Tabungan

22 July 2019

Review Drama Korea - Angel's Last Mission : Love

Sebenarnya, dah lama dah aku berniat nak buat review drama-drama Korea yang aku dah tonton. Tapi, yelah, tak ada masa terluang yang boleh aku guna untuk duduk menaip dan fikir ayat yang sesuai untuk ceritakan pada kalian betapa bagus, betapa 'enjoy'nya sesuatu cerita tu untuk ditonton.

Tapi untuk drama Korea yang satu ni, aku buat sedikit pengecualian. Cerita ni aku rasa agak under-rated sebab tak ada pula aku dengar cerita ni meletop-letop dalam internet atau aku yang tertinggal kapal (hahaha!!)

Aku tonton cerita ni pun secara tak sengaja sebab asyik lalu-lalang dalam senarai drama dalam aplikasi Viu aku. Pelakonnya pula, jujur aku katakan - aku hanya kenal mereka sebagai second lead actor and actress. Tu yang lagi liat nak tonton.

TAPI!!!!..., serius! hanya selepas tonton satu episod saja dah buat aku gila nak marathon drama ni. Lepas main PUBG, walau dah pukul 11 malam sekali pun, aku sanggup cengkang mata nak tonton drama ni.

Ketagih tengok dua-dua pelakon ni berlakon. Terutama sekali pelakon perempuannya. Pada aku, dia bawa watak sebagai penari balet dengan cemerlang sekali. Badan dia, postur dia, body language dia, memang menjadi sangat sebagai seorang penari balet. Dan karakter dia sebagai seorang yang panas baran, memang menjadi sekali sampai aku sendiri rasa nak hempuk kepala dia - ketegaq sangat hoi!

Tapi dalam baran-baran dia tu, ada sisi lembut dia. Itu yang buat karakter lead actress ni, berkembang dengan baik. Tak jemu... Baran tapi sangat lemah lembut. Berlawanan kan? Hah, cuba fikir... Susah kan nak jadi macam tu :)

Yang si pelakon lelaki ni pula, aku pernah tonton lakonan dia dalam drama My Lovely Girl, berlakon dengan Rain dan Krystal. Berlakon jadi idol yang sombong dan degil. Memang tak minat ke dia masa aku tonton drama tu. Tapi dalam drama ni, dia jadi Angel yang ditugaskan untuk jaga pelakon utama perempuan ni tadi. Tugas nya jaga awek, alih-alih jatuh cinta. Cliche but noiceee!!

Jalan cerita drama ni memang lebih kepada fantasi sebab berkait dengan angel bagai. Untuk tontonan - okey, tapi jangan korang percaya lak, lain jadinya haha.

Pada aku, jalan cerita drama ni berkembang dengan cepat dan tak bosan, tak ada istilah terlalu drag ke apa ke dalam drama ni. Transition babak ke babak pun pada aku memang smooth dan boleh relate.

Bonus untuk drama ni juga - OST dia, adoi, memang power. Boleh katakan semua soundtrack dia, memang terbaik. Ada lagu catchy (sesuai dengan kerenah kedua-dua pelakon), ada lagu sedih (sesuai dengan kebanyakan situasi dalam drama ni). Ada satu lagu yang lead actor ni nyanyi sendiri. 

Pendek kata - disebabkan cerita ni, aku rasa nak start review drama-drama Korea yang aku dah tengok (hahaha!!) 

Sebagai rekod, aku masih belum move on dengan drama ni sampaikan nak tido pun aku layan OST drama ni dulu sampai ngantuk.

Serius tak boleh move on!!

So guys, pada siapa yang suka cerita romantik fantasi dan sangat easy going, you guys should try this drama. Serius tak rugi :)






Para Pelakon:

Shin Hye-sun sebagai Lee Yeon-seo 
Seorang ballerina yang panas baran, tak percaya pada cinta.

Kim Myung-soo sebagai Dan / Kim Dan / Yoo Seong-woo
Seorang malaikat yang hanya boleh balik ke Syurga apabila dah selesaikan misi yang diberi.
Sebelum jadi malaikat, dia seorang manusia yang hidupnya sangat derita.




