Tabungan

30 April 2010

Bila Rindu...Kucing pun Boleh Sakit wooOO..

hari ni dah jumaat..
maknanya dah 5 hari la balik KL..
selepas seminggu lepak kampung..
dan bermain-main ngan Bella dan Baby..

tapi semalam mami call..
katanya lepas aku balik ke KL ahad lepas,
Bella ngan Baby murung..
especially si kecik Bella..
matanya berair..
dan tak mahu main..
asik duduk bawah meja..

mami kata mungkin dia terkejut..
tetiba aku balik..
yelah, masa nak balik ahad lepas..
mami siap bawak dia ke depan..
tengok aku blah naik kereta..
babai babai kat Bella..
Bella dah pandang aku pelik..
mesti dia bengang ngan Encik Nazri kenapa bawak aku pergi..
Baby jangan kata la..
mungkin dia sendiri udah tahu aku mahu balik ahad tu..
pagi lagi dia dah ilang..
naik riso aku..
aku beria ajak EncikNazri gi cari dia keliling kampung..
tengah hari betul2 time aku nak balik KL..
dia muncul kat bilik..
aku angkat dia..
peluk dia..
tapi dia kalih muka ke lain..
selalunya kalu aku nak cium dia, dia yang paling laju sua hidung kecik tuh..
ni siap jeling pastu pandang ke lain..
waduh..kucing pun pandai merajuk..

ni dah 5 hari..
mami kata diorang masih lagi moody..
rasa cam nak balik..
gi bawak pi klinik..
riso gak..
Bella pulak mungkin nak di bawak ke KL..
tapi..
kalau Bella ke kl..Baby tinggal sorang lak..
tengok la camner nanti..

Hopefully diorang sihat pas ni..
Bella mungkin kecik lagi..
tak paham yang aku memang on off kat kampung..
tapi Baby ni..panjang lak rajuk dia..

korang nampak tak..
mungkin aku terlalu melebih lebih dalam hal kucing nih..
mungkin juga diorang tak pape..
mungkin diorang tak rindu pun kat aku..
mungkin diorang memang tengah nak sakit..
mungkin korang kata, aku ni terlebih-lebih memikirkan yang diorang sakit sebab rindu..
tapi bagi aku yang dah lama hidup ngan kucing..
aku memang percaya ada satu 'bond' satu hubungan yang akan timbul bila manusia rapat dengan haiwan..
haiwan atau kucing ni la..
mereka boleh paham perasaan tuan diorang nih..
mereka boleh paham apa kita fikir sebenarnya..
dan macam Bella ngan Baby..
dalam rumah tu, aku paling rajin melayan diorang..
dan diorang pun bila nampak aku memang gedik lebih semacam..
so aku paham mereka rasa rapat dan senang dengan aku..

kalu aku pun rindu kat diorang..
it is not possible, diorang juga tengah rindu pada aku kan..

pasti pencinta kucing yang lain setuju dengan pendapat aku..
owh tolong katakan ya hee..



p/s ~
kucing pun pandai rindu..
inikan pula orang..
kan..
:)

27 April 2010

it hurts..

pandangan itu memilukan..
pandangan itu menyakitkan..
remuk dalam hati bila melihat pandangan itu..
pandangan ditambah sekuntum senyum manis..
mata dilirik ketepi..

p/s ~
it hurts..
me a lot..

23 April 2010

Jantan Tak Laku!!

dalam rumah aku ni,
ada seekor jantan tak laku!!
dah la kekurangan kasih sayang.
takde pulak yang nak kongsi kasih dengan dia.
akhirnya hidup dia jadi sangatlah murung.

