Tabungan

17 July 2011

Oke. Mak keseorangan.

Salam.
La ni, mak berada di Kota Kinabalu Sabah. Jangan kata tak tau kat mana. Sila lempang laju-laju kalau tak tahu.

Nak sampai sini kena naik kapal terbang. Huhu. Kena pisah dengan anak dan suami buat kedua kali. Harap-harap pas ni takde out-station lagi ya boss ngee.

Erk, tapi kalau Paris atau Stockholm saya tak kisah... wahh!!

Sekarang ni tengah dok lepak sengsorang dalam bilik. Pasang star movie ada filem toy story. Layan. Jangan kasik senyap sangat bilik ni kan tehehe.

Mak check-in kat Imperial Boutec Hotel. Hotel ni dalam shopping mall yuuu. Tingkat 7. Seluruh floor ni bilik hotel sesaja. Nasib mak dapat tepi tingkap. Dapat gak sea view. Tapi malam tarik langsir la kan. Tak keroje mak nak biar tingkap terlangah giteww.

Dari ground floor sampai 2nd floor adalah shopping complex. 3rd floor ke 6th floor adalah car park. 7th floor macam mak cakap tadi, hotel imperial ni. Atas lagi mak tak khatam hee. Yang mak tau nak breakfast besok sila tekan lift pergi tingkat 11 heee.

Tadi mak wat kelakar, naik plane pakai selipar. Wah tak pernah dibuat. Boleh celepek celepek bunyinya tadi. Mesti korang ingat mak ni orang gaji kan. Ada mak kesahhhh hee.. yang bestnya, ada sorang makhluk Allah ni, boleh tengok selipar aku dan pandang atas bawah. Eh rasa macam nak bagi free aje selipar ni kat dia hee. Sapa suruh ko pakai selipar kan? Dah orang pandang, pandai lak ko kecoh haaaa...semput!

Oke. Tgh fikir ada keperluan tak nak beli sandal baru. Sebab besok pagi dah pergi opis, mmg akan pakai heels. Nak balik nnt, pakai heels ajer leh? Hahaha.

Layan!

posted from Bloggeroid

14 July 2011

Tak sempat nak 'update' blog

Minggu ini minggu 'hectic'.
Isnin hingga Selasa ada Kursus Pengurusan Taska di PJ.
Rabu hingga Jumaat kena pergi Perak dan Perlis.
Sabtu balik KL.
Ahad kena pergi Sabah.
Isnin buat kerja dan petang balik KL balik.

Selasa ambil cuti rehat.
Rehat sekejap dengan Q dan bawa mami semua pergi ambil angin sebentar sebab dah hampir seminggu tolong jaga Q kan.
Balas budi. Heee. Terima kasih mami,adik and putee. Kakak love you 'olls' hee...

Semalam 13 Julai, hari kelahiran putee yang ke 13. Jadi, habis saja kerja di Pejabat TM Perak semalam, terus pergi Tesco beli Pizza Hut dan kek. Yang si Putee pulakx tangannya terseliuh, dan semasa pemeriksaan semalam doktor kata mungkin ada keretakan. Dah diberi surat kecemasan. Jadinya pagi tadi, abang peroz dan mami dah bawa putee ke hospital. Masa adik 'call' tadi, katanya kena jumpa doktor lagi sekali. Hmmm. Tengok sajalah apa kesudahannya.

Sekarang ini Q sedang tidur.
Eh apa lagi. Tidur gak la kan.
Haha.

Petang dah nak bertolak ke Perlis.
Huhu.
Tinggalkan Q dengan mami.
Huuuu.
Mami gonna miss u sayang.

posted from Bloggeroid

08 July 2011

Jalan-Jalan Yang Ditutup Pada 9 Julai 2011

SUMBER DARIPADA BLOG JARD. TERIMA KASIH PADA JARD KERANA KONGSI MAKLUMAT INI :)

Assalamualaikum.
Tadi pergi jalan-jalan. Singgah blog Jard. Dia ada kongsi maklumat berikut. Dah mintak izin pada dia untuk share balik.

Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara Sabtu ini menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan pemuda UMNO bermula jam 12:01 pagi sehingga 10:00 malam.


