Tabungan

26 March 2014

Bila bisnes dah maju sikit, mulalah berlagak

Amboi tajuk. Boleh mendatangkan perbalahan. Boleh mendatangkan pergaduhan. Boleh mendatangkan permusuhan.

Tapi, sebagai orang yang berada dalam line ni juga, aku tak nafikan, sikap sesetengah peniaga yang mula berubah sikap bila bisnes dah maju. Aku tak kata semua. Idak le. Tapi ada la a few, yang terkena ke batang hidung ambo sendiri.

Kes 1.
Disebabkan buat bisnes yang sama, aku ini di-un-friend. Haha. Ini kisah benar okey. Aku pun tak tahu kenapa jadi begini. Tapi biarlah, mungkin adanya aku dalam friend list dia -- menyakitkan hati, menyemakkan mata ataupun menambah dosa sebab duk ngutuk aku saja haha. Tak kisahlah, dunia perniagaan ni luas, setiap orang ada rezeki masing-masing. Lagipun, lagi kita berkongsi dengan orang, lagi murah rezeki kan? So apa kes nak un-friend orang ni? Macam budak-budak haha.

Kes 2.
Aku ada join satu group dropship ni. Memang dari awal lagi aku tengok cara orang ni tulis mesej sangat tak mesra alam. Semua mesej dia semua bernada keras. Aku ignore lagi sebab tak ada kena mengena dengan aku pun. Sampailah ada satu masa ni, aku nak tanya satu harga apparel. Aku mesej dalam group whatsapp, tak berbalas. Aku cek group admin, aku whatsapp pulak pada group admin tu pun tak berbalas. Last-last aku PM melalui FB, baru dia balas. Malangnya dia mempersoalkan kenapa aku mesej dia dekat group whatsapp. Dia tanya kenapa aku ganggu ejen lain. Katanya apa relevennya tanya harga sambil dibaca oleh ejen lain. Bertalu-talu pertanyaan dia. Aku balas, kenapa tak boleh tanya apa-apa kalau dah buka group whatsapp. Dia tetap kata lain kali mesej terus ke dia. Dan nombor yang dia bagi berbeza dengan nombor group admin. Last-last aku cakap, kenapa berkasar, tak boleh ke cakap baik-baik memandangkan aku tanya elok-elok. Dan dia balas, tak ada pun kata-kata kesat. Oke betul juga. Masalahnya, kau kata, kau tulis motto company, ejen kami adalah permata kami. Jadi macam tu ke kau layan permata kau? Aku ada join banyak group dropship, walaupun ada banyak kelemahan, duit tak refund, baju di-order tak sampai, tapi disebabkan orangnya sangat bertoleransi, buat aku tak sampai hati pun nak marah. Tapi group dropship yang ni, aku terus leave group aje. Buat apa deal dengan dealer yang tak appreciate dropshipper mereka.

Kesimpulannya -- aku tengok, kita ni, bisnes tu bila dah maju sikit, mulalah nampak tamaknya, nampak riaknya, nampak true colornya. Sorrylah kalau ada yang terasa, tapi bak kata Fynn Jamal, hati orang kita jaga, hati kita? (Lebih kurang camtulah ayatnya) haha.




Sent from my iPhone

24 March 2014

OMJ - Owh My Jiran!

no no no. jangan salah faham. kami tak bergaduh. malah kami baik. serius. sangat serius. haha. tapi yelah. aku serius. jiran aku baik. kalau ikutkan, jiran rumah sebelah kami adalah seorang pakcik dan makcik yang baya mak-mak dan ayah aku. tapi, rumah mereka ni didiami bersama oleh anak perempuan mereka, suami anak perempuan mereka merangkap anak menantu mereka, dua orang anak mereka (ops dah jadi tiga baru-baru ini) dan seorang anak bongsu lelaki. hujung minggu pulak, anak perempuan mereka yang seorang lagi bersama keluarganya akan datang rumah itu juga. jadinya memang tak pernah sunyilah rumah sebelah ni.