aku dapat kesan kemurungan dia pada petang semalam.
mungkin masa tu dia tengah pikir masa depan dia.
yelah.
rasanya kalu ikut kelendar diorang, sepatutnya diorang ni dah patut kawin.
mungkin sepatutnya dah ada zuriat dah kot.
tapi dia.
semalam, menung ajer.
dah la memang ku akui.
kawasan aku ni takde awek cun.
kalu ader pun, semua dah kena tebuk dah.
tak kisah lah kan.
dah hidup diorang camtu.
tapi masalahnyer.
yang kena tebuk pun takde pulak la nak berkenan kat dia ni ha.
cian weh memikirkan hal ni.
sampe bila nak tanggung dia.
dah la masuk umah bising.
pom pang pom pang.
tak kasik makan, majuk.
jeling.
kalu dah kekurangan kasih sayang, memang semedang nye menyentap.
nilah.
tengok gambor-gambor bawah nih.
dia tengah melangut semalam.
aku tanyer kenapa.
dia senyap ajer.
majuk la tu.




cian dia weh.
ted|,
kalu ada awek cun kat area umah ko,
ko kurier la satu kat aku eh heee..
leh pasangkan ngan si baby a.k.a samsuddin nih..
lomah den tengok dio camni hee..


ni yang dak Bella ni lak,
makin pandai posing nyer.
skang ni dah pandai tangkap gambor.
aku pegang kamera ajer, dia dah siap posing dah.
dengan telinga kembang dia.
walaweeiii.
gigit hidung kanggg..

p/s ~
tak sabar nak balik opis..
asik main kucing ajer wakakakakaka..

21 April 2010

Si Blogger Cantik - Hanis Zalikha

tadi.
belek-belek majalah WANITA keluaran MEI 2010..
baru aku tahu..
sebenarnya aku ni malas membaca..
wah pengakuan berani nih hee..
yelah..
punyalah banyak info menarik..
tapi aku tengok sebelah mata ajer wakakakaka..

lepas tu,
terselaklah ruangan Gadis Ikon..
wah siapa lagi kalu bukan Si Blogger Cantik Hanis Zalikha..
masuk WANITA gitu..
tapi memang cantik kan makhluk tuhan sorang nih..
dah la cantik, bijak lak tuh..
dekan every semester..
aku pun sekali sekala ajer..
itupun dah cukup wat aku sengih sambil tido wakakakaka..

bila tengok dia..
aku terpikir..
wah..bolehkah aku begitu..
si blogger cantik Wanita Mutalib..
wah diva gitu..
berangan buah berangan gitu..
wakakakakakaka..

walauapapun..
kembali kepada asas..
aku bersyukur di atas segala kurniaanTuhan..
punya mami comel..
punya adik beradik sporting..
punya suami penyayang..*rindu sih*
punya kucing gediks..
apa lagi mahu ku?
owh ya..
juga bakal menjadi ibu..
Amin..
itu saja sudah buat aku juga blogger si cantik manis kan kan kan
*takde kaitan langsung bueekkkk!!* :p



p/s #1 ~
amacam?
oke tak?
manis kan?
bueeeeekkkk!!!!!! 
wakakakakakakaka..

p/s #2 ~
time kasih buat niniesayang..
nanti kiter email kan perkara yang kiter bincang tu kay..
Yang Terbaik Buat Kamu Sayang :)

kucing kucing kucing

wakakaka..
dah lama tak menulis..
asik meronda..facebook..main game..segalanya..
takda mood mahu menulis..
lagipun,
baru duduk skit dah rasa pening..
ni pun dah pening..
tapi jenguk la kejap sini..
kemas skit meja.
bersihkan habuk skit..
buang sampah yang menimbun nih..
letak bunga segar skit..
hehehe..

mahu tempek gambar2 ini..
peneman setia di ipoh..


owh ini kucing baru ku Bella :)
kesian dia, umur baru lebih kurang 2 bulan rasanya..
kecik lagi, tapi udah dibuang..
nasib baik puti kutip dia..
so skarang kami bela..
dia ni la peneman aku tiap2 hari..
kecik lagi, so 24 jam asik nak main ajer..
takleh duduk diam..
n bella terlalu obses dengan tangan..
ya tangan..
dia nampak ajer tangan sesiapa,dia pasti usik,gigit..
Encik Nazri geli hahaha..
tapi dia sangat la aktif main..
skang ni pun tengah kaco aku.
aku pegang mouse, dia sibuk nak gigit tangan.



