Tabungan

07 January 2016

Retreat

7/366

Sebenarnya ini adalah entri ambik ada namanya. Patutnya aku letak tajuk begitu - 'entri ambik ada'. Tapi aku letak tajuk retreat. Kenapa? Sebab nanti ada retreat bahagian! Yeay!

Retreat kali ni best sebab -- boleh bawak family dan less org2 annoying. Amboi! Berterus-terang betul wanita ini.

Owh. Aku cuma manusia biasa. Mempunyai rasa annoying adalah common human sense. Semua orang ada perasaan begitu kot. Wakakaka. Dah kenapa aku nak babitkan orang lain pulak ni?

Tapi serius. Aku betul2 looking forward retreat kali ni sebab:-
1- tempat retreat dekat - Port Dickson ja. Senang untuk aku yang beranak kecik ni.
2- boleh bawak family - juga senang untuk aku yang masih breastfeed Aidil dan of course sebab aku tak sanggup nak berenggang dengan anak2.
3- pergi Lexis kot. Gila taknak? Pergi sendiri memang nan mampu la! Ini pergi opis bayar memang heaven oi! Ada private pool kot. 24 jam la Cha berendam. Adoii!

Okelah.

Nak tido. Menulis pun sebab aku taknak kecundang dengan azam tahun baru aku di awal2 tahun lagi haha.

Selamat malammmmmmmm!!

06 January 2016

perkembangan Qalesya

6/366

umum siapa mengenali aku, pasti akan kenal Cha. sebab Cha dengan aku tak boleh dipisahkan. haha. kadang-kadang aku rasa aku ni obses dengan anak sendiri. setiap aktiviti sekolah anak aku, aku mesti nak follow. walaupun kadang-kadang ibu dan bapa tak dibenarkan follow. haha!

ada sekali, last year (actually a few weeks back ja pun), Cha ada join satu birthday party anjuran KFC. mula-mula aku ingatkan mak pak boleh ikut so aku siap ambil cuti lagi semata-mata nak teman Cha pergi birthday party tu.

rupa-rupanya, mak pak tak boleh ikut daaaaa. Teachers kata itu adalah aktiviti teachers bersama anak murid. so kalau mak pak ikut sekali, takut nanti emosi anak-anak terganggu. yelah, bukan terganggu dari segi apa pun. cumanya yelah - teachers pun nak berseronok dengan anak2 murid juga. kalau tetiba mak pak ada, mesti anak2 lebih nak ke mak pak dia kan.

so kiranya, hari tu cuti aku burn begitu saja. cumanya -- aku cuba untuk meng-fully utiliza juga cuti aku dengan ------ pi stalk anak sendiri. hahahaha!

oleh kerana aku tahu kat mana party tu akan berlangsung, aku pi diam2 ke sana. parking jauh2 dan tengok anak aku dari jauh.

sedih tak?

.
.
.
.
.
.
.


haha!

***

actually, aku ada sebab kenapa aku obses dengan anak aku.

macam aku cakap awal2 tadi, siapa yang kenal aku pasti akan kenal karekter Cha. Cha tak macam anak2 lain yang dah berumur 5 tahun.

komunikasi Cha hanya one way. dia boleh ekspres apa dia nak tapi dia tak boleh cerita bila kita bertanya. 

tiap2 hari lepas sekolah, aku cuba bersembang dengan Cha -- macam orang lain bersembang dengan anak2 mereka. tapi susah. Cha tak faham soalan aku dan dia tak boleh pun nak bercerita dengan baik sebab dia ada masalah pertuturan.

aku tanya - how was your day?
dia cuma akan gelak2 tanpa bercerita apa2.

bayangkan -- anak2 umur macam dia dah boleh cerita kalau ada kawan2 yang mengusik, boleh bercerita apa yang cikgu buat. tapi Cha.. dia tak boleh cerita semua tu.

aku takkan tahu -- ada ke orang yang membuli Cha. 
aku takkan tahu -- cikgu layan Cha dengan baik ke.
aku takkan tahu -- okey ke dia mandi kat sekolah. ada ke orang cuba pegang2 dia.

aku tak tahu semua tu.

sebagai seorang ibu, aku sedih.
aku sedih sebab aku tak dapat nak protect anak sendiri. itu sebab selagi boleh, aku nak apa saja aktiviti Cha, aku ada. jadi aku tahu dia join atau tidak.

tapi Alhamdulillah, di taska sini, anak aku seronok. cikgu2 pun baik belaka.

dulu, masa Cha bersekolah di Bangi, ada sedikit salah faham berlaku. sampai sekarang aku masih tak boleh lupa dengan apa yang berlaku. sampai sekarang aku tak pernah bercerita apa yang berlaku sampai Cha diminta oleh cikgu-cikgu untuk tak hantar lagi ke sana.

bayangkan, aku tengah bekerja, tiba2 aku dapat mesej dari cikgu dia untuk stop hantar Cha ke sekolah tersebut. aku terus call pengusaha tersebut. aku tanya kenapa. dan pengusaha tu kata, cikgu2 sekolah tersebut kecil hati dengan apa yang aku tulis di Facebook.

