Tabungan

30 May 2014

apa persediaan untuk bulan Puasa nanti?

dah ganti puasa?
itu yang utama...
selain dari itu, bersedia dari segi fizikal pun tak salah.
Shaklee ada set khas untuk Ramadhan nanti.
pendek kata, setiap kali Ramadhan -- set ni memang laku.
tak untuk kita, apa kata sediakan untuk orang tersayang iaitu anak-anak dan ibu bapa kita.






-----------------------------------------------------------------------------------
HUBUNGI SAYA
-----------------------------------------------------------------------------------


kolestrol oooo kolestrol














SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN ENCIK SUAMI

Berkawan sudah 10 tahun,
Bercinta sudah 8 tahun.
Berkahwin sudah 5 tahun.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan :)

30/05/2009 - 30/05/2014







hadiah perkahwinan paling berharga





-----------------------------------------------------------------------------------
SHAKLEE DAN ANDA
-----------------------------------------------------------------------------------



29 May 2014

hanya gambar

 

ESP yang punya pelbagai manfaat





-----------------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAT LANJUT
-----------------------------------------------------------------------------------

Two word -- CALL ME :)



Siapa kata Shaklee mahal?



-----------------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAT LANJUT
-----------------------------------------------------------------------------------

Untuk sebarang pertanyaan bagi semua set di atas -- terus hubungi mak la nokss :)




28 May 2014

Kebaikan Meal Shakes untuk Kanak-kanak

Kenapa kanak-kanak suka pada Meal Shakes ek?

-----------------------------------------------------------------------------------
15 Kebaikan Meal Shakes untuk kanak-kanak
-----------------------------------------------------------------------------------



  • Kurangkan Ekzema
  • Untuk Tumbesaran
  • Untuk Perkembangan Minda
  • Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  • Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  • Untuk Anak kekal aktif
  • Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  • Meningkatkan berat badan anak
  • Membantu anak fokus
  • Membantu kurangkan kekerapan asthma
  • Mengatasi masalah sembelit pada anak
  • Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  • Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  • Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  • Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu


Meal Shakes ooooo Meal Shakes...
Harga murah berakhir pada 31 Mei 2014.
Tak teringin nak cuba ke?
Hik hik!






Perangai Qalesya

Qalesya oooo Qalesya. Anak mak sorang ni -- aktif, sangat aktif. Jenis tak boleh duduk diam. Ada saja yang nak dibuatnya. Tapi tadehal. Mak lagi suka dia aktif. Kalau dia tak aktif, kita juga yang risau. Ye dak? Masa dia sakit kang, kita nilah yang berdoa siang malam minta dia aktif semula. Jadi, biarlah dia aktif daripada tidak -- ye dak? :)

Cha, satu masalah dia ialah sangat susah nak makan. Selain daripada susah nak makan, dia ni juga ada masalah sembelit. Kalau dia nak membuang, kesian sangat tengok. Meneran sampai merah muka. Kadang-kadang dia give-up untuk membuang menyebabkan najis dia hanya keluar sedikit sahaja. Bila cuci, boleh rasa dekat area dubur dia, keras -- ada najis yang tak keluar.

Kemudian aku google. Aku google apa yang ibu bapa boleh buat sekiranya anak sembelit. Susah nak membuang. Bila tengok hasil carian, aku tepuk dahi sendiri. Selama ini jawapan depan mata aku saja. Dalam buku nota saja. Nampak sangat pemalas ye? Haha.

Hasil carian, rata-rata membawa aku kepada Meal Shakes Shaklee. Apa saja testimoni, semuanya berkaitan dengan Meal Shakes Shaklee. Gelak sendiri aku.

Now -- masalah kedua. Susah sangat nak makan. Sekali lagi aku google -- masalah anak memilih makan. Ha amik haha. Lagi sekali aku gelak sebab malu sendiri. Sekali lagi carian membawa aku kepada the one and only -- Meal Shakes Shaklee.