Lee Dong-gun sebagai Ji Kang-woo
Mentor pada Yeon-seo. Mamat ni ada hati dengan Yeon-seo. Dan mamat ni juga sebenarnya dulu malaikat macam Kim Dan juga.

Kim Bo-mi sebagai Geum Ni-na
Sepupu (sepupu jauh wek!) juga seorang ballerina, selalu kalah dengan Yeon-seo, selalu jadi simpanan kepada Yeon-seo dan dia ada hati dengan Kang-woo (siannnn)

Do Ji-won sebagai Choi Yeong-ja
Mak kepada Ni-na. Bertindak sebagai Pengarah Fantasi Ballet sejak Yeon-seo buta dan tak mahu ambil tahu tentang dunia ballet lagi. Sangat tamak dan sanggup buat apa saja asalkan dia dapat Fantasia Ballet tu. Tapi sejahat-jahat dia, dia sayang sangat anak-anak dia.

Kim In-kwon sebagai Hu
Ketua Malaikat yang menjadi penyampai misi dari Tuhan pada Kim Dan. Nampak garang, tapi sayang sangat pada Kim Dan.

(Pelakon dia ada ramai lagi tau, bukan yang atas ni ja)

Sinopsis:

Kim Dan, seorang malaikat yang ditugaskan untuk pastikan Yeon-seo jatuh cinta dan percaya pada cinta. Malangnya, disebabkan terlalu banyak hadap episod duka (mak ayah mati, pakcik mati, mata buta) Yeon-seo memang benci dan tak percaya pada cinta. Jadinya, Kim Dan ni frust, ate gile, macam mana nak buat minah yang benci pada cinta, jatuh cinta pulak kan.

Bila secretary (penjaga) Yeon-seo meninggal dunia disebabkan kemalangan jalanraya, Kim Dan cuba apply untuk jadi secretary Yeon-seo dan dia berjaya dapat jawatan tu. Bermulalah episod lawak diorang ni, serius lawak dan sweet. Sediakan bantal untuk ketawa-ketawa kecil belakang bantal itu okey!

Keluarga makcik dia pulak, time ni, menjadi-jadi jahatnya. Lepas satu-satu benda diorang rancang nak jatuhkan Yeon-seo. But sorry!, dia ada guardian angel okey. So payahla nak kenakan dia walaupun ada la juga kena sikit-sikit.

Sampai satu masa, Yeon-seo dapat tahu Kim Dan ni malaikat dan saling jatuh cinta. Ready blanket pula dan hati-hati masa guling-guling atas katil sebab keriangan tengok budak dua orang ni okey!?

Ending dia ------ sedih huhu. Taknak cerita. Ai is tak boleh move on. Sila tengok sendiri!!




Original Sound Track

1. A Welcome Rain - Lee Moon-sae
2. Oh My Angel - CHAI (Lee Soo-jung)
3. The Nights That I Miss You - L (Infinite)
4. Because of You - Huh Gak
5. Stay - O.WHEN
6. In Your Light - Fromm
7. Scent - Sojung (Ladies' Code)
8. Pray - KLANG
9. Sweeter - Jess Penner



Ahh. I really need to move on.

So Ji Sub dah nak kawin. apa pun tak boley. 

Ok guys, kalau korang rasa nak aku review lagi drama Korea, bagitau la ye.  Komen kat facebook pun boleh, komen kat sini pun boleh. Benda boleh bincang.... Ehh!!!


Bye Guys!!









06 September 2018

Apa perasaan aku bila tahu Qalesya anak istimewa?



Kalau ditanya tentang perasaan, tak mungkin aku dapat huraikan satu-satu dengan teliti. Sebab apa? Sebab perasaan aku bercampur baur. 

Takut? Sedih? Marah? Kecewa? Bahagia? Risau? 