makcik dan pakcik memang baik. peramah orangnya. kalau nampak kami laki bini memang akan tegur without fail. dan makcik dan pakcik memang protective terhadap aku dan Cha. pernah sekali Nazri keluar, dan rupa-rupanya dia dah suruh orang lektrik datang perbaiki barang letrik yang rosak kat umah kami. masalahnya -- Naz tak  balik lagi, tapi mamat-mamat letrik tu dah sampai depan umah. bila tengok ada ramai mamat-mamat depan umah, makcik ni cepat-cepat keluar dah interview mamat-mamat tu one by one. so, makcik ni memang baik, aku memang senang bila ada makcik ni, rasa macam ada la jugak orang tua yang menjaga aku kat sini. :)

masalahnya -- satu saja. masalahnya -- masalah yang kat mana-mana taman pun akan hadapi. masalah parking kereta. 

aku pun kadang-kadang rasa macam takde hak pun nak bersuara sebenarnya sebab yelah, memang susah nak parking kan. tapi kadang-kadang, jiran aku ni, suka sangat parking sampai ke area umah kami. bila mak ayah atau adik beradik aku datang, depa pulak terpaksa parking jauh. depa tak dapat nak parking depan umah aku sebab diorang dah parking depan umah aku.

dan semalam petang, adalah peristiwa yang paling best. kawan-kawan anak yang bongsu datang ke rumah jiran aku ni, dan diorang dengan selamba parking betul-betul depan pagar umah aku. blok kereta aku sampai tak boleh keluar. so im just like --- OMJ??

dan sebenarnya, itu bukanlah kali pertama kawan-kawan anak bongsu mereka parking selamba depan pagar umah kami. pernah sekali tu, kami keluar dari pagi -- petang baru balik. bila kami sampai depan umah kami, kami tengok ada kereta elok tengah park depan umah kami. bila kami bagi signal nak masuk, makcik tu datang dan minta kami park kat luar dulu sebab katanya kereta tu rosak -- tak boleh start engine. boleh? jadi kami pun parking la kat luar rumah, dan kereta tu pun stay depan umah kami. boleh?



haha. nasib baiklah makcik dan pakcik ni baik. jadi kami -- layankan aje lah.

but. what should i do? parking tepi-tepi rumah, masih boleh dimaafkan. tapi kalau parking depan pagar umah kita? itu macam -- haish.. :p



***

Bulan puasa dah makin hampir. masa bulan puasa nanti, minuman penambah tenaga ESP adalah produk Shaklee yang paling banyak orang cari. sebab ESP boleh bagi tenaga sepanjang hari. masa bulan puasa tahun 2010, aku tengah pregnant 6 bulan. ESP--lah yang aku minum buat penambah tenaga, yang selebihnya tawakal pada Dia sajalah. Alhamdulillah, puasa aku cukup sebulan :)



kalau ada sesiapa yang nak beli ESP dengan harga murah, boleh beli sekarang sebab dari Harga RM150 dah turun kaw-kaw. satu tin hayat dia lama (I mean the expired date haha). jadinya memang tak rugi kalau beli sekarang dan buat stok untuk bulan puasa nanti.

dan keistimewaan beli ESP banyak-banyak bulan ni adalah kerana:-
  • harga tengah murah.
  • beli 6 canister akan dapat percuma 1 canister.
  • keahlian Shaklee seumur hidup percuma.
  • rebat tunai masa tengah bulan nanti.
  • badan sihat, kulit cantik.

banyakkan?

apa tunggu lagi... :)




21 March 2014

Ukulele

semalam, adalah kecik hati sikit. ala gaduh2 manja gitew. muntah! tapi betullah, adalah merajuk-rajuk sikit. sikit ja. sikit sampai taknak angkat phone. sikit sampai taknak balas mesej. sikt sampai pi ambil anak dulu. sikit ja. sikit ja pun. haha.

jadinya, masa balik semalam, adalah encik suami tegur-tegur sikit. tanya itu, tanya ini, aku jawab macam biasa ajelah. merajuklah katakan. tapi, jawab - jawab jugaklah, kang kata menderhaka lak. 

