Tabungan

17 February 2011

CATATAN 3 : 94 HARI = 3 BULAN

Salam sayang buat anakanda ku Qalesya Alia Binti Syaiful Nazri.

Hari ini, 17 Februari 2011. Owh terlebih sehari. Mami sudah mula bekerja sayang. Tak sempat nak menulis semalam. :)

Tatkala mami menaip ni, Qalesya ada di sebelah mami, tengah menghisap 'mittens'. Udah jadi tabiat kamu sayang. Mami tarik tangan kamu, kamu marah. *senyum* 

Udah 3 bulan.
Pencapaian?
Hmm. Macam2 sayang. 
Kamu udah mula tersenyum riang. Berbunga-bunga hati mami bila kamu senyum pada mami.
Kamu udah mula 'mengagah'. Bila ayah mengusik, kamu ketawa terkekek. Mungkin belum sepenuhnya. Tapi kamu udah mula ketawa sayang. Ketawa lah lagi. *senyum*
Kamu udah mula menegakkan kepala. Malah, bila kamu duduk di atas riba, cepat saja kamu menegakkan badan. Halahai anak.

Tadi, kita ke Hospital Ampang Puteri. Kamu kena cucuk lagi dan minum 'vaksin Rotavirus'.
Kamu sikit pun tidak menangis semasa cucuk.
Owh.kuat sekali anak mami.

sayang. mami udah mula bekerja. kamu udah mula duduk di nurseri. tiap2 hari mami asik terpikirkan kamu semasa di opis. gatai saja tangan mahu menelefon nurseri. tapi, tak elok la kan sayang, mengacau ibu2 disana menjaga kamu. percaya saja pada mereka. pasti mereka tahu dan bijak mengendalikan kamu. jangan nakal2 sayang. jadi budak yang baik.

i LOVE u. muahs.

p.s.
ari ni cuti.

7 comments:

  1. huhu...terharunya bace..cam saya pulak baby Q nye, hehe

    ReplyDelete
  2. baby Q jgn nakal2 tau...cian kat mami....huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. owww...happy 3 months old baby Q. makcik doakan semoga baby Q jadi anak yang soleh, taat agama..dan sentiasa mencintai mama dan ayahmu.

    ReplyDelete
  4. seronoknya! dah 3 bulan pun dia! tahniah mami.. moga mami akan sentiasa ada untuk baby Q! :)

    ReplyDelete
  5. baby Q please nakal!
    eh tak tak..
    heheheh..
    dah tiga bulan dah..
    jd budak baek nye..

    ReplyDelete
  6. owhhh...kak,tahniah dapat baby...kelewatan ucapan amat dikesali...br mula buka blog balik...hrp cheart2 slalu...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...