Semuanya bercampur aduk. Kalau boleh disusun jadi warna pelangi, ah mudah. Tapi dah campur-campur jadi warna aiskrim Nestle. Masih pelangi tapi bercampur aduk. *wink*

Tapi, aku akan cuba cerita dengan perlahan, agar kalian dapat rasa apa aku rasa. *senyum*

Masa mula-mula aku diminta oleh doktor untuk buat pemeriksaan lanjut tahap perkembangan Cha, dari situ pun hati aku dah mula risau. Hati aku dah mula sakit. Dah mula sedih.

Kenapa risau?
Risau setakat mana autism Cha. Risau sama ada aku boleh atau tidak hadapi perkara ini. Risau boleh ke aku jalankan tanggungjawab aku sebagai ibu yang baik untuk seorang anak syurga yang dah Tuhan turunkan dalam rahim aku sehingga dilahirkan dengan selamat ni. 

Kenapa sakit?
Sakit sebab aku rasa remuk hati bila setiap kali aku pandang wajah Cha yang jernih sejernih jernihnya. Sakit sebab setiap kali aku pandang Cha, aku teringat bahawa dia mungkin anak autism yakni bukan anak yang dianggap normal oleh sebilangan besar orang di negara kita ini. Sakit sebab aku kecewa adakah kerana dosa-dosa lama aku, anak aku yang dihukum - penghidap autism.

Kenapa sedih?
Sedih sebab aku bayangkan kalaulah aku tak ada, siapa akan jaga Cha? Bolehkah orang lain jaga Cha seperti mana aku jaga dia. Bolehkah orang faham bahawa Cha itu lain dari anak seusia dia. 
Sedih sebab dia tak normal. Dia sendiri tak tahu bahawa dia tak normal. Dia sendiri tak tahu bahawa dia itu istimewa.

Sejak kami bawa Cha mula berjumpa doktor sana sini, aku sedikit pun tak pernah menangis. Sebab masa itu, aku fokus untuk cari jalan yang terbaik untuk dia membesar macam anak-anak yang lain. Aku yakin bahawa Cha juga berhak untuk membesar dengan normal. Jadi aku fokus teramat fokus untuk berikan yang terbaik buat dia.

Temujanji doktor sana sini, sikit pun aku tak menolak, sikit pun aku tak mengeluh sebab aku yakin itu yang terbaik dan itu sahaja yang mampu aku buat untuk menolong Cha hidup bahagia. Cha berhak bahagia. Jadi aku sikit pun tak mengeluh dan aku hadap semuanya.

Ada setengah-setengah temujanji yang aku pergi sendirian dengan Cha tanpa suami, aku pergi, aku hadap, sebab pada aku, tak apalah salah seorang tak ada pun, tapi aku mahu ada, hendak ada, mesti ada, teman Cha lalu hari-hari dia.

Air mata aku tak pernah tumpah walaupun aku penat di akhir hari. Aku tetap senyum setiap kali aku lelapkan mata dan Cha ada tanpa gagal peluk aku setiap malam.

Jadi kalian bayangkan, dari Cha umur 3 tahun setengah sehingga Cha umur 6 tahun, aku hadap sehadap mungkin segala temujanji segala ujian yang perlu kami buat pada Cha. 

Owh! Ada sekali air mata aku tumpah, sebab tempayan air mata aku ni dijolok-jolok orang (ah itu nanti aku cerita dalam post lain ya haha). Tungguuuu haha!

Jadiiiii (sambung balik)... aku ni pun manusia biasa. Kuat mana pun aku, aku perempuan, hati tisu. Air mata aku tumpah masa hari aku dapat kad OKU Cha. Kami memang perlu dapatkan kad tersebut sebab kami nak uruskan hal persekolahan Cha...





Masa aku dapat kad ni, terus terang aku katakan, aku hanya duduk dan tenung saja gambar dia yang comel tu. Anak yang tulus mulus tu, akhirnya ada satu kad Orang Kurang Upaya.

Yang lagi sedih, dia tak tahu pun bahawa dia adalah anak yang kurang upaya. Segala kegembiraan dari hati dia yang dizahirkan secara fizikal, melompat, menjerit, mengusik orang sana-sini sebenarnya datang dari sesusuk tubuh badan anak kurang upaya.