Sekarang ni, memang dah sah yang Meal Shakes Shaklee ni hot di pasaran. Sebabnya carian semua lead ke dia. Amboi. Biasa dia ni :)

Jadi, nak dijadikan cerita, dah dekat dua (2) minggu aku letak Meal Shakes dalam susu Cha dan aku terkejut dengan perkembangan Cha.

Satu -- aku memang dah tak tengok dia meneran beria-ia lagi. 

Kedua -- dia dah tak memilih makan sangat berbanding dulu. Apa saja yang aku hidang, dia akan makan tanpa banyak songeh haha. Kecuali ikan, hmm dia memang kurang makan ikan. Jarang dia dapat habiskan makanan dia, tapi akhir-akhir ni dia dapat habiskan makanan dia :)

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. :)

licin habis pinggan Cha :)


27 May 2014

Tawaran Berakhir pada 31 Mei 2014

Apa bendalah yang kecoh-kecoh sangat ni ya? Tawaran apa? Sampai 31 haribulan ja pun. 4 hari ja lagi. Kenapa nak rebut peluang ni? Apa bendanya? 

Takpa -- takpa. Mak boleh terang satu persatu. Tak ada masalah. :)

***

Seperti biasa setiap bulan, Shaklee akan buat satu tawaran hebat untuk salah satu produk kesihatannya. Bulan ini, boleh saya katakan, bulan yang memberi kelebihan kepada kanak-kanak kerana produk yang menjadi bintang ialah Meal Shakes. 



Bagi mereka yang sudah biasa dengan produk Shaklee, pasti akan sedia maklum yang Meal Shakes sangat sinonim dengan kanak-kanak. Mungkin kerana ia berperisa vanilla, manis dan berkrim. Dah tentulah kanak-kanak yang lebih menyukai minuman kesihatan ni.

Walau bagaimanapun, ibu bapa juga dapat peroleh kebaikan melalui Meal Shakes ni. Macam mana? Bagaimana? Jom kita kenali Meal Shakes dengan lebih lanjut. :)



--------------------------------------------------------------------------------------
APA ITU MEAL SHAKES?
--------------------------------------------------------------------------------------

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan (9) asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi sembilan belas (19) vitamin utama dan mineral tambahan serta sarat dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik untuk anak anda.


--------------------------------------------------------------------------------------
SIAPA PERLUKAN MEAL SHAKES?
--------------------------------------------------------------------------------------


  • Bayi bermula 1 tahun ke atas
  • Sumber utama vitamin untuk kanak-kanak
  • Perangsang kepada anak yang kurang selera makan
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga emas



--------------------------------------------------------------------------------------
APAKAH KELEBIHAN MEAL SHAKES SHAKLEE?
--------------------------------------------------------------------------------------


  • Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 



--------------------------------------------------------------------------------------
6 FAKTA PENTING MENGENAI MEAL SHAKES SHAKLEE
--------------------------------------------------------------------------------------


1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.


2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.


3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.


4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.


5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.


6. Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.



--------------------------------------------------------------------------------------
APA KATA MEREKA TENTANG MEAL SHAKES SHAKLEE
--------------------------------------------------------------------------------------






--------------------------------------------------------------------------------------
KONSULTANSI
--------------------------------------------------------------------------------------

Tawaran istimewa? Jadual pengambilan? Konsultansi? Semuanya bisa di atur :)

Hubungi saya -- Pengedar Shaklee Anda :)




Let It Go - - Let It Go!

Tipu kalau aku kata Cha tak minat Frozen. Masa Frozen mula-mula ditayangkan (masa filem tu tengah panas), cerita tu la dok ulang-ulang-ulang kat rumah kami. Cha dah boleh hafal scene, hafal dialog and of course de--song!!

Bila sampai lagu Let It Go, Cha memang dah ready dengan gaya Elsa.

