Tabungan

15 September 2015

Panggilan Haji Terakhir

Kalau diikutkan, sepatutnya, mak dan ayah akan turut serta dalam kumpulan haji tahun ini. Tapi, atas sebab-sebab tertentu, nama mereka terlepas dan tidak dimasukkan. Mak terutamanya memang kecewa. Tapi kami pujuk. Kami cakap - 'InshaAllah tahun depan masih ada. Lagipun tahun ni banyak naw hal nye. Akak nak bersalin. Nanti kang kalau mak pi haji sape nak jaga akak'. Bila dipujuk-pujuk, mak pun oke semula. Ayah macam biasa, chill gteew ja.

Bila masuk musim haji, mak jadi lagi sayu. Bila berita buat liputan tentang haji, mak mesti duduk depan tv dan dok sebut - 'kalau tak mak ngan ayah ada la dalam group tu'. Tak habis lagi rupanya...

Aku dok cakap pada mak - 'mungkin ada hikmahnya mak tak pi tahun ni. Sabarlah'.

Alih2, dunia dikejutkan dengan kejadian kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan ratusan jemaah. Malahan jemaah haji Malaysia turut terlibat dan terkorban. Yang masih hilang pun ada.

Allah... sedihnya rasa. Terus aku terfikir, kalaulah mak dan ayah aku dapat join tahun ni, hilang dan belum dapat dikesan, dah tentu aku tak senang duduk. Aku dah la jenis cepat kalut, cepat melatah, suka fikir bukan2, kalau mak dan ayah antara yang hilang, haih entahle, sanggup kot aku cari duit naik kapal terbang terus ke sana.

Tapi tidak. Perancangan Allah itu cantik. Dia tahu aku tak mampu hadapi dugaan macam tu. Jadi, tidaklah tertulis untuk mak dan ayah menunaikan haji tahun ni.

Semasa Tabung Haji buat sidang media tergempar dua hari lepas, aku yang sedih. Saat mereka umumkan jemaah pertama yang terkorban, aku yang menangis. Allah.... itu baru orang yang aku tak kenal. Kalaulah ahli keluarga aku? Allah..... tak tahulah...

Walau apapun, mereka yang terkorban sangat bertuah kerana 'pergi' dengan cara yang paling mulia. Perginya pada hari Jumaat hari paling barakah. Perginya saat sedang menunaikan salah satu daripada rukun islam. Sesungguhnya, mereka beruntung.

Namun, pemergian orang tersayang bukanlah perkara yang mudah untuk dihadapi. Siapa sangka, lambaian dan senyuman di lapangan terbang itu adalah yang terakhir untuk tatapan ahli keluarga.

Betullah kata orang, bila kita menghantar orang tersayang untuk menunaikan haji, sebenarnya kita kena siapkan hati untuk kehilangan mereka.

Allah...

Berat dugaan waris yang ditinggalkan. Terutama yang masih punya anak2 kecil.

Allah...

Dia tahu apa yang terbaik buat umatNya, InshaAllah.

Allah...

Semoga mak dan ayah dapat menunaikan haji pada tahun hadapan. Tapi, harap tiadalah perkara yang tak diingini berlaku. Aku harap ia bukanlah panggilan haji yang terakhir...

13 September 2015

Sehati Sejiwa

Ayah aku kahwin dua.
Mak aku bekerja.
Mak tiri aku suri rumah sepenuh masa.
Jadi bila mak aku pergi bekerja, kami adik-beradik akan dihantar ke rumah mak tiri.
Mak tiri aku duduk di rumah kerajaan (kuarters).
Rumah dulu2 susun aturnya lain.
Designnya terbahagi kepada beberapa bahagian.
Ruang tamu satu bahagian. Besar.
Bilik hanya ada satu juga namun ianya besar (untuk zaman 1980an) boleh muat dua katil queen.
Turun sikit tangga menuju ke dapur. Juga besar.
Dan turun lagi ke bawah menuju bilik mandi. Pun besaq juga. Memang heavenlah mandi kat situ.