Aku memang terduduk. Aku rasa lama juga, aku dok tenung.

Tapi, lama-lama, aku rasa, ah! dia istimewa kot *wink*

Ada banyak keistimewaan bila dia anak isitmewa. Salah satunya - dia anak syurga. Sesungguhnya tempat anak aku ni adalah syurga. 

Kerana dia anak yang naif, anak yang tulus, anak yang ada masalah perkembangan otak. Maka dia memang tidak normal, dan oleh itu, aku ada anak syurga...

Disebalik semua rasa sedih, takut, marah, kecewa itu tadi, aku cuba untuk pusing jadi sesuatu yang positif.

Sebab aku fikir, kalau aku terus-terusan bersedih dengan keadaan Cha yang dah memang pasti autism, lebih baik aku hadapi hari-hari ini dengan kuat supaya Cha tetap selamat di bawah jagaan aku.

Apa guna aku bersedih? Bersedih hanya akan buat fizikal dan mental aku sakit. Kalau aku sakit, siapa nak jaga permata aku? 

Jadi aku perlu kuat. Agar Cha juga kuat.
Aku perlu gembira dan bahagia, agar Cha juga gembira dan bahagia.
Aku perlu terus positif agar Cha terus-terusan ketawa di sisi aku.

Jadi kawan-kawan, kalau ditanya apa perasaan aku, aku hanya boleh jawab -- aku rasa pelangi :)







05 September 2018

Macam mana tahu Cha anak autistik?

Siapa-siapa yang mengenali aku, pasti tahu bahawa Cha (anak sulung aku) adalah anak autistik. 

Cha, anak yang secara fizikalnya - normal. Rambut lurus panjang, bermata cantik, orangnya tinggi (ikut pak nya), senyumnya lebar - normal. Tapi, dia ada masalah pertuturan. Dia tak boleh berkomunikasi dengan baik. Dia bercakap 'bahasa' dia. Hanya dia sahaja yang faham. *ketawa*

Ramai orang bertanya pada aku, sejak bila aku tahu dia autism, macam mana tahu dia autism?



"Macam mana tahu dia autism?"
Jujur aku cakap, aku tak tahu dia autism. Pada aku, Cha anak yang normal, cuma perkembangan dia lambat tak seiring dengan anak-anak yang sebaya dengannya. Dan sebenarnya, bila aku berfikir begitu, aku sebenarnya meletakkan diri aku pada tahap penafian (denial stage). 

Yelah, Cha anak sulung aku. Semuanya baru bagi aku. Aku tak pernah ada pengalaman membesarkan anak. Bila Cha lambat bercakap, pada aku ianya normal sebab aku meletakkan satu stigma pada fikiran aku bahawa, perkembangan anak lain-lain, berbeza antara satu sama lain. Sampai satu masa, iya, memanglah perkembangan anak lain-lain tapi sampai satu masa, kita kena cari pertolongan, kena cari jalan untuk membantu anak.



"Sejak bila aku tahu dia autism?" 
Masa aku bawa Cha ke hospital bagi pemeriksaan rutin ketika umur dia 2 tahun setengah. Doktor Cha tegur, bahawa sepatutnya pada umur tersebut, dah ada perkataan asas yang Cha boleh kuasai. Atau senang cakap, sepatutnya Cha dah boleh bertutur sekurang-kurangnya 4 ke 6 patah perkataan. Walau bagaimanapun, Cha lebih senang bertutur dalam bahasa inggeris. Nampak hebat bukan? Tapi doktor kata itu adalah tidak normal memandangkan 'bahasa lidah' (mother tongue) Cha adalah bahasa melayu dan bukan sebaliknya. Maka Doktor menyarankan aku untuk berjumpa dengan doktor psikiatri. Tapi, macam aku cakap awal-awal tadi, aku tak boleh terima bahawa Cha tidak normal dan kemungkinan autism. Jadi aku menyatakan pada doktor bahawa aku mahu bagi Cha sedikit masa lagi. Sekiranya pada umur 3 tahun dia masih lagi bertutur bahasa 'jerman' dan berbahasa inggeris, maka aku sendiri akan mula mencari pertolongan yang sewajarnya.

