Tabungan

31 December 2012

dah lama tak pergi fun-fair!!

yelah. dah lama tak pergi fun-fair. dah tu, asyik lalu-lalang aje depan fun-fair ni. geram aje rasa tengok lampu warna-warni tu. dalam ati dah tanam kata tetap akan bawa Cha main-main kat sini.

tapi seperti yang dijangka, anak tak main sangat. mak dengan pak aje lebih. layan je lah hahaha.



anak dan bapa. yang kat tangan Cha tu permainan yang dapat hasil dari main kat fun-fair. haha.

nasib baik ada palam. boleh juga tolong tengok-tengokkan Cha masa mami dengan ayah dengan sibuk main haha.

tengok nak. naik takut. jangan kata kami tak bawa dia naik ya. dah cuba. berperang tau.

nak menghabiskan token - main BINGO! haha.

palam dan Cha sementara ayah main BINGO. thanks palam.

mak loike this picture. tak tahu kenapa. macam fairy tale giteww.

menangut tengok duck dalam kolam.

hero kami hari itu hee. thanks palam!!






setelah penat ber-blog walking

gila jauh aku berjalan. gila banyak daerah dah aku jejak. gila banyak ragam yang aku jumpa.

amboi bagai nak gila ya. haha. tapi benar, jauh gila aku berjalan hari ini. eh! ramai rupanya blogger yang aku tak follow lagi haha. gila terasa kerdil bila tengok bilangan follower mereka. kalau diikutkan, aku lebih awal ber-blog dari mereka, tapi sebab aku malas dan mereka rajin, maka wujud gawang bilangan follower yang sangat besarrrrr.

dan satu yang aku perasan-tan-kan.

blogger-blogger yang terkenal, kalau perempuan mesti stok-stok yang cun dan cantik gila.
kalau lelaki mesti stok-stok yang hensem banget trang tang tang.

jadi, blogger yang kurang rupa macam aku ni nak menyelit kat mana la pula ya. hahaha.

tapi betul weh. yang perempuannya cun-cun belaka, jadi tak susah nak snap gambar sendiri dan tampal kat blog. kalau dah macam aku, snap dan tampal kat blog, nak tengok gambar sendiri pun naik segan haha.

dan tadi, masa jalan-jalan tadi, jumpa juga mamat-mamat dan minah-minah blog yang punya blog yang santai. maksud aku yang buat lawak bodo dan seantero dengannya. aku suka jenis blog macam tu. tak serius sangat. tak mengutuk orang sangat. tak up diri sendiri sangat. sedang-sedang saja. i loike.

banyak konsep rupanya. banyak input yang boleh dikongsi. macam-macam. :)



***



bila pejabat sunyi, aku selalu ambil kesempatan untuk pergi lunch dengan suami. maklumlah, aku ni boleh dikatakan jenis yang manja juga (sila muntah pelangi) dan manja aku memang pada suami agak berlebih-lebih la sedikit (bak kata Kassim Baba masa minta hutang dari Ali Baba).

jadi, bila mood nak manja-manja datang, aku memang sanggup drive dari Putrajaya ke Mid Valley hanya untuk makan tengah hari bersama.

tapi hari ini, permulaan-nya agak kurang best sebab encik suami seorang ni tak reti-reti nak angkat telefon. sampaikan aku dah terpacak setengah jam lebih dekat Mid Valley dia masih tak jawab telefon. (sabarlah wahai hati). aku dah nekad nak balik dah, tapi tiba-tiba dia return call. bila aku kata aku dah setengah jam dekat Mid Valley, dia boleh kata kenapa tak bagitahu. eh hello?! yang ai bagi mesej start dari pukul 12.00 tengah hari dan yu tak angkat phone tu apa?? (sabarlah wahai hati) cuba bayangkan perasaan aku masa tu. tipulah kalau aku kata aku tak merajuk. tapi sebab dapat makan, hai-lah lupa hati tengah merajuk. ya, makanan buat aku lega. so faham tak kenapa badan aku macam ni? dah diam!

hari ni kami ubah mood sikit.
aku makan makanan korea (konon) dan dia makan makanan jepun (konon). kenapa aku kata konon. sebab macam aku, nama aja beli dari kedai makanan korea, tapi still yang aku order ialah Chicken BBQ. so faham tak? secara simplenya, aku makan Chicken BBQ aje la. takdela korea sangat. yang buat korea-nya sebab ada sup rumpai laut dengan jeruk sayur (apatah - kimchi ek?) dia orang tu.

tempting aite.
tak menghampakan sebab Chicken BBQ tu memang sedap. cili potong kena ada sebab jeruk sayur is so not cool to me.

makanan suami lupa nak snap sebab aku tengah enjoy makan.

okey. lepas makan sambung merajuk, tapi tup-tup suami pulak merajuk sebab aku dah over melalut benda lain. dah pi tuduh dia ada pompuan lain pulak. aparaa wanita mutalib. last-last, aku juga yang pujuk dia (padan muka ko). dan kami berbaik semula.

happy ending.

makan pun dapat.
gaduh pun idak.
besok cuti!!
o--hoi!!



blog : sana-sini makin boring

ya. makin mem-bosankan. sebab, masing-masing mula tulis ikut hati. ya. kalau yang lemah-lembut tu, tak apalah, seronok aje membaca. tapi kalau dapat yang jenis sarkastik, rasa menyampah aje baca.

