Tabungan

30 April 2010

Bila Rindu...Kucing pun Boleh Sakit wooOO..

hari ni dah jumaat..
maknanya dah 5 hari la balik KL..
selepas seminggu lepak kampung..
dan bermain-main ngan Bella dan Baby..

tapi semalam mami call..
katanya lepas aku balik ke KL ahad lepas,
Bella ngan Baby murung..
especially si kecik Bella..
matanya berair..
dan tak mahu main..
asik duduk bawah meja..

mami kata mungkin dia terkejut..
tetiba aku balik..
yelah, masa nak balik ahad lepas..
mami siap bawak dia ke depan..
tengok aku blah naik kereta..
babai babai kat Bella..
Bella dah pandang aku pelik..
mesti dia bengang ngan Encik Nazri kenapa bawak aku pergi..
Baby jangan kata la..
mungkin dia sendiri udah tahu aku mahu balik ahad tu..
pagi lagi dia dah ilang..
naik riso aku..
aku beria ajak EncikNazri gi cari dia keliling kampung..
tengah hari betul2 time aku nak balik KL..
dia muncul kat bilik..
aku angkat dia..
peluk dia..
tapi dia kalih muka ke lain..
selalunya kalu aku nak cium dia, dia yang paling laju sua hidung kecik tuh..
ni siap jeling pastu pandang ke lain..
waduh..kucing pun pandai merajuk..

ni dah 5 hari..
mami kata diorang masih lagi moody..
rasa cam nak balik..
gi bawak pi klinik..
riso gak..
Bella pulak mungkin nak di bawak ke KL..
tapi..
kalau Bella ke kl..Baby tinggal sorang lak..
tengok la camner nanti..

Hopefully diorang sihat pas ni..
Bella mungkin kecik lagi..
tak paham yang aku memang on off kat kampung..
tapi Baby ni..panjang lak rajuk dia..

korang nampak tak..
mungkin aku terlalu melebih lebih dalam hal kucing nih..
mungkin juga diorang tak pape..
mungkin diorang tak rindu pun kat aku..
mungkin diorang memang tengah nak sakit..
mungkin korang kata, aku ni terlebih-lebih memikirkan yang diorang sakit sebab rindu..
tapi bagi aku yang dah lama hidup ngan kucing..
aku memang percaya ada satu 'bond' satu hubungan yang akan timbul bila manusia rapat dengan haiwan..
haiwan atau kucing ni la..
mereka boleh paham perasaan tuan diorang nih..
mereka boleh paham apa kita fikir sebenarnya..
dan macam Bella ngan Baby..
dalam rumah tu, aku paling rajin melayan diorang..
dan diorang pun bila nampak aku memang gedik lebih semacam..
so aku paham mereka rasa rapat dan senang dengan aku..

kalu aku pun rindu kat diorang..
it is not possible, diorang juga tengah rindu pada aku kan..

pasti pencinta kucing yang lain setuju dengan pendapat aku..
owh tolong katakan ya hee..



p/s ~
kucing pun pandai rindu..
inikan pula orang..
kan..
:)

6 comments:

  1. itulah namanya rindu-rindu kucing !

    ReplyDelete
  2. TE, InsyaAllah kalau dah ber'baby' nanti..

    lagiiiiiilah sayang kann..



    ;o)

    ReplyDelete
  3. ya btl..haiwan pun ada perasaan kan..lagi la kucing yang dibelai dan dimanja..

    ReplyDelete
  4. btol2 bile kita rapat dgn dorang mmg mcm ada hubungan yg sukar nk djelaskan kan..kita dah anggap kucing2 tu mcm family sendiri..klu dorang x de mcm x lengkap je huhu aku rindu mau bela kucing uhuk3

    ReplyDelete
  5. salam...
    sakan jugak kucin tu...terkejut org KL balik mengejut kot..

    ReplyDelete
  6. wow...mmg pencinta haiwan tegar neyh.huhu....

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...