ni tengah main la ni.
serius kelakar.
banyak lagi aksi dia.
tapi dia cukup tak suka bila aku dah start pegang kamera.
otomatik dia tukar muka jadi gini.


macam tau tau aje aku nak snap gambor dia.
dan dan tu wat muka malas.
banyak lagi muka dia.
geram tul aku.




comel la konon...geram..

ni lagi sekor..
yang ni baby..
tapi dah macho la konon..
tengah gatal...
tapi cian takda yang nak ke dia..
pancut sana pancut sini..
habis busuk rumah nih..


jadi.
inilah peneman-peneman waktu siang dirumah hee..
kenapa siang, sebab siang mami semua pi kerja hee..
tinggal aku terkontang kanting sengsorang..
owh dengan puti..
cian dia, dia kena demam pelentung..
cian tengok dia..
senyap ajer..




p/s ~
owh..
rindu si dia juga..

18 April 2010

ku bukan aku....

Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

kredit ~ Tilu :)
p/s ~
sudah berada di Ipoh...
psst tolong tengok tengokkan Encik Nazri saya kat sana..
wakakakakakaka..

15 April 2010

hari khamis

hari ini rasa tersangat la penat.
rasa takde la buat apa pun.
cuma kemas ruang tamu dan kemas bilik.
tukar cadar dan tukar comforter.
wah penat kah.
mengada-ngada sungguh wakakaka.

badan dari pagi memang takleh kata apa lah.
kepala dah sememang pening.
rasa nak muntah jangan cakap la.
takkan pernah berenti.
selera macam2.
tapi bila pandang taknak makan pulak.
meragam betul.

minggu ini bakal pulang ke Ipoh.
mungkin akan stay seminggu.
hmmm..tinggal Encik Nazri sorang2.
tak mahu jaga kita kah?
bukan bukan.
Encik Nazri akan start musim PTK next week.
so dia akan pergi jaga periksa 3 hari minggu depan.
so penyelesaiannya, memang dihantar pulang ke Ipoh lah.
hmmm....mahu ikut Encik Nazriiiiiiiiiii....

semalam mami telepon.
dah tanyer senarai makanan.
apa yang aku teringin.
3 aku terus mintak.
rendang ayam mami masak.
ikan keli masak tempoyak mami masak.
and sambal bachang mami tumbuk.
wahhhhh....
tekejut mami.
larat kah, katanya.
harus jawabku, kata seminggu stay ipoh :)

dalam 3 minggu ni.
sekurang-kurangnya kalu aku pening, aku leh baring and tido.
lagipun memang ternyata aku ni lembik.
dan memang payah rupanya mengandung.
bila rasa penat dan perit begini, teringat terus pada mami.
macam mana mami mengandungkan kami adik beradik dulu.



mami mengandungkan ayop, mami berjauhan ngan ayah.
ayah mengajar di Ipoh.
mami bekerja di Selama Perak.
tiap2 Jumaat naik bas balik ke Ipoh.
tiap2 Ahad naik bas pulang kembali ke Selama.
naik bas ajer.
mesti penat.
susah.
tak terbalas budi mami.


masa mengandungkan aku.
mami kerja kat mana aku tak pasti.
tapi yang pasti mami kata nak lahirkan aku senang.
pagi dah rasa macam nak bersalin.
pastu berdua naik motor ngan ayah pergi hospital.
bawak bakul.
isi flusk, isi cawan.
bila orang kata, nak pi mana?
mak ngan ayah jawab, nak pi berkelah.. :)
mami kata senang ajer time mengandungkan aku.
tak banyak kerenah katanyer :)


masa adik.
kiter ingat lagi.
adik kena tahan kat hospital lepas lahir.
dah lemas dalam perut.
banyak sangat minum air.
masa kami pergi ambil mak ngan adik,
ayah tinggal kan aku ngan ayop dalam kereta.
ingat lagi,
kereta Marina Morris warna merah.
pastu ayah pesan.
kalu ada orang tegur jangan jawab.
ihiks.