pastu dia dok cakap, cantik awan hari ni, 'putih ada rainbow'. dok ulanglah 'putih ada rainbow, putih ada rainbow'. aku dok tengok langit, idak le pulak ada rainbow.

dia duk cakap lagi, bila panas -- ada hujan -- mesti ada rainbow. sudah.. bila pulak start bersastera suami aku ni. aku buat tak tahu ajelah. majuklah katakan...

sampai saja rumah -- dia cakap, awak angkat barang, saya basuh Cha. aku pun oke-kan aje. dia pesan lagi, ambil barang dalam bonet. aku oke-kan lagi.

dah selesai barang dalam kereta, aku pun bukak bonet macam yang disuruh. pastu aku pun ambillah barang yang dia cakap tu. beg ukelele. aku dah pelik. ukelele sape yang dia pinjam lak ni.

bila masuk rumah, aku terus tanya -- apa tu? dia jawab -- bukaklah. aku pun eksaited la bukak, masa tu dah sengih dah. bila bukak terus nampak ni.


putih ada rainbow -- katanya.

dah eksaited terlebih dah. takde dah majuk. lupa dah -- majuk eh tadi? haha.

terima kasih - lah encik suami. kalau macam ni, nak majuk tiap2 hari lah. apa pulak encik suami nak bagi? hahaha. 

anyway thanks. nanti ai nyanyi satu lagu untuk yu.


ai love yu.









***


tawaran hebat ESP berakhir 31 Mac 2014.


Kebaikan ESP Shaklee - klik sini.
nak order dulu bayar masa gaji pun boleh tadahal.
PM me 0172350404.
Loves -- Che Ta Shaklee
HAHA!









20 March 2014

bad day VS lucky day

dari pagi tadi menaip buat kerja. I need a break. so my break is -- menaip di blog. macam tak break aje bunyinya. haha. kadang-kadang kesian tengok blog ni. kejap update, kejap tidak. kadang-kadang memang sengaja tak update, sebab rasa macam takde orang pun baca sebenarnya. tapi bila buka statistik, rasa kagum sendiri (haha) ada juga orang yang datang singgah blog tak semegah mana ni haha. terima kasih korang-korang-korang yang tengah baca ni. ai terharewww taww.

bercakap pasal takde orang baca, kadang-kadang bila aku rasa memang takde orang yang baca blog ni, mulalah hati tu teringin nak tulis macam-macam. tulis pasal kerja. tulis pasal siapa yang tak disukai kat pejabat. tulis pasal siapa yang annoying kat pejabat. tulis pasal bos. tulis pasal kawan. tulis pasal itu. tulis pasal ini. tulis pasal jiran sebelah (yeah I need to write about this), tulis pasal orang bank call nak bagi kredit kad tapi annoying gila (juga wajib tulis), dan banyaaaaaaaak lagi.

tapi, pada suatu hari yang indah, adalah seorang boss ni tegur aku, "eh wanita, you ada blog kan. I pernah baca blog you." okey. itu boss. boss tu. boss! boss baca blog aku. jadinya -- I have to be very careful bila nak menulis di sini haha.

dan, tak dinafikan -- ada juga haters yang membaca. yeah you. I know you hate me -- tapi still nak stalk I kan. haha. silakan.

so, bercakap pasal bad day VS lucky day, lain kali la aku cerita. haha. dah melalut meraban benda lain pulak. haha!

18 March 2014

pendapat seorang rakyat biasa yang naif mengenai kehilangan MH370

aku nak bercakap tentang MH370. dari kaca mata rakyat Malaysia biasa yang takde background aviation, yang tak tahu politik negara, yang tak tahu cara nak tampor kokedai (baca : buaya). apa yang aku nak cakap hanyalah apa yang aku rasa bila tahu tentang kehilangan MH370 ni.

masa aku mula-mula tahu tentang perkara ini, aku, suami dan Cha dalam perjalanan nak pi brunch. kami dengar melalui siaran radio HOTFM. memang terkejut la, kapal terbang boleh hilang. bak kata Zed Zaidi -- biar betik!

