Tabungan

28 January 2015

di saat kita gembira, ada yang bersedih

bila aku bersedih, aku selalu ingatkan pada diri sendiri, pasti ada orang lain yang lebih sedih dari apa yang aku rasa pada tika itu.
untuk pujuk sedih aku, aku selalu fikir ada orang lain punya masalah lebih berat daripada yang aku ada sekarang.

di saat fikiran aku di serang syaitan nirojim bahawa laki aku curang belakang aku, realitinya ada lelaki lain yang betul2 curang -- walhal laki aku sikit pun tak buat benda tu (hopefully).
di saat aku takut laki aku akan tinggalkan aku sebab aku tak cantik, gemuk dan semakin hari semakin ku ku kusam, dunia sebenar -- memang ada lelaki tak guna lelaki tak guna yang pendek akal tinggalkan isteri yang bersusah payah untuknya selama ni.

berbalik kepada hari-hari gembira kita, di saat kita galak mengusik orang sana-sini, kita takkan pernah tahu rahsia yang dia sebenarnya sedang bergelut dengan masalah rumahtangga dan sebagainya.

muka ada senyum, hati ada rabak.

mashaAllah.

aku sangat hormat (tabik spring) pada perempuan-perempuan yang sedang bergelut dengan masalah namun masih menampal senyum pada bibir.

mashaAllah.

sungguh aku hormat, kalian yang tabah menghadapi lelaki tak guna begini.

mashaAllah.

kuatnya kalian.

kalau aku?

haih entahlah.

aku tak kuat.

barangkali, itu sebab kita ini diduga lain-lain masalahnya.
yalah. 
Allah takkan menguji kita dengan masalah yang kita tak mampu nak hadapi.

tapi itulah, kalau kita happy, jaga-jagalah sehingga kita tak usik hati orang lain.
memanglah, kalau dia sedih kita kena bagi dia gembira semula. 
tapi mungkin kena sesuai pada keadaan.

apa la aku meraban ni.
kalian paham tak?

#sambildengarlagupeterpan

 


27 January 2015

sakit

akhir-akhir ni aku kurang sihat.
BP naik.
dan itu memang tak bagus untuk baby.

aku nak sangat-sangat rehat.
tapi..., banyak bebenor masalah kat pejabat ni.
masalah yang aku rasa adalah salah satu penyebab aku stress, demotivated, menyampah dan sebagainya.

tak lama lagi akan ada re-org.
skim pulak dah nak bertukar, aku di gred N kemungkinan akan 'dipaksa' bertukar ke skim E.
bila bertukar ke skim E, akan ada masalah lain pulak yang timbul.
unit aku pun dah nak kena katup.
aku pulak tak tahu nak campak ke mana.

masa depan aku tak clear.

haih.


02 January 2015

Rezeki Orang Mengandung

Aku pernah jumpa pasangan yang baru berkahwin tetapi tak mahu anak.
Alasan - muda lagi, nak honeymoon puas-puas dulu, baru nak concentrate jaga anak.
Ada juga yang kata - tak boleh ada anak lagi sebab kewangan tak stabil.
Dan excuse paling simple pernah aku dengar - tak ready nak jadi parent lagi.

Terus terang, selepas kami dianugerahkan dengan Qalesya Alia, aku juga pernah terfikir untuk tak nak mengandung lagi dalam waktu terdekat sebab kewangan kami sangat sangat sangat lah tak stabil.
Aku takut kalau aku mengandung lagi, kami tak cukup duit untuk anak yang akan dilahirkan nanti.
Nak fikir tentang taska, nak fikir tentang susu, nak fikir tentang diapers.
Banyak benda nak pikir, banyak benda nak pakai duit!

Tapi, aku selalu dengar orang bercakap tentang rezeki anak.
Anak ini sebenarnya pembuka rezeki.
Dengan setiap zuriat yang dianugerahkan olehNya, akan diturunkan juga satu jalan rezeki untuk kita.
Maknanya, setiap manusia yang ada kat muka bumi ni, punya cabang rezeki masing-masing.

Betul.
Aku kira ianya sangat sangat betul.
Bayangkan mak pak kita dulu, punya ramaiiiii anak, tetap cukup makan dan pakai sampai kita semua dapat dibesarkan dengan baik oleh mereka.
Jadi rasanya tak perlu berkira-kira bila mahu dapatkan anak.
InshaAllah dah tertulis rezeki untuk anak yang kita kandungkan ini.

