lama tak menulis..
banyak perkara terjadi dalam beberapa minggu ini..
dan Alhamdulillah semua perkara tersebut merupakan perkara yang membuat hati berbunga riang..
bermula dengan suprise party encik suami yang aku usahakan bersama rakan baik..
membeli hadiah buat suami tersayang..
tali pinggang, dompet dan jam tangan :)
sangat gembira melihat encik suami yang sentiasa tersenyum selepas sambutan hari jadinya yang ke 3 series..
tak lepas2 pegang tangan aku sambil mengucapkan terima kasih..
katanya tak pernah lagi dia menyambut ulang tahun kelahiran seperti ini..
seperti yang aku selalu katakan padanya..
i will do only the best for you :)
masih terkejut katanya :) |
seterusnya pada 16 Julai yang lepas, aku ke Ampang Puteri untuk memeriksa keadaan bayi dalam kandungan ini..
Alhamdulillah..sangat positif..
bayi aku dikatakan Normal and Healthy..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
tiada apa yang lebih baik daripada kesejahteraan bayi dalam kandungan ku ini..
syukur pada Tuhan..dan terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan bayi ini..
Allah saja yang boleh membalas budi kalian semua..terima kasih..
dan sekarang..
secara jujur..
aku katakan bahawa aku sudah kembali bersemangat..
aku telah kembali fokus..
fokus pada kerja yang aku rasakan terlalu bermasalah sejak aku mula sakit dahulu..
unit aku dikatakan bergerak perlahan..
unit aku dikatakan unit yang paling tidak pro-aktif..
unit aku dikatakan unit yang paling tidak memberi sumbangan kepada bahagian..
jujur aku katakan semuanya buat aku tertekan..
jujur aku katakan semuanya buat aku sesak nafas..
hanya pada suami dan rakan terdekat serta kaum keluarga tempat aku mencurah perasaan..
dan kerana itu juga aku jarang menjenguk ke sini kerana aku rasakan seperti aku tidak mampu untuk mengendalikan semua perkara dalam satu masa..
aku rasakan bahawa akulah pekerja paling tidak berguna buat agensi..
namun, dengan semangat kental yang bayi ini tunjukkan pada aku, tetap sihat dan kuat walau diduga Tuhan semenjak dalam perut lagi, buat aku malu sendiri pada bayi yang masih belum melihat dunia ini..
dia kuat melawan dugaan..sementara aku semakin lemah dalam arus dunia..
aku kembali tunduk memandang bumi..memikir kembali strategi untuk bangkit..
pertama sekali,
ya unit aku..
aku harus jadi ketua yang baik buat anak2 buah aku..
aku harus berusaha agar unit aku dikatakan setanding dengan unit2 lain..malah lebih baik insyaAllah..
beberapa rangka strategi telah aku susun..
beberapa jadual telah aku atur..
insyaAllah..dengan semangat bayi kecil ini, aku akan gagah melangkah di tempat kerja aku nanti..
terima kasih atas semua dorongan mu wahai suami yang sangat aku cintai..
terima kasih atas semua kata2 semangat mu wahai rakan2 yang aku hormati..
terima kasih atas semua doa wahai ibu,abang dan adik2 yang aku kasihi..
p/s ~
telah mula membina hubungan baik dengan peringkat pengurusan tertinggi..
jaga2..
wanita kembali..!!
hoyeaaa...
ReplyDeletebby n sis sht....
xsbrnyer nk tgu due date...
chaiyok2 utk kje sis...
hari indah buat kakak..
ReplyDeletesemoga terus rasai kebahagiaan ini..