masa mula-mula media announce 'hilang' aku dah boleh agak ianya bukan terhempas. sebab mereka kata 'hilang'. kalau tak mesti media dah kata, dipercayai terhempas or whatsoever ayat-ayat suratkhabar. dan bila dengar dengan lebih lanjut, google sana sini, memang betullah -- dikatakan hilang sebab memang betul kapal terbang tersebut hilang secara tiba-tiba dari radar.

sebagai manusia biasa, dah tentu perkara pertama yang aku fikir ialah tentang keselamatan kesemua penumpang dan anak kapal termasuklah dua bayi tersebut. terfikirlah macam-macam, bagaimana agaknya perasaan mereka semasa keadaan tersebut terjadi. terfikirkan perasaan ahli keluarga yang terlibat. 

aku pulak teringat pengalaman tak berapa nak manis naik kapal terbang yang terhuyung-hayang langgar awan sebab keadaan cuaca yang tak menentu. terbayang horror-nya bila terasa kapal macam terjatuh ke bawah. masa keadaan tu jadi, memang apa yang terbayang kat mata aku hanya Qalesya - Qalesya - Qalesya - suami - keluarga (sori ayah) hee. tapi nasib baik, Tuhan masih izinkan aku berjalan dibumiNya, aku selamat sampai.

jadi, tak terbayang perasaan mereka yang sehingga kini tak dapat dikenalpasti dimana mereka berada. Macam seolah-olah tak ada kesudahan. Macam seolah-olah perkara ni boleh dilupakan begitu saja.

kalau terhempas, mana bangkai pesawat tersebut?
kalau disorok, kenapa?

sehingga kini, terlalu banyak spekulasi yang dikeluarkan berkenaan dengan MH370. dalam facebook atau mana-mana media sosial, berebut-rebut orang nak tulis tentang MH370. ada yang kaitkan dengan politik. ada yang kaitkan dengan keselamatan negara. kalau dibaca satu-satu, boleh rasa betapa terancamnya kita di Malaysia ni.

tak lupa juga dengan orang yang selalu menghentam kerajaan kerana seolah-olah lembab dalam mencari MH370 ni. sibuk nak hentam kerana pendapat yang dikeluarkan adalah berlainan antara satu sama lain. DCA cakap lain, Imigresen cakap lain, kang masa PC cakap lain -- seolah-olah semuanya disusun, seolah-olah ada rahsia besar yang hendak kerajaan sorok.

cuma pada pendapat aku, setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan, pasti ada kebaikannya. pada pendapat aku, sekiranya berahsia lebih mendatangkan kebaikan, then apa salahnya.

contoh -- kalaulah benar ada rampasan pesawat yang berlaku oleh terrorist ke apa ke kan, mesti rakyat Malaysia dah kalut, kelam kabut memikirkan Malaysia dah tak selamat, mulalah kelam kabut cari perlindungan, masing-masing mesti fikirkan keselamatan keluarga sendiri, mesti sibuk taknak pergi kerja, sibuk nak kumpul semua ahli keluarga bawah satu bumbung sebab risau kot-kot perang terjadi. disebabkan satu peristiwa, habis kalut satu Malaysia. kang PM mulalah nak kena fikir pulak kalutnya rakyat Malaysia ni, dah tambah satu masalah mereka. jadi lebih baik, kita serahkan keselamatan negara ni pada mereka. kita ni, berdoalah pada yang Satu agar Dia lindungi kita sebaik-baiknya. dah banyak yang Tuhan tunjuk dalam masa terdekat ni. lepas satu-satu Dia bayar cash.

tengok saja pada FMFA baru-baru ini. yang mati anak muda kita. yang mati ialah orang islam. mati dalam keadaan yang sangat memalukan. kenapa? kenapa? tak mungkin ianya berlaku saja-saja. pasti ada mesej yang hendak disampaikan olehNya. tak faham-faham lagi.

