Tabungan

21 September 2011

Jangan dibuang adat melayu lama kita.

Wah. Mak buat rekod baru, update selang beberapa jam selepas update pertama pada hari ini wakakakaka.

Pagi tadi, masa dalam perjalanan ke pejabat, macam biasalah setia dengan Radio HotFM. Tajuk Hot Chat dia orang hari ini adalah tentang merisik, relevan atau tidak zaman sekarang ini.

Pemanggil pertama sudah bikin panas konti kerana kata tak perlu dah merisik- merisik ni sebab membazir masa dan duit. Adalah lagi dia cakap, banyak yang aku tak ingat, tapi mak agak kurang setuju bab kata dah tak perlu sebab ianya membazir masa dan kos.

Sebelum terima reaksi dari pemanggil-pemanggil lain, aku sendiri dah merungut dalam kereta.

Rasanya, kalau tak setuju sekali pun dengan adat merisik tu, tak payahlah kata ianya membazir masa dan kos. Bila dia berkata begitu, tindakan dia seolah-olah telah menidakkan adat-adat melayu lama kita. Semua orang tahu bahawa merisik itu adalah peringkat pertama dalam sesebuah hubungan yang sah iaitu ikatan perkahwinan. Walaupun tidak ada dalil yang mengatakan ianya wajib, namun ianya adalah adat melayu KITA. Pernyataan dia tadi seolah-olah telah menolak adat-adat mak pak kita dahulu ke tempat yang sangat tidak dihargai.

Pada aku, manis rasanya kalau dimulakan dengan adat merisik. Ok fine. Memang betul budak-budak tu dah berkawan lama. Diorang semua dah kenal hati budi. Tapi mak pak depa kenal ke antara satu sama lain? Masa ni la mak pak kita nak duduk bersila bersimpuh bersama, minum-minum kopi sesama nak kenal antara satu sama lain kan.

Masa merisik tu pun penting sebab masa tu lah nak sembang nak tetapkan bila nak nikah, bila nak sanding, bila nak asah gigi, bila nak mandi sampan segala kan.

Tak semestinya masa merisik tu membuatkan masa berharga tu terbuang begitu saja. Banyak menda boleh dibincang. Kos? Ate janganlah wat kenduri macam nak kahwin, itu memanglah membazir duit. Cukuplah untuk makan-makan tengahari sesama kan. Cincin? Cincin belah rotan cukup.........janganlah mintak cincin intan berlian. Itu memanglah membazir.

Lepas mak membebel kat Nazri tadi, dia orang buka pula pada pemanggil-pemanggil lain. Rata-rata memang tak setuju dengan pendapat pemanggil pertama.

Siap ada seorang pemanggil keluar statement, Takkan MELAYU hilang di dunia. Kalau kita sendiri yang menolak adat-adat dan tradisi-tradisi tersebut, memang nanti dah takde adatlah kita. Nanti jadi macam orang barat, semua benda is ok. Straight to the point. Takde dah malu-malu orang MELAYU.

Eh tiba-tiba mak emo. Tapi betul la.. Janganlah kita orang melayu yang menghilangkan adat-adat kita ni. Sayangla. Dah takde tradisi. Dah takde kenangan nak diingati.

Mak suka statement tu, 
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.


Siapa kata Semenyih jauh?

Ahaks ahaks.
Masa memula nak pindah ke Semenyih, ada juga la yang bagi reaksi mengatakan bahawa :-
"eh tak jauh ke Semenyih?"
"eh bukan jem ke situ?"
"eh kenapa sampai ke hulu?"

Mak terima aje dengan tangan terbuka. Kenapa mak pindah ke situ? Sebab :-
Kat situ aje mak mampu nak menyewa.
Kat situ aje ada rumah teres yang murah nak mampu untuk dibayar oleh kami tanpa miss bulan-bulan.

Hari Isnin lepas hari pertama kami ke Putrajaya dari Semenyih.
Alhamdulillah, tak lah jem sangat macam kat MRR2 tu.
Jem memang jem, jem sebab kereta banyak dan sebab dari dua lorong nak jadi satu lorong.
Jadinya, kami yang memang dah biasa menempuh jem KL rasanya taklah teruk sangat jem tu, masih boleh bernafas, masih boleh bergurau senda, sedar-sedar dah sampai aje opis.

Hari Isnin, kami ikut jalan biasa. Start amik tol dari Kajang Silk. Jem sekejap kat Sungai Ramal, tapi masuk Putrajaya fuhhhhhhh best! Takde kereta.. Kami sampai sebelum pukul 830 pagi.
Oke la kan, misi berjaya.

