Tabungan

30 August 2017

:: Masalah UNIFI dan 'ASK TM CHAT LIVE' ::

Jadi ceritanya, aku punya masalah Unifi sejak dari hari Isnin baru ni. Dari petang aku dah log report, TM janji nak call malam 7 to 10 kononnya tapi haram. Aku yang keep update status, dan setiap kali aku call, jawapan tetap sama - 'kami akan bawa masalah anda ke teknikal team'. Setiap kali call itu je la alasan diorang.

Semalam, masih tak ada technician yang call aku untuk settle masalah aku ni. Aku call lagi TM sebab aku memang tak ada astro, memang bergantung pada HyppTV dan internet saja. Aku tak minat bola, tapi Sukan SEA punya pasal, aku pun nak la tengok sama. But sadly, astro takdak HyppTV takdak, tido je la aku!

So hari ni dah masuk hari ketiga Unifi aku masih problem dan masih tak ada mana-mana technician yang call. So again, aku call lagi nombor keramat 100 tu dan bercakap dengan beloved TM Assistant. Still jawapan yang sama 'kami akan note kes puan sebagai kes priority'. Tangan ke dada mata ke atas. Priority la sangat! Sampai sekarang nan ado orang call.

So aku cuba this ASK TM CHAT LIVE ni. Okey, sangat-sangat mudah. Memang akan ada TM Assitant yang reply. TETAPI, same excuse, same answer.

And again, aku cakap, aku nak solution, bukan excuses. Dah la alasan sama. Jawapan sama. SOLUTION MANA!!!????

Aku dah la nak balik Perak dah ni.

Unifi still problem.

Alahai please la UNIFI!!! 

SOLUTION PLEASE!!

23 August 2017

::ATTITUDE::

Jadi, ini adalah situasi aku pada hari ini:-

1.  Suami out-station;
2.  Aku ada appointment doktor di Hospital Putrajaya;
3.  Taska Aidil buka jam 7.30 pagi.
4.  Oleh kerana ayah tak ada, jadi aku kena buat semuanya sendiri.

Dan ini ceritanya:-

Aku jenis yang suka bersedia. Barang-barang untuk esok semua aku dah siapkan pada waktu malam. Tambahan pula dah ayah dia otstesen, lagilah aku siapkan semua.

Baju anak-anak? -- Check!
Baju mak? -- Check!
Basuh kain, sidai kain? -- Check!
Makan? -- Check!
Kemaskan anak-anak? -- Check!
Tido? -- JOM!!

Jadi, pagi tadi aku bangun awal sebab aku memang ingat aku ada appointment hari ni. Aku tahu aku kena cepat sebab kalau aku lambat maka lambat la semuanya.

Qalesya pun terpaksa aku gerak awal tapi nasib baik tak banyak drama sangat.

So, 7.30 pagi aku dah dapat hantar Aidil ke taska. Pukul 8.00 pagi aku dah hantar Cha ke sekolah. 8.30 pagi aku dah dapat sampai ke Hospital Putrajaya. Tapi disebabkan aku fully aware masalah parking hospital tersebut, aku siap-siap park jauh di tempat yang disediakan dan menapak ke hospital putrajaya. Jadi aku ambil nombor giliran lebih kurang 8.45 pagi. Aku terpaksa berpuas hati dengan masa yang aku manage memandangkan memang semua aku kena buat sendiri hari ni.

Tapi, walaupun aku berpuas hati, aku still tak boleh beat the system. Nombor giliran aku 2181. Ketika itu nombor yang dipanggil ialah 2111. Ada lagi 70 orang menunggu untuk didaftarkan. Aku sempat tidur 2, 3 round tanpa aku peduli orang sekeliling. (Haha!)

Kira-kira jam 10 pagi baru nombor aku dipanggil dan baru dapat nombor lain pulak untuk klinik yang aku nak pergi. Nombor giliran yang aku dapat ialah 750. Nombor giliran ketika itu? 336.

.
.
.

Aku tahu aku dah create masalah.

.
.
.

Aku cuba bertenang, papehal pi makan dulu isi perut. Aku habis saja makan, aku pi balik klinik tengok number masih around 300 something. Tak masuk pun 400. 

