun terhoyong-hayang lagi.

Alahai. Kalau kat rumah, boleh juga mami dukung-dukung, cium-cium, peluk-peluk, guling-guling, sampai dia 'awake'.

Tapi memang itulah aktiviti kami atas katil kalau bangun pagi kat rumah. Akan main-main dengan dia dulu, main hide and seek dengan selimut which is dia sangat suka main dengan selimut, main guling-guling, cium-cium dia dan yang paling best dia memang suka melayan semua games tu. Paling best, bila kita cium dia, dia akan cium balik selama mana kita cium dia!!

Alahai anak. Mami sayang kamu. Will do anything for you.

Semalam kira-kira baju raya Q, rupa-rupanya dah ada 20 pasang. Muahahahahaha. Dari baju kurung, sampai ke skirt, sampai ke baju biasa, sampai ke baju tidur. Muahahahaha. Lagipun memang kena beli stok baru dah sebab dia dah besar, dan makin panjang. Semua baju lama dia dah tak muat, terkeluar terkeluar pusat dia bila pakai heeee.

Sabtu ni ada Majlis Berbuka Puasa Tourism Malaysia kat Seri Pacific Hotel. So memandangkan baju dia dah banyak, mami nak ngelat, nak ambil satu buat pakai masa majlis Sabtu ini.

Boleh?

Hahaha.


16 August 2011

Servis Kamu Orang Memang Teruk!! KAMON!!

Semalam, ingat tak? Aku beria tweet kata nak simpan duit tabung yang dah penuh dalam Tabung Haji. Jadi, memandangkan urusan penyimpanan duit sangatlah mudah yang mana tak melibatkan banyak pergerakan, aku pun luangkanlah sikit masa lepas pergi hospital semalam untuk singgah di BANK ISLAM untuk simpan duit syiling yang banyak tuh!

Kenapa BANK ISLAM?! Sebab, bank itu dekat dengan rumah aku dan bank itu juga selalu bangga dengan kemudahan penyimpanan untuk Tabung Haji tuh.

Secara jujurnya, aku dah punya banyak sejarah HITAM dengan BANK ISLAM nih. Ada satu masa tu, aku sampai balik sebab servisnya lambat sangat dan tak larat nak tunggu sampai giliran aku. Kaunter banyak, tapi yang dibuka 2 atau 3 sahaja. Dan sangatlah LEMBAB hokey!

Tapi memandangkan semalam aku tak berapa sihat, dan kononnya kalau pergi situ, dekatlah sikit dengan rumah. Masa aku ambil nombor, time tuh lebih kurang pukul 3 lebih. Nombor aku 1044. Nombor yang sedang berurusan tika itu adalah 1028 kalau tak silap. Meaning ada 14 orang lagi. Walaupun 14 orang sahaja, nak tunggu sampai nombor giliran aku tu, gila lama! Memang dah segala banner, segala notis aku baca. Ingat ya penyataan aku, segala notis aku BACA!

Bila sampai giliran aku dah pukul 4! Takpe lagi. Aku terus pergi kaunter dan cakap 'saya nak simpan duit syiling dalam akaun Tabung Haji'. Dengan muka selamba dia jawab 'Owh duit syiling sampai pukul 11 sahaja'. Aku dah terkejut, aku 'Wat? pukul 11? saya tak tahu pun?' Dia jawab, 'kat sini memang sampai pukul 11 saja' tanpalah rasa bersalah muka tu! Aku jawab, 'saya dah lama tunggu, dan awak cakap macam ini kat saya?'. Dan dia diam saja.

Owh frust gilak aku. Sejam aku tunggu. Takda pun nampak notis mana-mana kata penyimpanan duit syiling sampai pukul 11 saja! Dengan sakit aku lagi, dengan penat menunggu lagi. Memang aku takkan berurusan lagi dengan BANK ISLAM nih!!!

Dengan hati yang makin sakit, dengan duit syiling yang berat tu, aku kata kat suami, aku taknak bawak balik duit ni ke rumah so aku nak simpan gak walau apa pun.