Nak jadi cerita -- last week kami pi karaoke. Belek-belek lagu, ada lagu Let It Go! Aku pun pilihlah lagu tu. Cha pulak memang dah conquer satu mic. Semua lagu yang kami nyanyi, memang ada back-up singer (which is Cha of course).

Bila sampai lagu Frozen ni, dia dah tergamam. Muka dia masa tu -- sangat priceless! Tak boleh nak gambar happy dia tu. Bila aku start nyanyi, dia pun nyanyi dengan bahasa dia tu. Sampai kat chorus, aku baru nak nyanyi tiba-tiba dia kata -- Mami! Stop! It's mine!!

Curlasss ko nak!

Do I stop?? 

Nah!!
throwback - umur 2 tahun lebih

***

Anak tak lalu nak makan?
Anak memilih makan?
Sebagai ibu bapa, kita mesti nak yang terbaik buat anak-anak.
SHAKLEE boleh bantu.

Pernah dengar Mealshakes? Apakah kebaikan Mealshakes?



  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti
------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------



Harga -- RM113.75
Berita baik -- Harga Promosi -- RM98.00

Nak harga lebih baik?? Hubungi SID anda yang #takberapanakcuntapiperasancun ni haha!!





24 May 2014

Kerana Running Man ku ke Gangnam Station!

Itu sebab orang-orang tua selalu cakap -- 'jangan terlalu membenci, nanti jatuh sayang...' Ya! Itu yang terjadi pada aku haha. Dok kutuk adik aku, Putri kerana terlalu obses dengan Korea, akhirnya aku sendiri terjebak dengan dunia Korea. Tapi nasib baiklah tak terlalu extreme. Hanya ikut Running Man sepenuhnya dan masih memilih drama Korea mana yang aku nak tonton (yang ada hero pilihan saja hehe).

Kegilaan aku terhadap Korea, dah terlebih sehingga aku teringin nak mencuba makanan-makanan Korea. Mana tidak, bila tengok Running Man, dapat pula kalau game mereka berkaitan dengan makanan, aduh jadi gila aku. CRAVING!!

Jadi kisahnya tadi, kami nak keluar makan maka bermacam-macam idealah yang keluar. Makan itu, makan ini. Last-last Naz kata - 'nak cuba makanan Korea?' Yang aku terus google -- terus dapat satu kedai makanan Korea di Shah Alam iaitu Gangnam Station.

Aku dapat info tentang Gangnam Station dari blog Papa-NtiQ ni. Gambar-gambar dalam blog dia sangat buat aku dan Nazri lapar. Memang terus saja kami ke Shah Alam!

Kami ke Shah Alam berpandukan GPS. Dalam setengah jam juga perjalanan kami ke sana. Sampai saja di Laman Seri, masuk parking (untuk Sabtu dan Ahad -- sekali masuk RM1), kami terus park dan menapak cari kedai tersebut.

Mula-mula macam dah frust, sebab kami tak jumpa kedai tu di sepanjang deretan kedai kat situ. Tapi Naz kata jom pusing-pusing dulu. Last-last, kami jumpa kedai tu di deretan belakang. Nasib baik!!

Macam biasa -- tengok menu dulu. Disebabkan first time datang sini, jadi belek menu adalah sangat lama, walau pun dah study menu dalam blog Papa-NtiQ haha.

Last-last kami pilih menu C. Dalam menu C ada:

2 nasi
1 Nakji Bokkeum (Goreng Sotong Pedas)
1 Dolsot Bulgogi (Barbekue Setapak) *tak tahu kenapa translation-nya macam tu*
6 side dishes (boleh refill!!)
Harga - RM51

Lepas tu kami tambah Tteokbokki Rice Cake and Vegetables Simmered in Red Hot Pepper Paste atau bahasa pendeknya Kek Nasi.