Aku dah mula bagi beberapa option pada diri aku:-

1.  Tunggu saja; atau
2.  Pi ambik Cha.

So, aku pi kaunter dan bagitahu masalah aku. Aku nak pergi ambil anak dulu dan aku akan balik ke sini semula. So kalau nombor aku terlepas pun, mintak diorang aware aku akan datang balik.

Tapi nurse tak bagi. suruh juga aku tunggu.

Disebabkan aku ini insan yang lemah lembut hati bersopan santun tak pandai melawan, aku pun tunggu.

At last, jam 12.00 tengahari, nombor aku masih belum dipanggil. So, aku pun masuk sekali lagi jumpa nurse dan minta supaya dia bagi aku tarikh baru sebab aku memang kena balik ambil anak. Again dia tak bagi sebab dia check nombor aku rupa-rupanya tinggal 10 nombor je lagi untuk sampai ke giliran aku.

So, again menjadi wanita warisan terakhir, aku pun menunggu.

Jam 12.30, thats it. Aku dah resah memikirkan Cha. Memikirkan berapa laju aku nak bawak kereta nak mengejarkan Cha. FYI, Cha habis sekolah jam 12.15 tengahari. Aku dah memang lambat pun, cuma aku dah mesej cikgu dan ppm untuk tunggu Cha sampailah aku ambik dia dekat sekolah. Nasib baik la PPM dan Cikgu sangat-sangat membantu.

So at that very 12.30 pm, aku pi balik jumpa nurse dan minta jugak dia bagi tarikh lain.

And this is the best part my dear friends.....

Sambil dia setkan appointment aku yang baru, dia membebel-bebel begini:-

"Puan, lain kali datang awal, 7.30 dah datang kaunter pendaftaran, daftar awal-awal. Ini klinik kerajaan, patient beratus-ratus. Memang la kat sini tulis 9.00 pagi. Tapi bukan maksudnya keluar rumah 9.00 pagi. Faham?"

.
.
.
.

Wow. Just wow. 

.
.
.

Aku ni sebab hati dah teringat-ingat ke Cha. Dan aku pulak memang jenis malas nak cari gaduh sebab aku nanti nak datang ke klinik ni semula, nak mengadap juga nurse yang sama. Jadi aku decide untuk tidak menjawab walau sepatah.

.
.
.

Dalam hati, aku just fikir. kau tak tahu aku dari pagi macam mana struggle dengan anak-anak. Kau tak tahu aku memang dah awal hantar anak-anak hari ni. Ko cakap aku keluar rumah pukul 9?

.
.
.


Yes my friends, kerana mulut badan binasa. 

.
.
.

Selalu aku tengok dekat hospital-hospital kerajaan ni, diorang ada tampal poster - "kami berhak dihormati, sesiapa yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada kami boleh dikenakan tindakan".

Aku pernah bincangkan benda ni dengan suami aku, aku kata, mesti diorang ni selalu kena maki hahaha.

Dan bila aku kena macam ni tadi, aku faham dah, kenapa diorang banyak kena maki. Diorang menyindir, provoke, perli orang awam dengan muka annoying nada sarcastic - boleh? Tapi bila orang awam marah - salah?

Sepanjang aku drive nak ke sekolah Cha, aku membebel. Tapi aku cuba bersikap tenang dan aku tanamkan dalam hati, ini semua ATTITUDE! Mungkin 'kakak' tu penat bekerja, gaduh dengan laki, anak tantrum, sampai aku yang lemah lembut sopan santun minta tarikh baru pun kena sembur macam tu. Eh?!


Ini bukan salah nurse. Ini salah attitude masing-masing. Diri sendiri.





Prolog - 

Korang nak tau plan asal aku macam mana?
Lepas hantar Aidil, suami akan drop aku dulu di hospital dan dia akan terus pi hantar Cha ke sekolah. Kalau macam tu, mesti aku cepatkan? Paling kurang 7.45 pagi aku dah boleh tercangak depan kaunter pendaftaran.

