Tabungan

30 October 2009

..kena update blog..

salam sahabat sekalian..

akhir2 ini masa seperti betul2 cemburu pada aku..
baru saja jari menari..datang pula urusan seri paduka yang lain..

2,3 hari aku mengumpul tajuk buat pengantara berbicara dengan kamoo semua..
tapi tajuk2 tersebut semua ditiup angin hilang beb..

2,3 hari juga..
aku menyimpan cerita buat kamoo semua..
tapi sekarang seperti tak relevan untuk diutarakan lagi..

yang pasti..
minggu ini aku dan suami punya misi..

mencari abang berkereta hyundai accent..
mencari sehingga dapat..ihiks..

p/s ~
sudah jumpa mahu buat apa?
simbah cat merah?
ihiks ihiks..

29 October 2009

..aku oke :)..

skrip #1

te : doktor, perut saya buncit, normal ker?

doktor : u makan banyak, mmg la buncit!!

*siot*

skrip #2

te : doktor, bawah perut saya sakit..dah 2 minggu saya sakit macam ni..

doktor : kencing sakit?

te : tak..

doktor : hah, itu macam takda papalah.. apa mau risau?

*siot*

-------------------------------------------------------------------------------------------

salam sahabat sekalian..

aku masih bernafas..
aku beroleh berita separa gembira dari hospital..
aku tak punya sakit yang kronik..

cuma pertanyaan aku kepada doktor, tidak dijawab dengan mesra alam..
dijawab secara acuh tak acuh..
membuatkan aku juga hilang selera menjawab..

aku pulang dari hospital..
dengan masih punya tanda tanya di kepala..

kenapa perut aku sakit tidak henti..

pesan aku kepada suami..
kalau aku mati mengejut..saman doktor itu..

tak mampu mengesan penyakit ku dari awal..
membuat aku hilang nyawa..

oh ilusi jahat ku datang kembali..

maklumlah..
setiap kali kesakitan menyerang..
aku mula berfikir yang bukan-bukan..

bagaimana aku menghadap kematian..
adakah orang menangis dengan pemergian aku..
bagaimana nazri selepas aku mati..
siapa akan jaga nazri..
siapa akan ambil tempat aku..

owh ilusi jahat aku menggila..

tapi..

aku selamat..
mengikut hasil pemeriksaan tadi..
aku memang oke..

cuma ada rawatan susulan 3 bulan lagi..

----------------------------------------------------------------------------------------

aku sangat terharu dengan sokongan kamoo semua..
luar dari kawasan selamat ku ini..
aku kurang selesa berkongsi kesakitan aku..
tapi dengan kamoo semua..
segala perkongsian memudahkan aku..

aku rasa lebih tenang selepas membaca segala sokongan kamoo..
sekurang2nya dapat membunuh separuh ilusi gila ku itu..

kepada :

sha ~
walaupun sibuk dengan exam, masih sempat mengirim doa buat kakak :)
terima kasih sis..

dek heppie ~
terima kasih juga doa kamoo sayang..

cik cookie ~
kamoo hospital mana yer?
doktor2 mmg selalu begitu kah sayang?? :(
papepun, terima kasih atas doa kamoo :)

umi_e ~
Alhamdulillah umi..ari ni oke :)

tedi ~
maaf dah lama tak menjenguk kamoo..
dan terima kasih atas sokongan kamoo wahai sahabat :)
peluk cium untuk dak2 sekalian :)

lanz~
berkat doa kalian semua, berita nya oke :)

kak watie ~
te suka doa extra tuh hee..
tapi takde rezeki lagi la kakak huhu...

lavendari ~
insyaAllah pasni saya cuba aktif semula :)

imnotmrperfect ~
cikguuuuuuuuu...
terimakasihcikgu :)

alvin~
kakak oke..terima kasih amik berat :)
hidup lagi heeee :p

ucu sayang ~
dapat kaco kamoo tiap2 hari..dah buat aku tabah hehehehehehe..

dek solehah ~
time kasih dek :)

mrscee ~
amin :)

mami ~
akak oke..
muahs sayang mami..

dr.todak ~
igtkan tak jumpa jalan ke mari..
Alhamdulillah saya oke :)


terima kasih atas sokongan kalian..

Ya Allah, mmg sayang kamoo semua..



p/s ~
teristimewa buat suami..
meneman aku sepanjang hari..
melayan ilusi jahat dengan sabar..
terima kasih ya..

27 October 2009

..doakan aku eh??..

..uhuks..
agak bz 2 , 3 , hari ini..
jarang dapat menulis di sini..

aku sakit..
ari khamis ini berjanji temu dengan doktor..
ari khamis ini penentu segala..
doakan aku selamat..

sayang kamoo semua..

p/s ~ maafkan aku berteka teki sejak kebelakangan ini..
punya masa nanti, akan ku ceritakan dengan jelas ya..
jika aku punya semangat..

21 October 2009

SAPER KISAH??

aku tensen..
aku susah hati..
ada korang kisah??
takde kan??
time kasih..
kerana menyusahkan aku..
terima kasih..
kerana seronok atas kesusahan aku..
TQ!!

p/s ~

no thanks!!

