apa punya ayat daa. haha. sebenarnya, aku pun tak tahu apa yang aku nak bebelkan.
oke macam nilah. aku sayang blog ni. dengan blog ni, aku bertemu dengan ramai orang. yang datang dan pergi sesuka hati namun kadang-kadang terus tinggal menjadi kawan. tapi ada juga yang menghilang diam secara tiba-tiba dan terus tak tahu apa cerita.
blog ni banyak bagi aku pengalaman manis dan pahit. kadang-kadang aku rasa macam nak tutup terus dah blog ni sebab kesian, kejap ada kejap tak ada tuan dia ni meng-update blog. sunyi sepi tanpa cerita dua tiga hari dan kadang-kadang sampai dua tiga bulan pun ada.
aku ada banyak benda nak kongsi, banyak benda berlaku dalam hidup aku, tapi aku terfikir adakah sesuai aku kongsi semua tu. aku pernah ditegur oleh ahli keluarga kerana terlalu banyak cerita. itu adalah faktor terbesar kenapa aku tak banyak menulis. dan kerana itu juga aku rasa aku tak mahu menulis lagi.
tapi -- itulah -- macam aku kata, aku sayang blog ni. walaupun aku tak punya banyak pembaca macam blogger-blogger yang lain (walaupun aku antara blogger terawal haha), tapi tetap -- wei, aku sayang blog ni.
dengan blog ni juga, kawan aku bertambah. blog ni juga aku kenal kawan-kawan baru. aku kenal seorang -- dulu kami rapat, rajin aku ikut mana-mana event yang dia minta aku teman. tapi aku tak tahu kenapa secara tiba-tiba dia seakan-akan menjauhkan diri. tiba-tiba sunyi dari timeline FB aku. tiba-tiba dah tak bertanya khabar. dingin. sedih juga. tapi lagi sedih bila tengok nama dia dalam FB, dalam blog, tapi tak bertegur sapa dengan aku. sedih juga. so, aku decide untuk tidak kacau dia lagi. kawan yang baik, fun....tapi life goes on. kan?
ye. blog ni sangat bermakna buat aku. aku senang nak menaip dalam ni. aku sedar aku tak punya banyak pembaca, seharusnya aku tak ada masalah untuk fikir tutup terus atau biarkan saja blog, tapi entahlah, dekat blog ni sajalah aku dapat melihat dunia luar. melihat dunia dari perspektif yang berbeza. melihat dunia dari kaca mata yang berbeza. satu topik berlainan pendapat.blog ni juga sebenarnya tempat aku belajar, belajar macam-macam. resepi? DIY? parenting? politik (huuh)? muzik.. semua dengan blog.blog ni, tempat aku tengok perempuan-perempuan cantik merias diri. tempat aku tengok perempuan-perempuan cantik bercakap tentang perkara yang mereka pandai. semua dekat blog.
blog ni. hmm. hanya seorang blogger yang faham betapa berartinya blog pada seseorang blogger tu.a blogger will always a blogger.
itu sebab aku berusaha untuk tidak berusaha meng-update blog lagi.