Siapa-siapa yang mengenali aku, pasti tahu bahawa Cha (anak sulung aku) adalah anak autistik.
Cha, anak yang secara fizikalnya - normal. Rambut lurus panjang, bermata cantik, orangnya tinggi (ikut pak nya), senyumnya lebar - normal. Tapi, dia ada masalah pertuturan. Dia tak boleh berkomunikasi dengan baik. Dia bercakap 'bahasa' dia. Hanya dia sahaja yang faham. *ketawa*
Ramai orang bertanya pada aku, sejak bila aku tahu dia autism, macam mana tahu dia autism?
"Macam mana tahu dia autism?"
Jujur aku cakap, aku tak tahu dia autism. Pada aku, Cha anak yang normal, cuma perkembangan dia lambat tak seiring dengan anak-anak yang sebaya dengannya. Dan sebenarnya, bila aku berfikir begitu, aku sebenarnya meletakkan diri aku pada tahap penafian (denial stage).
Yelah, Cha anak sulung aku. Semuanya baru bagi aku. Aku tak pernah ada pengalaman membesarkan anak. Bila Cha lambat bercakap, pada aku ianya normal sebab aku meletakkan satu stigma pada fikiran aku bahawa, perkembangan anak lain-lain, berbeza antara satu sama lain. Sampai satu masa, iya, memanglah perkembangan anak lain-lain tapi sampai satu masa, kita kena cari pertolongan, kena cari jalan untuk membantu anak.
"Sejak bila aku tahu dia autism?"
Masa aku bawa Cha ke hospital bagi pemeriksaan rutin ketika umur dia 2 tahun setengah. Doktor Cha tegur, bahawa sepatutnya pada umur tersebut, dah ada perkataan asas yang Cha boleh kuasai. Atau senang cakap, sepatutnya Cha dah boleh bertutur sekurang-kurangnya 4 ke 6 patah perkataan. Walau bagaimanapun, Cha lebih senang bertutur dalam bahasa inggeris. Nampak hebat bukan? Tapi doktor kata itu adalah tidak normal memandangkan 'bahasa lidah' (mother tongue) Cha adalah bahasa melayu dan bukan sebaliknya. Maka Doktor menyarankan aku untuk berjumpa dengan doktor psikiatri. Tapi, macam aku cakap awal-awal tadi, aku tak boleh terima bahawa Cha tidak normal dan kemungkinan autism. Jadi aku menyatakan pada doktor bahawa aku mahu bagi Cha sedikit masa lagi. Sekiranya pada umur 3 tahun dia masih lagi bertutur bahasa 'jerman' dan berbahasa inggeris, maka aku sendiri akan mula mencari pertolongan yang sewajarnya.
Dan akhirnya, bila Cha mencapai umur 3 tahun lebih (ya, 3 tahun lebih), aku mula akur bahawa Cha berbeza dan kami selaku ibu bapanya, perlu berbuat sesuatu.
Sedih? Akan aku ceritakan pada post akan datang *senyum*.
Cha ada masalah sensory x?
ReplyDeleteso far tak ada da.. cikgu terapi dia tak ada pula cakap apa-apa...
ReplyDeleteOo..moga cha sentiasa dalam rahmat Allah
DeleteSy br bwk ank jmpe pakar kanak2..suspect mild autism+adhd..huhu
ReplyDeleteitula, ada terbaca semalam komen awak.. InshaAllah, kita buat yang terbaik untuk anak2 kita ya.. :)
DeleteMoga dee tabah.. Kuatkan semangat..
Delete