19 October 2009

AKU TAK PAHAM APA JENIS MANUSIA KORANG NIH??TAK BELAJAR AGAMA KER??!!!!!!

skrip antara ibu dan anak sulungnya..


ibu tua : Karim (bukan nama sebenar), mak sakit ni.. mak rindu kat kamu.. balik lah tengok mak kat sini..

Karim (bukan nama sebenar) : Tengoklah dulu mak, biar Karim bincang dengan isteri dulu..

*********************************************************

BIAR BETIK!!!!!!!!

mak ko dah sakit!!! ko boleh lak nak bincang2 dengan isteri nak balik ke tak?

ada otak ke takde otak ko nih??

nak kata ko bodoh!!keje komputer!!!

nak kata takde duit!!bukan ke ko yang kata ko gaji RM10ribu sebulan!!!!

nak kata takde kereta!!bukan ke ko yang balik tayang kereta Hyundai Accent ko tuh???


tak belajar agama ker??

tak pernah dengar ker orang kata "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU!!!"


apasal teruk betui ko nih??

lupa daratan!!!!


mak ko sakit tau tak!!

mak ko jatuh kat sinki tau tak!!!

mak ko terkencing kencing teberak berak kat tepi singki tu tau tak!!


ko takde hati..takder perut ker!!!!

mak ko tu dah tua beb!!!dah tua!!!

ntah besok lusa dia pergi...!!!

ko tak terkilan ke nanti!!!!!

tak rasa ker nak jumpa mak ko!!!

dia rindu kat ko tau tak!!!!


kitorang dah bawak dia pi ospital....

doktor kata tak sakit aper TAU TAK!!!!!

doktor rujuk dia kat ospital SAKIT JIWA tau TAK!!!!!!!


dia tekanan tau tak!!!!

dia rindu kat korang anak2 dia tau tak!!!!!


semalam adik balik umah, dia jumpa adik.. dia peluk cium adik... dia rindu katanya...

sampai macam tu sekali tau TAK!!!!!

menumpang kasih kat anak orang lain pulak!!!!

sebab anak2 dia tak balik tengok dia tau tAK!!!



***************************************************************




Ya ALLah....ampunilah aku Ya Allah..

aku terlalu marah..

dan aku terlalu sedih..


sejak kecil aku dibesarkan oleh ibu tua itu..

aku menumpang kasih si ibu tua itu..

ibu ku pergi bertugas mencari sesuap nasi..

lalu aku dan adik beradik yang lain dihantar kepadanya untuk dijaga..

beliau lah yang memandikan aku di pagi hari..

dia lah yang menyisir rambut aku di pagi hari..

dia lah yang memandikan aku selepas balik dari sekolah..

dia lah yang menyuapi aku ketika aku lapar..

pengorbanannya sama besar seperti ibu kandung ku..

walau dia hanya ibu tiri ku..

tetapi masa yang diluang..

sama banyak seperti yang diluang oleh ibu kandung ku..

aku tidak tahu mana salahnya..

dan aku juga tidak tahu apa masalahnya..

tapi ibu tua ini terlantar sendirian..

anak-anak mengikut haluan sendiri..haluan isteri kah??

tidak terfikirkah kesengsaraan yang ditanggung oleh ibu tua ini..

mengapa sampai begitu keras hati anak2 ini Ya Allah..

aku menangis sendiri tatkala mami menceritakan kisah si ibu tua..

aku tidak pasti sama ada tindakan aku menulis di sini akan memberi kesan yang negatif atau positif ke atas anak2 si ibu tua..

yang pasti..

aku yakin..pasti aku dimarahi teruk..

biarlah..marah lah aku kerana menceritakan keburukan kalian semua di sini..

kemarahan kalian,tidak mungkin dapat melawan marah di hati ini..

jika kalian tidak sengaja menjengah ke sini..

insaflah..

ibu kalian sakit..

ibu kalian tertekan merindu kalian semua..

ibu kalian sudah tua..

ibu kalian mungkin tak punya masa yang panjang..

sebelum kalian terkilan dengan tindakan kalian sendiri..

lebih baik kalian pulang dan sujud di kakinya..

dan carilah syurga kalian dibawah telapak kakinya itu..

p/s ~skrip di atas memang benar..tidak aku olah sedikit pun melainkan nama yang aku tukar demi menjaga maruah abang tiri yang aku hormati!!