So aku terus tuju BANK RAKYAT kat TAMAN MELAWATI. Mula-mula masuk aku tanya dulu kat kaunter bantuan tu, 'Cik, saya nak simpan duit syiling boleh?' Dia senyum dan jawab, 'Kenapa pula tak boleh, mestilah boleh'. Aku kata; 'Takde spesifik time untuk simpan duit syiling?'. Dia jawab, 'Eh takde dik, bila-bila pun boleh' sambil senyum aje mamat tu.

Dan yang lagi best, kat BANK RAKYAT tu, ada mesin kira duit syiling yang orang umum boleh pakai. Gila mudah. Masuk aje duit syiling dalam tu, mesin tu akan kira, dah selesai kira dia bagi satu resit, baru ambik nombor giliran, dan pergi kat kaunter, bagi buku akaun dan resit tadi! Simple! Takyah tunggu sampai sejam pun!

Memang berbeza sangat servis. Tak boleh ker korang belajar dengan yang lain cara nak bagi servis yang baik?

Halahai. Bukan nak kondem any banks, tapi rasanya, ini adalah satu pengajaran untuk mana-mana pihak sekalipun. Pelanggan harus dijaga dengan baik. Kalau dah buat salah sekalipun, tak boleh ker bagi sedikit courtersy, aku dah tunggu lama, layan sajalah permintaan aku. Ini tidak, say sorry pun tak, boleh lak wat muka tak bersalah.

Korang ada sistem? Hokey fine! Terbaik la sistem korang! But at least, tak boleh ker tampal any notis bagitau 'oi lepas pukul 11 korang jangan nak ngada simpan duit syiling kat sini, kami tak layan punya, nak try meh la!'.

Takpun, bagitau kat orang yang jaga kaunter bantuan korang tu, kalau ada orang yang ambik borang simpanan, tanya dulu, duit syiling ker duit kertas, kalau duit syiling kami kat sini malas nak kira lepas pukul 11.

Dah la sampai pukul 11 saja! Korang bukak bank pukul 9, 2 jam aje nak kira duit syiling? Korang kira syiling tu satu-satu ker? Pakai jari? Manual? Eh kalau camtu, aku boleh kira sendiri la. Aku simpan sendiri sajalah takyah masuk bank!

Notis or pemberitahuan secara lisan.Mudah aje kan? Takleh pikir? Takleh buat? Kenapa nak seksa pelanggan tunggu lama-lama and balik penat macam tu aje.

Sangat tak bertanggungjawab!

No more business dengan BANK ISLAM!

BANK RAKYAT, SAYA MESTI PILIH!!!


15 August 2011

Kisah Benar : Kena Usung dengan Pengusung; Naik Ambulans; Masuk Wad Kecemasan Separa Kritikal

Semalam, memang hari yang pelik. Hari yang penuh. Hari yang penat.

Seawal pagi, aku dah sibuk mengemas rumah. Mengalahkan nak tinggal lama sangat rumah tu. Basuh kain, basuh pinggan, sidai kain, sidai pinngan? Erk?

Dan aku pulak memang siap kemaskan baju spare sebab memang dah niat nak berbuka kat umah Kak Ida kat Ampang. Dalam fikiran aku, aku bawak baju spare sebab nak mandi berkemas segala selepas berbuka puasa kat rumah Kak Ida.

Aku juga siap kemaskan diri sendiri, potong kuku kaki, potong kuku jari, cukur bulu kaki? Erk?

Memang gila semalam aku bersiap bagai.

Tujuan kami keluar rumah pun sebab nak meronda area Putrajaya, Nilai, Dengkil dan kawasan yang sewaktu dengannya. Adalah urusan sikit.

Dugaan pertama kami bermula dengan pancitnya tayar kereta. Start dari MRR2 lagik. Sampai ambil exit Jalan Kuari (sebab nak pergi rumah Kak Ida), baru perasan tayar pancit. Time tu dah pukul 6 lebih. Cari punya cari kedai tayar, jumpa lah satu ni. MALANGNYA, kedai tu tak ada tayar saiz kereta Viva kami tuh. Encik Suami pun mintak tokeh kedai tu tukar tayar spare yang ada dan kami pergi kedai lain.

