Tabungan

31 December 2009

..tak mahu lepaskan peluang ini..

seingat aku..
laman kecil ini dibuka pada tahun lepas..
bulan tujuh..

namun..
tahun lepas..
aktiviti menaip ini tidak serancak tahun ini..

tahun lepas..
laman ku ini di pandang sepi tanpa pengunjung..
MySpace


hanya Ucu Manja yang rajin menjenguk..
hanya Ucu Manja yang rajin menggalakkan aku untuk terus berblog..

selepas beberapa ketika..
penggunaan blog telah di blok..
wah..ayat *hee*..

maka sepanjang zaman darurat itu..
aku tidak berpeluang langsung untuk terus menjengah laman ini..

maka aku mencari jalan lain..

memberi komitmen kepada si biru *baca : celcom* demi untuk terus berhubung di alam maya..
memperuntukan sedikit wang untuk membeli komputer kecil ini..

maka selepas itu..
merekalah senjata ku..
senjata yang aku gunakan untuk terus berada di dunia ini..
MySpace

dalam masa setahun ini..
banyak kisah telah aku baca..

rata-rata..
mereka yang sudah punya laman kecil..
merupakan mereka yang sudah mengenali antara satu sama lain..

salam ku beri tanda perkenalan..
MySpace
cuba untuk memasuki dunia mereka..
namun tingkap tidak dibuka..
apatah lagi pintunya..

sekali lagi aku hilang minat untuk terus berblog..
MySpace
maka aku menyepi kembali..

tak lama kemudian..

semasa sedang melayari alam ini..
aku terkenangkan laman kecil ku itu..

pasti dah tinggi rumputnya..
pasti tidak kelihatan pagarnya..
pasti sampah berada sana sini..

maka aku kembali..
mengemas..
memotong rumput yang tinggi..
kembali menanam bunga sebagai seri..
kembali menyiram dan dibajai..

dan sesekali menjenguk jiran-jiran yang masih aku ingati..

dan aku paling takkan lupa..
aku berkunjung ke satu laman..
penuh dengan kucing..

ahh..aku amat sayangkan kucing..
begitu juga teman itu..
sangat menyayangi kucing-kucingnya..

salam ku beri dengan cermat..
dengan harapan ia disambut dengan ikhlas..
tak ku sangka dia kembali menziarahi aku..
dialah teman maya yang pertama..si ted|..

dari dia..
aku mula kenal blogger yang lain..
sehinggalah aku diterima baik juga dengan rakan-rakan yang lain..

terima kasih ted|..terima kasih sahabat :)..

dari dia..
aku mengenali kak watie suri rumah yang bahagia..
aku mengenali dek zara si pemain bahasa..
aku mengenali kak rina, sharamli, lumut, solehah, dan ramai lagi yang sering mengunjungi aku disini..

di sini juga aku mengenali kalian yang lain yang tidak pernah lagi kesini..

tidak mengapa..
itu tak bermakna aku marah..
tidak juga aku katakan aku suka..
aku pasti ada sebabnya mengapa mereka tidak kesini..
salah aku juga kerana tidak menyapa mereka..

maka azam aku..tahun ini..akan aku jejak kembali semuanya..
dan aku jaga rakan-rakan ini..

dan dengan ini..
dengan serendah-rendah hati..
aku berharap persahabatan kita disini akan berkekalan insyaAllah..
mengenali kalian..punya banyak makna..
setiap satu..punya lain-lain manfaat buat aku..

ted| ~ aku pernah bertanya pada dia tentang klinik veterinar..
kak watie ~ tempat aku mengadu tatkala aku disahkan mengandung dan gugur sebulan kemudian..
dek zara ~ tempat aku belajar bermain bahasa..
lanz, solehah, ninie, CC, Alvin ~ rajin menjenguk ku disini..
terima kasih kalian semua :)

pada kamu yang lain..
rakan-rakan baru..aku amat menghargai kamu semua..
:)

SELAMAT TAHUN BARU 2010..
SEMOGA TAHUN INI TAHUN YANG INDAH BUAT SEMUA..
NAMA TIDAK DISEBUT TAK BERMAKNA KALIAN TIADA DIHATI..
TERIMA KASIH SEMUANYA..:)

p/s ~
aku menulis disini..
kamu tidur lelapkan mata..
berbantalkan pehaku..
kamu lena..
lalu aku berhenti menaip..
memandang tulus kamu..
hati berdetik..
maafkan aku kerana mencurigai kamu..
aku sayang kamu..
MySpace
sungguh..
Tahun Baru kita yang Pertama sayang :)

30 December 2009

..entri khas untuk mami sempena hari jadi ke 53..


tanggal 17 Disember yang lalu..
mami berjaya mengumpul satu lagi kenangan dalam hidupnya..

ulang tahun yang ke 53 disambut di Kuala Lumpur..
mami dibawa keliling bangunan tinggi di sana..
diusung ke satu kedai ke kedai yang lain mencari satu persalinan permintaannya sendiri..

janji dikota..
mami kami bawa kembara..

senyum..
harap mami seronok..

nanti kita jalan sama-sama lagi ya mami..