Antaranya ialah:


Lebuh Ampang
KLCC
Bank Negara
Dataran Merdeka
Sogo
Chow kit
Menara Sultan Ismail
Masjid Negara
Jalan Raja Chulan
Jalan Ipoh
Sentul
Jalan TAR
Jalan P. Ramlee
Jalan Bandar
Subang jaya (berhampiran Segi)
Sunway Piramid dan Subang Parade
Lebuhraya persekutuan
LDP
Lebuh raya KL- Seremban di Seri Kembangan


 
dan mengikut sumber, berikut adalah PANDUAN untuk aliran trafik di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.




Trafik dari Lebuhraya Perseketuan ke KL akan dilencongkan ke Jalan Kelang Lama, Sungai Besi dan Lebuhraya Seremban


Trafik dari Jalan Kelang Lama ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Lebuhraya Seremban atau Petaling Jaya


Trafik dari Jalan Bangsar/Travers ke pusat bandar akan dilencongkan ke Jalan Mahameru


Trafik dari Jalan Mahameru ke pusat bandar akan dilencongkan ke Jalan Bangsar.


Jalan dari Sungai Besi ke Istana Negara akan ditutup.


 
Oke. Kita berjaga-jagalah bersama-sama yer.
 
 
Terima Kasih sekali lagi blogger JARD :)

KITA SAMBUNG LAGI YA.

Assalamualaikum di petang Jumaat.

Eh! Sekarang tengah rehatkan? Pejabat pun dah gelap. Langkah-langkah penjimatanlah katakan. Hehe.

Eh! Mak dah dapat komputer baru. 'Interface' pun 'best'. 'Keyboard' pun 'best'. Buat mak rasa nak menaip selalu saja. Bawa balik rumah komputer ini boleh tak 'admin'? Ngeheee.

Okeylah! Mak nak sambung persidangan 'Return To Work' lagi, boleh?
Hahaha. 'Bedal' saja la kan? Hee.

Masa hari kedua iaitu hari terakhir, PERKESO ada menjemput dua (2) orang OKU yang telah menyertai program 'Return To Work' ini.

Orang yang pertama ialah seorang lelaki berbangsa Melayu yang telah mengalami kerosakan pada kedua-dua buah pinggangnya. Oleh kerana itu, beliau terpaksa menjalankan proses dialisis sebanyak 3 kali seminggu yang mana ia sangat-sangat menganggu waktu kerja beliau. Tambahan pula, majikannya tidak lagi mengambil dia untuk bekerja.
Namun, melalui program RTW, beliau telah diajar menjahit baju. Dan sekarang, beliau mempunyai butik sendiri dan selalu menerima tempahan untuk baju-baju korporat, baju-baju melayu tak lupa baju-baju kurung. Untuk tempahan baju korporat, jangan tak tahu, askar pun ada membuat tempahan dengan beliau. Semasa beliau membuat ucapan, meremang-remang bulu roma aku, mendengar keluh-kesah beliau. Namun bila saja tengok persembahan 'slide' untuk butik beliau, aku sangat kagum, kerana walaupun tergolong dalam 'disabilities person', rasanya beliau lebih maju daripada aku.

Orang yang kedua membuat ucapan ialah seorang lelaki Hindu yang telah mengalami kemalangan jalanraya semasa sedang bekerja dan kemalangan itu telah menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal di kaki kirinya. Keadaan kaki beliau akan semakin sakit bila beliau banyak berjalan. Beliau juga perlu melakukan 'dressing' (berapa kali seminggu aku tak pasti) untuk memastikan kaki beliau sentiasa bersih. Kecacatan beliau menyebabkan beliau diberhentikan kerja. Namun disebabkan simpati, beliau telah diterima untuk bekerja di sebuah kedai makan. Namun, faham-faham sajalah kalau bekerja sebagai penyedia servis, memerlukan keupayaan untuk sentiasa bergerak pantas.
Di bawah program RTW, pihak PERKESO telah mengesyorkan agar beliau bekerja di Vads Berhad (penerima Platinum Award untuk program RTW) sebagai Telefonis. Dan sehingga kini beliau masih bekerja disana dan diterima baik oleh semua.

