1. aku tinggal di flat..
sebagai seorang yang baru sahaja memulakan hidup berkeluarga..sesungguhnya aku dan suami menyewa di flat..tambahan pula..tahun depan aku akan berpindah ke putrajaya..maka tiada perancangan untuk membeli hartanah di kawasan KL dan Selangor..

2. aku bukan tinggal di rumah teres..
sebagai penghuni flat dan bukan penghuni rumah teres..maka pembahagian air tidak aku fahami..yelah..kalu rumah sebijik2..haruslah faham kan..takdo air maknonyo tak bayar air..
tetapi kalu tinggal di flat..apa permasalahannya yang sebenar??seingat aku,aku tak pernah miss bayar bil air..bil air bukannya mahal..paling tinggi aku bayar RM18 sahaja..mana mungkin aku terlepas bayar..
.jpg)
3. takdo air..
bukan sehari dua..tetapi aku mula menyedari masalah ini sejak 2,3 minggu yang lalu..air yang mengalir dari paip2 di rumah kecil ku ini semakin mengecil kuantitinya..semakin perlahan alirannya..semakin menyusahkan isi rumah ini untuk menjalankan aktiviti seharian..kalau dulu membasuh (washing machine) memakan masa lebih kurang 40minit..kini telah bertambah menjadi lebih kurang 1jam lebih..
kesan ~ of coz bil api..penggunaan mesin basuh dalam masa yang lama meningkatkan pembayaran bil api rumah kecil ini..kesan ~ money beb money..nak bayar bil yang melambung adalah duit..
4. pentadbiran..
umum,penghuni flat ini sudah sedia maklum bahawa maintenance air telah diambil alih oleh syarikat lain..maka aku tidak tahu sama ada perkara ini berhubung kait dengan masalah air di flat ini ataupun tidak..cuma perubahan ketara yang aku nampak ialah,sejak pengalihan kuasa tersebutlah bermulanya era zaman 'kejap ada air kejap takde air'..apakah sebenarnya yang berlaku wahai syarikat maintenance..jangan kata tak bayar bil..aku menanti setiap hari bil dari kalian..tapi takdo pun dalam peti surat rumah kecil ku ini..
janganlah hanya kerana kami tinggal di flat..kebajikan kami tidak dijaga..
atau mungkinkah ada masalah dalaman dalam syarikat tersebut..inilah masalahnyer bila syarikat kecil menjaga flat murah..mungkinkah mereka mengambil mudah..mungkinkah mereka tidak peka dengan kebajikan penghun2 disini..apa mereka beranggapan semua yang duduk di flat,tiada otak?tidak mahu bersuara?
no no no no..nanti....nanti......sat lagi aku serang kalian...
5. kesan kepada penghuni..
halooooo..kami mahu mandi..kami mahu pergi kerja..kami mahu masak..kami mahu membasuh..
air merupakan sumber utama yang menjadi penggerak aktiviti sehari harian..
kalu tak mandi..tak gi kerja..
kalu tak gi kerja..kerja tak jalan..
kalu kerja tak jalan..camner nak capai tahap produktiviti yang tinggi..
oke..
kalu tak mandi..gi kerja jugak..
tapi kalu g kerja dengan badan yang tak segar..
kerja kita tu berkualiti ker?
again..camner nak capai tahap produktiviti yang tinggi..
6. keadaan semasa dan kes2 terdahulu..
kalu dulu tgk dalam tv..orang marah takdo air..meluahkan perasaan kat tv..ramai2 pakat usung baldi cari air kat mana2 yang ada..
kalu dulu..aku akan cakap dalam hati.."ala kecoh..gi la mandi kat umah sedara ker..mandi sungai ker..beli air botol ker"..
dan kini terkena kat batang idung sendiri..
susah wehhh..
7. kesimpulan?
skarang kat dapur..pinggan mangkuk melambak tak basuh..
nasib baik baju sempat basuh..
nak mandi pun kena sikit2 pakai air..
kalu tak, tak mandi lak suami dan adik aku tuh..
p/s ~ masuk lambat ke opis ari nih...
mahu pergi ke opis maintenance tersebut dahulu..
mahu memastikan mengapa kemudahan air di flat ini semakin hari semakin teruk..
tak salahkan aku bertanya..
aku bayar kottt....