masa putri.
aku dah umur 16 tahun.
sangat teruja.
sebab dapat adik lagi.
pompuan lak tu.
aku lak yang cuti seminggu sebab nak jaga mami.
sampai cikgu sekolah perli.
mak yang bersalin, anak yang cuti.
pedulik apa, janji mami aku dapat jaga.

harap2 kita boleh lalui semua ni dengan baik.
kiter masih lagi terbayang baby yang first.
semua nampak baik, tapi rupanya dah stop membesar.
harap2 baby yang ini kuat.
harap2 yang ini setuju untuk terima aku jadi mami dia.
harap2 baby ini terima aku seadanya ihiks.

besok check-up lagik.
terpaksa ada close check-up sebab dah ada history kan.
tapi doktor kata kalu check-up besok baby oke,
then dah boleh start jumpa 2 minggu sekali dan bukan lagi seminggu sekali cam sekarang.
so again.
berdebar nak check-up besok :)


p/s ~
syurga dibawah kaki mu ibu..

13 April 2010

IKLAN kerepek

memandang kan sekarang ni aku memang 24 jam menghadap TV,
haruslah alert dengan iklan-iklan TV yang baru.

so korang perasan tak satu iklan kerepek yang baru?
yang background dia dalam ladang getah rasanya,
ada sebuah kereta,
terhentak-hentak macam ada orang wat 'projek',

rupa-rupanya tengah makan kerepek tu lah..

tekejut mak tengok wakakakakaka..
aku rasa macam tak sesuai.
korang rasa camner?

p/s ~ 
kena rajin la tengok iklan lepas ni nak detect iklan tu kay :)

10 April 2010

So far So good!

Alhamdulillah.
Segala Puji-pujian untuk Nya.

Semalam pergi check-up.
baby dah ada heart beat!!
dah nampak dah baby.
doktor pun seronok.
doktor kata, last week dia risau sangat sebab aku bleeding.
tapi dia seronok sebab scan semalam memang menunjukkan bayi sihat, ada heart beat, dan takde darah kat sekeliling janin dalam perut aku ni.

kesimpulannya.
aku memang lembik rupanya.
takleh wat keja.
wakakaka.

sepanjang minggu ni memang aku rilek saja.
tak wat pape pun.
serius.
dan hasilnya.
takde darah.
dan baby sihat.

semalam habis ratusan lagi.
tapi dalam hati.
biarlah berhabis duit kali ni, baby ini tetap akan dapat perhatian lebih.

tak mau kehilangan janin ini lagi.
susah woooo nak dapat.

sekali lagi.
terfikir mereka2 yang suka sangat buat baby dan lepas tu buang.
tak tau ke orang lain bersusah payah nak dapat baby.
berabis duit sebabnya nak jaga kandungan.
tapi diorang yang lain, yang takde hati perut ni, buat baby senang2, pastu dah lahir, cukup sifat, tapi buang merata-rata.
nyawa dibuang camtu saja.
baby kecil yang memang tak berdaya nak melawan.
buang dalam tong sampah, bakar, buang dalam longkang, lemas.
apa menda lah dalam fikiran diorang ni.
seronok buat aja.
fikir nak buat aja.
tapi langsung taknak fikir kesan.
taknak fikir apa akan jadi.
pergi hotel sana sini.
melancong sana sini.
bawak laki balik rumah.
semata-mata nak buat baby.
tapi bila mengandung.
gelabah.
buat abortion.
kalu tak buat abortion pun.
lahir pastu buang.
halahai.


apa membebel lak ni.
wakakakakakaka.

yang pasti.
aku sayang baby ni.
dah ada heart beat!!
seronoknya!!
hopefully baby akan sihat dalam kandungan aku ni.
dapat lahir ke dunia.
wah..bestnyer!!!!!!!

doakan semua selamat ya.


p/s ~
takleh lupa tengok muka Encik Nazri.
ada cahaya dalam mata dia.
:)
i love u!!