Aku secara jujurnya, rasa terpukul kerana pada aku, mereka yang tergolong dalam golongan ini sebenarnya adalah lebih tabah daripada kita yang agak sempurna sifat ini.
Mereka lebih gigih kerana masih boleh berjaya walaupun mempunyai kekurangan diri.
Walaupun mereka tidak meminta apa-apa pertolongan, namun kita yang sempurna tubuh badan ini sebenarnya punya tanggungjawab untuk terus menyokong mereka.

'Every human need social justice'.
Masih terngiang-ngiang pernyataan itu.
Iya. Sesiapa saja ada hak. Sesiapa saja punya ruang dalam dunia. Tak kisahlah kamu buta, pekak, tempang, berkerusi roda, kita semua sama sahaja di atas bumi ini.

Betulkan?

p.s.
Perkara-perkara 'best' sepanjang persidangan.
1. Nyanyian Koir PERKESO. Uuu. Mantap! Lagu kedua mereka nyanyi lagu 1Malaysia. Siap ada dua (2) orang penyanyi solo. Dah macam cerita GLEE dah aku tengok. Tapi serius, best. Cuma tak boleh lawan Koir KPL/TM kot ngahaha.
2. Semasa perasmian, seharusnya Menteri Sumber Manusia kena ketuk ais yang disediakan sehingga kad tertulis persidangan tersebut tertanggal. Namun selepas diketuk beberapa kali, masih tak cabut. Nasib baik 'organizer' ada sediakan pelan B. Dah ada siap kad nama yang diperlukan hee.
3. Semasa sesi Q&A, ada seorang wakil dari NGO minta pendapat tentang isu 'rehab'. Yang mana kos untuk perkhidmatan ini adalah tinggi dan beliau meminta pendapat PERKESO tentang apa yang boleh PERKESO lakukan bagi membantu NGO. Pengerusi membuat lawak dengan mengatakan ada wakil dari NGO yang meminta bantuan daripada PERKESO. Namun wakil tersebut kembali ke pembesar suara dan menegaskan bahawa beliau tidak meminta bantuan namun beliau hanya memohon pandangan. Ini membuatkan semua orang yang hadir di persidangan tersebut terkejut dengan kelantangan beliau bersuara. :)
4. Ada dua dewan yang diguna pakai untuk persidangan ini. Bermakna dalam satu-satu masa akan ada dua sesi berlainan yang berlangsung. Ini membuatkan dewan nampak kosong dan kadang-kadang ada peserta yang bangun secara beramai-ramai untuk bergerak ke dewan satu lagi dan ia agak menggangu perjalanan majlis.
5. Aku tak berapa faham apa yang penceramah katakan membuatkan aku mengantuk dan ber-tweet sepanjang hari.
BOLEH? Haha.

.ita kata.
Wah! Sangat 'best' komputer baru ini. Ngahahaha.

Dah lama tak letak gambar Q. Ayu, ini untuk kamu :)

07 July 2011

National Return To Work Conference 2011

Assalamualaikum.

Lamaya tak meng-'hupdate' blog ini. Blog saya ini.

Ihiks.

Yang pertama - mak busy.
Yang kedua - mak busy.
Yang ketiga - mak malas.

Ah! Alasan 'standard' bila tak 'update' blog kan.

Sebenarnya, ada banyak isu, ada banyak topik yang boleh dibincang minggu ini. Dalam masa seminggu tak menjenguk ke sini, sebenarnya ada banyak perkara yang berlaku disekeliling aku. Baik betul-betul dalam ruang lingkup dunia aku, atau juga dalam ruangan dunia.

Siapa tak tahu tentang BERSIH kan?
Siapa tak tahu tentang budak 16 tahun yang kena kerat dan bakar kan?
Siapa tak tahu tentang Tomok dengan Noh dan kahwin kan?
Siapa tak tahu tentang 'Transformer 3' yang dah masuk panggung minggu lepas kan?

Owh banyak perkara dah terjadi.

Tapi aku nak cerita satu perkara yang sebenarnya seringkali orang tak ambil pusing.

Tentang Orang Kurang Upaya. OKU. 'Disabilities People'.