Tapi, tetap ada satu situasi yang berlainan.
Situasi untuk pasangan yang benar-benar mahukan anak tapi belum punya rezeki untuk merasa kebahagiaan tersebut.
Stress jangan cakap.
Mana nak tahan mulut orang lagi - sibuk dok tanya bila nak dapat anak, bila nak dapat anak.
Bila berhadapan dengan situasi begini, berhati-hatilah.
Janganlah buat mereka ini berkecil hati.
Ingat senang nak dapat zuriat?
Ingat senang nak dapat anak?

Kalau dah tertulis mereka lambat atau mungkin tak punya rezeki untuk dapat anak, itu bukan salah mereka, itu sudah tertulis.
Siapa tak nak anak?
Cepat dengan lambat saja.

Macam aku, aku sebenarnya adalah jenis susah untuk mengandung.
Selepas 2 tahun dapat Qalesya, kami sendiri memang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Buat peneman Cha.
Tapi tak ada rezeki.
Tak dapat.

Sehinggalah sepanjang tahun 2014, aku memang ke hospital, minta nasihat pakar - untuk dapatkan anak.
Aku mengaku, aku  makan ubat.
Cuma aku tak sempat untuk teruskan treatment yang seterusnya sebab kekurangan dana (haha) dan juga sebab aku sibuk out-station time tu.
Tapi Alhamdulillah, still melekat, dapat juga aku pregnant walaupun treatment tak lengkap.

Hmm.
Tapi, ada juga orang sekeliling yang buat aku berkecil hati.
Pernah aku jumpa seorang perempuan, dia tegur aku, bertanyakan betul atau tidak aku mengandung.
Bila aku kata ya, dia pun jawab -- oo, menantu akak pun pregnant. Alhamdulillah, senang dia mengandung. Cucu akak yang first kecil lagi, dah nak dapat adik. Alhamdulillah memang senang dia mengandung, tak macam sesetengah orang tu, dok habis beribu-ribu cari pakar sebabnya susah nak mengandung. Nasib baiklah menantu akak tu senang nak mengandung. Tak payah nak berabis duit arah situ.

Hmm.
Sama ada dia tahu memang aku ikhtiar jumpa pakar semata-mata untuk mengandung dan memang niat nak perli; atau
Sama ada dia tak tahu dan memang lurus orangnya untuk terus bercakap pada aku tentang perkara yang memang aku buat tu.

Husnuzon.
Bersangka baik jela Ta.






10 minggu 3 hari

Semalam, rasa tak sedap badan - sangat sangat.
Sakit kepala dari malam hari, membawa ke siang, tidur sepanjang tengah hari, bangun untuk makan, tetap sakit kepala.
Aku sendiri rasa tak sedap hati jadi ajak suami ke klinik untuk cek tekanan darah.
Seperti yang dijangka, tekanan naik - 159/99.
Disebabkan aku mengandung, doktor agak risau dengan tekanan tu.
Kalau tak sebenarnya memang dia nak refer aku ke hospital.
Tapi aku tak nak, sebab esok (Jumaat) aku tak boleh cuti dan kena kerja.
Jadi katanya tak apa, esok lepas habis waktu pejabat dia minta aku datang semula ke klinik untuk cek tekanan darah.
Kalau tinggi juga memang dia nasihatkan untuk aku ke hospital terus.

Masalahnya, bulan ni aku akan tanggung kerja rakan pejabat aku.
Kalau ikut peraturan, bila kita tanggung kerja, kita kena bertugas selama 28 hari tanpa cuti rehat.
Cuti kecemasan dan cuti sakit boleh tapi tak melebihi 5 hari.
[Rujukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 : Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam]

Kalau boleh awal-awal ni, taknak la ada cuti.
Kot kendian ada kecemasan kan.

Tapi tak apalah, balik nanti aku akan singgah klinik.
Nak tahu juga tekanan darah untuk hari ni.

Risau juga.
Masa mengandung, tekanan darah tinggi naik adalah tak baik untuk kandungan.
Ada banyak penyakit yang berkaitan dengan tekanan darah naik ni, contohnya pre ekslampsia.

Minta tidaklah kan.

InshaAllah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...