Tabungan

02 October 2011

Aku Melayu, Kamu Melayu, Kita sama-sama Melayu.

Hai. *salah tu.*

Assalamualaikum. *baru betul.*

Ye. Aku Melayu.

Ye. Kamu Melayu.

Ye. Kita sama-sama Melayu.

***

Pagi tadi, laki aku dengan muka yang lain macam tanya aku, 'ita, nampak kasut kickers saya tak?'

Mak macam biasa dengan yakin dan 'slamber' menjawab, 'ada bawah seat awak la..'

Dia jawab, 'cer cari..'

Aku cari. Cit. Memang takde.

Aku pun tanya, 'sejak bila perasan takde'.

Sejak cuci kereta hari tu.

***

Tetttt.

Aku tahu, itu menuduh namanya.

Tapi, kalau panggil Conan si Penyiasat tu pun, tempat cuci kereta tu akan jadi saspek terbaik.

Bayangkanlah, it always there. Balik aja dari cuci kereta, dah hilang. So, still saspek terbaaaeekk kan..

Mahu mood laki aku vanish macam vanish power the whole day.

Dia sayang kot kasut tu. Susah payah dia nak beli kasut tu. Memula nak bayar pakai kad kredit, tapi tempat tu takda kredit kad punya mesin. Terpaksa menapak cari ATM semata-mata nak beli kasut tu. Pakai pun tak sampai 10 kali. Tetiba kena curi macam tu.

Mak pun sedih kot.

Sedih kasut hilang.
Sedih tengok laki mak sedih lagi.
Double kot sedih mak.
Eh tapi mak tak tahu lagi sedih laki mak banyak mana kan.

***

Bukan nak kata, tapi, selama ni, basuh kat tempat Hindu atau Cina, memang tak pernah hilang barang macam ni.

Pernah tertinggal duit dalam kereta, tak hilang.

Smart tag sentiasa dalam dashbox, tak hilang.

Tertinggal wallet, tak pernah hilang.

Tapi kali ni, kasut je kot. Kasut? Saiz 10 lak tu. Sape la sangat kaki besor macam kaki laki mak ni. Itu pun boleh hilang?

Rasanya, itu sajalah satu yang kurang dalam masyarakat kita. Rasa jujur dan amanah.

Aku melayu. Mengata mereka tidak amanah dan tidak jujur, sama juga kata aku tidak jujur dan tidak amanah.

Tapi, apa boleh kita buat, apa lagi boleh kita katakan. ini realiti.

***

Pengajaran.

Eh, jangan sesuka hati menuduh orang. Jangan marah encik suami, mak tahu saudara membaca dengan tekun ngeee.

Jangan tinggal barang berharga dalam kereta walau seyakin mana kamu dengan kedai tersebut.

Jangan lalai.

Silalah bersikap jujur dan amanah.

***

Cerita Satu Hari

Bangun pagi-pagi, basuh berak Qalesya. Dia berak, dan tidur kembali. Very the notti.

Masak nasi goreng. Nasi goreng campak-campak. Masuk sos tiram, sos kicap manis, sos tomato. Siap!

Nak basuh kain. Pom! Sekali meletup daa. Nasib baik mak selamat. Kalau tak dah arwah. Cadar tilam terbakar sedikit. Plug hancur segala. Kensel basuh kain.

Pergi kenduri Wak Kartor. Sedap.

Pergi open house adik shima shimot. Mak makan laksa. Mak makan nasi himpit. Mak makan bubur pulut hitam. Semua adik masak sendiri. Sedap!! Terima kasih kerana sudi layan kami dik :)

Owh. Qalesya sekarang sudah pandai ikut mak nyanyi. Apa yang mak nyanyi, senyap-senyap di belakang dia nyanyi semula dengan versi dia.

Owh. Qalesya juga tengah belajar berdiri. Gigi keempat dah tumbuh. Dah pandai merajuk. Suuwweet!!

Mak nak tidur. Daa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...