Tabungan

31 July 2011

Berdebar sambut Ramadhan kali ini

Masa aku mula menyewa kat flat ni, aku solo lagi. Tak kahwin lagi. Bujang lagi. Ayu lagi. Eh tetiba hee. Masa ramadhan itu, oke lagi, berbuka puasa dengan Encik Nazri *masa tu masih status girlfriend sajo*. Sahur jangan katalah, beli saja apa yang nak, esoknya hangatkan saja or enak dimakan begitu saja *mean malas tahap dewa 19*.

Setahun kemudian, sambut Ramadhan sebagai isteri. Masa ni ada sedikit rajin sebab dah ada encik suami kan, so rajin bangun pukul 4 dan masak sesuka hati. Masa tu juga, adik dah ada sebagai peneman. So bertambah-tambah rajin sebab ada banyak mulut nak makan, seronok!

Setahun kemudian, sambut Ramadhan sebagai bakal ibu. Pernah aku coretkan perasaan aku di entri ini. Owh ya! Ketika itu juga aku cukup setia ditemani Bushy. Anak kucing yang aku ambil di SPCA ketika dia berumur 4 bulan. Namun sekarang dia telah tiada, mungkin dicuri orang lain. Cis!

Dan tahun ini, Ramadhan kembali lagi dengan Qalesya Alia disisi. Bolehkah aku mengemudi kapal ini sebaik mungkin. Semoga Allah membantu aku dan semoga Qalesya Alia memahami tanggungjawab ibunya yang juga seorang isteri kepada ayahnya :).

Yang pasti, Syawal tahun ini sangat dinanti, bukan sahaja oleh aku tetapi oleh seluruh ahli keluargaku.

Sepanjang Ramadhan ini, adik aku Fairoz berpeluang menjadi Imam tarawikh di Surau Kampung Buntung, Ipoh. Alhamdulillah.

Abang aku pula Ayop, akan bertunang Syawal ini insyaAllah.

Tahun bermakna buat kami semua :)
InsyaAllah.

Anugerah Tuhan paling bermakna

30 July 2011

Rambang Mata @ 7th Parenthood Expo

Rambang mata mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud tidak tahu yang mana satu hendak dipilih kerana terlalu banyak pilihan.

Iyolah. Itulah yang berlaku pada aku tadi. Masa aku pergi 7th Parenthood Expo di Pusat Pameran Mid Valley Tingkat 3. Wah..detail gitu mak bagi!

Tapi serius. Pameran yang ini lebih banyak penyertaan dari Pameran Mami and Baby Expo kelmarin. Tak tau lah aku yang 'konpius' atau aku yang penat sebab banyak sangat booth nak dilawati atau sememangnya ada banyak penyertaan kali ini.

Sejak ada anak ni, expo-expo gini memang tak boleh dilepaskan. Al-maklumlah, kat sinilah nak dapat baju-baju cun dengan harga murah, barang-barang baby dengan harga murah tak lupa diapers dengan harga yang sangattttt murah. Sengaja aku panjangkan 't' sebab nak menunjukkan sangat murah hokey!

Kali ini hasil pancingan agak lebih kepada baju sebab nak raya ni kan. Anak mami nak melaram gak. Tapi baju kurung hof coz la tak jumpa kat sini. Baju kurung baby Q dah ada 2 yang mana sedondon dengan maminya hof coz. Skirt dapat beli satu tadi plus satu hand made oleh ibu kat Taska dia. Dan tadi beli lak baju-baju biasa untuk pakai masa raya nanti. Takkan nak pakai baju kurung sepanjang hari kan. Meraung budak tu nanti. Hokey. Gambar time!


Itu antara baju-baju yang sempat disambar tadi. Berkenan dengan satu skirt, unfortunately, baju tu besar sangat ngeee.. Takpelah, lain kali kan ada hehe.

