Tabungan

21 March 2017

::OKU (MASALAH PEMBELAJARAN)::

Baru-baru ni, ada satu kemalangan berpunca dari satu kereta yang dipandu berlawanan arus. Kereta tersebut merempuh satu kereta lain yang turut menyebabkan beberapa kereta lain terlibat sama.
Lebih mengejutkan, pemandu kereta tersebut dikatakan mempunyai kad OKU - Masalah Pembelajaran.

.
.
.
.
.

Lepas tu, kalau ditengok dalam media-media sosial terutama sekali Facebook, banyaklah netizen-netizen buat lawak, kononnya -

'OWH! Kalau nak langgar orang, jadilah OKU, mesti lepas', 
'OWH! Ada kad OKU boleh ambik lesen eakkk?', 
'OWH! Kalau rasa taknak kena kutuk budak bodoh, mohon ja kad OKU!'.

.
.
.
.

😢
.
.
.
.

Sebagai seorang ibu yang punya anak OKU, masalah pembelajaran lak tu, all those statements - hurts.

Tak ada orang yang hendak jadi OKU.

'Bukan ku pinta, lahir ke dunia, bukan ku pinta, cacat begini'....

Tak ada ibu yang hendak anak mereka OKU, hatta masalah pembelajaran sekalipun.

Tahu tak ada ibu bapa yang masih lagi hidup dalam denial, semata-mata kerana taknak terima hakikat anak-anak mereka ni OKU. Pernah cuba tak fikir, perasaan mak ayah yang pergi turun naik jumpa doktor, isi borang JKM hanya untuk apply kad OKU ni?

.
.
.
.
.

Masa mula-mula aku terima kad OKU Cha, jujur aku cakap, Aku menangis. Aku tak sangka, ini nasib aku. Bila mana saat aku bernikah dengan Nazri, berdoa dikurniakan anak, ditimpa bermacam-macam dugaan masa nak dapatkan Cha, dan akhirnya Cha lahir ke dunia, aku berdoa agar Cha dilahirkan sihat dan normal macam anak-anak lain.

Ya. Alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa aku yang hina ni, masih lagi Dia bagi muka dan makbulkan doa aku. Cha lahir normal sihat cantik sempurna macam anak-anak lain. 

Tapi, perkembangan dia, akhirnya, agak lain dan slow berbanding kanak-kanak sebaya dia. Dari situ kami bawak dia jumpa doktor dan akhirnya dinasihatkan untuk masuk sekolah khas dan diberikan kad OKU.

Dan ye, tertera di kad OKU dia, Masalah Pembelajaran.

.
.
.
.

Hina sangat ke jadi OKU? Sampai dibuat lawak sebegini rupa? Setiap hari aku baca komen-komen netizen tentang orang-orang OKU yang punya masalah pembelajaran, buat aku sangat sedih. Saat aku baca, dan aku renung muka Cha yang sedang tergelak-gelak menari tonton tv, aku jadi sayu sangat. Dia sendiri tak tahu dia anak OKU. Dia sendiri tak tahu dia ada kad OKU dan dikelaskan sebagai anak yang punya masalah pembelajaran. Dan dia tak tahu pun yang netizen kat luar sana buat lawak tentang perkara ini.

.
.
.
.

OKU - Orang Istimewa

Tahu tak bahawa, salah seorang atlet paralimpik kita yang menang pingat emas masa Sukan Paralimpik edisi ke 15 di Rio baru ni Muhammad Ziyad Zolkefli adalah seorang OKU dan dikelaskan sebagai Masalah Pembelajaran saja.

Even, seorang lagi atlet wanita kita Siti Noor Radiah Ismail dapat pingat gangsa dalam acara lompat jauh sekaligus cipta rekod baru Sukan Para Asia menerusi lompatan sejauh 5.20m. Same goes to Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin juga OKU Masalah Pembelajaran, walaupun tak dapat apa-apa pingat tapi beliau cipta rekod baru Sukan Para Asia dengan catatan 58.55s.




