Tabungan

26 August 2010

mengapa hidup ini tak bahagia?

kebelakangan ini.
hidup aku agak gelap.
ditimpa pelbagai masalah. ditimpa pelbagai dugaan.

secara peribadi.
badan aku sememangnya lemah.
dan aku disahkan punya asma.
ubat berbotol-botol. berplastik-plastik.
kos perubatan jangan ditanya.
memandangkan aku terperangkap di hospital swasta.
bayangkan saja berapa kos yang harus aku gadaikan setiap kali melakukan pemeriksaan.

namun semua aku cuba hadapi dengan tenang.
bisik dalam-dalam bahawa ini semua untuk kebaikan bayi kecil ini.
biar hilang duit, jangan hilang bayi ini.
biar berkorban sekarang, demi bahagia yang menanti aku Disember ini.

Alhamdulillah.
rezeki masih ada untuk aku dan Nazri mengharungi ini semua.
cuma aku harapkan agar ada yang mendoakan kesihatan yang berpanjangan agar aku selamat melahirkan bayi ini ke dunia.

mami bertanya pada aku.
mengapa hidup ini sukar? penuh dengan duka? penuh dengan sengsara?
tiap hari berhadapan dengan masalah.
tiap hari punya risiko untuk mengalir air mata.
pendek kata.
mengapa hidup ini tidak bahagia.

jawab aku.
wahai mami.
itulah yang dinamakan dunia.
jika tiada cabaran, dugaan, masalah, duka, sengsara, maka.. bukan dunialah namanya.
jika tiada sisi gelap itu, jika hanya ada cahaya dan bau harum, maka syurgalah jawabnya.
namun, kita masih bernafas dan hidup di dunia.
dan memilih bahagia atau tidak adalah di atas kehendak kita sendiri.
untuk bahagia, tidak perlu orang lain melainkan diri kita sendiri.
walau sesukar mana hidup ini, jika ditanam dalam hati sedalam mungkin bahawa kita masih bahagia,
maka bahagia lah ia.
segala tindak tanduk kita itu yang mengundang bahagia.
dan sebenarnya kebahagian kita itu boleh menjadi tempias di dalam hidup orang lain yakni orang-orang yang hidup disekeliling kita.

seperti satu senyuman kecil.
cuba senyum kepada orang dihadapan sekarang.
orang itu akan tersenyum kembali dan seraya memandang ke sebelah kanannya,
orang tersebut pula menyambut senyuman itu dan memandang orang di sebelah kanannya pula.
bukankah senyuman itu telah merebak dan mekar di sekeliling kita.

jadikan diri ini bahagia.
jika perlu, mari kita sorok duka kita wahai mami.
mari kita pasang topeng gembira yang dah lama kita pakai dari dulu lagi.

jangan risau tentang kami wahai mami.
walau apa terjadi kami dibelakang sentiasa menyokong.
jangan risau tentang kasih sayang kami.
kerana kasih kami tetap untuk mami.

p/s ~
buang yang keruh,
ambil yang jernih.

23 August 2010

RAMBUT SAMA HITAM, HATI LAIN-LAIN..

itu hakikat.
rambut aku hitam.
ya kamu juga hitam.
melainkan kamu mewarnakan rambut kamu dengan pelbagai kaler lain.
urusan kamu.
bukan aku.
terpulang.

namun masih hakikat.
secara am, rambut kita sama hitam.
dan tetap, hati kita lain-lain ya.

aku, kadang-kadang, merasa benci dengan diri sendiri.
bukan kerana hakikatnya aku tidak cantik.
bukan kerana hakikatnya aku dilahirkan pendek.
bukan kerana hakikatnya aku gemuk.
aku suka hakikat di atas.
membuat aku menjadi orang yang biasa-biasa saja.

tapi.
aku benci hakikat bila mana aku dijadikan orang yang punya hati yang lembut.
punya hati yang sensitif.
punya hati yang rapuh.
cepat terkulai.
jatuh ke tanah.
dipijak bagai.

aku kagum pada mereka yang punya hati keras.
pada mereka yang punya hati batu.
pada mereka yang tidak ada rasa kasihan.
pada mereka yang mampu tutup mata hati menjadi sejuk sesejuk sejuknya.