Hari kedua, ambil jalan yang sama, cuma kami ikut highway LEKAS tambah RM1.10. Jem pula agak luar biasa dari hari pertama, jadi kami sampai ngam-ngam pukul 8.30 pagi.

Hari ini paling best, kami tolak dari rumah pukul 7.08 pagi. Kami try ikut jalan Bangi Lama. Terbaik wokkk! Kami sampai pukul 8.00 pagi. Itu pun.......itu pun........ sebab kami sesat hahaha. Kalau tak sesat, mesti 7.45 pagi dah sampai kan kan kan.

Pendek kata, siapa kata Semenyih jauh?
Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Nak seribu daya, taknak memang macam-macam la dalil. Ngeeee.

p.s.
Alhamdulillah.

18 September 2011

Dah lama tak menulis

Sebab:
1. Sibuk pindah rumah.
2. Sibuk pindah rumah.
3. Sibuk pindah rumah.

Alasan-alasan seterusnya kome rasa ape?
Cer teka cer teka.
Ngeeee.

posted from Bloggeroid

08 September 2011

iya. buat masa ini mak ada banyak masa. tapi idea satu apa pun takde.

Bersiaran lagi dari pejabat baru di Putrajaya. Iye. Mak ada banyak masa sebab kotak-kotak dari pejabat lama semua tak sampai lagi. Makanya meja mak kosong gilak!

Dan kiranya mak ada banyak masa nak menulis, merepek, meraban kat sini. TAPI, malangnya, mak tak punya idea hebat nak meraban kat sini.

Nak menulis pasal raya, mak tak bawak gambar-gambar untuk di'hupload' bersama. Tak best kan!

Nak menulis pasal pejabat baru?

Hokey meh mak story morry.

Pejabat mak di dekat Putrajaya Presint 5.
Jika bertandang ke Putrajaya, marilah kita berjumpa/berdating/bergelak-ketawa bersama-sama yuk!

Pejabat mak tingkat 9.
Bilik mak tepi tingkap, dapat tengok kuarters kerajaan.
View tak lawa sebab bilik yang ada view lawa semua boss dah ambil.
Kita pekerja bawahan kena bersyukur seadanya dengan apa yang diberi hokey!

Sekarang ni pejabat masih kosong. Ada dua team. Satu team tunggu di PWTC, satu team stand-by kat Putrajaya yakni team mak la. Kosong sekosongnya. Seram pun ada we woo we woo..

Jiran mak sebelah ni pun masih bercuti raya. Makanya dalam bilik ni mak tinggal sorang meraban depan komputer nih. Segala jenis website, segala jenis lagu mak dah download, cakap aje lagi apa yang mak tak buat lagi!

Rumah pulak.
Mak akan berpindah ke Semenyih.
Malangnya mak tak jumpa pengasuh untuk Q.
Jadinya, kami kena tangguh perpindahan kami ke rumah baru.
Namun berkat pertolongan abang kami, kami dapat gak satu taska untuk jaga Q.

Alhamdulillah, minggu depan boleh dah pindah, InsyaAllah.

Tak sabar nak pindah rumah baru, kami dah buat table top, kami dah pasang 2 kipas, kami dah pasang pemanas air, dah survey sofa, dah survey kitchen cabinet, semua nak install sabtu depan.

Ya Allah mohon permudahkan urusan kami. Amin.


06 September 2011

Pra Raya - Ampang Puteri Specialist Hospital

Hari Isnin - 22 Ogos 2011
Qalesya dah start batuk. Rasa tak sedap hati, terus bawak dia pi Ampang Puteri. Doktor kata memang batuk berkahak tapi tak teruk. Mak lega..........sikit.

muka budak sakit baru bangun tidur


budak sakit tengah tunggu turn amik ubat sambil gigit bites

Hari Rabu - 24 Ogos 2011
Qalesya dah start demam. Masa ambil Q dari Taska, badan dia panas, mata dia berair, bibir dia merah sangat. Sangat-sangat kesian tengok keadaan dia. Tapi walau pun tengah demam gitu, dia memang tak meragam, masih lagi gelak2 bagai, cuma dia dah start asyik nak memerap ajer *baca menetek*

Sampai rumah terus bagi ubat demam, so suhu dia turun sikit, pastu boleh lak aktif gilak! Merangkak sana sini. Macam tak demam pun.