Tapi yelah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Alih-alih laki aku sibuk nak otstesen. Tinggai la anak bini mengharung semua benda. Haih.





04 July 2017

Group Whatsapp

Zaman sekarang ni, kalau tak ada aplikasi Whatsapp dalam handphone, alamatnya ketinggalan zamanlah maknanya tu. Aplikasi ni sangatlah glamer sebab fungsi dia yang pelbagai. Especially, bila aplikasi ni memudahkan pengguna untuk buat group.

Ingat dulu masa zaman sms/mms, kalau nak bagi info pada dua tiga empat lima orang sekaligus, kalau handphone yang cikai, paling kurang kena copy dan send satu2. Lepas tu upgrade sikit sebab boleh send to many.

Tapi sejak ada Whatsapp, senang, buat group aje terus. Jadi sejak ada Whatsapp Group ni, memang ada berlambak-lambak jenis group. Antaranya:-

1. Group opis;
2. Group kelas;
3. Group sementara (untuk team sukan ke, kursus ke, etc);
4. Group alumni (x-sekolah rendah, x-sekolah menengah, x-diploma, x-degree, and the list goes on); dan yang paling glamer
5. Group family.

Jadi, topik utama yang aku nak mengomel hari ni ialah -- group whatsapp family.

Apa istilah family pada korang? Okey, pada aku family ialah :- mak, ayah, abang, kakak, adik. Itu istilah family paling ringkas buat aku.

Jadi, logiklah kalau group whatsapp family, paling basic ada orang2 yang aku sebut kat atas ni. Kalau nak masuk more than that, itu dah jadi BIG family.

Kisahnya, aku dah terjumpa dua tiga kali, ada polan polan yang berkecil hati bila mereka mereka ni dapat tahu mereka tak di-invite dalam group family husband mereka. So I just like....huh?

Kalau, kalau, adik2 or kakak2 or abang2 ipar lain masuk dlm whatsapp group tu kecuali kau, yes, kau ada hak nak sentap. Tapi kalau dah terang2 itu whatsapp group FAMILY husband kau, apa logiknya kau nak sentap?

Family, sometimes ada benda yang mereka nak discuss among families sahaja. Kita ni walaupun dah berkahwin dengan orang, tak semestinya urusan keluarga tersebut kau kena campur sesuka hati. Pada aku, eloklah kiranya kita hormat privasi setiap ahli keluarga tersebut. Apa hak kita nak tahu setiap inci urusan family husband kau? Lainlah kalau kita ni diajak sekali berbincang, diajak memberi pendapat, then itu another story. Still, biarlah beradap kalau nak memberi pendapat pun sebab masih itu adalah family belah suami.

Suami aku ada group whatsapp family dia sendiri. Tanpa ada ipar2 sekalian (kalau ada, then no comment) haha.
Aku sendiri ada group whatsapp family sendiri tanpa ada ipar2 juga.
Suami tak pernah argue.
Aku sendiri tak pernah argue.
Suami aku tak pernah cerita pun apa yang family mereka bualkan dalam group tersebut. Dan aku sendiri tak pernah bertanya. Melainkan dia mintak aku buka perbualan group tersebut untuk cek certain2 maklumat, barulah aku baca sikit2. Itupun aku takut nak baca lebih2 sebab takut kot ada isu sensitif yang mereka nak bincang.

Jadi, bila ada yang sentap sebab tak di ajak masuk dalam group whatsapp belah suami, aku jadi pelik dan sedikit kelakar.

Hmmm...
Ini pendapat aku, kalau kalian berlainan pendapat, owh maafkan sayaaaaaaa.

Lalalala!

03 July 2017

Kisah Rumah Tangga

Siapa biasa baca page KRT?
Siapa follow page KRT?

Tipu ngat2 kalau tak follow.
Hypp tau page tu.
Tak ikut perkembangan semasa la uolls ni taww.

Oke oke. By the way, page tu pada aku sangat menghiburkan. No no jangan salah faham. Bukan la maknanya aku seronok baca masalah rumah tangga orang. Takkkkkkk. Takkkk sangat.

Aku terhibur baca komen2 netizen dalam tu. I is hashtag muda terhibur. Sebab kadang2 aku pun rajin mengomel (baca mengomen) dalam page tu.