kita ni, bertuah. hidup dalam Malaysia yang aman. tak ada perang. tak ada masalah kewangan yang meruncing. tak ada masalah tak cukup makan. hidup berbilang bangsa, tapi boleh duduk di bawah awan yang sama. bukankah aman namanya. walaupun masalah sosial semakin meruncing, masalah samun dan rompak yang semakin menjadi-jadi, tapi bolehlah dikatakan aman lagi berbanding perang sana-sini. tak perlukah kita bersyukur lagi? sebaliknya, makin lagho -- hidup dah macam orang tak beragama.

aku tak layak nak cakap pasal itu, sebab aku pun bukanlah baik sangat orangnya. kurang sana sini. memang tak layak nak cakap pasal agama. tapi sedikit sebanyak perkara-perkara ini sepatutnya menyedarkan ramai pihak bahawa Tuhan sudah mula bayar tunai pada kita semua. Tuhan sudah mula bagi wake-up call dengan cara yang tidak lagi halus seperti dulu.

nikmat Dia, kita nafikan.
nikmat Dia, kita ambil tapi tak bersyukur.

malunya dengan Dia.

.
.
.

apa topik aku mula-mula tadi ek. owh MH370.

ya MH370. pulanglah. kami menunggu kalian. kami mendoakan agar kalian selamat segalanya. walau dimana kalian berada, percayalah, Dia ada menjaga kalian. pada Dia kami berdoa agar kalian dilindungi sepenuhnya. pecaya pada Dia, dan Dia akan membantu kalian.



***

bulan ni ESP beli 6 percuma 1.
tawaran berakhir 31 Mac 2014.
hik hik.




TERHANGAT DI PASARAN | ESP

Kenapa Ramai Yang Sukakan ESP?

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  • Menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
  • Memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
  • Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat
  • Membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  • Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan
  • Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati
  • Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit





***


Kalian lupa ek, mak seorang pengedar Shaklee? Hik hik. ni mak bagitahu lagi sekali, mak ni pengedar Shaklee, kalau teringin nak tahu apa kebaikan Shaklee secara menyeluruh, jangan segan-segan, hubungi mak ye. Hehe.





14 March 2014

suami kahwin lain

itu adalah perkara terakhir yang semua perempuan mahu hadapi. maknanya -- takde perempuan yang nak perkara ni berlaku. bagi mereka yang menyokong poligami -- silakanlah. bagilah pendapat macam-macam, sunnah lah, memang diizinkan lah, kenapa nak menidakkan benda yang dibenarkan -- macam-macamlah. macam aku cakap, nak sokong --- sokonglah. kalau ada perempuan yang tak sokong, itu adalah pendirian dia. kenapa nak menyesakkan kepala, memaksa orang suka benda yang depa tak suka tapi kau suka?

aku? aku adalah perempuan yang tak mahu perkara tu berlaku pada kehidupan aku.kenapa? sebab mak aku madu. walaupun kami hidup bahagia, tapi mak aku pesan pada aku -- jangan ambil laki orang.

deep.

jadi -- walaupun arwah mak tiri aku adalah perempuan yang paling mulia (kerana mengizinkan ayah kahwin mak aku), namun pesan mak kandung aku, tetap aku semat dalam otak.

pernah sekali, aku duduk semeja dengan seorang kawan lelaki dan seorang kawan perempuan. kami berbincang tentang poligami.

dan aku pun bersuara -- kalau suami aku nak kahwin lain, aku tak kisah. aku izinkan.
kawan lelaki aku pun cakap -- serius Ta? untungnya Nazri! dia tahu?
aku jawab -- dia tahu, aku dah cakap banyak kali pada dia.
kawan perempuan aku respon -- ko boleh cakap macam tu Ta, tapi masa jadi nanti, ko boleh jadi gila Ta.
aku jawab -- tak habis lagi, aku izinkan tapi dengan syarat lepaskan aku.
kawan lelaki aku cakap -- itu bukan kahwin lain, itu kahwin baru.
hahaha.

gelak-gelak juga, bincang-bincang juga. tapi pada aku, aku memang tak boleh terima kalau suami aku nak kawin lain. it hurts. bukan apa, orang yang kita sayang -- ada orang lain sayang. orang yang kita peluk cium, ada orang lain peluk cium. yuks!
sedih..

jadi, titik! aku tak mahu payung emas. full stop.


gambar hiasan


aku paling suka komen yang last. kalau benar Alhamdulillah. haha.