Setle hal kereta dekat-dekat pukul 7. Sampai rumah Kak Ida ngam-ngam masa nak berbuka puasa. Tapi sebelum tu, sempat juga aku mintak Encik Suami bantu aku untuk kemaskan Q. Maklumlah, nak dekat berapa jam, tak berganti baju dan diapers. Diapers dia pun dah kembung macam bantal, penuh dengan air kencing. Nasib baik dia tak meragam. Menderita aje ikut kerenah mami ayah dia nih kan.

So, perkara malang tu bermula dari situlah. Aku dah habis cuci Q, ambil tuala, masuk bilik air semula, tunduk nak ambil Q, bangun, PARP!! Terus sakit kat pinggang. Masa tangkap kat pinggang tu, rasa seluruh badan terenjat. Gila sakit! Aku cuba bertahan, ingatkan sakit pinggang biasa. Aku terus dukung Q keluar dan letak kat tilam nak pakaikan diapers dan baju. Masa tu dah rasa sakit balik. Sakit sangat. Nak pakaikan baju dan diapers pun tak mampu dah.

Kak dengan Suami terus suruh aku baring meniarap. So, itulah posisi aku sampai lepas diorang selesai berbuka. Aku dah takleh gerak langsung. Bila bergerak, azabnya MasyaAllah, sakit sungguh tak terperi. Tak dapat nak gambarkan sakitnya macam mana. Memang tak boleh gerak langsung.

Kak, abang semua dah bising suruh panggil ambulans. Aku menolak, aku kata aku boleh bertahan lagi. Diorang suruh aku try duduk. Tapi memang tak boleh. Tak tahan. Sakit sangat. Kali ini aku baring semula dengan keadaan telentang. Dan aku dalam posisi itu sampailah ambulans datang pada pukul 9 dekat-dekat pukul 10 mungkin.

Masa nak tolak atas pengusung, of course la kena bergerak sikit. Masa itu aku dah tak segan silu menjerit. Sakit! Aku memang tak boleh bergerak langsung. Aku terbaring saja atas pengusung. Tengok ke atas. Tengok langit gelap. Pening. Duduk atas pengusung macam tu saja. Tak selesa.

Dalam ambulans, diorang masukkan air. Tak jauh pun hospital dari rumah Kak. Sekejap saja dah sampai. Terus diorang bawak aku masuk Wad Kecemasan Separa Kritikal. Dalam wad tu, aku ditanya macam-macam. 'Pernah jadik macam ni tak sebelum ni?' 'Sakit kat mana?' 'Sakit macam mana?' 'Ada jatuh tak?' 'Macam mana jadi macam ni?' Bertubi-tubi soalan.

Macam-macam gak diorang buat. Suruh angkat kaki *yang mana memang aku tak mampu* Suruh pusingkan badan *gila sakit*

Last-last diorang kata nak buat x-ray sebab nak cek tulang. Aku tak kisah, janji aku boleh bergerak semula dan balik rumah tidur dengan Q semula. Lama juga nak tunggu giliran buat x-ray. Aku sangat-sangat tak selesa baring atas katil tu. Sebab diorang ada letak satu benda keras bawah badan untuk senang angkat aku ke mana-mana. Dalam sakit-sakit tu, aku pujuk juga mata untuk tidur, supaya cepat sikit masa berlalu. Sangat tak selesa. Sangat-sangat.

Tiba-tiba rasa ada orang usap lembut pipi aku. Buka mata, Encik Suami ada kat tepi. Aku tanya macam mana dia boleh masuk, dia kata dia pedulik apa. Bini tengah sakit, katanya.

Tak lama lepas tu, nurse datang nak bawa aku pergi bilik x-ray. Suami ikut sekali. Sekali lagi kena usung. Pening betul, baring atas pengusung, rasa terhoyong-hayang, pandang atas saja. Sangat tak selesa.

Buat x-ray kejap ajer. Dah setle x-ray, tunggu pulak doktor tulang datang.