Masa dia tidur malam tu, dapat rasa badan dia panas balik. Tampal kool fever, pastu pasang kipas sekuat habis, dapat turunkan suhu dia semula.

Cuma bangun pagi tu, badan dia panas semula. Aku dah mula susah hati sebab doktor dah pesan, kalau dia demam, cepat2 bawak ke hospital sebab mungkin kahak dah masuk paru-paru.

Aku pun terus EL, dan bawak Q ke Ampang Puteri semula. Betul la, kahak dah masuk paru-paru. Kena admit ward petang tu jugak.

Bermula nightmare kami.

Hari Khamis - 25 Ogos 2011
Qalesya kena admit ward. Petang tu jugak Q kena sedut gas. Pertama kali sedut gas, dia meraung sekuat-kuatnya. Q budak yang memang susah nak nangis. Jadi bila tengok dia nangis gitu, aku yang tak tahan, ikut sekali nangis dengan dia. *nangis sekali*

hari pertama di hospital - boleh ayah dia tersenyum riang?

Malam tu, dia kena sedut hingus dengan nak cucuk kat tangan sebab nak masukkan ubat. Tapi oleh kerana tangan dia terlalu tembam, so nurse tak nampak urat. Depa dok cucuk cucuk cucuk, mana tak meraung si kecik mami. *nangis lagik*

baru lepas kena cucuk dua2 belah tangan, kena sedut hingus, tengok mata dia bengkak

Hari Jumaat - 26 Ogos 2011
Hari first buat fisio. Aduh, luluh hati mami. Tengok anak kena tepuk kuat2, tengok anak meraung, tengok anak kena cucuk ngan wayar kat hidung ngan mulut. sedih betul. *nangis lagik dan lagik*

Petang tu, doktor datang jenguk, mami merayu buat sekali saja lagik sebab tak sanggup tengok anak macam tu. Doktor kata boleh, petang tu tak perlu buat lagi, sambung besok saja. Mami lega!

ni lepas buat fisio, dah mandi, dah makan.

makan dalam kandang :)

Hari Sabtu - 27 Ogos 2011
Kena buat fisio lagi. Hari ni kena buat pukul 8.45 pagi. So pukul 6 dah kena start puasa. Nak tidurkan dia punyalah susah sebab dia ni menyusu badan. Nak memerap *baca menetek* baru nak tidur. Last-last peluk dia kuat2, tepuk2, agaknya dah ngantuk sangat, terus dia tidur. Alhamdulillah.

berjaya tidurkan dia tanpa menetek

Pukul 8.00 dia dah bangun. Kami siapkan dia, mandikan dia sekejap, lepas tu elok pukul 8.45 nurse datang suruh pi bilik fisio. Kami bawak aje dia ke sana, dia dah start menangis. Sian dia. *nangis lagik!!*


lepas fisio kali kedua. mata bengkak.

Kami suami isteri berharap sangat dapat discaj hari ni sebabnya tak sanggup dah nak tengok Qalesya meraung macam tu. Berdebar-debar nak tunggu doktor datang.

menunggu nak discaj. merenung luar jendela.
 
tengok muncung dia :)

Bila doktor datang, doktor cek Q, dan doktor kata, eh, paru-paru dia sudah clear. U all boleh balik raya. Wah Alhamdulillah! Mak lega gila nok!! Teruslah siap-siap nak balik, sebab besok nak terus balik Ipoh lepas sahur heeee :)


masa sedut gas. dia terima aje. nurse kata dia sangat baik sebab tak nangis masa sedut gas.

So petang tu jugak kami discaj. Qalesya masih selsema at that time. Kami sedut hingus dia sendiri. Makan ubat tak pernah miss. Alhamdulillah, sebelum raya, dia sudah fully discover :)


Alhamdulillah.


Fakta di Hospital.
1. Selepas discaj, Q sudah mula takut kat orang. Kalau dulu, sape amik dia pun tak kisahkan? Sekarang ni, opah ambil pun dia dah meraung.
2. Q sudah semakin manja, asyik nak berdukung dengan mami dia. Kalau dulu letak mana pun dia tak kisah.
3. Setiap 4 jam, Q kena sedut gas, kesian dia kadang-kadang sampai tertidur masa tengah sedut gas tu.
4. Tak pernah tengok Q menangis, membuatkan aku sendiri menangis bengkak2 mata.
5. Setiap kali jumpa orang pakai baju biru, dia dah cengkam baju kami.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...