06 March 2014

Perasaan mendera anak

Tadi, Cha tiba2 menjerit dan terus menangis. Masa tu kami tengah lepak tengok tv. Sebelum dia menjerit memang dengar macam dia terhantuk kat almari. Cuma masa dia jatuh terduduk, dia pegang lutut. Jadi aku andaikan dia tertendang almari tu.

Cha menangis. Kadang2 aku malas nak layan sangat nangis dia ni sebab well I know her well -- dia memang pandai buat2 nangis.

Tapi tadi, sayu sangat tengok dia nangis. Macam sakit sangat dia tertendang tu. Alhamdulillah, dah belek habis tadi, takde merah apa atau lebam apa. Meaning okey la kan?

Masa tengok dia nangis tadi, aku terfikir -- apa perasaan orang yang suka mendera anak? Apa perasaan mereka masa mereka hentak kepala anak ke dinding? Apa perasaan mereka bila pijak perut anak.. Entah apalah yang difikirkan ketika itu -- kan?

Aku terfikir sebab pagi tadi terbaca pasal budak perempuan 2 tahun sekarang ni koma dipercayai dibuli emak dan teman lelaki mak-nya tu.

Ah! Ini bukan sekali dua kes macam ni jadi.
Dah banyak kali kot.

Masalahnya -- kenapa masih terjadi?

Apa yang kita boleh buat untuk bendung semua ni?

Aku kalau ter-marah, ter-tampar, pun -- dah menyesal menggunung.

Macam pula perasaan emak yang hilang anak sebab kena dera? Tinggi gunung mana sesalnya?


***

Bulan ni ESP murah.
Mahu cuba?


Sent from my iPhone

05 March 2014

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

pagi tadi, aku dikejutkan dengan kematian bekas kawan sekolah menengah. macam biasa, FB adalah medium berita paling pantas. aku terbaca status kawan sekolah tentang kematian arwah. terus, aku belek-belek cari siapa yang dimaksudkan.

kalau tengok gambar, memang aku ingat-ingat lupa. tapi melalui komen-komen kawan-kawan sekolah dalam status tersebut, aku dapat tahu nama sebenar dia dan terus -- iya, aku ingat dia.

khabarnya, sebab kematian adalah kerana arwah punya penyakit kanser servik.


sungguh -- kematian adalah satu yang pasti dan sesuatu yang tak disangka. hari ini  masih bergelak ketawa, esok sudah kaku dimandikan orang lain.

teringat pagi tadi, aku terdengar makcik roti canai bersembang dengan pelanggannya :-

"entah bila kita mengadap Dia. entah siapa datang menjemput kita. entah elok ke benda yang menjemput kita. entah bertaring ke. entah cantik ke. itu semua rahsia Dia. kita tunggu sajalah"

betul kata makcik roti canai ni. kalau difikirkan, ngeri pula rasa. tapi iya -- mati itu pasti.

Dan bila kau harus pergi
Jauh dan tak kembali
Ku akan merelakan mu bila kau bahagia
Selamanya disana walau tanpaku
Ku akan mengerti cinta dengan semua yang terjadi

Pastikan saja langkahmu tetap berarti
Bisakah aku tanpamu sanggupkah aku tanpamu .
Sehangat pelukan hujan saat kau lambaikan tangan

Tenang wajahmu berbisik
Inilah waktu yang tepat tuk berpisah
Selembut belaian badai saat kau palingkan arah
Jejak langkahmu terbaca
Inilah waktu yang tepat tuk berpisah


Al-Fatihah.



04 March 2014

TIPS MEMBELI DIAPER ANAK-ANAK

Bila kita nak membeli lampin pakai buang untuk anak-anak, ada banyak perkara yang kita kena ambil kira.

