Tabungan

08 June 2010

bila naik turun buat kita pening melatah dan segalanya

banyak persoalan yang ditanya di kotak shout box biru kecil itu..
ya..aku buat soalan tergantung..
ya..itu jugalah gambaran diri aku sekarang ini..

aku sendiri tenggelam dalam diri sendiri..
tak tahu kemana hala tuju..

sekejap sekejap aku oke..
sekejap sekejap aku tak oke..

adik meniti senja dan kak rina bertanya kenapa ruangan aku  tak boleh dikomen..
kesilapan teknikal heeee...gatal menggodam gajet..habis semua aku usik..ntah macam mana tak boleh komen hee..tapi insyaAllah udah boleh dikomen semula kan.. :)
seperkara lagi..aku rasa gembira..walaupun dah lama tinggalkan laman ini tak berconteng, tapi masih ada pengunjung..terima kasih semuanya..

hazzy menulis di kotak jerit itu, sudah give up kah?
itu persoalannya..
persoalan aku juga..
minggu lepas aku berpeluang ke kursus Psikologi..
sangat seronok..banyak perkara baru yang aku pelajari..
dan kami satu kumpulan membicarakan tentang redha..
ada peserta yang mengatakan, redha itu seperti berputus asa..menerima saja semua ketentuan Nya tanpa berfikir apa lagi..
dan aku juga terfikir..
adakah aku tergolong dalam golongan itu..
kekadang aku juga merasakan lelah dan menyerah..
penat dengan semua dugaan..membuat aku membiarkan diri terapung-apung di lautan luas menunggu jerung menjamah aku..
dan kadang-kadang kekuatan itu timbul untuk terus berjuang, terus positif demi keselamatan kandungan ini..
tapi aku cuma manusia biasa..
aku takkan bisa menghalang suara-suara kecil yang membuat aku kembali lemah dan menangis menangis menangis..
aku tahu pasti lepas ini semua akan berkata, sabar sabar sabar dan sabar..
iya..itulah yang aku lakukan sekarang..
tapi aku cuma manusia biasa..
kekadang tewas dalam fikiran sendiri adalah norma hidup..
dan bagi aku..aku tidak menyerah..
aku cuma merasa lelah..
perlukan ruang untuk berehat sebentar..
dan kembali melawan arus..

sahabatku ted| bertanya apakah?
aku tahu ia tentu berkaitan dengan hal kaunseling itu..
semasa kursus kaunseling tempoh hari, kami belajar untuk meninggalkan bebanan dahulu demi menempuh haluan baru..doktor yang mengajar kami menyatakan, kebanyakan penyakit yang menghantui kita sebenarnya adalah kesan daripada bebanan mental yang kita bawa daripada dahulu..jika kita bersedia untuk meninggalkan semua bebanan, sentiasa memaafkan orang lain, sentiasa berfikiran positif, insyaAllah kita akan sihat walafiat dan bahagia..
maka aku terfikir sebentar..adakah keadaan aku yang selalu sakit adalah hasil daripada bebanan yang aku bawak sepanjang hidup ini..sehinggakan rakan-rakan sekalian mengusulkan agar aku berjumpa dengan doktor itu untuk mendapatkan sesi kaunseling kerana sejak aku kembali bekerja, keadaan aku memang nampak huru-hara dan bukan seperti Wanita yang mula-mula masuk bekerja 2 tahun yang lepas..

aku akui aku agak huru-hara sejak beberapa bulan ini..
keguguran..
pembedahan..
chicken pox..
dan kesan chicken pox yang kemungkinan akan membahayakan kesihatan kandungan..
semua itu secara jujur membimbangkan aku..

aku selalu berbisik..
jika benar Dia mahu membalas dosa-dosa aku, jatuhkan saja dugaan itu kepada aku seorang dan bukan kandungan yang tidak berdosa ini..biarlah dia membesar dengan baik dan selamat..

namun tetap, tidak ada yang dapat membuat hati aku tenang..
aku telah membaca berpuluh-puluh artikel di internet, majalah dan sebagainya..
semua artikel itu menyebut bahawa wanita mengandung yang terkena chicken pox, kandungannya pasti akan terjejas dan mengalami kerosakan..hati mana yang tidak gagau resah segala..
dan terbaru ketika aku berjumpa dengan doktor ku, dia sendiri tidak mahu memberitahu keadaan kandungan ku..dia katakan bahawa minggu ke 20 nanti baru boleh diadakan pemeriksaan terperinci untuk mengetahui sejauh mana chicken pox itu menjejaskan kandungan ini..

minggu ke20?
sebulan lagi baru ku tahu keadaan bayi kecil ku ini..
hati mana tidak risau..
ceritakan padaku, ibu mana tidak risau jika mengetahui anaknya berpotensi untuk sakit??

aku gelisah..
aku sedih..
aku penat..
aku marah..

tapi segala perasaan negatif itu dapat dibendung kerana aku punya nazri, mami, adik beradik, kawan-kawan dan kalian semua..

insyaAllah, aku masih lagi berpijak di bumi nyata..

kun fayakun..
semua masih dalam tangan Allah Taala..
jika dia mengizinkan bayi aku sihat,
aku sakit macam mana pun, aku pasti punya bayi yang comel dan sihat insyaAllah..

doakan keselamatan bayi ini wahai sahabat..
aku mengharapkan doa kalian..
yang terbaik hanya untuk bayi ini..
demi Tuhan, aku sayang bayi ini..

doakan dia wahai sahabat..

5 comments:

  1. te,
    apapun yang di hadapi, kamukena ingat keadaan dan kondisi kamu tidak boleh buat kamu stress.

    fikir baby sekali okey,
    kalau mahu rasa stress ke, tertekan ke,pening ke.. kena fikirkankan baby skali.

    kita mungkin boleh stress, tapi baby tak boleh.

    kesimpulannya,
    apapun yg kita rasa sekarang, bercampur aduk, pelbagai rasa, kita jangan fikir diri kita, kita fikir 'sekarang ni aku kembar dengan baby, kalau aku pening, baby pun pening, kalau aku stress, baby pun stress'

    kesian baby.
    jadi,
    banyyak istigfar dan dekatkan diri dgn Allah. Minta ketenangan.

    t care

    ReplyDelete
  2. sentiasa doakan yg terbaek buat bayi n ibu bayi...
    amin...

    ReplyDelete
  3. akak berdoa banyak2, jgan terlalu byk pikir nanti sakit

    apa pun hazzy harap semuanya selamat okayy

    ReplyDelete
  4. kak..da lame xjenguk blog akak ni..akak chat?maaf..pasal contest tu ek..niesz ngah usaha tuk itu..mayb amik mase ckit..
    sory ye kak..niesz mintk maaf..
    jgn stress sgt tau..nnti baby sedey tgk mama die stress..

    ReplyDelete
  5. speechless

    *peluk*

    kamu kuat kakak!
    kamu kuat dalam diam!:)
    insyaAllah semuanya baik2.saya doakan:)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...