12 October 2009

::hidup berkumpulan di satu ceruk itu indah::

hari berganti hari..
mengumpul cebisan diri..dikumpul kembali menjadi satu..diserta cebisan yang lain..menjadi satu kumpulan manusia yang bahagia..

mengenali kumpulan ini..
menghilangkan rasa rindu yang tebal..rindu kepada suami..rindu kepada ruang kecil 4 muka berlangsir merah indah..rindu kepada perkampungan berkabus salju diwaktu pagi..rindu kepada darah daging sendiri..rindu itu sentiasa ada..

tetap jua..masa ditempuh dengan setiap udara dihela puas..

perkampungan yang difikirkan bakal menghentak dada menghentam jiwa..bertukar wajah menjadi perkampungan yang sentiasa membuat hati muda remaja digeletek nada-nada indah dan segar..

perkampungan ini..membuat aku..kembali merasa saat bahagia bersama sahabat-sahabat yang telah lama terpisah menghilang menjadi udara kelabu..

tapi tika ini..udara kelabu..memasuki rongga terbuka..menjadi udara segar berbau bunga mekar mewangi..

tidak sedar masa berlalu pergi..
tidak sedar hari ini hari ke 8 berada di Nilai bagi menjalani kursus wajib untuk setiap manusia yang bergelar penjawat awam..

banyak kenangan telah terakam..dan jujur aku katakan aku bahagia..

setiap kenangan aku rangkul..aku dakap..dan aku tekap di dada..agar menyerap jauh ke dalam qalbu..di atas tilam tebal berona kuning..aku ukir kenangan di qalbu batu ini agar kesannya tidak pudar di mamah usia..

setiap kenangan juga..dirakam rapi..dalam kotak kecil..yang mana setiap kali butang kecil ditekan..memancar cahaya terang..membuat mata aku juling sebentar..

kenangan itu..aku hidangkan disini..buat perkongsian cerita aku dengan kalian wahai sahabat di alam tanpa batasan ini..


gambar bersama rakan ku Naim..menyamar rasa bosan disebalik wajah itu..

gambar-gambar di bawah ini..merupakan gambar yang dirakam pada hari pertama perkampungan indah itu..

seperti kursus2 yang lain..hari pertama merupakan hari 'pecah ais' di mana manusia berlainan watak..dikumpul diikat satu..

tapi sebelum itu..pelbagai aktiviti yang kami lakukan..

sudah tentu..sesi memanaskan badan..










aku merupakan seorang wanita yang menulis dengan menggunakan tangan kiri..seringkali dikaitkan dengan seseorang yang berfikiran kreatif..persoalannya kreatif kah..cuma gambar di atas..kami dikehendaki melukis dengan tangan yang berlainan..bermakna jika bisa menulis tangan kanan,maka hendaklah tulis dengan tangan kiri..jika bisa menulis tangan kiri,maka hendaklah menulis dengan tangan kanan..
gambar tersebut..adalah gambar yang aku lukis dengan menggunakan tangan kanan..siapa dalam potret itu?..aku..ihiks..


gambar2 dibawah..semasa kami telah dihimpun dan berjumpa sebagai satu pasukan baru..
masih didalam zon selesa..tidak banyak bertegur sapa dengan sahabat dari agensi lain..bersyukur..rakan2 baru didalam kumpulan tersebut..sangat tenang jiwa dan sangat terbuka minda..


kumpulan kami diberi nama Fab 10..singkatan The Fabolous 10..disuruh untuk membuat Visi, Misi, Cheer Group, Lagu dan Logo..




aktiviti hari tersebut sangat panjang..pelbagai aktiviti dilakukan..penat ihiks..aku tutup hari tersebut di sini saja..

berehat dulu..
banyak lagi gambar perlu di buat semula :)..
cukup lah agar tidak sunyi blog ini tanpa cerita baru..

p/s ~
aku berharap kamoo semua tidak lupa pada aku..
aku masih ada..
aku masih mahu menulis..
sayang kalian semua :)..


11 October 2009

::sunyi sajo dio ni::

sunyi saja blog ni tanpa berita..
masih berkursus..
tak sempat den..
letak gambar saja cukup..
janji ada pergerakan bawah tanah yang mampu memberitahu rakan2 bahawa aku masih hidup..*ihiks*



p/s ~
ari ni ari ahad..
suami ku datang ke sini semalam..
ihiks..terima kasih suami ^_^

06 October 2009

..tajuk apa sesuai ya wahai sahabat?..

aku masih di Nilai Negeri Sembilan..

owh untuk apa aku ke mari belum aku khabarkan pada kalian bukan ihiks..

kedatangan aku ke sini bukan untuk bersuka ria ya ihiks...kursus ini harus aku hadiri dengan JAYANYA supaya aku boleh meng'komperm'kan diri aku didalam perjawatan kerajaan..

ya..kamoo betul...kursus induksi..

dan aku disini bersama-sama lagi 2 agensi yang lain iaitu Kementerian Kewangan dan MIDA..

owh ya...
aku sudah mengantuk..

tapi aku perlukan buah fikiran kalian wahai sahabat..

di sini, aku perlu membuat pengucapan awam..
durasinya adalah selama 4 minit sahaja..
giliran aku adalah pada Jumaat ini..
maka aku masih punya masa untuk meminta pendapat kalian..


TAJUK APAKAH YANG SESUAI UNTUK AKU LONTARKAN PADA HARI JUMAAT NANTI??

owh bantu aku wahai kawan..

idea yang aku ada,adalah untuk berbicara secara terbuka mengenai penglibatan aku di dalam dunia blog..perkenalan aku dengan kalian..kebaikan dan keburukan dunia blog...pendek kata tentang dunia blog?

oke tak?

ke ado idea lain..

bantu aku ya..

p/s ~
aku ingin tidur..
aku berharap agar ada cadangan dari kamoo semua wahai sahabat :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...