Tabungan

14 February 2010

::Hari Kekasih::

rata-rata..secara purata..pukul rata..pasti hari ini..tajuk-tajuk pilihan para bloggers ialah Hari Kekasih..hinggakan iklan di TV pun..digabungkan..sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Kekasih..

masih aku ingat..zaman jahil dulu..aku adalah dikalangan orang yang begitu teruja menyambut Hari Bersejarah ini!!sibuk berbaju merah jambu..perasan jambu..cit..malu sendiri bila diiingatkan..

kini aku tahu..apa itu Hari Kekasih..tak perlu rasanya aku kupas lagi cerita ini..pasti ramai saja yang sudah cerita secara detail..

tapi..ragam remaja atau mereka yang memilih untuk menyambut Hari Bersejarah ini..pasti boleh dilihat secara terang-terangan..disana sini mereka berbaju merah atau merah jambu..yang perempuan tersenyum manja..yang lelaki pasti tersenyum bangga dapat memaut pinggang gadis pujaan hati..

itu pasti di siang hari..diwaktu malam..pasti hotel bajet..hotel murah..disekitar bandar full booked..untuk apa??owh sudah tentu untuk menyambut hari keramat ini kan??kononnya..jika cinta itu cinta sejati..maka buktikanlah..dengan apa??dengan mahkota kamu wahai sayang..maka si perempuan cair..dan luluh menyerah mahkota diri kepada lelaki yang belum pasti akan menjaga si perempuan seumur hidupnya..

selepas itu..9 bulan kemudian..berlambak-lambaklah anak luar nikah..yang dibuang sana sini..tak percaya??ahaks..

haih..zaman dah semakin mencabar..mencabar dari berbagai sisi..
politik??orang dah makin pandai..
sosial??pun dah makin bijak..
dalam kereta..tepi jalan..dalam ladang kelapa sawit..semua boleh jadi..

lepas ni nanti..berlambak-lambak jugalah video lucah keluar lagi..versi valentine kan kan kan..

haih..akhlak dah makin runtuh..perkelakuan begitu bukan lagi perkara pelik dalam masyarakat melayu..jika dulu..perkara ini menjadi perkara yang memalukan dalam keluarga..tapi sekarang..perkara sebegitu macam udah menjadi biasa dalam keluarga..

ada saja berita yang aku dengar..ibu dan anak bersekongkol..membawa pasangan masing-masing pulang ke rumah..wat te hek??boleh pulak begitu..

aku masih ingat..aku pernah dipukul oleh ibu ku..hanya kerana aku menelefon rakan di public phone..walau aku kata itu rakan perempuan..masih ibuku memukul ku dan mengatakan bahawa jangan salah langkah dan berkawan tidak tentu hala..betapa pergaulan dijaga rapi oleh keluarga..takut anak perempuan mereka salah langkah dan menjadi orang yang tidak tentu hala..dan aku bersyukur dengan pendekatan tersebut..sekurang-kurangnya aku tidak menjadi perempuan murahan yang sanggup membonceng orang lain dan tidur dengan sesiapa sahaja..

Hari Kekasih..perlukah disambut..tidak untuk aku..dan bagiku..tiap-tiap hari adalah hari kekasih..dengan adanya Nazri dalam hidup aku..tak perlu ada hari istimewa..kerana dia sudah sememangnya istimewa..


p/s ~
 tak sabar nak gi honeymoon lagi sekali..

7 comments:

  1. biasalah time kecik2 dulu tak tau ape tuh valentine. skarang nih dah sedar takpelah. tapi ade gak orang yang da sedar tapi pura2 xnak sedar jugak. haihhh...

    ReplyDelete
  2. hahah.. bende dah jadi ikutan dan boley jadi akan menjadi satu budaya dalam masyarakat.. sambut vday macam sambut raya je.. mula ade pesta.. ade aksi jelik.. adesss... fakta kan.. akhir zaman..

    ReplyDelete
  3. Biasa dengan kita ni, terpedaya dengan benda-benda yang nikmat... gembira... sedap....

    ReplyDelete
  4. hanimun + valentine + CNY + hubby = perfecto!

    ReplyDelete
  5. first of all..thanks for the comment..really appreciate dat..

    wah2, mntg2 ade suami..jeles i!..nak gi honeymun lagi??nak itot

    ReplyDelete
  6. chumelnye!!! nk geget pipi adek kecik bleh? hehehe.

    ReplyDelete
  7. hm sekarang kisah buang anak berleluasa..bkn takat buang malah bunuh bakar.entahlah.apa nak jadi manusia skrg.gerun dgr.. buat maksiat tanpa segan silu.jeliknya dunia.. lpas satu dosa.ditambah lagi satu..

    comel sgt adik kecik itu.huhu.

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...