Tapi apa yang aku nak fokuskan ialah ruang tamu Mak Epit (gelaran untuk arwah mak tiri aku ni).
Ruang tamu itu adalah tempat kami berkumpul setiap kali raya.
Ruang tamu itu adalah tempat kami adik-beradik tumpang tidur semasa mak kami pergi bekerja.
Ruang tamu itu tempat penyambung kasih sayang kami sekeluarga.

Aku ingat lagi.
Ruang tamu tu punya satu kayu yang besar di atas siling. Kayu yang kuat dan kukuh. Mana idaknya, disitulah ayah pasakkan paku untuk dibuat buaian buat kami adik-beradik. Muat dua buaian di situ.
Zaman dulu mana ada buaian letrik.
Jadi nak bagi leka, bukan dihenjut tapi ditarik tinggi sehingga buaian tu terbuai-buai untuk beberapa round.
Sempatlah Mak Epit turun ke dapur buat kerja dan sekali-sekala naik semula ke bilik ruang tamu dan hayun buaian semula.

Rindunya..

Kenapa tiba2 teringat?
Sebab buaian elektrik Cha dah rosak haha.
Baru pakai a few days buat Aidil, tapi dah rosak.
Mak tanya nak buat camne.
Aku kata - rileks, malam ni manual dulu, henjut ja. Esok kita cari jalan, nak beli lain atau pi baik ja..

Bila terlalu moden, kita lupa dengan cara tradisional.
Bila terlalu maju, kita lupa dulu kita boleh survive dengan setiap sumber yang kita ada.
Dan ibu bapa kita memang hebat sebab dengan sumber yang minimum, kita hidup gah pada masa kini.

Bila dah terlalu senang, sekali sekala pandang belakang.
Lihat kesusahan orang zaman dulu.
Kita hidup atas jasa mereka.

Jaga negara.
Jaga Malaysia.

Kitakan, sehati sejiwa.

10 June 2015

Pengalaman pregnant kali kedua.

Memang betul, bila kita mengandung, ianya tak akan sama dengan yang pertama even kedua atau mungkin ketiga kelak.
Memang berbeza.

Yang aku perhati, pregnant kali ini, aku jadi sangat malas.
Haha!
Buktinya - aku tak fokus pada Shaklee dan aku tak peduli pada blog.
Sunyi sepi aje kan.
Haha!

Dan salah satu sebab penyumbang kemalasan aku pada pregnancy kali ini adalah kerana aku selalu kurang sihat.
Mungkin faktor usia.
Umur dah 3 series, baru nak mengandung anak kedua.
So mungkin sebab itu badan jadi sangat-sangat penat.

Tapi serius, first trimester aku mengalami alahan yang agak teruk.
Badan aku sakit, pinggang aku sakit, kepala sakit, muntah, pendek kata semua SAKIT.

Second trimester, aku dah okey sikit tapi aku disahkan ada diabetes masa mengandung pulak.
Jadi aku dah start cucuk insulin.
Baby ada risiko untuk jadi SIHAT WALAFIAT dan itu membuatkan aku dah dijadualkan untuk beranak awal @ 38 weeks nanti.

Semalam, aku ada cek-up kat Hospital Putrajaya -- aku kena bebel dengan doktor.
Gula aku still tinggi walaupun dah cucuk insulin.
So dia bagi masa sampai this Friday, kalau tinggi juga -- jawabnya duduk dalam hospital biar diorang yang monitor.
So dia cakap kalau taknak duduk ward, sila beringat dan jaga makan.
Cian adik.
Mami teruk betul kali ni :(
Sorry sayang.

Selain daripada masalah diabetes aku, aku memang dari awal trimester dah disahkan ada darah tinggi.
So itu lagi satu sebab kenapa aku sangat penat.
Aku pun dah start medication untuk pastikan tekanan darah aku okey.
Masalahnye dah penghujung-penghujung ni, tekanan macam dah dekat2 border dah.
Jadi doktor Ampang Puteri pulak cakap, tak perlu tunggu 38 minggu, tapi cukup aje bulan which is 36 weeks aku dah kena ready untuk paksa beranak.
Sama ada induce atau ceaser, belum tahu lagi.