Selain baju, Encik Suami belikan si kecik play mat. Mami dah lama nak beli play mat ni, tapi tak jumpa-jumpa yang mampu beli wakakakaka. Last-last kat situ tengah offer RM130. Murah and yet masih tebal. Encik Suami pun offer nak beli, so layan ajer.

Abaikan si kecik yang punya mata buntang itu sebab dia tengah excited dengan play mat baru dia hehe

Kalau pergi baby expo, kalau tak beli diapers memang tak sahkan? So aku sambar satu diapers yang agak tak popular, tapi memang aku berkenan sebab pernah beli masa baby expo yang terdahulu. Lagipun, kebanyakan parents yang datang situ, aku tengok rembat sampai 5, 6 pek. Aku pasti, mereka juga seperti aku, pernah beli jenama tu dan comfortable dengan jenama tu sebab baby kami tak kena diapers rash pun bila pakai diapers tu. Tapi, aku lak, diapers yang ini memang untuk hantar kat Taska dan untuk pakai sekejap-sekejap saja. Kalau untuk travel memang aku akan pakaikan Q Ultra Huggies atau Huggies Dry Comfort sebab memang terbukti secara klinikal boleh pakai berjam-jam tanpa kena diaper rash, atau merah-merah atau basah-basah walau dah pakai 6 ke 8 jam. Uuuu Yeah.

Ni lah diapers tu. Whoopee! Yippee!

Itu je la barang-barang yang berjaya dirembat kat baby expo tadi. Rambang mata. Tengok baju-baju si kecil, tengok stroller baru, tengok baby seat baru, tengok haish macam-macam la barang tadi.

Owh dan sebelum kami pergi expo tu tadi, kami pergi ke MPH Bookstore. Dapatlah kami beli a few books. 2 buku untuk mami dan 1 buku untuk baby Q.

buku untuk mami
Memandangkan aku sedang menghadapi krisis dalaman dan krisis tempat kerja, rasanya aku perlukan buku untuk mengingat kembali cara nak menghadapi manusia dan cara nak menjadi penyelia yang baik. Semangat tak hengat lah! Wakakakaka.


buku untuk baby Q

Masa aku pergi Kursus Pengurusan Taska hari tu, ada seorang penceramah tu kata, kalau kita nak anak kita suka baca buku, maka kita kena biasakan dia dengan buku dari peringkat awal lagi. Seawal dia dah boleh tengok kita. Seawal 2 minggu. 2 minggu? Tak tahan. Dah lewat ke sekarang? Tak kisahlah. Janji ada semangat nak bagi dia kenal buku kan heee.

So itu je la aktiviti kami di hujung minggu sebelum puasa ni.

Layan gambar Q yang seronok ada play mat baru, tapi idak juga dok melonggok kat situ heee...


rasa hebat sangat lah tu lepas satu tangan. heee.

p.s.
perihal Expo, klik di SINI. owh. expo tu berakhir besok. cepat. jangan ketinggalan heee.

ada yang tak betul dalam setiap gambar. apa dia heeeeeee?


28 July 2011

Bottle Neck : Pengurusan Stres

Ya. Aku berkursus lagi. Minggu ni dapat dua hari aja masuk opis. Selebihnya berkursus dan cuti pada hari Jumaat sebab nak antar mak mertua ke umrah.

Kali ini berkursus Using Psychology In Managing Downward. So basically, kami orang belajar mengenai stres, pengurusan stres, kaunseling dan komunikasi.

Bab paling aku suka ialah bab kaunseling dan pengurusan stres. Walaupun nampak mudah cara yang diberi, namun perlukan masa untuk uruskan tekanan ini.

Stres. Stres ini subjektif. Setiap orang punya punca stres yang berbeza. Dan setiap orang punya definisi stres yang berbeza.

Sebagai contoh, aku stres bila nak lipat kain yang banyak. Tapi, ada setengah orang SUKA lipat kain yang banyak. Ada juga yang kata lipat kain boleh beri ketenangan. See. Lain-lainkan.