08 April 2010

takde letrik oitttt

skang ni tengah duduk dalam gelap.
nope.
nope.
nope.
dah bayar dah duit letrik.
pakcik mikrofon tiap-tiap ari ingatkan kami.
takkan la lupa.
ihiks ate kome.

ntah.
tibe-tibe ajer takde letrik.
panas.
bateri cik laptop pun dah nak king kong.

teringat masa zaman kecik-kecik pakai skirt pendek dulu.
kalau takde api letrik.
aku la yang paling rajin telefon TNB untuk report.
dan kejayaan paling besar ialah masa aku menipu yang aku ni cucu kepada Dato' paling glamer kat area Pengkalan Pegoh dulu hehehe..
aku tepon.
dan aku kata kat umah tengah nak buat besday party.
dah dekat setengah jam takde letrik.*padahal baru 5 minit* 
tetamu dah datang.
Dato' dah bising.
kalu nak Dato' bising kat opis TNB besok, korang wat la keje lembab2.

agaknya, diorang takut kot dapat phone call dari cucu Dato' tu.
sekejap ajer, dalam setengah jam ajer, letrik dah ader.
tada!!!!!
masa tu aku umur 10 tahun. darjah 4.
lalalalalalalalala....


p/s ~
takde api. takde api.
bukan arrrr.
takde letrik arrr.
heeeee...

jangan buang pampers dari tingkat atas!!

sape la orang yang tak bertanggungjawab tu??

alkisahnya gini.
seperti yang kalian sedia maklum, aku duduk kat satu flat di Sri Gombak..
aku puas hati kat sini.
orang-orangnya baik.
sangat bersatu padu.
kalau kenduri selalunya buat gotong-royong..*aku nyorok*
kalau ada sambutan contoh Maal Hijrah baru ni, flat ni ada buat perarakan yang mana Encik Nazri turut serta..*aku nyorok lagi*

dan yang paling best.
kat sini ada satu pakcik.
dia suka buat pengumuman.
sangat suka pegang mikrofon.
sampaikan dalam lif ada orang tulis "Pak N**** gila mikrofon".
tapi bagi aku, pakcik ni oke.
dia buat pengumuman dengan tujuan untuk perkongsian maklumat.
tapi kadang-kadang dia memang suka merepek.
pendek kata, kalau dia dapat mikrofon, memang ada saja idea nak bercakap.
setakat ni, perkara-perkara yang dia dah sebut adalah tentang bayar duit keselamatan, bayar duit air, bayar duit api, tentang Klinik 1Malaysia dan yang terbaru, semalam, kes orang buang pampers dari tingkat atas.
lama gak dia membebel.
dekat 20 minit rasanya.
antara yang dia cakap "kalau tak cakap kang, tak reti..kalau cakap kang, marah"

betui gak kata dia.
dia dah tegur banyak kali.
jangan buang sampah dari atas.
malas sangat ke nak buang dalam tong sampah, dan turun letak elok2 kat tempat khas buang sampah.
kenapa kena mesti nak buang dari atas?
kereta kami selalu gak jadi mangsa.
kadang2 rasa meludah pun ada kot dari atas.
kalu tengok kat cermin kereta kami, ada ajer kesan ludahan.kotor!!
lepas tu, ada satu area tu pulak,difahamkan, geng-geng bangla yang duduk kat tingkat paling atas, suka sangat buang botol arak.mungkin dah mabuk,so buang ajer terus dari tingkap.pernah ada satu kereta kat sini pecah cermin kereta nyer. tapi cam biasa. siapa nak mengaku.

