Tabungan

27 February 2010

Kawan Sampai Mati

hari ini mahu menulis secara melulu..mahu bercakap seorang diri tanpa berfikir..mahu menghentak papan kekunci tanpa henti..sampai hati rasa puas..

hati tiba jadi sayu selepas membaca penulisan dek zara di sini..dengan pantas dan hiba..aku sedar aku rindu sahabat-sahabat aku..

dah lama tak berbual mesra..dah lama tak meneguk kopi sambil bertepuk tampar..ahh..rindu aku saat berkampung,tidur sebantal dengan rakan-rakan..

izinkan aku pusing waktu kebelakang..satu-persatu..

semasa zaman kecil ku..sekolah rendah dan menengah..aku punya rakan baik..azleen dan nat..nat, tidak pernah aku dengar lagi ceritanya..azleen masih aku hubungi sehingga kini..walau tidak serapat dulu..tapi dialah satu-satunya rakan aku yang punya ikatan erat dari kecil hingga sekarang..di mana aku berada..ke mana saja aku pergi..dia sentiasa menjejak..kekadang, aku rasa aku yang pemalas disini..tidak menjaga rakan-rakan ku..sehingga mereka hilang..........??......tapi dengan leen,takkan pernah putus..kerna sentiasa ada......cuma..ya...semenjak tua nih..hahahaha....kami sudah jarang berhubung....yang aku tahu,dia akan melangsungkan perkahwinannya bulan 6 nanti....seawal bulan 1, sudah dia hubungi aku,mintak aku luangkan masa..tanda merah di kalendar agar aku tidak lupa menghadiri masa penting dan waktu berharganya..

semasa waktu universiti..aku dan leen berpisah kerana mengikut haluan masing-masing..dia meneruskan pelajaran kejuruteraannya..manakala aku yang malas ini meneruskan pelajaran dalam bidang perniagaan walaupun aku adalah budak tekno "baca kejuruteraan"..aku ke Timur - Machang Kelantan..leen tetap di Ipoh Perak..
disana aku mengenali ramai sahabat baru..ramai sangat..tak terkata..tapi aku tak punya sahabat baik kerana aku lebih menyendiri..aku mengikut arus..tidak punya klik "baca kumpulan' yang tertentu..semua orang aku masuk..gasak saja orang kata heee...dan di semester 3, aku mula gatal bercinta dan membuatkan aku lebih tertumpu pada si dia dan tak perlukan orang lain.. **tapi habis diploma, hubungan kami pun berakhir..so tutup cerita itu**
semasa ijazah..ada sebilangan rakan di Machang Kelantan yang mendapat tawaran sambung belajar di Kampus Utara Arau Perlis..mereka ialah nina, eliza, aida, reen, eda dan patim..kami menyambung pelajaran dalam bidang kewangan..duduk menyewa di luar..kami berlima nina,eliza,aida dan reen duduk serumah..owh..macam-macam perkara berlaku disini..secara peribadi,buat aku lebih banyak perkara duka..tapi masih semua dah berlalu..aku sudah boleh menerimanya..masuk semester kedua, reen dan aida keluar rumah, tinggal lah kami bertiga sahaja..eliza,nina dan aku..
zaman itu sangat indah....dan mereka sangat baik....kehidupan kami bahagia...makan bersama..puasa bersama...berjalan bersama....menangis bersama....meyambut besday eli....tak boleh lupa cari nina buli makcik "baca eli"...aku rindu waktu itu..rindu sangat.... *kak ina, rindu tak? makcik, rindu tak?..sebab aku rindu oittttt!!*
owh di kampus ini juga aku mengenali Encik Nazri..owh bahagia hingga kini *senyum menggila*

sejak habis belajar....semua rakan-rakan ku ini hilang begitu sahaja...masing-masing bawa haluan sendiri...tiada lagi khabar.....tiada panggilan telefon....tiada sms diterima....sunyi....sepi.....aku....rindu....saat....itu.....

kadang-kadang aku terpikir....apa rintangan yang buat perkara ini terjadi....memang benar...tidak semua hilang hubung"baca lost contact"....masih ada lagi yang tetap aku hubungi..walau sekadar di FB...sekadar say hi....sekadar noted like...sekadar titip bunga dalam komen...sengaja...sengaja....sekurang-kurangnya hubungan itu tidak hilang...sekurang-kurangnya mereka tahu, bahawa mereka ada didalam ingatan aku..

jadi...kepada mereka yang tidak aku sebut....lisa fendi terutamanya..acu nia..nina..aida..qeema..puan shafinaz..halil..eda ruslan..bibik..emilya ezlin..dan semua rakan-rakan dari zaman belajar sehingga sekarang...sama ada di blogspot atau facebook....jangan hilang lagi ya....kita kawan sampai mati..


p/s #1~ 
aku tak mahu hilang kamu semua..
kalau nama tak disebut..
ingatkan aku..
dan maafkan aku kerana lupa pada kamu..

p/s #2~
rakan di pejabat lama - alfred lee menelefon aku..
seperti biasa menerima makian terlebih dahulu kerana tidak menghubunginya untuk sekian lama..
tapi yang paling aku terharu..
dia berkata..
"saya sudah anggap U macam adik..
jangan buat ini macam lagi..
call saya...saya sentiasa tunggu panggilan dari kamu..
tolong jangan hilang lagi..."
sampai begitu sekali pesannya..
kejam betul aku..

8 comments:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...