aku kata -- apa yang aku tulis? masa bila? cikgu tu kata, gambar yang Cha dalam hospital.

oke fine.

memang aku tulis -- "........mami tengok ja apa yang orang buat kat Cha..."

so itu yang buat cikgu2 terasa sangat.

kenapa? cikgu memang ada buat apa2 ke yang sampai nak terasa?

sebenarnya, gambar tu masa Cha masuk hospital. aku minta untuk warded sebab aku nak test tahap autisma Cha. untuk cek tahap autisma seseorang budak, kita kena buat cek mata, cek telinga, pemeriksaan darah sekiranya perlu. aku buat di hospital swasta sebab aku ada insurans. dan untuk claim insurans Cha perlu warded.

aku kata "........mami tengok ja apa yang orang buat kat Cha..." sebab orang-orang di sekeliling Cha yang kadang2 agak bersikap bias dengan Cha dan aku tak tujukan langsung pada cikgu2 Cha ketika itu.

aku masih boleh bertahan, aku nyatakan bahawa kata2 aku langsung tak tuju pada mana2 guru. lagipun masa Cha dalam hospital, ada seorang cikgu mesej bertanya khabar, aku balas dan cerita semuanya. oke saja. tapi alih2 cikgu tu claim kata aku tak menjawab pertanyaan dia dalam bentuk call dan mesej. wat de?

dan.............yang paling tak tahan, dia siap cakap -- ita tiap2 hari ambik Cha lewat. kami lebih lama duduk dengan Cha. ita tak boleh kata macam tu.

sedih tak hati mak bila diserang macam tu?
sedih tak sedih?

aku tiap2 hari bekejar nak amik Cha awal.
dari Putrajaya ke Bangi 5.30 petang -- pukul 7 malam baru aku dapat jumpa Cha. aku stuck dalam jem 1 jam setengah. 
dan cikgu boleh kata begitu pada aku??

sedih tak sedih hati aku?

masa tu aku fikir thats it.
aku tak boleh dah hantar anak ke situ.

petang tu aku amik Cha. dan itu hari terakhir Cha kat situ.

aku cuma datang last ambil barang2 Cha dan aku tak pernah ke situ lagi. 
hati aku sakit setiap kali aku teringat perkara ni.
dah 2 tahun benda ni berlalu, tapi sakitnya masih terasa. setiap kali aku pandang Cha, teringat perkara tu, aku sedih sangat.

seminggu Cha ikut aku ke opis. sebab tak ada taska yang nak terima budak baru especially dah hujung2 tahun. seminggu cha tidur atas lantai dalam bilik aku. seminggu Cha seksa penat tak ada tempat proper untuk dia berehat.

akhirnya Kak Ha, dia bantu aku telefon pengusaha Taska di kementerian dan adjust Cha masuk. Alhamdulillah, sampai sekarang Cha di situ.

up to date, Cha masih problem dengan komunikasinya. aku sedang usahakan untuk cha masuk sekolah khas yang sesuai dengan tahap dia.

kadang2 aku sedih, sebab cha tak normal macam kanak2 sebaya dengannya.

tapi aku tahu, pasti ada hikmah di sebalik apa saja yang berlaku.

aku tulis ni bukan sengaja aku nak bukak keburukan sesiapa. tapi...., dah lama aku pendam dan malam ni terbukak rasa hati nak bercerita tentang apa yang berlaku pada Cha sampai Cha diminta untuk tak dihantar ke sekolah.

kasihan anak sekecil itu, berumur 3 tahun ketika itu, tak nak dijaga oleh cikgu2nya.

kalaulah dia tahu......

:(















05 January 2016

hatiku retak seribu

nampak.
retak oo retak.
seretak cermin kereta ku.

tengah2 tak ada duit ni la, macam2 menda nak jadi.

peti ais rosak.
cermin kereta retak.
coii sangat.

jadinya petang tadi kami pergi doktor cermin dekat Bangi.

ada 3 option yang doktor cermin bagi pada kami.
#1 - tukar cermin, quotation paling murah boleh deal RM450 - tak mampu buat kami.
#2 - repair, 1 inci RM20, total panjang 14 inci maka RM280 - still aku sayang nak buat.
#3 - buat sementara waktu tahan cermin dari terus retak - RM50. oke mampu.

so kami tekad untuk bertahan dengan cermin bercalar selama mungkin dalam 2 bulan lebih sampai ada duit terpijak dan bela cermin kami.

kesian?

jangan kesian.
ada orang lagi tak mampu dari kami.
sekurang-kurangnya kami masih ada kereta.
ada yang tak mampu nak pakai kereta.

kami pun bersyukur masih ada rezeki untuk disuap ke mulut anak2 kami.
itu lebih utama.
Malaysia sangat aman.

terima kasih JibMah.