Dan akhirnya, bila Cha mencapai umur 3 tahun lebih (ya, 3 tahun lebih), aku mula akur bahawa Cha berbeza dan kami selaku ibu bapanya, perlu berbuat sesuatu.


Sedih? Akan aku ceritakan pada post akan datang *senyum*.











03 September 2018

Setahun sudah

Beginilah aku... Sekali sekala datang menjenguk. Kalau blog ini umpama seorang ibu, dah lama aku dilabel sebagai anak derhaka. Bila perlu, datang, bila tidak, hilang...

Blog ini, antara kesayangan aku. Kenapa? Sebab aku suka menulis. Setahun senyap tak bermakna aku tidak menulis. Aku ada di Facebook dan Instagram. Aku senang berada di sana.

Tapi, Facebook dan Instagram makin menakutkan aku. Semakin menakutkan. Tulisan atau komen dengan mudah di screenshot. Dijadikan bahan untuk disensasikan. Dijadikan isu untuk dikecam.

Facebook menjadi tempat bergaduh, medan perang - keyboard warrior.

Instagram? Samalah. (Dah kompeni pun sama *senyum*)

Jadi blog, aku kembali menapak ke sini. Maafkan aku. Lalai dan lupa daratan. Walhal disinilah aku bermula. Dengan blog aku berjumpa dengan ramai kawan baru. Ada yang masih berkawan. Ada yang sudah hilang tanpa dikesan.

Dan aku juga rasa, hanya di blog, hanya di sini, aku boleh menulis panjang. Membebel panjang. Meluahkan apa saja yang ada di benak. Bercerita apa saja yang aku rasa.

Jadi blog, tolonglah beri aku peluang. Orang putih kata 'be nice to me, please'. Aku sudah semakin tertekan. Banyak yang perlu aku luahkan. Dan aku memilih kamu.

Lepas ini, jangan terkejut. Aku akan selalu ke mari. Jangan terkejut.



Hah. Terkejut tak?

Nota Kaki:
Aku rasa dah banyak kali aku mengatakan bahawa aku akan selalu ke sini. Tapi setiap kali itu juga aku tidak berpegang dengan kata aku. Haha.





05 September 2017

:: Ada Baik, Beri Baik, Dapat Baik ::

Hari ni ada Sambutan Hari Wanita 2017 di Dewan Serbaguna KPK. Aku turun la tadi kononnya nak dapatkan door gift. Memang sebab hari ni untuk aku (wek!!) so aku dapatla door gift yang terakhir. Kawan aku yang turun dengan aku pun tak dapat. Tapi sebab KPK sangat concern, diorang cari gak something untuk dijadikan buah tangan pada peserta yang tak dapat door gift. Jadi kawan aku ni dapatla satu set manicure comel. Jadila.

Okey, so tujuan aku turun sebenarnya nak tengok apa ja ada kat dewan tu. Sebab aku tak ambik port sangat pun apa pengisian hari tu. Haha!

Rupa-rupanya ada ceramah dan penceramah jemputan adalah Datuk Prof Dr Che Muhaya Haji Mohamad. Aku sendiri tak pasti apa tajuk ceramah beliau hari ni, tapi yang pasti ceramah beliau sangat-sangat bermotivasi.

Yalah. Prof Muhaya kan pakar motivasi, jadi haruslah ceramah dia ceramah motivasi.

So, oleh kerana hari ini adalah hari wanita, maka ceramah beliau mostly kandungan nya adalah berkenaan wanita. 

I am me.
I am me.
Ayam ayam ayam ayam meee.

(merapu sat)

Sebelum tu, ucapan pembukaan dibuat oleh our beloved YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Dalam ucapan pembukaannya, beliau ada mention cadangan berkenaan Flexible Working Hours untuk kaum wanita. Kata beliau, dah ada kementerian yang buat dan beliau mencadangkan agar KSU KPK melihat cadangan ini dengan lebih lanjut.