aku penat begini.
aku penat merasa sedih.
aku penat bila menangis pada perkara-perkara yang remeh.
pada mereka yang berhati batu memang akan menganggap remeh.
namun bagi aku berhati salju perkara tersebut amat berat untuk disusun dalam urat kepala.

aku bakal kehilangan bushy.
ya memang pada kamu berhati batu perkara ini remeh kan?
tapi pada aku....

namun tetap.
demi kandungan ini.
aku rela lepaskan bushy.

terfikir juga.
kalau terjadi perkara tidak baik pada kandungan ku.
pasti aku disalahkan.
seperti biasa.
hati salju ini pasti menerima dengan sepenuh hati.

keputusan yang berat namun wajib dilaksanakan.
bushy maafkan tuan kamu ini ya.

p/s ~
teringat perbualan singkat dengan seorang kakak pengemar kucing.
"menjaga makhluk Tuhan dengan ikhlas, banyak hikmahnya.
sakit semua datang daripada Tuhan.
tak jaga kucing pun boleh sakit."

20 August 2010

LAIN KALI BUAT SENDIRI!!

jika kamu rasa aku tak mampu nak kendalikan mesyuarat itu,
buat lah sendiri!

jika kamu rasa aku tak boleh nak menang kes itu,
buat lah sendiri!

tak payah la nak terpekik terlolong mengulang tayang keputusan itu ke sana ke mari.
tak payah la nak buat muka kecewa setiap kali memandang muka aku.

jangan buat orang rasa menyampah dengan kehebatan kamu yang sedia ada itu.
jangan buat orang hilang rasa hormat dengan sikap kebudak-budakan kamu itu.

lain kali,
sila buat sendiri.

p/s ~
sesungguhnya aku sedang berpuasa.
namun aku cuma manusia biasa.
tiap kata.
bisa buat aku hiba.

16 August 2010

dan dia adalah perempuan :)

sudah tengah hari.
barangkali ubat sudah hilang bisa dadahnya.
maka aku kembali berdiri.
walau kaki kebas menggila.
bangun woi bangun.
jangan manja sangat.
*senyum seorang diri*

mahu berkongsi berita gembira.
jumaat lepas berjumpa doktor.
pemeriksaan bulanan.
juga untuk memastikan tahap kesihatan.
batuk.kencing.batuk.kencing.asma.lelah.
hasilnya.
4 jenis ubat yang berlainan.
*yang buat aku mamai separuh hari*

dan juga.
masa untuk melihat jantina bayi.

dia.
adalah.
seorang.
bayi.
PEREMPUAN.

Alhamdulillah!!
namun, telah aku nyatakan.
bayi apa pun tetap kami syukur.
ini anak yang pertama.
tidak kisah lelaki atau perempuan.

dan aku bakal menjadi ibu kepada seorang puteri.
hmm.
masa untuk mencari nama.

aku fikirkan.
Sarah.
Laila.
Balqis.

dan nazri.
fikirkan.
Qaisya Aaliya.
atau Qaleisya.

ok kah?

p/s ~
mahu cari skirt pink.
baju merah.
tilam bunga2.
owhh bahagia!! :p

bila badan rapuh

rapuh.
jatuh.
lemah.
sakit.
tak berdaya.
hilang sisi kuat.

semua kata hanya berbaur negatif.
semua kata hanya buat mental ikut pusing jalan lelah.
satu orang jurus psikologi pernah berkata 'jangan kamu fikir sakit, nanti kamu ikut sakit'.
tapi kalau badan memang sakit. perlu tidak kamu bohong, 'hoi badan jangan sakit?!'

badan aku sakit.
minda aku juga sakit.
*angkat kening*

hari ini lepas bersahur, makan ubat, badan kain makin lemah, urat makin lenguh.
penyelesaian.
aku EL.

persoalan.
adakah mereka faham.
atau akan mereka berkata.
tipu sakit.
malas kerja.
main2 saja.

boleh tidak kalau aku tutup telinga sumbat gegendang saja?
aku sakit.
tak mahu susahkan bayi dalam kandungan.

boleh tidak?

p/s ~
aku masih baring.
kaki aku lenguh.
kaki kecil.
badan makin besar.
sapa suruh kaki kecil.
terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...