Lama jugak nak tunggu doktor tu datang. Aku asyik tanya apa yang diorang dapat melalui x-ray tadi. Diorang kata, x-ray tu cuma untuk pastikan tiada keretakan tulang berlaku. Aku tanya lagi, ada kemungkinan slipped-disc ker. Diorang kata, kalau betul slipped-disc, aku memang tak boleh gerakkan kaki langsung sebab saraf memang dah penyek sebab kena hempap dengan tulang.

Semasa pemeriksaan, diorang suruh angkat kaki, diorang cucuk kaki dengan lidi, diorang buat rangsangan kat tapak kaki, Alhamdulillah, semua masih ada rasa. Itu menunjukkan bahawa tak mungkin aku kena slipped-disc tu.

So doktor kata, kemungkinan apa yang jadi pada aku malam tu, hanya koyakan pada saraf atau memang disc dah berubah posisi skit. Dan kalau tak berhati-hati, boleh gak jadi slipped-disc.

Malam tu, aku kena cucuk dua kali penahan sakit. Mungkin sebab dapat penahan sakit tu yang buat aku dapat gerakkan kaki. Aku pun praktis berjalan balik dengan doktor-doktor tu. Dah boleh berjalan. Terus aku mintak nak balik. Doktor pun kata kalau nak balik pun boleh, nak stay pun boleh. Wajiblah aku kata nak balik. Sebabnya kat rumah ada Qalesya. Kat hospital ado? Nan ado hokey!

Kami selesai urusan kat hospital pukul 1 pagi. Sampai rumah, bibik dah tidurkan Q. Kak suruh aku makan dulu lapik perut sebab tadi sempat makan kueytiow aje *sambil meniarap hee* Selesai makan, bibik dah siap letak Q kat tilam, aku terus baring sebelah dia. Dia dah nyenyak tidur. Tenang rasa hati dapat tidur dengan dia. ^-^

Semasa nak tidur, mamai ubat penahan sakit masih ada, aku teringat pada arwah Joe abang aku yang meninggal kerana kanser tulang. Mula sakitnya macam tu juga. Dia sakit belakang. Sampai tahap dia tak boleh berjalan. Sampai dia tahap dia paralyze separuh badan dari pinggang ke lutut. Masih teringat lagi sakit dia setiap kali kami gerakkan badan dia. Aku terfikir, macam yang aku rasa tadikah sakitnya? Atau lebih sakit lagi. Aku hanya mampu berdoa, aku takkan jadi begitu. Aku mahu hidup lama lagi. Aku mahu terus hidup bersama Qalesya dan Suami. Aku berdoa supaya aku dipanjangkan umur dan dapat bersama dengan mereka selama yang mampu. *__*

Sekarang, buat kerja apa pun aku sangat berhati-hati. Nak ambil barang? Aku sanggup duduk dahulu baru bangun. Angkat benda berat, tak dibenarkan Suami lagik. Bowling? Is a no no for the time being. Aku terpaksa lupakan bowling buat sementara waktu sehingga aku benar-benar pasti aku tiada masalah dengan pinggang dan bahagian belakang aku ni.

Kawan-kawan, aku mohon agar kalian mendoakan kesihatan aku. Semoga aku terus sihat untuk terus bersama Q, Suami dan kalian semua ya. Andai kata ini Ramdhan aku yang terakhir, aku untaikan salam kemaafan aku buat semua. Semoga kalian memaafkan aku, dan aku juga tidak punya simpan dendam dengan kalian semua.

Salam Ramadhan.....


Fakta.

Slipped-Disc?
The disks are protective shock-absorbing pads between the bones of the spine (vertebrae). The disks of the spine are also referred to as inter-vertebral disks. Although they do not actually "slip," a disk may split or rupture. This can cause the disk cartilage and nearby tissue to fail (herniate), allowing the inner gel portion of the disk to escape into the surrounding tissue. This leaking jelly-like substance can place pressure on the spinal cord or on an adjacent nerve to cause symptoms of pain either around the damaged disk or anywhere along the area controlled by that nerve.

The layman's term "slipped disk" is, therefore, a misnomer and actually refers to a condition whereby portions of an abnormal, injured, or degenerated disk have protruded against adjacent nerve tissues. This condition is also known as a herniated disk, ruptured disk, or prolapsed disk.. The most frequently affected area is in the low back, but any disk can rupture, including those in the neck.