Nampak Normal

Anak-anak OKU yang dikelaskan dalam kategori masalah pembelajaran, selalunya fizikal adalah normal. Kelakuan juga agak normal. Macam contoh, anak aku Cha, Alhamdulillah tubuh badan sempurna normal, cuma masalah Cha ialah dia speech delay dan kurang fokus. Dan Alhamdulillah juga Cha bukan seorang yang hiperaktif, tak pernah tantrum dan masih boleh dikawal. Pendek kata, dia nampak normal - sangat normal. Masalah dia - itu je la, speech delay dan tak fokus. And yes aku mengaku, memang dia dalam pembelajaran sangat-sangat slow. 

Semasa mak-mak dan pak-pak lain bercerita kehebatan anak mereka yang berumur 4 tahun dah boleh baca A sampai Z, aku dok menung tengok Cha yang tak boleh nak kenal A sekali pun.

Semasa mak-mak dan pak-pak lain upload gambar anak-anak menang bercerita dalam pertandingan bercerita, aku hanya mampu peluk Cha sambil bercerita kat dia pengalaman mak pak orang lain.

.
.
.
.
.

Aku, secara jujur, terima seadanya keadaan ini. Sebab pada aku, anak aku normal, punya tubuh badan yang sihat, boleh berlari ke sana ke mari, still ada feedback bila orang panggil, normal syukur Alhamdulillah. 

Sebab masa Cha mula bersekolah awal tahun dulu, saat aku tengok kawan-kawan baru Cha dalam kelas dia, ya, keadaan Cha sebenarnya jauh lebih baik dan aku wajib bersyukur atas kesempurnaan yang Tuhan beri. 

Tapi itulah, aku ni manusia biasa, hati pun tisu. Bila orang dok kutuk-kutuk orang-orang OKU ni, aku jadi sedih, terasa ya amat sebab kita ni ada anak OKU. Perasaan tu bercampur baur. Rasa macam ah persetan la korang nak kata apa, tapi sat-sat rasa sedih lak sebab anak kita dalam kategori itu.




Kes Kemalangan

Gadis cina yang bertanggungjawab pandu kereta berlawanan arus tu dikatakan punya kad OKU Masalah Pembelajaran walaupun fizikalnya dia nampak normal. Memang aku sendiri tak pasti bagaimana seseorang yang punya kad OKU, boleh lepas ujian memandu. Yelah, Cha kecik lagi, of course la aku takde pengalaman nak ambilkan lesen memandu untuk dia kan. Tapi, kalau ikut logik lah, sedangkan yang cacat fizikal pun masih dibolehkan ambil lesen memandu, inikan pulak yang sempurna fizikalnya. Aku tak tahu, mungkin masa nak ambil lesen tu kena ada surat doktor ke kan. Kita mana tau prosedur.

Yang pasti aku pernah terbaca, ada seorang guru pada gadis cina ni, memang dia cerita yang gadis ni selalu menyendiri dalam kelas dan tak peduli dengan orang lain. Dan laporan polis juga ada tulis bahawa dalam air kencing dia memang ada penggunaan dadah terlarang yang menurut laporan tu jugak adalah ubat-ubat penenang yang dia makan. Jadi aku rasa, dia ni jenis OKU yang bergantung pada ubat. Sepanjang aku bawa Cha ke Doktor Terapi dia, memang aku selalu ditanya oleh nurse-nurse kat kaunter sama ada Cha ada consume ubat ataupun tidak. Bila aku cakap tidak, semua akan cakap, owh ooke lagi dia ni. 

.
.
.
.
.

Lastly, pada aku (omak yang ada anak autism), janganlah pandang rendah pada OKU yang ada Masalah Pembelajaran. Bersyukurlah kalian sihat dan punya anak-anak yang normal. Cuba fikir perasaan kami yang ada anak-anak syurga atau sanak sedara yang ada anak-anak autism ni. 

Masalah Pembelajaran - ye pendek kata 'bodoh'.

Memang anak aku kurang bijak (puas hati?) tapi dia sangat special dari segala segi. 

Hati dia tulus. Dia tak berpura-pura. Kalau dia happy, dia benar-benar tunjuk dia happy. Dia tak pandai pusing-pusing. Apa dia cakap, dia betul-betul maksudkan.

.
.
.
.
.

Bersyukurlah kalian normal.

Bersyukurlah yang kalian punya anak yang normal.














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...