Topik dalam tu biasanye sama je.

Masalah dengan mertua.
(Mertua tak suka ko, ko tak suka mertua, mertua tak suka mertua, eh...)

Masalah dengan husband/wife.
(Laki kaki pukul, perempuan malas masak, eh...)

Masalah dengan ipar duai.
(Ipar dengki baju raya, ipar dengki pakai kereta baru, ehhhhh!)

Jadinya yang buat aku mudah terhibur dan rajin mengomel tu ialah, bila tuan rumah or tuan tanah or pemilik thread bagi ruang untuk netizen menembak bertuli tuli ke badan sendiri.

Paham dak.
Paham dak.

Macam ada satu topik ni.
Aku baca katanya - tunang dia ni panas baran. Dari screen shot yang dia tunjuk tu pun,tunang dia asyik membabi menyondol menganjing bagai. Aku jadi konpius. Dia bertunang dengan binatang ke?

Jadi tuan tanah bertanya, apa dia patut buat?

Like? What? Ko tanya apa? Aaaa apa? Uuu uu what?

Jadi lepas aku baca thread tu, aku menghadapi kemurungan yang teruk sampai aku pun nak mengomel bermacam macam jenis binatang juga....

On the other part.

Wahai gadis-gadis diluar sana.
Akak faham. Darah tengah manis. Tengah mendidih. Merenyam. Gatal. Disogok pula dengan cerita cerita manis potong kaki kat tv. Semua inginkan pasangan yang handsome, segak, romantik, bergaya.

Aku yakin, tunang minah dalam thread tu mesti jenis handsome. Itu yang dia sayang sangat nak putus sampai sanggup jadi bahan tembakan dalam page KRT. (Kalau tak hensem.... no komen). Ataupun mungkin kaya jadi dia bertahan juga (materialistik pulak).

Walau apapun, I reserved my futher comment.

Apa yang aku boleh cakap, kita ni berkahwin bukan semata-mata nak menghalalkan apa2 yang haram atau sekadar 'owh aku nak kahwin'. Tak. Kita ni berkahwin, kita ni buat gadaian masa depan kita.

Tu sebab Rasulullah s.a.w. bersabda - kalau nak pilih pasangan tengok pada 4 perkara. Salah satunya, keturunan. Bukanlah maknanya kau kena cari certain2 keturunan. Tidak. Maknanya tengok keluarganya. Baik ke. Beradap ke. Gangster ke. Sebabnya, kau kahwin kau nak hidup sampai hujung nyawa inshaAllah.

Tapi kalau kau kahwin dan nyawa kau berakhir kat tangan dia, buat apa? Tu sebab banyak kes2 anak kena dera sana sini. Sebab? Sebab sebelum kahwin tak fikir masak2. Tak mintak redha mak ayah. Tak mintak pendapat KRT. Eh??

Jadi.
Kalau setakat baru tunang.
Tak payahla.
You deserved someone way much better.

Lalalalala.

02 July 2017

Buku Tebal

Jumpa gambar ni dalam facebook tadi.
Terus teringat zaman buat buku tebal ni.

Aku dapat penyelia (lecturer) muda.
Ok orangnye.
Memang tak ada masalah dengan dia.
Sangat-sangat membantu.

Yang bermasalah adalah aku.
Buat kerja bertangguh.
Last-last, aku hantar final draft tanpa consult dengan dia.
Sebab pada aku (kononnya) janji settle.

Hari aku hantar final draft tu, petang terus aku pergi shopping dengan kawan kat Padang Besar.

Sekali dapat call dari penyelia aku tu.
Dia marah sebab aku tak consult dengan dia.
Siap ugut nak fail kan aku.

Itu final sem oke.
Final sem.
Kalau aku fail, memang keseorangan la ku sem depan nye.

Jadi bayangkanlah aku punya debaran menunggu result sepanjang cuti sem tu.

Hari cek result, jeng jeng jeng.
Aku lulus. B-

Kira okela.

Tq puan.
I owe u.

Walaupun saya dah lupa nama puan.

Hik hik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...