04 January 2016

dan lagi dan lagi

korang.
o korang.

aku ada satu azam.
oi.
jangan gelak la wei.
tak cakap tulis lagi.
dah gelak.
mana tau?
tau la.
sebab aku pun gelak.
haha!

oke.
aku dah berazam tahun ni nak aktif ber-blog.
satu hari at least satu entri.
oke tak?

support la wei.
baca eh?

poyo?
haha!

sorry.
apa boleh buat.
dah memang poyo pun.
haha!

korang.
masa aku menaip ni, aku tengah dengar lagu Hello nyanyian Adele.
kalau dengar lagu ni betul2, lagu ni gelap.
sedih.

dua orang yang berselisih faham.
dua orang yang dah lama tak berhubung antara satu sama lain.
dua orang ni mungkin ex gf/ ex bf.
dua orang ni mungkin ex wife/ex husband.
dua orang ni mungkin adik-beradik.
dua orang ni mungkin anak-beranak.

sorang dah mengalah.
cuba contact yang sorang lagi.
sorang lagi - entah ke mana.

gelap.
sayu aje dengar.

cubalah dengar.
hayati.

siapa2 yang ada berselisih faham dengan sesiapa pun, pergilah berhubung.
kita tak tahu berapa lama lagi hayat kita ada.
kita tak tahu siapa pergi dulu.
tak rugi pun mengalah.

kalau degil juga, cuba dengar lagu ni.
fahami.

cubalah.

beria aku suruh.
degil ek?

babap kang!

hmm.
aku ni kat opis jadi penyanyi untuk band opis kami.
kalau request lagu ni oke tak?
haha!



***

Hello, it's me
I was wondering if after all these years you'd like to meet
To go over everything
They say that time's supposed to heal ya
But I ain't done much healing
Hello, can you hear me
I'm in California dreaming about who we used to be
When we were younger and free
I've forgotten how it felt before the world fell at our feet

There's such a difference between us
And a million miles

Hello from the other side
I must have called a thousand times
To tell you I'm sorry for everything that I've done
But when I call you never seem to be home
Hello from the outside
At least I can say that I've tried
To tell you I'm sorry for breaking your heart
But it don't matter it clearly doesn't tear you apart anymore

Hello, how are you
It's so typical of me to talk about myself I'm sorry
I hope that you're well
Did you ever make it out of that town where nothing ever happened

It's no secret that the both of us
Are running out of time






10 December 2015

berkahwin dan bercerai

berkahwin - normal.
bercerai - normal. tapi dibenci Allah.
tapi masih ramai saja yang bercerai-berai.

ada yang bercerai, tapi masih boleh berkawan baik.
ada banyak sebab, dan salah satu sebab adalah disebabkan tak nak anak-anak rasa tertekan.

tapi, ada juga yang bercerai dan berbalah tak ingat dunia.
kesan - anak-anak tak dapat jumpa sama ada mak atau ayah masing-masing.

kita sebagai pemerhati, boleh berkata apa saja terhadap masalah depa ni.
tapi kita sendiri tak tahu apa perasaan mereka.
tak tahu apa masalah mereka sebenar, sampai berbalah bergaduh bagai.

jadi, dari sisi bodoh aku:-

selfish.
pentingkan diri sendiri.

disebabkan terlebih pentingkan diri sendiri, pentingkan ego sendiri, pentingkan maruah sendiri, ada jiwa-jiwa yang terseksa.

seorang ibu atau bapa yang rindukan anak-anak.
dan juga anak-anak yang confuse, kenapa mereka tak dapat lagi berjumpa dengan mak atau bapak mereka ni.

aku, sehari tak jumpa anak-anak dah rasa berpusing-pusing kepala rindu kat depa.
jadi cuba bayangkan seorang mak atau pak (kang asyik kata mak ja, bias lak. marah lak kaum pak-pak) tak dapat jumpa anak depa.
aish. tak dapat bayang seksanya.

jadi kenapa sanggup jadi selfish, halang mak atau pak jumpa dengan anak-anak sendiri.
ko tak nak muka bekas ko, tu salah ko.
tapi kenapa nak seksa anak-anak ko.
ko dah dapat hak penjagaan dah syukur Alhamdulillah.
tapi kenapa ko nak halang bekas ko jumpa anak-anak ko.

come on la.
anak-anak tu takkan lahir kalau korang tak bersama satu ketika dulu.
it takes two to make one.
so apa masalah sekarang ko nak halang the other half (walaupun bekas) untuk jumpa anak-anak ko.

mak/pak stress satu hal.
tak pernah pikir perasaan anak-anak.
anak-anak tu hati lagi fragile kot.
entah apa rasa indah dalam jiwa sissy iman dalam hati tu.
bawa ke tua perasaan tu nanti.

so apa kata jangan rosakkan hati anak-anak ni dengan kesilapan dan keegoan korang.
kesian kat anak-anak.
dah la nak dapat adik tiri satu hari nanti.
ntah macam mana anak-anak ko dilayan satu hari nanti bila dah dapat anak sendiri nanti.

haish.

korang tau ke aku refer kes sapa?

hahahaha.

hanya pendapat bodoh aku saja nohhhhh.


p.s.
membebel sebelum masuk meeting sat lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...