Aku pulak memang kerap rasa contraction skarang ni.
Aku sendiri dah naik konpius.
Ni baby ke atau contraction.
Tapi yang pasti, perut akan jadi sangat keras sampe aku rasa sengkak dan tak tahu nak buat apa.

Last week dah pernah masuk labor room sebab aku dah tak tahan sangat dan mengadu pada nurse, terus depa rujuk aku ke hospital haha.
Nasib baik laluan masih tertutup dan false alarm saja.

Soooo... itu je lah yang aku nak cerita (tak tahu la sape baca hahaha!!)
Yang pastinya, mengandung kali ini memang sedikit susah.
Tapi inshaAllah, susah dahulu senang kendian ye dak.

Doakan keselamatan aku.
Doakan keselamatan baby ya.
Tolong :)


29 April 2015

Kisah peniaga yang sombong

Bukan sekali, bukan dua kali, malah banyak kali aku berjumpa dengan peniaga yang sombong.
Tak kiralah peniaga pasar malam, peruncit kedai mahu pun peniaga online sekalipun.

Aku pernah sekali, masa zaman aku sibuk nak berniaga macam orang2 lain, aku banyak engaged dengan dropshipper2 bagai.
Dan salah seorangnya ialah dropship baju kurung.
Disebabkan aku dah mendaftar jadi dropshipper depa, depa pun masukkan aku dalam satu group whatsapp.

Nak jadi cite, ada satu hari kawan aku urgent nak cari baju then dia ternampak iklan aku.
Jadinya dia bertanyalah sekian2 baju ni.
Aku pun terus tanya dalam group whatsapp tersebut tentang baju yang ditanya tu.
But then admin group tak reply langsung.

Aku bagi masa sampai esok untuk admin reply, yelah mana tahu kot2 admin busy kan, so aku tunggu.
Keesokkan harinya, aku tengok masih takde reply, so aku PM inbox FB depa.

Sekali, cara dia jawab sangat2 tak mesra alam.

Macam ni perbualan aku dengan dia (malas nak print screen):-

Aku: Salam. Saya nak tanya, gambor atas ni ada lagi tak stok. Saya tanya dalam group whatsapp takde orang balas.

Tokeh: Sejak bila boleh tanya dalam group?

Aku: Bukan bukak satu whatsapp kan?

Tokeh: Kenapa tanya dan semua agen harus terima message anda?

Aku: Habis tu saya boleh tanya dimana?

Tokeh: Saya control stok, tanya saya la. Whatsapp personal saya : 018xxxxxx.

Aku: Kenapa buka group whatsapp kalau tak boleh tanya apa2 dalam tu?

Tokeh: Tanya dengan saya la. Apa logiknya tanya dengan agen dalam tu? Kenapa perlu ganggu mereka?

Aku: Takpela terima kasih. Saya tanya baik2, tapi jawab macam ni, tak boleh ke explain baik2. Saya tak perlu nak deal dengan supplier macam ni, terima kasih banyak2.

Tokeh: Takde bahasa kesat pun. Pelik. Ok bye.



Ye aku mengaku, memang tak ada bahasa kesat pun.
Tapi soalan aku tentang baju sampai sudah tak berjawab sebaliknya dia asyik membebel kenapa aku bertanya dalam group.
Tak boleh ke dalam group tu dia balas sikit pada aku -- sila whatsapp nombor ini untuk pertanyaan stok.
Takdelah aku tertunggu-tunggu jawapan.
Memanglah dia tak marah2, tapi cara dia menjawab tu, eiiiiiiii aku rasa ramai lagi supplier lain yang aku boleh deal.
Kalau tanya macam ni pun dah banyak songeh, ni kan pulak kalau aku ada problem di kendian hari dengan supplier ni kan.


Ada lagi pasal peniaga kurang adab yang aku nak cite.
Tapi aku rasa dah malas nak menaip hahaha.
Nanti lah ye.


Hahaha.

Mencuci baju beramai-ramai!! Yeay!!

Seperti yang aku katakan, aku nak berkongsi pengalaman aku pergi mendobi guna mesin layan diri tu.