tu kes buang sampah dari atas.
ada satu lagi perangai yang pakcik ni suka tegur.
pasal letak kereta kat tempat buang sampah.
memang kami sedia maklum.
tempat kereta tak mencukupi.
satu rumah mungkin sampai ada dua kereta.
jadi lagi la tak cukup space untuk parking.
jadi memang kadang-kadang ramai la yang suka park kat tempat pembuangan sampah tu.
dan masalahnya bukan apa.
tiap-tiap pagi akan ada lori sampah datang nak ambil sampah.
tapi kalau diorang parking situ, cam mana lori nak lalu.
so tiap-tiap hari la kena wat pengumuman kereta si polan-polan tolong alihkan.
sampai kadang-kadang pakcik guard ni pun dah salah umum.
"sila tolong kereta ini alihkan tempat".
wakakakakaka..mesti pakcik guard dah penat wat pengumuman,tapi tuan punya kereta ni tak datang-datang.
dah la letak tempat yang salah.
pastu panggil dua tiga kali still tak datang-datang lagi alihkan kereta.
kesian orang-orang yang nak wat keje nak angkut sampah tu, kena tunggu lak orang-orang nih.

dah dekat setahun duk sini.
memang banyak omelan pakcik ni yang kami dengar.
tapi best.
dia pandai selit lawak.
dan geram gak orang-orang yang suka wat tak tau dengan nasihat pakcik ni.
betui gak kata dia.
cakap marah.tak cakap,taktau pulak.
abis tu camna.
sendiri pikir.

p/s~
nanti nak pindah.
tak dapat dengar omelan pakcik dah.

07 April 2010

ku tetap kau yang punya

jangan kau bimbang sayang..
dimana ku berada..
dengan siapa ku bersama..
jangan bimbang 
ku tetap kau yang punya..


p/s ~
Ku juga bimbang sayang..
di mana kau berada..
dengan siapa kau bersama..
jangan lupa..
kau tetap ku yang punya..

credit untuk Malique and Najwa

05 April 2010

aku bukan lagi wanita itu..

aku penat begini.
aku tidak suka keadaan ini.
rasa hidup aku bagai tiada arah.
aku bukan lagi wanita itu.
aku bosan begini.

kadang-kadang aku terfikir.
mungkin terlalu banyak salah aku.
hingga aku dibalas begini.

mungkin ini boleh dianggap satu percutian panjang.
tapi aku bosan dengan keadaan ini.

badan aku lemah.
diri aku busuk.
aku bangun dan aku jatuh.
aku bangun dan aku berputar-putar sendiri.
tiada pilihan.
harus baring kembali.

aku tak punya kehidupan lagi.
aku tidak segagah dulu.
atau sebenarnya. sememangnya. aku tidak pernah gagah?
aku berjalan pantas.
aku bersemangat di pejabat.
aku ingat aku gagah.
tapi sebaliknya.
kerana ia terbukti ketika ini.
aku tidak mampu berdiri lama.
aku lemah selemah-lemahnya.
aku cuba untuk menjadi kuat dan gagah.
tapi tidak berjaya.
aku pasti berakhir dihujung tilam.
terduduk.
memegang perut yang sengal.
memicit kepala yang berpusing didalam.
aku lemah.

dan bila lemah.
pelbagai fikiran jahat datang menyerbu.
sampai bila harus begini.
mampukah Encik Nazri bertahan dengan aku.
bolehkah aku mengatasi semua ini?
adakah Encik Nazri akan terus bersama aku?

aku rasa bersalah.
seharusnya aku cari jalan bagaimana hendak menangani semua ini bukan?

apa yang mampu aku fikirkan sekarang.
pengorbanan ini berbaloi kerana kesakitan ini bakal disudahi dengan tangisan anak kecil.
anak yang aku dan Encik Nazri tunggu-tunggu selama ini.
kelemahan ini adalah demi kekuatan kami di masa hadapan.

sukar mengandung.
bagaimana mami menempuh semua ini?
kuat.
manakala aku?

aku akan terus melawan semua ini.
demi Encik Nazri.
demi kandungan ini.
demi Mami yang inginkan cucu sendiri.


p/s ~
aku semakin lemah.
baring buat aku malas.
apa patut aku lakukan?