Walau apa terjadi..
mami tetap yang pertama..


Walau apa terjadi..
mami tetap utama..


Walau apa terjadi..
mami tetap raja di rimba..


Walau apa terjadi..
kasih te takkan berubah hala..

Te sayang mami..
Nanti tinggal sini dengan te ye mami..





 

 

 

 

 

 
 
p/s ~
i love u very2 much..
muahs muahs..



 


..saat-saat akhir memecut ke hadapan memintas kalian untuk terus duduk dalam pelukan dek zara..


hahahaha..
indah bukan tajuk entri kali ini..
ini bukan indah..
tapi panjang seperti tali pengukur baju di badan sendiri haha..
ketawa lagi..ketawa lagi..

di saat-saat akhir ini..
di penghujungg tahun 2009 yang indah ini..
aku ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah aku cuba untuk lakukan..

contohnya..
memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh blogger hahaha..

selama ini..
jika ada pertandingan..
sering pertandingan itu aku pandang sepi..

bukan tidak mahu mencuba..
tapi entah kenapa..
keinginan itu tidak timbul..

tapi kali ini..
aku ingin mencuba..
untuk terus duduk dalam pelukan hangat dek zara..

aku ingin menyertai pertandingan yang dianjurkan olehnya.. (",)

Photobucket

aku cuma perlu menjawab beberapa perkara berikut yang aku kira molek untuk aku lakukan buat dek zara ihiks ihiks..*sayang kakak nak adiah hehehehe*

PERTAMA
untuk beruang putih kamu yang cantik itu kakak namakan SAMSUDDIN LAHOMI..
ihiks boleh terima tak sayang hahaha :)

KEDUA
dek sayang..kakak masih tak boleh terima kenyataan kenapa kakak masuk ke dunia kamu..kenapa kamu minta 5 kenyataan daripada kakak?? *ihiks tak mengapa sayang kakak tetap ada jawapannya :)*

satu - mencapai tangan kamu dari seorang kawan blogger yang lain..kerana dalam kotak komen kawan tersebutlah kakak terpesona dengan gaya kamu..cara kamu menyatakan hati kamu..cara kamu ketawa dalam gaya kamu..membuat kan kakak turut mencapai tangan kamu dan dibawa ke dalam dunia kamu yang indah..

dua - kakak suka gaya bahasa kamu..sinis dan penuh dengan maksud..kakak jadi gila dengan bahasa kamu..dan kakak juga semakin menjadi gila seperti kamu..kakak mula mencari buku-buku yang turut bermain bahasa dan mula suka membaca dewan siswa..gila kamu ini sayang!! :)

tiga - setiap entri kamu punya maksud..banyak mengajar..dan terkesan dalam hati..mungkin tanpa kamu sedari juga sayang..bahawa kamu membawa cahaya kepada orang lain dengan setiap tulisan kamu dan isi yang enak..mmm nyum nyum!! *senyum lagi :)*

empat - masuk ke dunia kamu..kakak rasa tenang..jangan tanya kakak kenapa..tapi setiap lagu yang kamu nyanyikan..setiap ikon-ikon kecil yang kamu paparkan..buat kakak leka sebentar..udara juga dingin..tumpang tidur di laman kamu sayang.. :)

lima - kakak suka punya kawan yang ramai..dan kakak suka punya kawan seperti kamu..kawan biar seribu..kasih biar suami ku..ihiks ihiks..

KETIGA
entri pilihan..owh kakak suka entri ini..
"PENULIS BLOG TIADA KEHIDUPAN SOSIAL DI ALAM REALITI : KAMU NAK MATI?"
kakak suka yang ini sayang..semasa kakak membacanya..kakak membaca dalam keadaan angguk-angguk geleng-geleng *ihiks*
kakak sangat-sangat setuju..
menulis itu satu terapi..
tak perlu membayar pada doktor sakit jiwa kan sayang..
melihat kamu sedang menulis juga satu terapi *ihiks bila merujuk kepada gambar yang kamu tempelkan di entri itu sayang :)*

KEEMPAT
kakak tak suka slogan..slogan buat kakak nampak bodoh..wah..itu boleh buat slogan tak sayang??ihiks..
"Selamat Ulang Tahun Pertama Dunia Sebelah Zara. Dunia ini memberikan kakak KETENANGAN. Terima Kasih Dek Zara.:)"

p/s ~
penat bodek budak nih..
makcik mahu menang motor!!