So dalam nak uruskan stres ni juga ada berbagai-bagai teknik.

Ada teknik deep breathing.
Bila kita stres, degupan jantung akan jadi laju dan pernafasan kita pendek-pendek yakni tersekat-sekat. So melalui teknik ini, kita ubah kembali pernafasan kita supaya degupan menjadi kembali perlahan dan pernafasan kembali normal. How? Tarik nafas ikut hidung. Hold. Dan lepaskan melalui mulut secara perlahan-lahan. So lepas ni, kalau rasa-rasa stres nak jumpa boss garang, rasa stres nak pi interview, rasa stres nak bentang presentation, take time, buat deep breathing.

Teknik imejinari.
Kita stres pikir nak jumpa boss garang. Contoh ja. Boss saya baik *wink wink* Tapi andai kata boss hangpa garang, mengundang stres ke jiwa.. Apa kata masa korang bayang boss hangpa yang garang tu, dengan imej yang buat anda tenang. Kalau rasa bayang Fasha Sanda leh buat korang tenang, eh go on. So, ble korang berdepan dengan boss pun, mesti korang leh tersenyum, sebab terbayang Fasha Sanda dok tersengih manja pandang hangpa kan. Eeee yerk!

Ada a few lagi technique, tapi mak lupa nama dia dan dua di atas sangat mudah diingati sebab simple dan boleh buat kat mana-mana pun, bila-bila masa saja.

Ada satu lagi yang simple dan ianya teknik senaman. Itu kendian leh cerita kot.

Being in this course, sedikit sebanyak mengurangkan rasa stres yang dihadapi last week. Tapi rasa macam jadi bottle neck gak. Banyak sangat information, rasa macam tak sempat nak digest sebelum jadi bahan kumbahan ngahaha.

Yang pastinya, aku sudah ada objektif.

Mahu ambil Master dan PhD dalam bidang kaunseling.
Amacam? Ada berani? Ngeee...

Akan ku capai. InsyaAllah.




posted from Bloggeroid

26 July 2011

oke. masa untuk membebel.

saya suka membebel. sapa yang kenal saya, memang tahu saya suka membebel. saya suka bersembang. saya suka bercakap. saya suka bergelak ketawa. saya sangat suka membuat bunyi-bunyian.

tapi, walaupun kita suka membebel sekalipun, seharusnya kita kena jaga hati orang-orang disekeliling kita tu. tak semua boleh terima bebelan kita tu. kadang-kadang, bebelan yang kita rasa biasa, rupanya tidak biasa pada fikiran diorang. itu boleh menimbulkan marah! boleh menimbulkan rasa kecil hati. boleh menimbulkan rasa meluat. boleh menimbulkan rasa 'eh aku taknak kawan dah la ngan dia ni. apa dia ingat dia sorang aje bagus. apa dia ingat dia sorang aja ada mulut!'.

eh. mak takda niat tau nak sakitkan hati sapa-sapa. kalau rasa-rasa terasa dengan perasa mak ni, cakap la kan. masing-masing ada zon selesa sendiri. itu mak faham. sebab mak sendiri ada zon selesa. dan kalau terbabas zon selesa tersebut, mak pun boleh sentap!

ini idak. boleh lak nak putus sedara, putus kawan terus. tak mahu dah bertegur. tak mahu dah jawab tepon. tak mahu dah jawab komen. tak mahu dah balas sms.

takpela. sapa la mak ni kan. mak ni orang miskin. memang la tak layak nak berkawan dengan orang kaya macam hangpa semua tu. pakai selipar naik kapal terbang. jatuh standard kalau korang kawan dengan mak ni ha. eh pendek kata, mak sedar diri mak dan mak selesa dengan diri mak!

eh mak tak kisah la. taknak kawan? mak pun tak hadap la!

.ps.
ini bukan kata-kata aku.
dah kata aku suka membebel kan.
ngahahahaha.
gelak shhhheeetttoooonnnn.
gelek inul.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...