Hmm. Menarik.

Soooo, Prof Muhaya menyokong cadangan FWH sebab katanya, katanya, kualiti kerja wanita sebenarnya bergantung pada emosi wanita. Elok emosi dia, kualiti piungggg melonjak (oke itu aku yang tambah).

Tapi yang penting, inti pati utama kat sini yang nak dipertegaskan ialah -- emosi wanita.

So berpandukan emosi ni tadi, Prof Muhaya pun tunjukkan demonstrasi kenapa emosi wanita itu penting.

Beliau panggil seorang volunteer ke hadapan. Namanya Kiah (bukan nama sebenar). Prof Muhaya minta untuk Puan Kiah angkat tangan kanan (macam depa tangan) dan muka pandang ke hadapan. Prof Muhaya minta Puan Kiah sebut 'nama saya Kiah' berulang kali sambil Prof Muhaya menekan tangan Puan Kiah ke bawah. Ternyata Puan Kiah kuat dapat menahan tekanan dari Prof Muhaya.

Selepas itu, Prof Muhaya minta supaya Puan Kiah sebut 'nama saya Muhaya' sambil Prof Muhaya terus menekan tangan Puan Kiah ke bawah. Ternyata Puan Kiah lemah dari yang sebelumnya. 

So, kesimpulannya, kalau kita dalam keadaan menipu, memang kita akan lemah. So lepas ni, kalau laki hangpa balik, suruh dia depa tangan, tanya dia sambil tekan kat tangan dia. Kalau dia lemah maknanya dia menipu.

.
.
.

nak cuba la.

.
.....

So lepas tu, Prof Muhaya explain lagi dengan kaedah yang sama (tekanan pada tangan) tapi dengan beberapa situasi yang berbeza.

Emosi sedih dan gembira pun sama. Bila Prof Muhaya suruh Puan Kiah imagine yang indah2, otomatik Puan Kiah kuat (dapat tahan tekanan). Bila Prof Muhaya suruh Puan Kiah imagine yang sedih2, terus dia jadi lemah.

.
.
.

Aku tak berani nak tulis banyak sangat takut kang salah ilmu.

Tapi apa yang aku faham tadi, itulah dia, Emosi kami ni memainkan peranan penting dalam kehidupan sehari-harian. (Haha). Kalau kami bad mood dari pagi tadi, siap2 la hangpa kena beleter sampe malam. Rumah tak kemas. Makan kat luar. Anak tak mandi. semua ke laut la jadinya.

Tapi kalau hangpa jaga mood perempuan hangpa, sampe ke malam, hangpa pun senyum. Kan? Kan? Kan?

Haha!!

Prof Muhaya ada kongsi satu cerita lagi. Katanya, ada satu client dia mengadu yang suaminya macam ni macam tu. Jadi Prof Muhaya cuma cakap satu saja. Ubah diri sendiri dulu.

Jadi client dia pun berubah. Solat on time. Jadi pelembut. Pengasih. Penyayang. Tak marah2. Lama kemudia client dia pi jumpa Prof Muhaya dan bagitahu, sejak dia berubah, suami dia pun ikut berubah dan rumah tangga mereka dan harmoni pelangi bagai dah.

Soooo....... emosi wanita itu penting.

Bak kata YB TM kami, lelaki ni badan kereta, wanita ni enjin kereta, pemacu kereta tu.

Sama macam rumah, lelaki tu ketua rumah, tapi pemacu rumah?

Bangun pagi, pikir nak makan apa, pi kemas rumah, pi basuh kain, pi angkat kain, pi lipat kain, pi kemas baju untuk esok, pi masak tengah hari, pi mandi anak, pi bagi makan anak/laki, pi masak makan malam, pi mandikan anak, pi tidurkan/tetekkan anak. 

Semua perempuan nak pacu.

Cuba bayang kalau emosi perempuan terganggu. Apa hat hangpa baca kat atas ni, semua perempuan tak buat. Apa jadi kat rumah??

Kesian. Eh. Sekian....

























  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...