Factors that lead to a slipped disk include aging with associated degeneration and loss of elasticity of the disks and supporting structures; injury from improper lifting, especially if accompanied by twisting or turning; and excessive strain forces associated with physical activities. Sudden forceful acute trauma is an uncommon cause of a slipped disk.

The nerves of the body exit the spine at each spinal level in the low back, mid back, and neck. A herniated disk can produce symptoms anywhere along the course of that nerve, though the injury and irritation of the nerve are at the spine itself. (This is known as referred pain, as the pain is "referred" from the source of the problem in the spine to the area supplied by the particular nerve affected.) A slipped disk can produce varying degrees of pain in the back or neck along with numbness or weakness in the corresponding organs, arms, or legs as follows:
  • For slipped disks in the neck: Neck symptoms and other associated symptoms include numbness, tingling, weakness, or pain in the shoulder, neck, arm, or hand


  • For slipped disks in the lower back, back symptoms include:


    • Pain down the back of each leg from the buttocks to the knee or beyond (this is called sciatica)


    • Numbness, tingling, weakness, or pain in the buttocks, back, legs, or feet or all of these as in sciatica


    • Numbness and tingling around the anus or genitals


    • Pain with movement, straining, coughing, or doing leg raises


    • Difficulty controlling bowel movements or bladder function

If the medical measures are not successful within a reasonable time, and the tests confirm a herniated disk as the source of symptoms, surgical repair may be considered. Except in extreme situations or in those that have a high potential for permanent nerve damage, surgery is not considered early. Neck surgery and back surgery are serious procedures and considered under specific situations where unrelenting pain and risk of permanent damage to nerve tissue exists. Frequently, time and basic spine care resolve most slipped disk symptoms. Several surgical options exist. Your doctor will refer you to a spine surgical specialist (an orthopedic or neurosurgeon) to discuss which option is best for you and what the likelihood of success will be.

Prevention of Slipped Disks

  • Regular exercise can improve the overall strength and tone of the supporting muscles and structures. Low back exercises are particularly important to prevent recurrent back injury.


  • Use proper techniques while performing strenuous exercise and strenuous work, including lifting. Lifting should be done with the legs performing the work, not the back. The worst possible combination of activities for your spine is heavy lifting while bending and twisting simultaneously.


  • Use of a spine brace during heavy lifting may be advised. Its proper use is to keep your back straight and encourage proper lifting technique. It should not be used as a substitute for proper technique or to encourage you to exceed safe lifting limits.
 Sumber di sini.



Coret-coret Dalam Wad Kecemasan
  • Katil sebelah aku, kepalanya mungkin pecah or luka sebab aku dengar doktor kata nak pergi masuk bilik lain untuk jahit.
  • Asyik dengar budak kecil menangis, terus rindu kat Q *nangis sekejap*
  • Katil depan ada seorang nenek tengah nazak.
  • Ada budak Hindu selang dua katil tengah kena demam panas, 40Celcius. Nurse dengan HA dok pesan kat mak dia suruh jerlum badan anak dia dengan air, mak dia nak tak nak aje buat, siap membebel lagik!
  • Masa naik ambulans, aku sempat pandang Suami, dia senyum saja, tau sebab apa? Sebab merasa naik ambulans! Boleh!? Hahaha.
  • Anak-anak sedara paling excited sebab first time tengok ambulans datang rumah.

12 August 2011

Kebaikan Menghadiri Majlis Ilmu : Tazkirah Jumaat #1

Salam Jumaat.
Diam tak diam jugak la kan, dah hari ke 12 kita semua berpuasa. Orang perempuan apa macam? Ada yang sudah bocor. Jangan risau, itu normal kan kan kan heeee.

Dekat tempat kerja aku ni, pada tiap Khamis akan ada Bicara Ramadhan. Semalam aku berpeluang pergi sekejap lepas boss benarkan aku pergi. Dia bukan sekadar benarkan, tapi memang galakkan aku pergi sebab bagus untuk pertambahan ilmu dan menghormati Majlis Ilmu.