Aku ada hadiri satu persidangan Isnin dan Selasa lepas. Persidangan ini adalah persidangan kebangsaan yang dah diadakan 4 kali dan dianjurkan oleh pihak PERKESO.

Rupa-rupanya, program 'Return To Work' atau Kembali Bekerja ini dah dimulakan pada tahun 2007 lagi. Program ini bertujuan membantu orang-orang kurang upaya ini untuk kembali bekerja.

Yelah. Kadang-kadang, golongan ini bukannya kurang upaya sejak lahir. Tapi mereka tergolong dalam golongan ini kerana terlibat dalam kemalangan semasa bekerja.

Ok. Aku bagi contoh.

Cuba bayangkan, kamu sedang bekerja. Semasa bekerja, kamu dikerah untuk pergi ke tempat pelanggan. Kamu pun dengan seikhlas hati, menunggang motorsikal ke tempat pelanggan tersebut. Tiba-tiba, dalam perjalanan, kamu terlibat dengan kemalangan jalanraya. Disebabkan kemalangan tersebut, kamu kehilangan kaki atau cacat kekal.

Hanya kerana kemalangan tersebut, kamu telah tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya. Kalau dapat pula majikan yang tidak bertimbang rasa, pasti dengan kecacatan kamu ini, kamu tidak lagi diterima bekerja disitu.

Kamu diberhentikan kerja. Kamu kehilangan sumber kewangan. Kamu masih lagi terikat dengan bebanan hutang. Jika sudah berkeluarga, kau masih perlu mencari wang untuk menyara kehidupan kamu sekeluarga.

Pernah terfikir?
Tak pernah, bukan?

Semasa saya mula dipanggil untuk menghadiri kursus ini, saya terfikir, 'kenapalah aku kena pergi persidangan ini. Bukan aku ada buat potongan SOCSO pun'.

Tapi bila dah pergi. Terbuka mata. Sedih pun ada. Sebab aku tak pernah prihatin dengan perkara-perkara mudah begini.

Persidangan seperti biasa dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pihak Penganjur dan Tetamu Kehormat iaitu Menteri Sumber Manusia.

Selepas majlis perasmian, (sesi mengetuk ais, yang mana Menteri Sumber Manusia tak dapat nak ketuk habis ais itu, nasib baik ada Pelan B) majlis diteruskan dengan sesi penyampaian anugerah.

Penyampaian Anugerah ini adalah untuk majikan yang prihatin, majikan yang mengambil golongan OKU di organisasi mereka.

Penerima pertama adalah Kumpulan Pizza Hut kerana telah mengambil 2 orang daripada golongan ini untuk bekerja sebagai KREW di Call Centre mereka.

Penerima kedua adalah Kumpulan Shangri-La Hotels and Resorts kerana telah mengambil 4 orang OKU dan sehingga kini mereka masih setia berkhidmat. Shangri-La juga telah berbesar hati mengubahsuai keadaan tempat kerja sebagai tempat mesra OKU. Bagus kan? :)

Dan penerima Platinum Award dianugerahkan kepada Kumpulan Vads Berhad yang telah mengambil 6 orang OKU untuk bekerja dengan mereka. Sangat prihatin. Bagusnya!

Memandangkan persidangan ini adalah persidangan antarabangsa, penceramah-penceramahnya semua ;international' belaka. 'Speaking' habis. Mak dah ternganga-nganga di belakang cuba nak ikut bahasa english yang ber-slang kenegerian mereka hahaha.

Ada penceramah dari Jepun (muka garang tapi suara sangat lembut halahai).
Ada penceramah dari Kanada (muka macam penyanyi Lobo hokey, dan dia juga berkerusi roda).
Ada penceramah dari Jerman ('presentation' dia sangat 'best').
Ada penceramah dari Australia (yang ini memang aku tak faham langsung slang dia heee).

Owh ramai lagi.
Kalau nak cerita seorang demi seorang memang aku tak balik la macam ini kan.

Oh yeah.
Aku tahu tajuk ini boring.
Tapi aku nak sambung lagi dalam 'next' entri.
Kerana aku rasa memang aku kena berkongsi pengalaman ini.

Babai.

Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...