Alkisah, mesin basuh rumah aku rosak sudah.
Kain dah menimbun.
Buat orang yang kurang kaya macam aku ni, memang tak dapat la nak beli mesin basuh baru on the spot.
Jadi aku cakap dengan Nazri, 'apa kata kita try mesin basuh layan diri tu?'
Nazri....... menda baru suka sangat la kan.
Jadi kami pun p la menerai (try) service tu.

Masa kami sampai kedai tu, dah ada:
a. 1 family consist of mak dan anak perempuan;
b. 1 family sama gak consist of mak dan anak perempuan cumanya mereka agak berumur; dan
c. 1 orang lelaki.

Jadi kita mulakan dengan kisah 1 family consist of mak dan anak perempuan tu dulu.

Masa kami sampai, mereka dah conquer satu meja yang penuh dengan baju yang dah berlipat.
Dekat tepi meja tu ada 3 bakul yang penuh dengan pakaian dan 1 bakul kosong.
Dan anak perempuan dia memang macam dah biasa sangat dekat kedai ni sebab dia asyik bukak tutup bukak tutup dryer tu.
Aku perhati saja budak perempuan tu, lebih kurang 5-8 minit dryer tu berjalan, dia akan bukak dryer tu, cek mana baju yang kering, dia keluarkan dan akan masuk pulak baju-baju yang lain dari 3 bakul penuh tu tadi.
Macam tu la dia ulang dari awal aku sampai kedai sampai kain aku dah masuk dryer yakni lebih kurang sejam.

Jadinya untuk family yang pertama ni, erm memang dia tak kacau orang lain tapi aku still agak pelik sebab banyak benor kain dia basuh.
Satu rumah ke dia bawak?

Kita teruskan cerita dengan family kedua.

Family kedua ni consist of anak perempuan  yang mungkin umur dalam 40 tahun dan mak dia yang berumur mungkin dalam 60 tahun.
Diorang ni berkawan dengan family yang pertama ni tadi.
Mula-mula aku ingatkan family pertama dengan family kedua ni satu family sebab diorang dok ralit bersembang dari awal aku ada dalam kedai tu.
Tapi satu kejadian dah membuktikan mereka hanya berkawan baik dan bukanlah satu family seperti tekaan aku  haha.

Sebabnya....
Masa aku sampai, washer memang ada kosong.
Jadi aku terus masukkan baju-baju aku untuk dibasuh dalam tu.
Rege basuh untuk 14kg kat situ adalah RM7.50.
Kena masuk syiling.
Kalau takde syiling jangan risau sebab kat situ mesti ada coin changer.
So dah bedebuk bedebik masuk duit, washer pun memulakan tugas basuh kain selama 23 minit (kalau tak silap).
Sementara aku tengah duduk tu, datang satu family India pulak.
Dia pun baru first time macam aku, so aku pun dok ralit la ngajor dia.
Dia pun cakap ngan anak2 dia, so anak2 dia uruskan dan dia terus duduk sebelah aku.
Jadinya buat masa ni yang tengah guna washer ialah aku dengan auntie tu.

Ingat tak ada satu lelaki masa aku sampai tu kan.
Masa tu dia tengah basuh kain (guna washer).
Jadi next dia akan pakai dryer la kan.
So ingat ya pasal dia ni, aku nak cite menda lain dulu.

Sementara kami tengah rileks tunggu kain kami dibasuh oleh washer yang setia, datang satu family consist of dua orang perempuan muda dan dua orang anak kecil.
Diorang tak pakai washer tapi terus pakai dryer.
Mungkin diorang dah basuh kain kat rumah then tak kering ke apa kan ntah la lantak depa tapi yang penting aku nak cite kat sini depa pakai dryer saja.
Untuk dryer sekali pusing ialah RM4.50 untuk 20 minit (kalau tak silap lagi).
Lepas diorang dah masuk duit dan dryer menjalankan tugas, diorang blah.
Pada aku tak apalah, mungkin sat-sat lagi depa akan datang balik.
Sebab at that time, dryer yang ada 4 mesin tu, dah penuh.