03 April 2010

mari main teka-teki.....takyah la...aku bagi jawapan siap-siap...dan korang tambah kalu nak tambah lalalala..

ini bukan teka-teki sebarangan.
ini juga bukan sebarangan soalan.
kalau dibuka soalan ini secara umum, pasti ada banyak jawapan yang didapati.

ahaks.
soalannya.
APAKAH PERBEZAAN DIANTARA AF8 DENGAN AMERICAN IDOL?

ahaks.
jahatkan.
ada pulak bukak soalan gini.
mahu kena tahan ISA gini hee.
ops sensitip.
tapi serius.
petang tadi, aku tengok American Idol.
serta-merta terpikir.
kenapa AF8 jauh berbeza dengan American Idol?
mungkin ini tidak adil kerana meletakkan satu competition yang berprestij sebagai batu pengukur.
tapi apa salahnyer kan.
letak satu batu asas yang mencabar, pasti akan buat hasilnya lebih berkualiti.
kalau membandingkan AF8 dengan sesuatu yang simple.
pasti AF8 boleh menang mudah.
tapi itu kenyataan.
AF8 ni memang yang paling worst dalam siri AF...ever...

peserta....semua fail....takde sorang pun yang boleh wat aku ternganga..
erk..kecuali Daus...pstt..dia dah tukar personaliti..giler cool...
tapi still..bukan kerana suara...dah nama masuk AF..biarla orang suka kerana suara..
biar seimbang dengan personaliiti yang cool...kan kan kan..

juri...respek ngan adlin ajer..kalau dia tak suka,mmg dia cakap, tapi yang lain, sering ajer nak jaga hati peserta...kalu tak sedap,still kata sedap..apa kes?terus terang aje la..buat apa nak bagi semua bebudak tu hidup dalam penipuan bahawa suara diorang sedap??
dan mungkin sekali-sekala dengan juri-juri jemputan,terutama sekali kalau juri yang memang sah-sah cikgu vokal...diorang memang sound cara nak menyanyi dengan betul..
itu baru betul..kata akademi..belajar la elok2 kan kan..

pengacara..oke la..tapi sangat tak sesuai bila ada 2 pengacara...takde kimia...no chemistry..sorang cukup kot..tenggelam salah sorang..cian tau..

p/s ~
One in A Million pun oke! 
ada la skit orang2 yang mmg pande nyanyi..

tercium??

aku tercium bau mee goreng!
cuba cakap sape yang masak mee goreng  ni!
apsal masak petang-petang gini?
apsal buat bau wangi-wangi gini?
boleh tak masak mee goreng time angin tak kuat camni?
ataupun time angin tak pusing ikut umah aku.

skarang korang wat aku teringin mee goreng tu tau tak?!
baik ngaku cepat sapa yang goreng mee itu.
cepat!
cepat!
makin sedap weh bau mee goreng tu!
mengancam jiwa dan raga sungguh la!

halahai.
mee goreng.

p/s ~
terasa nak karoke.
jom gi karoke?!!?
takyah ar.
layan kebencian tengok AF8 malam ni pun cam cara gak..
:)

Hatinya Tak Tahan

macam tajuk lagu kan kan kan kan.
haah la.
tu tajuk lagu Noraniza Idris hehehe.

sowila kengkawan.
tangan ini tetap gatal mahu menaip.
tak best rasanya bila tak menaip.
sepi ajer rasanya umah ni.

tapi sekarang aku tak duduk.
sungguh.
aku baring ajer ni.
really.
ihiks.
semalam seharian kita baring ajer kan kan kan.
darah memang tak turun.
memang lemah la aku ni kan.
nak kena baring ajer rupe2nyer.

cian kat Encik Nazri.
keja umah dia kena wat.
kena gi beli makanan.
sesekali nampak gak muka bosan dia.
cian dia.

sowila Encik Nazri.
saya pun taknak jadi gini.
saya tak mintak pun jadi gini.

kalu boleh mmg semua saya nak wat sendiri.
tapi entahlah.
dah kudrat takat ni ajer.
sori ye bang.

p/s ~
mahu makan hee..
ubat tak makan lagi.