 
Sensitiviti Kulit Bayi
Bila mak nak beli lampin pakai buang ni, mak paling ambil berat tentang kesesuaian lampin pakai buang tersebut dengan kulit Cha. Masa mula-mula Cha lahir, hospital memang akan bekalkan diaper. Masa tu mereka bagi Drypers5 pada kami. Mula-mula pakai memang tengok Cha dah tak selesa. Bila nak cuci, baru perasan tengok pepet Cha dah merah-merah.

Aku terus tukar dengan diaper Huggies. Macam mana boleh terjebak dengan Huggies? Sebab aku pernah turut serta dalam bengkel mengandung anjuran Huggies, haruslah dapat banyak sample Huggies untuk new born.

Cha pula memang sesuai sangat dengan Huggies tu. Kulit dia tak pernah merah-merah lagi sejak pakai Huggies! Serius tak tipu.

Tapi kena ingat, kulit bayi adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang kurang sensitif, pakai brand apa pun tak apa. Ada yang sangat sensitif sampai kan tak boleh nak tukar cuba brand lain.

Cha Alhamdulillah, setakat ni memang rasi dengan Huggies :)


Harga Diaper
Harga diaper zaman sekarang, memang tak boleh kata apa dah -- mahal! Macam Huggies yang selalu aku beli, harga dia RM54.50. Mahal sangat!! Tapi, jangan risau, ada caranya untuk dapatkan yang murah. Caranya ialah -- pergi survey!! Hik hik.

Setiap pasaraya, rajin bagi diskaun untuk diapers. Macam sekarang, di Tesco, harga Huggies memang tengah mahal iaitu harga biasa RM54.50, tapi ada selected diapers yang mereka turunkan harga. Nanti depa dah jemu kasi brand tu murah, diorang akan tukar pulak brand lain untuk harga yang murah.

Aku baru saja beli Huggies di AEON JUSCO -- harga Huggies hanya RM36.50. Murahkan!!

Ataupun, pergi saja ke Manjaku!! Sure harga diapers murah-murah belaka. Serius tak tipu. Pergi survey. Kena rajin survey la. Kata sayang anak :)


Packaging!
Ini paling crucial. Taklah. Ini paling orang tak amik berat sebenarnye.

Mak-mak especially macam aku ni (ke aku sorang aje hahaha) sebenarnya senang tertarik dengan packaging yang attractive. amboi haha.

Macam masa aku pi AEON JUSCO, aku nak beli Huggies aje sebenarnya. Tapi terjumpalah diaper ni. Packaging dia sangat-sangat menarik perhatian aku HAHAHAHA!

Haruslah mak rembat! Harga pun murah RM26++ kalau tak silap!

Mula2 aku cakap pada Nazri, aku nak cuba diaper ni sebab dia jenis pant. Lagipun Cha pun memang rasi juga dengan brand ni. So nak cuba la kononnya.

Tapi bila Naz dah bayar, aku pun cakap pada dia -- saya nak beli yang ni sebab packaging dia warna PINK!





03 March 2014

APA KATA MEREKA TENTANG ESP SHAKLEE!! PROMO BULAN MAC YOW!!

Geng Kongsi Gelap Cerah Shaklee akan sentiasa tertunggu-tunggu bila ESP nak jadi STAR! Tak sangka bulan Mac terpilih untuk ESP jadi STAR!!

Kenapa semua orang tertunggu-tunggu dengan ESP?

Kenapa?

Kenapa?

KENAPA??

Sebenarnya mak pun tertunggu-tunggu tau! Gila tak tunggu? Masa inilah nak borong ESP banyak-banyak. Dalam entry ni, mak takkan letak kelebihan, mak nak terus bagi testimoni pengguna-pengguna ESP. Mak nak tunjuk, apa kata mereka tentang ESP SHAKLEE :)













Nanti mak cerita pula kenapa ESP boleh bagi kesan-kesan yang baik begini.

Tapi kalau nak dapat feedback yang lebih cepat, boleh saja PM mak terus :) Tadehal!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...