Sebabnya:
a. 1 dipakai oleh minah yang cuci baju berbakul-bakul tu tak abis-abis lagi bukak tutup bukak tutup dryer tu;
b. 1 dipakai oleh seseorang yang diketahui;
c. 1 dipakai oleh mamat yang basuh baju tu - washer dah settle so dia terus keringkan baju dia. No problem aku tak kisah sebab maknanya memang dia tak buang masa; dan
d. 1 dipakai oleh minah 2 orang yang masuk duit then blah tu.

Jadi masa baju aku dah habis pusing, aku tak dapat nak pakai dryer sebab semua dryer penuh.
Tetiba ada salah satu dryer tu dah habis pusing.
Dryer tu pun berbunyi-bunyi la tet tet tet bagitau dah abis pusing.
Tapi takde orang pun claim untuk dryer tu.
Aku dah panas, ntah siapa la yang bijak sangat dah pakai dryer tak reti nak set time datang balik ambik baju dia.
Aku rasa ada dekat 10 minit baju tu duk dalam dryer tu.
Aku pun dah dok sembang2 dengan auntie India tu, mungkin dia pergi Tesco shopping then lupa dia ada baju dalam dryer.
Alih2, makcik yang tengah menyembang dengan family yang banyak baju tu bangun dan terus ke dryer tu.
Rupanya baju dia!
Dekat 10 minit tau dia biarkan baju tu dalam tu!
Aku dengan auntie India memang dah geram gila.
Yang lagi sakit hati, dia pegang2 baju dia then dengan lemah lembut dia berkata. 'eh tak kering lagi, tambah lagi la duit'.
So dia masuk lagi RM4.50 dan mesin tu berpusing lagi untuk 20 minit!
Jadi aku terpaksa menunggu lagi turn untuk guna dryer!
By the time aku  menunggu, washer auntie India sebelah aku pun dah settle.
Jadi kami berdua pun menunggu la dryer yang kering.
Nasib baik auntie India tu baik, dia kata nanti kalau ada kosong adik pergi dulu sebab adik sudah tunggu lama.
God bless you auntie baik!

Okey so aku cerita pulak dryer yang minah 2 orang tadi pakai.
Bila dah tamat 20 minit dryer tu pusing, depa tak sampai-sampai lagi.
Mana la aku lagi tak panas!
Makcik tu pi tambah duit.
Minah dua orang tu pulak tak sampai-sampai.
Minah yang bukak kedai laundry tu pulak tak abis-abis lagi nak mengering baju dia yang ada 3 bakul tu.
So last hope aku ialah lelaki yang tengah guna dryer tu.
Aku memang berdoa sangat supaya dia tak tambah duit ke apa.
Sebab aku dah penat duduk, penat menunggu.

Dan Alhamdulillah, memang mamat ni tak banyak kerenah.
Dryer dia dah berenti, dia terus masukkan baju-baju dia dalam bakul dan terus belah.
Takde la pulak dia nak melipat macam ada orang sebelum aku tu, dari dryer tu terus dengan lemah lembut melipatkan situ.
Bila mamat tu dah pergi dari situ, aku terus masukkan baju2 aku dalam dryer, masuk duit dan menunggu lagi for the next 20 minutes.

Dalam masa 20 minit tu, makcik yang tambah duit tadi pun dah settle jadi auntie India tu pulak masukkan baju dia dalam dryer.
Dan dalam masa 20 minit tu juga, minah yang bukak kedai laundry tu pun dah settle dengan kain2 dia yang sebanyak 4 bakul tu.
Dan dalam masa 20 minit tu jugak, minah yang spin baju dalam dryer tu tak sampai2.
So kalian boleh bayang tak, hampir sejam dia biarkan baju dia kat situ!

Jadi kesimpulannya, hari tu aku dapat tengok pelbagai kerenah manusia:-

a. selfish;
b. tak fikir tentang orang lain;
c. masih ada yang penyabar (eheemm :p)

Sooooo.. hari ni aku nak p lagi.
Nak tengok pulak kerenah apa aku jumpa pulak malam ni.
Haha!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...