aku, bila jumpa yang jenis sarkastik ni, kadang-kadang memang tak baca langsung dah. maksudnya, memang tak repeat baca-lah, hai dan bai.

tapi kadang-kadang, aku simpan, jadi silent reader, sebab walaupun dia orang itu sarkastik, tapi apa yang dia orang cakap tu betul. walaupun, menyampah baca, tapi, bernas aje buah fikiran dia orang, membuatkan kepala otak kita pula yang ligat berfikir dek kerana tulisan dia orang.

tapi ada juga yang sarkastik, baca jadi menyampah, entah apa-apa, tapi kita terpaksa juga baca, sebab...... kawan?


hahahahahahahahahahahahaha.




anyway, 2013 is just around the corner.

dan ia telah membuktikan 2012 bukanlah tahun berlakunya kiamat. maka kasihanlah pada mereka-mereka yang dah beli tiket ke angkasa, dah rodok perut bumi buat penempatan bawah tanah dan dah buat kapal selam segala.

hahaha.

bodoh juga orang *** ni kan.

ingat pandai sangat.




shame on you.

bluek.

oke dah. mak nak kerja. dah la mak sorang aja tinggal kat pejabat ni. yang lain, cooti!



29 December 2012

Bila orang tak tahu bersyukur

Dah kurus, sibuk nak kurus lagi.
Sampai orang gemuk macam aku ni, naik pelik, tang mana yang gemuk sangat tu.

Dah kaya, nak kaya lagi. Jadi, orang tak berapa nak ada macam aku ni, naik jelik, tamak sangat.

Dah cantik, sibuk nak cucuk-cucuk susuk-susuk bagai. Hinggakan orang yang tak cantik macam aku ni, makin jadi rendah diri.

Dah naik pangkat, mula besar kepala, dah tak nak tegur kawan-kawan lama, orang-orang bawahan, sampaikan orang lain nak menyampah tengok perangai 'baru' tu.

Itu kehidupan. Pada aku, mereka jadi begitu bila mereka tak berpaling pada Tuhan, tak tahu nak bersyukur.

Orang lain, sibuk nak kurus, sibuk nak kaya, sibuk nak cantik, sibuk itu ini, tapi pada mereka yang dah ada tu tak pandai nak bersyukur malah sibuk nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

Benar. Itu namanya nafsu. Manusia semuanya bernafsu. Tapi bukankah kita ni digalakkan bersederhana.

Secara peribadi, aku kadang-kadang rasa jelik dengan keadaan sekeliling. Dah cukup semua ada. Dah ada keluarga bahagia. Dah ada rumah sendiri. Tak payah hutang sana-sini. Tapi masih lagi mengeluh. Aku macam, what? Tak cukup lagikah apa yang Tuhan bagi ni?

Macam aku...........

.
.
.

Masih banyak yang perlu kami sekeluarga kejar-kan. Kami masih belum stabil. Satu-satu masalah datang. Mungkin sebab terlalu berharap pada orang. Ya! Padan muka pun. Ingatkan adalah orang boleh menolong, tapi at last, berita buruk juga yang kami dapat.

Kecewa, sedih, jangan cakap. Aku dah kata, kecewa dan sedih memang dah pecah dalam jiwa kami.

2012 meninggalkan banyak kenangan pahit buat kami.

Maka kami harapkan agar tahun 2013 adalah tahun yang baik buat kami. Dan aku juga telah mulakan perniagaan online. Pretty Qalesya nama diberi. Perniagaan pun dah didaftarkan secara sah. Kami menjual wangian dari Victoria's Secret dan produk kesihatan Shaklee.

Semoga tahun 2013 ni tahun yang baik buat kami. Jemputlah membeli-belah dengan kami.

Pergi saja ke Facebook, cari Pretty Qalesya. InshaAllah.

Terima kasih.

Selamat tinggal 2012.




Sent from my iPhone

27 December 2012

TIPS : MENGERATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK-ANAK

luangkan masa makan dengan anak.
berkongsi meja (atau lantai) dengan anak boleh menyemarakkan lagi hubungan.
sebab......masa makan, macam-macam perkara boleh sembang.
(masa makan tak leh sembang, acaner?)

luangkan masa bermain dengan anak tanpa gangguan.
bila tiada gangguan, kita boleh fokus dengan anak saja.
menguatkan lagi hubungan.


tutup semua punca gangguan.
handphone.
tv.
apa-apapun.
hanya dia penting sekarang!


ikhlas. jujur. dengar dengan tekun.
kanak-kanak tahu bila anda tak bagi perhatian pada mereka.
jadilah pendengar yang setia.
jangan abaikan apa yang mereka luahkan.
dan jangan janji perkara yang kita tak boleh kotakan.


fikirkan aktiviti yang menarik untuk dibuat dengan anak.
bahagiakan anak selalu.
perkara yang simple sebenarnya dengan sekelip mata boleh membahagiakan hati anak.

berfikiran terbuka.
semakin anak kita membesar, mereka mula ramai kawan.
maka, berfikiran terbukalah - asalkan tidak melanggar ajaran agama ya.
buat sesuatu agar anak kita mempunyai kehidupan yang normal dan mereka masih lagi sebahagian dari anda.



sekian.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...