Jadi dekat sini, aku nak kongsi sikit Kebaikan Menghadiri Majlis Ilmu.

Setelah berjumpa dengan miss gugel, bertanyakan sumber-sumber yang ada, aku dapat artikel ini.

Artikel ini aku ambil dari blog saudara ini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan semua.


Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin: "Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":

1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.

Selain itu, Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu , maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk Allah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.


Lagi dapat dikongsikan,  Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?" 

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (hari. Bukhari Muslim)


Dan akhir sekali, Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (  Muslim)


Maka jelas sekali, terdapat banyak kebaikan apabila kita menghadiri Majlis Ilmu bukan sahaja untuk pertambahan ilmu malah diberikan banyak kebaikan buat kita oleh Allah s.w.t.

Kalau lepas ni, orang ajak pergi dengar ceramah, janganlah liat sangat. Atau pun lepas sembahyang jemaah kat masjid atau surau, cepat-cepat nak balik sebab malas nak dengar tazkirah atau ceramah. Ish ish ish. *macam pernah buat ja ngahahahaha*

Tapi.......... menyesalkan kalau dah tahu semua fadhilat ni.

Renung-renungkan dan selamat beramal! :)

muka yang selalu kita lihat bila dengar ceramah. erkk!


11 August 2011

Nak Masuk Contest Baby lah. Tolong doakan Q boleh kawan-kawan!


Iyo. Itulah plan kami. Nak hantar penyertaan dalam pertandingan foto baby. Walaupun tak sesuai untuk perasan yang anak kami tu comel, tapi kami hantar la jugakkan hahaha.

Tak pernah join any contest, so sekarang dah ada contest yang bersesuaian, why not cuba kan?

Ini antara gambar yang kami pilih.
Apa pendapat korang?

Kalau rasa ada gambar lain yang lebih comel, boleh tolong pilihkan untuk kami tak heee.

Korang boleh tengok gambar-gambar anak kami dalam facebook aku.

Aku takleh nak letak link facebook profile dalam ni, so kalau sesape yang belum 'berkawan' dengan aku leh aje search Wanita Mutalib dalam facebook tuh. Avatar pun gambor Q. Pasti leh cam heee.

So, apa pendapat korang dengan gambor-gambor dibawah. Bagi pendapat yer..

Adik ceroi. Sila komen ya :)

TQ Korang!!!! :)




pertandingan bayi pa&ma



pertandingan bayi pa&ma




penghias kulit pa&ma




penghias kulit pa&ma





johnson's baby of the year contest





johnson's baby of the year contest : tapi yang ni tak pasti lagi nak masukkan atau tidak




kandid kamera

Cerita Awal Pagi #2

Selalu bangun pukul 4 pagi untuk siapkan sahur buat suami. Kadang-kadang ngelat, dah bangun nak tutup bunyi jam loceng, tidur lak sekejap kat luar sebab tahu telefon suami lak akan berbunyi pukul 4.15.

Bila dah bangun, maknanya Q akan tidur dengan suami. Dan dah jadi habit, sekejap-sekejap mesti jenguk ke bilik nak tengok diorang oke ke tak. Selalunya oke la kan sebab dah ayah dia teman.

Bila dah gerak suami makan lak, haruslah Q tinggal sorang-sorang atas tilam tu. Makanya, lagi keraplah aku menjenguk dalam bilik. Selalunya, memang tiada masalah,dia akan tidur lena sepanjang kami tengah bersahur.

Bila dah habis bersahur lak, aku akan sibuk kemas beg Q, gosok baju dan kalau sempat basuh dan sidai kain. Suami lak memang tak duduk dalam bilik dah dan just stay kat ruang tamu.

Again, habit aku berulang, sat sat akan pi jenguk Q dalam bilik.

Q ni, kalau bangun, memang senyap. Takde sound langsung. Tu sebab aku kena selalu jenguk.

Macam pagi tadi la, aku jenguk dia macam biasa, tengok-tengok dia dah bangun. Dah siap duduk. Senyap aje dalam gelap tu. Dalam hati, nasib baik dia duduk,kalau dia merangkak cari mami dengan ayah dia, kan ke haru. Jatuh tilam lak dia pagi-pagi tu kan.