Aku ni tak pandai nak bercerita -- cuma satu yang aku boleh cakap ialah -- makanan kat sini memang sedap. Nak buat perbandingan agak susah sebab aku tak pernah makan makanan Korea yang lain tapi kami memang gila puas makan tadi.

Tak rugi untuk cuba. Layanan pun mesra. Kedai bersih. Pasang lagu-lagu Korea. Dekat TV pasang Running Man. Meja penuh dengan gambar group K-Pop. Memang surrounding sangat rasa Korea. Enjoy sangat!!

Kalau nak tengok gambar-gambar lain Gangnam Station -- boleh jalan-jalan ke blog Papa-NtiQ :)

Untuk gambar-gambar kami, layan kat sini saja ya :)





tiba-tiba blur hehe


Happy 5th Anniversary in advance to us!!
Haha!!

Wahai suami.
Saya sayang awak. Susah senang saya nak bersama awak. Tak berduit sekali pun, kita harung bersama.
Kalau ada duit, kita makan makanan Korea lagi. Eh!!

Haha.

Next week nak sambut anniversary kat kampung pulak dengan family hehe. Mami, tunggu saya pulang ya :)


***

Dah makan banyak, gila tak risau. So malam ni kena telan Lechitin dengan Alfalfa. Apa? Makan Lechitin dan Alfalfa tapi aku masih begini? Eh, sekurang-kurangnya mak tak bertambah gemuk dan InShaAllah sihat. :) Apa itu Lechitin? Apa itu Alfalfa? Hubungi mak -- SID anda di area Semenyih, Kajang, Bangi dan Putrajaya :)







15 May 2014

it's been a while

cliche.
bila dah lama tak update blog -- kata-kata berikut mesti digunapakai:-
'dah bersawang blog gua',
'nak kena cari kekuatan untuk berblog semula'.

itu bukan cliche sebenarnya. tapi memang itu kenyataan. haha. macam blog inilah. kesian. padahal aku berblog dah lama. dari tahun 2008 lagi. kalu aku serius, aku rasa mesti aku dah jadi macam blogger-blogger otai yang glamer keluar masuk majalah dan tv tu. haha.

entahlah. aku pun tak tahu apalah nak jadi dengan diri aku ni haha. adalah salah mana-mana ni. kena muhasabah diri lebih sikit dan tengok salah diri sendiri. haha.

aku sebenarnya ada banyak perkara nak kongsi. walau pun aku yakin tak ada orang yang kisah sangat pasal hidup aku, tapi aku rasa nak bercerita juga. haha.

satu yang aku nak kongsi ialah tentang pengalaman aku pergi dinner secretaries week last month. aku dapat tengok live performance Kris Dayanti dan Awi Rafael. best gilak! yang paling best, aku dapat tandatangan KD dan AR di casing Ipad aku. haha.


ni tunggu beberapa tahun, boleh buat duit ni. haha. sekarang ni, Ipad memang tak tukar casing, sebab sayang dengan signature tu hehe.

then, bulan lepas juga, aku pergi kenduri kahwin seorang kerabat diraja ni. first time ooo, pergi kenduri yang Raja dan Permaisuri datang mencemar duli. seronok juga :) tapi apa yang aku nak kongsi ialah gambar anak dan ayah ni. sweet sangat.


hik hik.
cukuplah buat mukadimah untuk beberapa bulan tak update blog ni.

owh lagi satu aku nak cerita. aku ni Pengedar Shaklee yang SAH tau haha. In case la kot korang lupa. Kalau yang pregnant, nak cari supplement untuk kuatkan badan semasa mengandung, inshaAllah Shaklee ada set yang sesuai.

untuk ibu menyusu pulak, memang ada set yang sesuai untuk milk booster dan kuruskan badan.

untuk anak-anak, Shaklee ada set untuk anak-anak yang memilih makan. ataupun kalau anak sembelit, kita ada produk yang boleh membantu mengurangkan masalah tersebut.

eh banyaklah!

hik hik. jangan segan. boleh tanya mak! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...