29 December 2009

..ada betulkah??..


mencuri masa dari jam dinding..
beberapa minit sahaja ya sayang..

sebentar tadi..
menilik-nilik foto perkahwinan rakan-rakan..
tahniah buat kamu semua sekali lagi..
cantik dan manis sekali kamu semua..
ada rakan ku yang memilih persalinan bernada ungu..
aduh cantik sekali..tuan punya badan pula putih melepak..
tiada salahnya padanan itu..
anggun..

usai merehatkan mata..
bergelak ketawa..setelah seharian sibuk dalam menyudahkan kertas kerja..
aku dan rakan sekerja duduk melepaskan lelah..

lalu dia menyatakan tentang cinta..
katanya pagi tadi..di ruang udara..
si Joki Disk *ihiks DJ lah* memperkatakan kajian yang dilakukan tentang cinta..

katanya..
katanya lah..
bukan aku..
tapi katanya..

cinta selepas perkahwinan hanya akan bertahan selama 9 bulan sahaja..

ahh??
9 bulan??
betul kah??
kamu rasa bagaimana??

aku tidak mahu cinta yang hanya bertahan 9 bulan selepas berkahwin..
walaupun...hmm..

setelah bercinta selama 4 tahun..
tapi selepas kahwin hanya bertahan selama 9 bulan??
tidak mungkin..
aku tidak mahu begitu..

p/s ~
sekarang sudah bulan ke-6..
ada 3 bulan lagi..
ihiks..

27 December 2009

..bukan perdana menteri..no no no..


aku bukan perdana menteri..
bukan juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri..
apatah lagi seorang KSU..
Pengarah Bahagian apatah lagi..

tapi ahhh..
aku bz oke!!

hahahaha..

dua minggu silap.. tiga minggu bercuti sakit..
sudah tentu kerja di pejabat bertimbun-timbun tak sudah..
aku juga seperti kehilangan semangat bekerja..
gara-gara tidak dipedulikan tuan punya bahagian..
nasib..rakan-rakan memberi sokongan..

aku bukan cuti suka-suka..
kalau aku boleh bekerja..
aku juga mahu..

minggu lepas juga minggu yang mencabar buat ku..
terlalu banyak berjalan..
membuatkan malam-malam ku kesakitan..
malam saja..pasti sakit menyerang..
badan aku panas..
segala urat dalam badan tegang dan melenguhkan..

tapi aku gagahkan juga ke pejabat keesokan harinya..
dengan senyum yang ditempek ke muka secara paksa..
dengan kaki yang kuat melangkah ke sana ke mari..
hingga ditegur anak buah agar tidak banyak berjalan..
dan sedia diarah apa sahaja..
asalkan aku bisa duduk diam sahaja..

tapi aku tidak begitu..
kerja harus dilakukan..
gaji aku terima hasil titik peluh aku..
yang menitis di sepanjang jalan aku..

aku akui..
kekadang..
sampai tahap malas itu..
sampai tahap memberontak itu..
aku juga pernah duduk sahaja di pejabat..
menjenguk kalian di alam maya..

tapi aku kuatkan hati..
agar kemalasan itu..
tidak menyerang secara tegar di sepanjang minggu..

hari minggu..
hari aku harapkan untuk menjenguk kalian seluruhnya..
tapi..
aku punya ahli keluarga yang besar untuk aku jaga..
besarkah?? ihiks..

hari jumaat..
pergi meriuh-rendahkan rumah kak iparku di ampang..
ada sedikit kenduri kesyukuran..
anak saudara ku yang sulung mendapat 6A dalam PMR..
tahniah sayang!

hari sabtu..
mengikut rombongan ibu mertua ku..
ke Kuala Pilah memenuhi undangan walimatul urus..

tak dapat aku menghadiri kenduri kalian :-
Aida dan Pasangan,
Qeema dan Pasangan,
Yus Azlie dan Pasangan..

apa-apa pun tahniah buat kalian..
semoga dilimpahkan rahmatnya..
dan berbahagia ke anak cucu..
hidup berumahtangga amat mencabar..

waktu bercinta..dugaannya lain..
waktu berumahtangga..apatah lagi..

wah aku bercakap dah seperti orang tua gayanya hahahaha..

okelah..

harus ke dapur..
memasak untuk suami..

dan melakukan sedikit bukan sedikit halahai..
tapi banyak kerja banyak yang aku bawa balik kerumah..
agar dapat diselesaikan..
dan dibawa ke Mesyuarat besok petang..
KPL leceh!!


p/s ~

teruskanlah..teruskanlah..kau  begitu..

ada satu tong..
air diisi tanpa henti..
namun tak pernah dicedok sedikit keluar..
maka ia hampir penuh..
bila melimpah..??
tong itu tidak punya kudrat..
untuk diminta dicedok airnya keluar..
perlu ada tangan yang secara rela..
membantu mencedok..
mengurangkan air yang hampir penuh itu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...