02 April 2010

Demi baby ini..Aku kena Berehat Panjangggggggg..

sayang..sayang sangat..tak mahu lagi kehilangan janin..tak mahu lagi rasa sedih itu..

aku dah terbayang aku punya anak sendiri..aku dah terbayang Encik Nazri dukung baby..dah terbayang baju-baju bayi,pampers segala..

dan demi baby ini..izinkan aku berehat panjang..nuffnang yang semenangnya sedikit pasti zero selepas ini..

demi baby ini,aku putuskan untuk berhenti bersurfing buat sementara waktu..duduk buat aku sakit..mungkin akan cuba berbaring sambil berlayar riang..mungkin..

terima kasih buat semua..

yang tak henti-henti bagi nasihat..
sungguh aku hormat dan sayang kamu semua..
terima kasih sekali lagi..

p/s~
pinggang ku sakit kembali..harus baring cepat :)

01 April 2010

tendangan hari emosi..silap..penangan hari emosi..

kan dah kata.dah banyak kali dah orang pesan.jangan emo.jangan pikir bukan-bukan.jangan buat kerja berat-berat.

tengok sekarang apa dah jadi?tibe-tibe bleeding.hah!gelabah kamu.kelam kabut.Encik Nazri juga yang kamu cari.orang yang kamu emo dari pagi tadi.kelam kabut Encik Nazri balik.kelam kabut sampai tak sempat makan.

tak baik tau kamu ni Te.

udah la kalau begitu.kamu kena belajar tenang sekarang kay.jangan emo lagi.jangan buat kerja berat lagi.udah terbukti kamu ni tak kuat.baru basuh pinggan sikit.baru masuk kain dalam mesin basuh.baru masak nasik sikit.baru goreng telur dan daging burger sikit.kamu dah bleeding.berapa kali nak cakap.kamu belum cukup kuat.tapi tu lah.cakap orang degil.tak mo dengar kata.

sekarang kamu pening kan.sekarang kamu masih demam dan selsema kan.sekarang kamu masih sakit di kawasan perut kamu kan.ha.udah-udah tu.rehat saja.tenang saja.

Encik Nazri tu.insyaAllah.boleh dipercayai.kalau tak percaya.ikut aja cakap Alvin.upah security guard.ikut aja cakap Daddy Zuki.pasang aja CCTV.

tak baik tau kamu ni Te.meragui Encik Nazri.

udah-udah.rehat.tenang.senyum.doa.solat.tawakal pada Tuhan.

p/s ~
gabra weh.
berdarah lak.
mohon yang terbaik.
Amin.

hari ini sangat emosi

sana sini sambut April Fool.apa kejadahnya.best ke tipu orang?dapat dosa satu.sakit hati satu.naik meluat tengok sana sini orang laung April Fool sambil tersengih-sengih.

apa emo sangat te nih?ni satu lagi hal.badan sakit.hati pun sakit.semua menda rasa nak terkam ajer.cian Encik Nazri jadi salah satu tempat luah marah.boleh tak aku salahkan alahan mengandung.takde makne.mengada-ngada.boleh tak jangan layan perasaan tu.nasib baik Encik Nazri baik.kalu tak dah kena kick out tadi dah kot.

dah.dah.jangan wat hal lagi.jangan dilayan emosi gila ini.mari cuba layan emosi happy.bak kata amy mastura melalui lagu happy nyer tuh hee..

p/s ~
abang.te mintak maap.pagi-pagi dah buat abang tensen.really sorry.te tak tau kenapa te emo pagi tadi.sorry bang.te tunggu abang balik yer.jangan lupa laksa langgaQ te ye bang.
i heart u.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...