Bila ayah dia selesai mandi, aku pun ngadu la kata Q bangun senyap-senyap ja.

Pastu ayah dia jawap, 'kang kalau dia bangun pastu nangis, awak juga yang risau'.

Eh betul jugak. Kena lagi aku.

Heee.

P.s.
Takde gambar sebab blogging dari luar hee.

posted from Bloggeroid

Cerita Awal Pagi

Seperti sedia maklum, aku duduk kat flat. Tiap-tiap pagi kena naik turun lif. Kalau lif penuh, kena tunggu next lif. Kalau penuh juga, turun tangga la nampak gayanya. Tapi itu kalau kami lewat, keluar time semua nak pergi kerja atau sekolah. Kalau awal, memang lif itu kami yang punya haha.

Itu lif. Cerita kat tempat parking lain pulak.

Memandangkan kami tinggal kat flat murah, makanya tempat parking sangatlah terhad. Namun, walaupun namanya flat murah, ada gak orang-orang yang tinggal kat sana ada 2, 3 biji kereta. Makanya, parking selalu tak cukup. Jadi kenalah buat double park.

Masalah orang-orang kat flat ni, ikut suka hati aje nak buat double park. Kalau ye pun namanya double park, kenalah beringat sikit.. bagi la ruang untuk orang depan belakang kiri kanan untuk bergerak kan?

Macam pagi tadi, kami ni terhimpit. Memang takde ruang langsung nak bergerak. Depan belakang takde ruang langsung. Nasib baik ada sorang minah ni, kebetulan belakang kereta kami, datang and nak keluar. So problem solved.

Masalahnya, walaupun problem solved, disebabkan lama kat parking lot tadi, kami lewat 12 minit masuk opis.

Sori boss!

:)


04 August 2011

Macam Sudah Tekad..Aku Kata Macam...

Iyer.Iyer.

Aku pernah merancang untuk sambung belajar. Aku nak paling kurang, aku ada PhD. dan dapat gelaran doktor. Sebelum ambil PhD, kena la ambil Master dulu kan hahaha.

So macam aku kata dalam tajuk kat atas, Macam Sudah Tekad.

Sejauh mana tekad aku? Hahaha. Semalam dah online dengan UPM tengok course yang berkenan tu. Alhamdulillah, affordable dan menaikkan lagi semangat nak sambung Master.

Masalahnya satu sahaja. Ada ke masa? Dengan kerja lagi. Dengan anak lagi. Dengan suami lagi. Nanti kang, terabai lak buah hati dengan cinta hati berdua tu. Itu kalau berdua, kalau teraccident lak bertiga. Hah apa cer kan ngahaha.

Tapi rasanya MACAM dah tekad.

We will see :)

Mohon Tuhan permudahkan urusanku. Amin.

02 August 2011

Kaunseling di tempat kerja perlu diwajibkan

Kaunseling di tempat kerja perlu diwajibkan.

Artikel diambil dari blog My Adha | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong.
Artikel bertarikh 2 Ogos 2011.
Sumber dari Bernama.

Beratnya Dosa Aku.

Pagi tadi, semasa sembahyang, aku rasa lain.
Aku rasa berat di bahu.
Rasa tidak sedap hati.
Rasa berdosa....yang amat sangat.

Aku cuba buang rasa itu. Rasa berat itu. Rasa berdosa itu.
Aku teruskan apa yang sedang aku lakukan.
Selesai semua adab, aku angkat tangan dan mohon padaNya.

Apa saja yang ingin disampaikanNya, aku terima dan aku mohon agar aku diampunkan dosa.
Aku hanya manusia biasa.
Terkutuk.
Terngumpat.
Terkata.
Ter....

Namun perasaan pagi tadi sangat gerun.
Seperti ada yang memerhati.
Seperti ada yang berada kiri dan kanan.
Seperti ada.....

Apa jua yang ingin disampaikan, aku mohon hanya satu.
Barakah Ramadhan ini, mohon diampunkan dosa. Ampunkan dosa. Ampunkan dosa. Terimalah ibadah aku seadanya. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...